Monday, December 26, 2011

Randomness on Second Anniversary

To think that I can even write this on the third year...

Sekarang kat Ipoh, cuti sekolah hampir ke pnghujungnya dan demi celebrate adik aku dapat 8A PMR, so family aku ke Ipoh, bercuti kat rumah adik aku. Aku ikut sekali la, first ingat nak drive dari KL, tapi tak syok jugak nak drive sorang-sorang... nak ajak member, takut diorang segan pulak pasal family event kan, lagipun long weekend, agak mustahil untuk cari seorang yang free... huhu

So, adik aku cadang pergi naik ETS. Aku ni dah lama dah tak buat kerja naik-naik train ni... Kali terakhir pun time Final FA Cup Kelantan-Terengganu hari tu, tapi tu dekat je aku pergi, malam pulak, tak sesak sangat, cuma time balik tu la... Aku rasa keunikan komuter di KL ni merupakan satu perkara yang unik dan tak lengkap kalau datang ke KL dan tidak merasai pengalaman bersesak-sesak di atas komuter/LRT/bas pada pukul 10 pagi ke atas pada hari minggu.. Gila priceless!!

Family vacation aku ni memang aku tak pernah ingat mana-mana experience yang grand. Kali ni pun sama. But what's important is not where we go, but with whom we go, and what we did, kan? huhu...

ETS adalah satu inovasi service dari KTM yang bagus (KTM ke? ye lah kot, ada link ke KTM dari website ETS), tapi aku rasa service dia patut dipertingkatkan.. Kerusi menunggu untuk train perlu ditambah, dan kenapa perlu buka stesen ikut masa keretapi adalah beyond me... Mungkin sebab konduktor tak cukup, dan perjalanan yang agak pendek(?), 2 jam setengah, menyebabkan penyediaan lebih dari seorang konduktor adalah tidak relevan? Entahla... Pengalaman naik ETS ni mungkin aku cerita di lain hari.

***

Hari tu aku bagitahu colleague aku yang politik di Malaysia masih belum matang. Aku pun bukanlah seorang yang fanatik mengenai politik tetapi aku juga tidak mendapatkan berita-berita semasa aku daripada Buletin Utama... Aku lebih rela tengok 'Premier League World' pada pukul 8 malam daripada tengok Buletin Utama. Lebih informatif, to say the least!

Tapi, kenapa aku cakap apa yang aku cakap (pergh, ayat...), ialah, aku bagitahu colleague aku yang Malaysia masih mengamalkan politik kepartian dan terlampau obses mengenai perkara tersebut! Dan politician Malaysia kebanyakannya masih tidak sedar diri. Memerintah negara bukanlah a divine right bagi sesiapa. Negara adalah milik rakyat, dan hanya rakyat yang harus menentukan hala tujunya.. Namun rakyat adalah kelompok yang terlalu ramai dan terlalu banyak idea yang akan dikemukakan, terlalu banyak kepentingan... Maka diwujudkan 'Kerajaan' adalah untuk memantau dan menguruskan perjalanan rakyat agar ia teratur, tersusun, mencapai objektif, dan memenuhi kepentingan majoriti (kenapa majoriti? kerana yang menang pilihan raya adalah berdasarkan kiraan majoriti...)

Namun, yang banyak terjadi adalah sebaliknya. Kerajaan wujud untuk memenuhi aspirasi mereka sendiri, dan rakyat dianggap tidak setia, tidak kenang budi apabila ada aspirasi kerajaan yang tidak disokong. Bagi aku ini sangat naif. Dalam memajukan negara dan bangsa, sepatutnya apa yang boleh membawa kita ke arah itu, harus disokong dan sebaliknya harus dibantah. Namun permasalahan politik parti semasa kita adalah setiap parti tidak mahu menyokong antara satu sama lain pada idea-idea yang baik, dan lebih cenderung untuk menonjolkan jasa-jasa dan pencapaian masing-masing daripada berbincang untuk mencapai kata sepakat mengenai apa yang terbaik untuk rakyat!

Maka sampai ke hari inilah kita duk dengar mengenai modal yang sama daripada politician... Jasa menentang komunis, jasa menghalau Jepun keluar, jasa kemerdekaan, jasa tu, jasa ni... What past is past, we thank you for that, now, what for the future?! Jangan jadi Liverpool...

Sampai bila politik parti berasaskan paranoia dan isu perkauman serta mengenang jasa ini boleh berkekalan dan mengekalkan orang-orang di puncak kuasa di mana mereka lebih pentingkan kuasa mereka daripada untuk berbakti kepada nusa?

***

"From family, to teachers, to peers, the message is: if you want to get a job, you’ve got to go to university."

Suatu hari tu, aku tertanya-tanya, bagaimanakah Universiti, terutamanya universiti awam, boleh kekal relevan? Sebagai seorang graduan daripada universiti awam, survivaliti universiti awam merupakan sesuatu yang menarik perhatian aku, dan mungkin hanya aku seorang...

Berdasarakan ayat dan link di atas, kebanyakan daripada kita harus bersetuju bahawa itulah yang berada dalam mentaliti kebanyakan daripada kita, keluarga kita, adik-beradik kita, ibu bapa kita dan kawan-kawan kita. Aku tidak terkecuali...

Tapi, mari kita lihat nama-nama ini, Albert Einstein, Thomas Edison, Bill Gates, dan Steve Jobs... Mereka ini semuanya college drop out ataupun tidak menerima pendidikan formal daripada sekolah pada awal umur mereka. Namun, dalam setiap sekolah, nama-nama ini adalah perintis dan sentiasa diletakkan sebaris dengan perkataan 'kejayaan/success'.

Berikan aku empat nama dari graduan universiti, mana-mana universiti utama yang berjaya mengubah dunia sehebat emapt nama ini? Kebanyakan presiden Amerika adalah dari lulusan Harvard ataupun universiti-universiti utama yang lain, but, just look what they did to America? Berhutang dengan bottomless pit pada hutangnya, menghuru-harakan ekonomi dan sosial, serta memulakan satu perang selepas yang lain adalah kepakaran para presiden ini...

Jadi, bagaimana Universiti mahu kekal relevan. Jika sekarang, bilangan graduan yang menganggur sudah semakin meningkat, telah menunjukkan betapa kursus-kursus di universiti adalah tidak relevan dengan market pekerjaan. Namun persoalannya, adakah universiti akan berubah dan menawarkan lebih kursus-kursus yang relevan dengan market pekerjaan, ataupun Universiti akan mengubah kepercayaan awam, dan kadangkala, kepercayaan mereka sendiri bahawa universiti harus menjadi lebih dari itu.

Universiti adalah satu perkhidmatan. Perkhidmatan yang menyediakan para clientnya dengan sebuah hub ilmu dan penyelidikan. Hub di mana client membayar bagi membolehkan mereka mendapat pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang dikehendaki oleh mereka. Bagi mereka experiencing and experimenting with their live... They should paid for this, not for some long, boring hour in lecture hall which been cancelled more often than not. Not for some paper which been marks at the end of the sem just so that a bunch of people will tell you how good you really are...

A system by grade ialah apa yang job's market wanted. Mereka mahu tahu gred kamu ketika interview supaya memudahkan kerja mereka memilih calon-calon baru untuk memenuhi tempat duduk di kubikel-kubikel ofis mereka. Namun, apa yang penting sebenarnya, dalam kehidupan dan juga dalam pekerjaan sebenarnya ialah kemampuan dan keinginan untuk maju, menjadi lebih baik, boleh memberi dan menerima cadangan dan yang paling penting, bagi aku, ialah kemampuan untuk belajar daripada kesilapan!

Jadi persoalan aku masih tidak terjawab. Adakah Universiti akan kekal relevan? Bahkan ia telah bertambah... Adakah Universiti akan kekal relevan pada pandangan orang lain (sebagai pusat penghasilan tenaga kerja), ataupun ia akan kekal relevan dengan falsafah dan standardnya sendiri (sebagai pusat penghasilan generasi berilmu, dan berani berubah ke arah lebih baik)?

Apapun pilihannya, satu yang pasti, Universiti harus ber-reformasi (or berevolusi, which one you prefer, I don't care...). Jangan hanya fikirkan business dan wang student tanpa memberikan servis yang bersesuaian dengan harganya!

Happy holiday!



T/t: Love, love, love won't stop this bomb, bomb... Love won't stop this bomb, bomb... Love won't stop this... Bomb!

Thursday, December 8, 2011

Note to Self [and Generations ahead]

Never buy a cheap clothes, never get married in December, and always use your left foot to the maximum effect before it start to get injured regularly...

Monday, December 5, 2011

2.4 km (II)

Kami berlari-lari bagaikan dunia tanpa penghujung. Aku pandang Mr N, dia pandang aku... Angin bertiup 'sepoi-sepoi' bahasa. Aku pun tak pasti sama ada badan aku menuju depan atau ditolak ke belakang dek tiupan angin sepoi-sepoi bahasa tadi. Terasa air menitik dari dahi ke dagu membasahi baju, aku pun tak pasti sama ada itu air peluh ataupun air hujan yang dah turun renyai-renyai... Masuk round ke-4 (1600m), kaki mula menjerit, "taknak!" tapi dalam kepala berbunyi, "boleh pegi lagi ni..." Kami menghabiskan round ke-6 dengan typical 100m hurdle!

Para gadis bersorakan dan berpelukan sesama sendiri sambil mengalirkan air mata keriangan dan terharu menyambut kejayaan kami... Aku merenung Mr N dengan senyuman kejayaan tanda puas, sambil menghulurkan buku lima aku ke arahnya. Dia menyambut dan buku lima kami bertemu, tanda ikatan kekitaan yang utuh antara dua sahabat.


.
.
.
.
.


Ok, part last tu aku tipu.




T/t: Pengalaman jogging dalam ribut petang semalam-

Friday, December 2, 2011

Thursday, November 24, 2011

Multi Level(3) Muthafaking!!

Selepas hampir dua tahun kisah ini bersambung, aku mengambil kesempatan untuk menyambungnya sementara aku masih belum lupa dan tak banyak idea nak menulis mengenai perkara lain...

Sebenarnya, kalau kita tak banyak pengalaman, kata-kata promoter MLMers ni sangat menarik hati dan senang untuk mempengaruhi orang-orang yang berfikiran naif. Hampir samalah dengan apa yang hampir terjadi pada aku sendiri, 7 tahun lepas... Tapi ada something yang sentiasa menyekat aku daripada menyertainya (Alhamdulillah...) iaitu, tak lain tak bukan ialah jumlah modal permulaan RM 2000...

Aku pun tak tahu apa relevannya modal RM 2000 tu. Apa yang aku diberitahu ialah jika di bawah nilai tersebut, maka para MLMers tidak akan mendapat jumlah keuntungan yang maksimum. Dengan kata lain, RM 2000 ialah jumlah minimum bagi para MLMers mendapat segala manfaat menyertai skim yang mereka promosikan tersbut. Tu lah sedikit sebanyak yang aku tahu.

Bagi seorang pelajar universiti yang miskin, mendengar mengenai betapa mudah dan lumayannya manfaat-manfaat yang diperoleh oleh MLMers ni, memang agak menggugat iman. At first aku encounter para MLMers ni dekat matrikulasi dulu. Tapi masa tu, modus operandinya masih berteraskan produk dan masih boleh agak dipercayai. Pada masa tersebut, gerakan mencari downline tidak seaktif MLM sekarang. Namun, apabila ada yang mengajak, aku menolak dengan cara baik dengan alasan tipikal seperti, "nanti aku pikir-pikirkan dulu..." atau, "Aku malas sebenarnya, sebab aku nak konsentret stadi je kat Matriks ni..."<---alasan poyo...

Pada pendapat aku pada ketika itu adalah pasaran yang wujud adalah terhad dan tidak kuat. Jika difikirkan, jika semua pelajar menjadi ahli downline masing-masing, ahli terakhir akan menjadi ahli yang paling rugi, dan the pioneer akan menjadi yang paling untung. Itu jika difikirkan dari segi manfaat yang diperolehi melalui struktur piramidnya. Jika dikira dari segi jualan produk juga, jika semua pelajar menjadi ahli dan mendapat diskaun untuk membeli produknya, di mana logiknya untuk menjual barangan tersebut kepada pelajar yang bukan ahli? Bukankah itu mematikan pasaran produk itu sendiri? Entahlah...

Ok, kembali kepada topik utama. Satu perkara yang sentiasa mengganggu pemikiran logik aku adalah kaedah yang sering digembar-gemburkan oleh 'penceramah' MLM ini apabila memberi 'ceramah' kepada potential members mencapai RM 2000 tersebut! Para 'penceramah' ini biasanya sedar bahawa potential 'members' mereka terdiri daripada mereka yang tidak punya pendapatan tetap (i.e: pelajar), lalu mereka memberitahu cara terbaik untuk memperolehi modal dalam sekelip mata adalah dengan BERHUTANG! Kaedah yang paling aku benci dan tidak percaya!!

Ok, cerita ini tidak berakhir di sini. Kononnya, kata para 'penceramah' ini, mereka juga bermula dengan kaedah yang sama, dan over time, mereka boleh membayar balik hutang-hutang tersebut selepas 2,3 bulan menyertai skim mereka. Dan katanya kita boleh mula meminjam dengan ibu bapa, adik-beradik, saudara mara, dan rakan-rakan terdekat (Hotak dia!!)

Aku sentiasa aware dengan keburukan berhutang. Kerana duit adalah perkara yang sensitif, dan suka atau tidak, ada yang putus saudara kerana duit. Jadi hutang-hutang ni bukan benda yang boleh dibuat main-main. It's one thing to owe someone up to RM 2000 when you don't have a steady income, it's another thing to owe from more than one person to make up that amount!!

Namun yang aku hairankan adalah, tidak pernah sekalipun, aku ulang, TIDAK PERNAH SEKALI PUN, para MLMers ni menawarkan diri mereka untuk memberi pinjam kepada potential members duit mereka SENDIRI bagi membolehkan potential members ini memulakan, apa yang kononnya adalah perniagaan mereka sendiri!

Yang aku hairannya bukan apa, kalau mereka sudah lama berada dalam skim tersebut, mendapat pulangan lumayan setiap bulan dengan hanya bermmodalkan air liur (dan RM 2000 yang mereka bayar hanya untuk kali pertama), serta mendapat pelbagai hadiah dan manfaat daripada skim tersebut, tidak dikira dari segi percentage yang diperoleh daripada downline masing-masing, apalah susahnya nak tolong seorang dua ahli baru setup-kan diri mereka dalam skim tersebut, ye tak? Apalah salahnya memberi mereka pinjam RM 2000 untuk mereka mulakan 'perniagaan' tersebut, jumla itu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan manfaat yang bakal mereka perolehi kelak kerana mempunyai seorang lagi downline. Dan wang tersebut bakal dibayar balik, once ahli baru tersebut mencapai bonus 2,3 bulan pertama mereka. Apa salahnya?

Atas dasar pemikiran inilah aku menyimpan syak wasangka dalam semua skim MLM. Aku rasa hanya satu perkara sahaja yang menghalang mereka daripada membuat seperti yang aku nyatakan di atas, iaitu mereka sendiri tidak yakin bahawa ahli baru akan dapat bertahan. Pada masa yang sama, mereka juga tidak yakin dengan skim mereka untuk terus bertahan. Ataupun sebenarnya, mereka sendiri tidak pernah untung daripada skim mereka sendiri. That, or maybe they all just a greedy muthafaker!!

Jadi, sebagai kesimpulannya, apabila ada sesiapa yang mempromosikan kepada anda skim MLM berbentuk piramid, dan meminta anda menyediakan modal dalam lebih kurang RM 2000, maka anda cubalah meminta mereka sendiri untuk memberikan anda hutang RM 2000 tersebut. Jika mereka sanggup, than, you'll got nothing to lose. If they don't, then just run away...

After all, mereka selalu cakap nak tolong Melayu lah, nak tolong student lah...


BULLSHIT!!

Tuesday, November 8, 2011

Edisi Lewat - Rangkuman Bola Sepak Malaysia 2011

Oh Hello, babeyh! We meet again for the usual dose of good-for-nothing-football-info!

So, the curtain fall on Malaysia Soccer League (Somehow we used soccer despite we're once under the flagship of Britain, rather than the Americans...) when Negeri Sembilan dramatically come back from behind and beat Terengganu Kite, 2-1 in the final of Piala Hai-O Malaysia! And here in our later-than-usual Late Edition, talkIZcheap! is trying to look back on his so-called prediction that you can read it all over again here.

So, what has come true and what's not? The one that has come true will get the usual reamrk, "I've told you so!" and the not, well, you can have your unusual laugh on talkIZcheap! while he still doesn't care... hahaha-HA!

Prediction 1: Penggunaan 'vuvuzela' dan pen laser yang semakin meluas, dengan peminat-peminat Kelantan yang akan menjadi kambing hitam pertama! 


tIc: Well, my first prediction is half right, and almost another half right. The only exception is, nobody blame anybody on vuvuzelas and laser thing! Very unlike Malaysians...

Prediction 2: Kelantan akan menang satu atau lebih Piala musim ini dengan tumpuan diberikan kepada Liga Super.

tIc: I've told you so!

Prediction 3: Pemain-pemain utama pasukan Kebangsaan akan menerima tawaran bermain di luar negara...

tIc: Safee Sali, of course, Safiq Rahim, Badrol Bakhtiar, tawaran dari kelab Inggeris, Mat Yo juga dikhabarkan mendapat beberapa tawaran... I've told you so!

pembaca: Woih! Safiq Rahim semua tu dapat pergi training jer lah!

tIc: Let's not make a small thing a big deal, will cha?? :p

pembaca: habis tu, yang "...dan segera pulang kerana tidak tahan dengan provokasi dan tekanan liga di sana...

tIc: ok la, ok la... They just go for training and come back because there is no chance in hell Malaysia could improve their ranking and made this players available for top Europe league's clubs... huhu

Prediction 4: Khairul Fahmi diapproach oleh Sir Alex, bla, bla, blah...

tIc: Ok, it seems, the only one that approach him this season is Dahlia Teck and off-field controversies!

Prediction 5: FAIL

Prediction 6: FAIL!

Prediction 7: Almost, but no cigar... (wait, this one wasn't Malaysia Soccer, but who can tell??)



OK, that's all for this season. On the mean time, enjoy yourself on SEA Game where the Young Tiger is competing to fend on the Gold Medal won two years ago. We start slowly with the draw with Singaporeans, but hey, we also get beaten 5-0 by Indonesia on our opening game for AFF Cup, and what's happen next is anybody guess! :p

So, my prediction for SEA Game: Malaysia to go to the final, but win? Still not convince yet, better wait for the next game... ha-HA!

Owh, by the way, Piala Emas Raja-Raja will start soon too. Give your undivided support to The Red Warriors!!




T/t: nanananana~ Ganung Kitee!

Thursday, October 27, 2011

Kenapa Harga Tiket Final Piala Malaysia Dinaikkan...

Pelbagai teori yang diutarakan namun tiada satu pun dapat disahihkan. Pihak FAM masih tegas dengan pendirian mereka menetapkan harga tiket RM 50 untuk perlawanan akhir Piala Malaysia edisi 2011 antara Terengganu vs Negeri Sembilan (btw, prediksyen aku ialah Hai-O menang lagi, 2-1). Tahukah anda sebab sebenarnya?

Sebabnya adalah untuk mencegah perlawanan akhir daripada dicemari insiden balingann mercun. Dengan harga yang fakap, para penyokong pastinya kekurangan bajet untuk membeli mercun, maka perlawanan akhir kelak dijangka bersih daripada insiden balingan mercun ke padang.

Disamping itu juga, dengan harga sebegitu mahal, pastinya penyokong kedua-dua pasukan tidak berapa berani nak buat onar. Naknya game dihentikan dan ditunda mungkin, kena bayar lagi RM 50? Tak ke lagi fakap namanya tu? huhuhu...

Itu sajalah teori aku, dan jika dibuktikan benar, maka dapatlah disimpulkan bahawa yang FAM ni, kadang-kadang, bijak juga!

Sekian, terima kasih. Gud lak, Ganung, Nogori Semilan!!




T/t: !Trash Talk! menyambut entri ke-300 dengan entri ini... tak sangka dah lama... (takde orang baca!) :p

Wednesday, October 19, 2011

The Frustration of Being a Manchester United Fan...

The best thing of being the fan for the current Manchester United FC is that the fact that United was rarely having a star one-man-team player over the course of Sir Alex Ferguson's reign. The fact that made most non-fans accused the fan for upheld United too highly that they almost become overrated to some...

Red Nose's Crazy Scott?

The thing is, the main core for united for the past two decades is obviously on Sir Alex Ferguson. Being in one club at his position for so long, and having won so much as him, it is inevitable that some would rate him as a genius. rival managers, players around the globes and of course the fans all spoke very highly about him.

The fact that he's been in the number one position at a club of a Man United standard for so long, and had won so many with different set of players over the course was his main attribute to his legendary status, especially among the fan. The fact that almost none other manager did the same in any other primary clubs in Europe, or even around the world, make it even more compelling...

Some might said that, with his long tenure, he should've won more, especially the European Cup. The thing that many miss was that, even though he did assemble many generation of strong squad at his tenure as the United no. 1, he rarely got a squad full of the world beater, and this is far from undermining his achievement or his ability as a top manager, but actually serve as a proof for his genius...

The thing is, United squad were rarely has a one-man-team star player mostly down to the ability of SAF to assemble some average talents and turn them to the world beater when it's matter. Take the current squad for example. In the first eleven, or more accurately, first 22 (since there were so many players can claim to be as the first team members considering their contribution and experience), there were almost no player which can be so vital as a match-changing player for their country... One can said such player is Wayne Rooney, or maybe Nani or Chicharito. Berbatov, before his international retirement was his nation's best player for so long. Park Ji Sung is the most popular player at South Korea. Vidic, Ferdinand at his best, and Evra most probably walk in to any first eleven available in the world, but that is it!

Rooney and Berbatov (before his retirement) maybe their nation's best striker, but their national team, to be honest, are rarely in the group of 'the best team' in the world. Nani was never more important than C. Ron at Portugal, and maybe only Chicharito can claim as the most important player for club and country in the current squad. While maybe the current back-line can claim as one of the many fiercest defender across the Europe, it's still far from the est individual in their current position...

The fact that from generations ago, United are lacking in one-man star is down to the fact that they always create a great team, rather than a great player... Take example of Barcelona. They have the strongest squad nowadays because they were consist of geniuses like Messi, Xavi, Iniesta, Pique, Pedro and David Villa. This is an all-star team, which every single player I mention is capable to become a one-man-team hero anywhere across the Europe or the world. To gel a team consist of people like them will surely get you the world to conquer. Among the years of SAF reign at United, this kind of team were always emerging. Like Barca of '92, AC Milan and Juventus of the noughtys, Real Madrid at the early 2000s, Bayern Munich of the late '90s, they all a team consist of many genius players that gel well! Apart from the Galacti-jokes 1.0, of course...

The thing is, United squad from those eras was almost average at best, when you talked about the individual. But when it comes to talk about the team, rarely was anyone who can speak of them with lack of respect. It is in Fergie's strength to create a strong squad from a bunch of a slightly above average or average players imto a great team. A player like Giggs, Scholes, Beckham, Roy Keane, Sparky, Bobby Robson, Nisterooy, even the like of C. Ronaldo, Nani, Rooney, or Tevez would probably can't lift their nation single handedly to win a major trophies (which has come as a point to underestimated the United players over the years...), but together under SAF, they were one of the fiercest world beater. The fact that last season title-winning, European finalist squad had long be damned as the worse squad under Fergie's reign, but still can go making the best start for United in a decade, making a 29 unbeaten run in the league, and making the best home's record since Chelsea under Mourinho, winning the league by 9 points, having the league top scorer and top assist and making an appearance in the UEFA Champions League Final for the third time in 4 years...

The issue is, for me, despite this proof of how genius SAF actually are, creating a great team from players available around without many great names, who, from Gascoigne to Ronaldinho, all turn him down, and despite lasting for so long even when the game is changing on and off the field, but still taste the success despite the rivals all comes and go, with the new rival is always more fierce than the last, many opposition fans still find it appropriate to trash talked him...

Sure, he talked rubbish sometimes, backed his team too much and shove people down at his will, especially the media. But when you put in the perspective of the emotion involved (an interview after his team just lost), or when the situation was involving his key players/staff, of course he will act at the way it's best serve the club's interest. Wouldn't we done the same too? After all, I would prefer having a manager who will all fire up and burst into his emotion when the team is beaten and down rather than a manager who too relax and too comfortable at his position, even after missing out at the only trophy they never won, was still confident that he will retain his place as the team manager, only to find out he has been shown the door even before he walked in to the office on the next day...

Fergie might complain about the officer sometimes, but most of the time he did that, there were a case. Opposition fans loved it when Fergie lost control and used it as a way to undermined the great Scott, but then, when the issue raised by Fergie has hit their team in the face, they would whine too... Only their manager don't, and I always thought that those fans will wish that their manager is Fergie, or at least as outspoken as him...

But even Fergie will admit defeat when it is appropriate and well-beaten, like the final in Wembley at May, he said that Barca was a deserved winner (Real Madrid might not concur though, ha-HA!)

And the latest, he was asked about the Champions League favourites for this term. he said, "Barca & Real without a doubt. But I think the English teams like ourselves, Chelsea & City will make a good show of it"

For someone who was hated on the entire English soil except at the Stretford End, and for someone who accused as a bad loser, he sure know how to praise he opposition, keep his feet firmly on the ground, and rated the fellow domestic rivals so highly despite the fierce rivalry...

But still, for the anti-United fans, he will always be a whiner red nose crazy Scott...




...and it's frustrated for a United fan, who rarely can claim their players as the finest in the football's world, when even their one and truly only great 'player' was disowned the credits he deserved...


T/t: BEL 19 VE

Sunday, October 16, 2011

Bakuman

How to write a perfect manga?

Anda pernah tertanya-tanya bagaimanakah hidup sebagai seorang mangaka? Anda pernah bercita-cita untuk menjadi seorang mangaka? Pernahkah anda mendapat tips-tips berguna mengenai bagaimana untuk menjadi seorang mangaka yang berjaya? Apa? anda ada buku manual untuk mangaka? Bagaimana pendapat anda dengan buku tersebut? Berkesan? Anda sudah memulakan hidup anda selaku seorang mangaka dengan bantuan buku panduan tersebut?

Atau anda masih tercari-cari buku panduan yang berkesan, ringkas, padat, tepat, menarik tetapi tetap realistik?

Jika ya, maka anda hanya perlu mendapatkan siri manga Bakuman, dan aku yakin anda tidak akan kecewa!

Bakuman

Sinopsis:


Bakuman mengisahkan tentang kisah dua orang anak muda iaitu Mashiro Moritaka dan Takagi Akito yang berusaha mencapai cita-cita mereka selaku mangaka yang diterbitkan karyanya dan mendapat anime sendiri sebelum tamat sekolah tinggi. Moritaka merupakan seorang anak saudara seorang bekas mangaka yang mati akibat terlampau kuat bekerja dan mempunyai skill dan minat terhadap manga yang mendalam. Namun semuanya lenyap setelah pakciknya meninggal dunia, dan dia sendiri menyangka bahawa pakciknya itu membunuh diri kerana tekanan hidup selaku mangaka yang kurang berjaya.

Namun Takagi meyakinkan Mashiro untuk bekerjasama dengannya selaku penulis-pelukis siri manga dan menerbitkan siri pertama mereka sebelum tamat sekolah tinggi. Pada awalnya Mashiro tidak yakin dengan rancangan Takagi namun segala-galanya berubah apabila Takagi membantunya untuk bercakap dengan seorang gadis, Azuki Miho. yang telah lama menjadi impian Mashiro, dan berjaya membuat gadis tersebut berjanji untuk berkahwin dengannya setelah mereka berdua mencapai cita-cita masing-masing, iaitu menjadi Azuki menjadi pelakon suara latar bagi watak perempuan utama bagi anime yang dilukis oleh Mashiro...

Setelah itu bermulalah kehidupan selaku seorang dua orang mangaka bagi Mashiro (nama panggilan: Saiko) dan Takagi. Segala cabaran, pahit maung mereka bagi menjadi mangaka yang mempunyai siri tetap diterbitkan dalam majalah 'Shonen Jump' diceritakan dengan penuh realistik dan terperinci...

Ok, jalan ceritanya berbunyi agak  melelehkan dan tipikal drama cinta remaja Jepun, namun percayalah, jalan ceritanya sungguh unik sehinggakan tiada satu pun plot yang diceritakan adalah tanpa sebab! Kekuatan dan keunikan ceritanya akan aku ulas diakhir artikel ini.

Sensei Tsugumi Ohba dan Sensei Takeshi Obata.


Tulang belakang cerita ini adalah gandingan mantap dua orang mangaka, yang sesuai dengan watak cerita Bakuman tersebut, merupakan gandingan penulis-pelukis. Gandingan mantap mereka sebelum ini menghasilkan manga hitz yang telah dijadikan filem, iaitu Death Note! 


Takeshi Obata merupakan seorang mangaka senior yang antara lain merupakan 'guru' kepada Nobuhiro Watsuki (tak kenal beliau makanya anda bukan peminat manga), dan Yusuke Murata, pelukis Eyeshield 21, yang jika ada kelapangan masa, akan aku reviewkan kelak...

Antara karya Takeshi yang mendapat nama adalah Hikaru No Go, satu kisah mengenai catur Go yang popular di Asia Timur bercampur dengan sedikit kepercayaan mistik. Hikaru No Go adalah kolaborasi beliau bersama seorang lagi penulis manga, iaitu Yumi Hotta. Anda boleh wiki sendiri karya-karya beliau yang lain yang aku janjikan adalah cukup hebat kesemuanya!

Keunikan plot cerita Bakuman


Seperti yang aku nyatakan dalam prolog artiel ini, komik ini merupakan satu live guide kepada sesiapa sahaja yang berinspirasikan untuk menjadi seorang mangaka, mahupun bagi sesiapa sahaja yang ingin mengetahui bagaimanakah seseorang mangaka itu hidup. Bagaimanakah proses penghasilan manga yang sebenar, proses yang sebenar untuk menghantar karya mentah anda untuk dinilai para editor sesebuah syarikat penerbitan manga (di Jepun, sekurang-kurangnya), dan proses sebenar yang harus dilalui oleh seseorang yang bercita-cita untuk menjadi mangaka dari saat beliau mula mahu menghasilkan manuskrip, jenis-jenis lukisan dan pen, peringkat-peringkat birokrasi yang harus dilalui, tapisan-tapisan pakar dan pertandingan bakat-bakat baru yang ada di majalah-majalah manga, teknik-teknik penghasilan manga, sehinggakan kepada cara hidup yang harus dilalui oleh seseorang yang telahpun bergelar sebagai mangaka professional, iaitu daripada peringkat proses mencari idea, mesyuarat draf manuskrip pertama (dipanggil 'name'), mesyuarat manuskrip, sehingga kepada proses rating survey daripada pembaca, sehinggalah strategi yang boleh digunakan bagi meningkatkan populariti sesuatu manga dan mangaka itu sendiri...

Kan aku sudah cakap bahawa ini adalah Live guide!

Namun, jika ini sahaja sudah boleh dikira sebagai Live Guide, maka perkataan Live Guide adalah satu understatement bagi manga ini!

Dalam plot cerita Bakuman, seperti yang telah aku nyatakan dalam ruangan sinopsis diatas, watak-watak utamanya sentiasa menemui cabaran dalam menghasilkan satu karya yang benar-benar boleh membawa mereka kepada cita-cita terbesar mereka, iaitu mempunyai manga yang mampu mempunyai siri animenya sendiri. Disebabkan gaya penulisan Akagi dan lukisan Saiko yang tidak sesuai untuk jenis cerita aliran utama dalam Shounen Jump, yang mementingkan karya-karya seperti 'One Piece' ataupun 'Naruto' dan 'Bleach', maka mereka sentiasa menemui jalan buntu mengenai jenis cerita yang mampu menjadi siri paling popular di Shonen Jump dengan karya yamg menjadi kekuatan mereka sendiri.

Untuk itu, dalam manga ini, sentiasa berlaku di mana plotnya adalah berkenaan dengan bagaimana mereka berdua harus mencari kaedah-kaedah baru dalam memperkayakan cerita-cerita manga mereka disamping tips-tips baru dalam meningkatkan kualiti dan sekali gus meningkatkan populariti manga mereka.

Dan guess what?

Jika anda benar-benar sedang mencari ilham untuk manga ataupun sudahpun mula melukis manga, maka tips-tips yang digunakan oleh kedua-dua watak ini (dan banyak lagi watak-watak sampingan yang muncul serta mempunyai konflik tersendiri mengenai penghasilan manga mereka sendiri) boleh diaplikasikan oleh anda sendiri. Bukan itu sahaja, anda akan dapati bahawa segala tips-tips yang diberikan oleh watak-watak ini dalam plot manga tersebut, adalah benar-benar digunakan oleh Sensei Obata dan Sensei Ohba ke dalam Bakuman itu sendiri!

Sebagai contoh, salah satu cabaran yang dihadapi Ashirogi Muto (nama pena Saiko dan Takagi) adalah untuk membina momentum kepada jalan cerita mereka agar ia sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat. Salah satu cara yang digunakan adalah memasukkan unsur suspen diakhir cerita bagi setiap episod agar pembaca sentiasa tertunggu-tunggu mengenai sambungan ceritanya! Dan guess what? Sensei Obata dan Ohba juga akan menghidangkan anda dengan unsur suspen diakhir siri cerita mereka bagi membiarkan kita tertunggu-tunggu mengenai sambungan ceritanya yang seterusnya.

Begitu juga bagi unsur-unsur lain dalam kisah ini. Pada ketiak mereka dikehendaki menghaslkan manga pendek mengenai satu kisah percintaan untuk diadili oleh para pembaca, kisah cinta yang dibincangkan oleh Saiko dan Takagi adalah mengenai dua watak utama yang saling memahami walaupun tanpa kata-kata. Pada masa yang sama, hubungan Azuki dan Saiko mengalami rintangan dalam siri Bakuman itu sendiri, apabila Azuki mengalami rintangan dalam kariernya selaku pelakon alih suara anime. Dan bagamana Saiko mengatasi masalah itu adalah sama seperti watak manga yang dilukiskannya, iaitu tanpa perlu banyak perkataan, Saiko boleh memahami keperitan yang dilalui Azuki dan membantu Azuki keluar daripada dilemanya...

Terdapat juga plot dimana dalam usaha mereka menghasilkan manga humor, Takagi terbaca tips mengenai kaedah humor dengan memasukkan lawak jenaka secara tidak sengaja yang tidak keterlaluan dan sesuai dengan latar belakang cerita tetapi tetap kelakar apabila disebut/dilakukan. Ini seterusnya ditonjolkan sendiri dalam plot Bakuman tersebut apabila terjadi perkara-perkara kelakar terhdap watak-wataknya yang terjadi secara kebetulan dan tidak mengganggu jalan cerita tersebut!

Bagi memahami maksud sebenar yang cuba aku sampaikan, ada baiknya kalian sendiri mula membaca manga ini. Jika anda pernah membaca Hikaru No Go dan/atau Death Note, maka aku pasti kalian tahu bahawa artworknya adalah sesuatu yang tidak harus diragui kualitinya. Manakala jalan ceritanya pula, percayalah... Ini adalah apa yang telah aku katakan sebelum ini, Live Guide terbaik untuk Mangaka dan Mangakan wannabe, yang mungkin paling Live di antara kesemua Live Guide yang anda boleh dapati mengenai perkara-perkara lain.

Manga tersebut boleh dibaca secara online di sini.

Antara episod-episod yang aku rekomenkan:

Gag and Serious

One Piece and Surprise

Artist and Mangaka




T/t: The greatest manga ever, is a story about how to write a great manga! Sure it is!!

Friday, October 7, 2011

Steve Jobs

In non-apple user point of view

I bet by now, anyone who has Facebook or Twitter or anything equivalent, has already either watch, hear or read about Steve Jobs final (?) speech. I also bet that many of us were shock with the news and the status or tweet had been flood with condolence wishes for the man described as a true visionary and all.

I also bet that everyone suddenly, uniformly realize the important of living a live that we all love. All thanks to the inspiration given by the late Steve... To be honest, how many of us can claim that they lived the live they wanted to? Having a job they love to do? Its struck me this morning when I was driving to work in the 'abnormal' busy road of KL (its school break for some maybe because of the PMR - Malaysians public Exam for Secondary Schooler- so it wasn't actually as busy as usual...) that, how many of us who face all this traffic every freaking morning, to actually go to the work that they love? For me personally, i don't hate my work, but I can't honestly say that this is what I ever dream of. But well, we can't have so many 'Steve Jobs', aren't we? :p

Having stated before about the 'speech'. The key word was 'death', which caught most of our attention I bet. As if Steve know exactly his time is near, that he chose to talk about it in the manner of praising it as the best ever invention. The point he was making after such a word for death is the important of living significantly to do something we love before our time is come. Nothing wrong at all with the speech. Perfectly suit the great man himself. The way its been quote and been shared on Facebook after his death is even more compelling.

How many of us were desperate to re-quote him yesterday? The words were so powerful its worthy of re-quoting it again and again! Everyone has to be shared about it. The great man had leave so many legacies and apps, so many of us were indebt  with him (even though we actually pay for his products ;p), that we feel how great a loss for the world after his death!

It reminds me of the one and only greater man than him that ever lived in the history. This one man also leave behind a legacies, so many of us also indebt with him, and he also leave behind a 'final speech'! As a Muslim, I wonder, how many of us remember about the Prophet, Muhammad S.A.W final speech? How many of us ever re-quote him? How many of us remember the points his making, let alone word by word been spoken by him? He did leave us the legacy of this world and here after, after all...

In all honesty, me myself didn't remember all of his messages either, make me even more shameful...

But take nothing away from Steve! He was a great man, and his legacies will goes on as time will tell. He is visionary alright, and revolutionize our way of communication and our way of IT lives... As someone who rarely used any Apple product (except the fruit, of course...) I salute him as a great man that dominate the modern world! The prove of his greatness is just how his words were widely spread as if it was his last will, and just how many of us saying good-bye to a person we never ever meet face to face personally... 

My sincere condolence for his family...

For me, a none-Apple and average IT user, Steve Jobs will be always remembered as a great man, "a true visionary and creative inspiration", to quote a friend...

For historian, he will be remembered as one of the modern world conqueror, something not even Bonaparte could achieved...

For an avid Apple user however, he will be almost like God, when everything they touch was his!

Wednesday, October 5, 2011

RoboCop...

It's a very frustrating situation for me, to think that with all the technology we have and the science we achieved, we were yet to produce a single unit of RoboCop...



They need it, FAST!!

Tuesday, October 4, 2011

An Eye For An Eye, Only Leave Us All Blind...?

Mengenai hukum hudud, ada tiga key point yang aku ingin bincang/utarakan...


Pertama ialah, mengapa mesti takut? Satu hujah yang sering digunakan adalah dengan pelaksanaan hukuman ini, ramai/kebanyakan rakyat Malaysia akan menjadi kudung anggota badan, menjadikan mereka tidak dapat bekerja lagi dan sekali gus menurunkan daya saing kita selaku rakyat Malaysia...

Namun, kebanyakan dari kita terlepas pandang akan syarat-syarat hukuman potong tangan atas kesalahan mencuri sehingga menyebabkan hujah di atas menjadi bogus at best!


Antara lain, jika ingatan ikan akuarium aku ini tidak silap, terdapat had nilai bagi barangan yang dicuri, barangan tersebut dalam keadaan dijaga baik, dan kondisi pencuri ketika dia melakukan perbuatan terkutuk tersebut adalah tidak terdesak atau tiada sebab-musabab fizikal yang menyebabkan dia perlu mencuri untuk meneruskan hidup [kemiskinan yang amat sangat, diugut dan sebagainya...]. Selepas faktor-faktor ini diambil kira, barulah hukuman boleh dijalankan, dan itupun masih ada banyak syarat-syarat lain seperti hukuman dijalankan di tempat awam, pasukan paramedik sudah tersedia di tempat hukuman bahkan ada juga syarat-syarat yang boleh membatalkan pertuduhan terhadap si tertuduh...

Persoalannya, jika pencuri itu dihukum potong tangan, bagaimanakah dia mahu mencari nafkah selepas itu? Persoalan ini sebenarnya lebih sesuai dijawab dengan satu lagi persoalan iaitu, jika sebelum ini dia melakukan kecurian sebagai cara mencari nafkah, sedangkan dia tidak terdesak untuk melakukan perbuatan tersebut (sihat tubuh badan, waras dan sebagainya), mengapa anda fikir yang dia akan mencari pekerjaan yang halal jika tangannya masih normal?

Senang untuk mengasihani si pencuri yang dijatuhkan hukuman, walhal kita terlupa, jika barang kitalah yang dicuri, jangankan hukuman potong tangan, hukuman potong kepala pun kita sanggup jatuhkan!

Bukan itu sahaja, pertuduhan bahawa semua/kebanyakan rakyat negara kita akan cacat anggota badan jika hudud dijalankan adalah seperti menuduh bahawa semua/kebanyakan rakyat kita adalah pencuri!


Kedua adalah permasalahan saksi dalam kes zina. Seperti kebanyakan kita sedia maklum, persaksian terhadap kes zina adalah sangat ketat. Saksi hendaklah terdiri daripada empat lelaki yang cukup syarat dan bersumpah, disamping mereka melihat sendiri bahawa yang tertuduh tersebut melakukan penzinaan...

Antara isu yang timbul daripada kes ini antara lain ialah kenapa perlu 4 orang, dan bagaimana jika hanya ada tiga orang saksi sahaja? Dan bagaimana boleh empat orang tersebut menjadi saksi penzinaan tanpa menghalang perbuatan tersebut? Disamping itu, apakah lagi cara yang boleh dikategorikan sebagai bersamaan dengan saksi 4 orang tersebut?


Sebenarnya terdapat hikmah disebalik syarat-syarat ketat ini yang sukar dijangka oleh mereka yang berfikiran pendek. Syarat-syarat yang dikenakan adalah untuk melindungi orang-orang yang teraniaya dan dituduh melakukan penzinaan. Syarat-syarat ketat ini diadakan bagi bertujuan supaya pihak berkuasa yang menjalankan hukuman tidak tersilap hukum...

Persoalannya, jika ibu, kakak, adik mahupun anak perempuan kita dituduh berzina, kita juga mahukan adanya saksi yang cukup dan diyakini disamping bahan-bahan bukti yang kukuh sebelum hukuman/pertuduhan dikenakan ke atas mereka. Ini kerana, jika orang-orang yang aku sebutkan di atas dituduh berzina, hukuman rejam sampai mati adalah the least yang kita akan concern. Maruah dan nama baik keluarga telah tercemar. Selamanya keluarga kita akan dipandang serong masyarakat dan arang yang diconteng itu tidak akan dapat dibersihkan dengan begitu sahaja. Itu baru kena tuduh, belum disabitkan lagi!

Jadi 4 saksi adalah perlu. Secara logiknya, adalah sukar untuk mendapatkan 4 saksi yang cukup syarat yang benar-benar boleh menjadi saksi kepada satu penzinaan. Di sinilah hikmah terhadap hukuman ini. Manusia melakukan kesilapan, dan dalam Islam, kemaafan adalah satu konsep yang penting dan dimuliakan. Jika satu pasangan terlanjur melakukan penzinaan, sesungguhnya rahmat Allah itu maha luas, dan keampunan adalah terbuka bagi kedua-duanya dengan syarat mereka benar-benar insaf dan bertaubat, dan selagi nyawa tidak berada di kerongkong masing-masing, ataupun sebelum sangka kala dibunyikan... 

Jadi, jika satu pasangan telah melakukan penzinaan, dan pertuduhan terhadapnya digugurkan atas sebab tidak cukup saksi, ataupun saksi tidak cukup fit, maka ambillah peluang itu untuk bertaubat kepada Allah SWT. Itu mudah.

Sebaliknya, jika seseorang itu masih tidak insaf dan bertaubat, dan meneruskan aktiviti terkutuk tersebut, sehingga mudah untuk mendapatkan 4 lelaki yang cukup syarat mengakui bahawa seseorang itu telah melakukan penzinaan, maka layaklah mereka itu dihukum atas tabiat hidup yang tidak sihat dan membahayakan diri serta masyarakat sekitar tersebut! Bayangkan manusia jenis apakah yang boleh mendapat kesaksian daripada 4 lelaki bahawa dia telah melakukan penzinaan??

Persoalan terakhir adalah, bolehkah teknologi menggantikan saksi? Aku tidak arif dengan undang-undang yang sedia ada tapi aku rasa ia seharusnya dibolehkan dengan syarat. Contohnya, jika video digunakan sebagai saksi dan bukti, hendaklah disediakan bilangan saksi yang secukupnya dan fit dari segi syarak untuk melakukan pemeriksaan terhadap video tersebut agar ia disahkan tidak palsu dan sebagainya...

Terakhir adalah aku ingin tegaskan bahawa kita harus sedar bahawa undang-undang Islam adalah bertujuan untuk mendidik dan bukannya menghukum. Jika ia diturunkan Allah untuk tujuan menghukum, mengapa pula syarat-syarat ketat dikenakan? Hanya mereka yang melakukan kesalahan dan bahagia dengan kesalahan mereka sahaja yang perlu kekal takut pada hukuman duniawi ini...


Akhir kata, an eye for an eye only leave us all blind? No!



We are all blind right from the start!!

Friday, September 16, 2011

Super Sunday: Manchester United vs Chelsea 2011!

Akan berkursus selama 11 hari bermula Ahad ini, dengan kata lain akan tertinggal sekurang-kurangnya empat pelawanan Manchester United LIVE di Estro. Antaranya adalah pertemuan Super Sunday Ahad ini, iaitu pertemuan dengan naib juara Liga tahun lalu, Rejuvenate Chelsea - masih lagi pencabar terkuat untuk United dalam EPL musim ini. Dan juga perlawanan antara musuh tradisi Leeds United dalam saingan Piala Liga, perlawanan EPL menentang Stoke City dan perlawanan Liga Juara-Juara peringkat kumpulan menentang FC Basel...

Barisan United akan kehilangan pemain muda yang semakin meningkat naik iaitu Tom Cleverley. Gandingan Cleverley dan Anderson minggu ini telah menyaksikan tempo permainan Man United yang paling laju semenjak zaman C.Ron-Rooney-Tevez berakhir. Walaupun corak permainan yang lebih konservatif dengan 5 pemain tengah (biasanya dengan formasi Nani-Scholes-Fletcher-Carrick-Valencia) terbukti cukup untuk memenangi kejuaraan Liga tahun lalu, namun aku rasa Sir Alex Ferguson akan lebih cenderung untuk meneruskan corak pantas gandingan Young-Cleverley-Anderson-Nani yang telah menghancurkan Manchester City (2nd half community shield), Spurs, Arsenal dan Bolton.


Namun, memandangkan Cleverley masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan tackle ganas dari Kapten Bolton, ruang tengah bakal diisi oleh salah satu pemain senior yang ada. Persoalannya, siapa yang mampu menggantikan tempat beliau disamping mengekalkan persefahaman yang tinggi dengan Anderson dan meneruskan corak tempo serangan laju dan bertali arus yang hampir menjadi cetak biru pasukan Manchester United dalamsaingan Liga musim ini?  

Kemasukan Carrick dalam perlawanan menentang Bolton menggantikan Cleverley nyata tidak mengekalkan kualiti Cleverley dalam perlawanan tersebut. Mungkin fungsi dan kebiasaan kedua-dua pemain adalah berlainan, menyebabkan Carrick bukanlah pengganti yang dikatakan like to like untuk Cleverley. jika United ingin bermain dengan tempo yang lebih perlahan Ahad ini berbanding perlawanan-perlawanan yang lalu, midfield Carrick-Fletcher akan diturunkan. Kedua-dua pemain ini boleh dikategorikan ebagai pemain senior buat United dan cukup berpengalaman menentang Chelsea, namun kelemahan yang mungkin timbul adalah corak permainan yang lebih negatif daripada kedua-dua pemain ini, dan Fletcher yang baru pulih daripada serangan virus misterinya, pastinya kurang bersedia menghadapi perlawanan denga magnitud sebesar ini secepat ini.


Jadi berikut adalah pilihan pemain (formasi 4-4-2) yang mungkin diturunkan SAF dalam perlawanan hujung minggu nanti (dalam kurungan = subs):

                                                        Rooney - Chicharito (Berbatov)

A. Young (Park Ji Sung/Gigss)       -Giggs/PJS - Anderson                          - Nani (Valencia)

Evra                                              - Evans/Jones - Ferdinand                       - Smalling
             
                                                               De Gea

Jika formasi 4-5-1 digunakan:

                                                         -Chicharito (Berbatov)

A Young                                     -Fletcher - Rooney - Carrick                         Valencia

Evra                                            Evans/Jones              Ferdinand                   Smalling/Fabio

                                                                 De Gea



Chelsea di bawah AVB sudah menunjukkan akan bermain formasi menyerang yang lebih agresif, dengan kemasukan Meirelles dan Juan Mata yang dilihat mampu membantu Fernando Torres menemui sentuhan golnya kembali musim ini (to no avail, at least until now. Hope it will continue this Sunday... : p) serta penyertaan semula Daniel Sturridge, pemain dari akademi Manchester City, yang mula menonjolkan kebolehan bersama-sama skuad Chelsea. Kalou patut dijual, ataupun Torres tak patut dibeli. Disamping itu, Anelka atau Drogba harus bergilir-gilir bermain selaku pemain sokongan terhadap Sturridge, kerana beliau ialah pemain terbaik Chelsea. At least aku rasa itulah yang akan dilakukan SAF jika dia yang mengemudi pemain-pemain ini. SAF juga tidak akan membiarkan Lampard mensia-siakan bakat dan baki kariernya dengan menjadi penumpang dalam skuad Chelsea, dan semakin gagal mengawal berat badannya (spekulatif).

Skuad Chelsea pada tahun ini akan lebih impresif dan menakutkan berbanding Manchester City jika kedua-dua bahagian sayapnya dimanfaatkan dengan kelajuan dan kelincahan Mata dan Malouda. Bahagian serangan dikendalikan oleh Sturridge dan Drogba/Anelka/Torres (dengan syarat beliau menemui sentuhan berbisanya). Dan bahagian enjin tengahnya dijana oleh tenaga dari Meireles dan Essien atau Ramires. Mereka juga mempunyai antara full back yang digeruni di England apabila naik membantu bahagian serangan iaitu Bosingwa dan A. Cole, selain bahagian pertahanan tengah yang kaya, iaitu antara gandingan Terry-Alex-Ivanovic dan D. Luiz.


Cuma masalah bagi Chelsea adalah bagaimana untuk membolehkan Malouda dan Anelka kekal konsisten, mengelakkan kecederan berpanjangan terhadap Essien, mengembalikan sentuhan gol Torres dan prestasi dan keyakinan Lampard, dan memastikan full back mereka mampu cepat kembali bertahan selepas melakukan siri serangan.

Dsamping semua itu, mereka juga perlu mengelakkan pemilik kelab mereka daripada menukar status mode "Coach" kepada "Manual Play" pada Mode Manager dalam game FIFA terhadap Chelsea, kerana, given time, AVB can transform Chelsea into a force to be reckon in Europe while playing an attractive football he so much craved for!

Ayat di atas datang dari seorang peminat The Red Devils, sudah tentu mempunyai sesuatu nilai kepada Chelsea dan peminat-peminatnya, namun, apa yang menarik perhatian aku adalah seberapa lama kesabaran Abramovic akan bertahan sebelum beliau melakukan what he does best; change the manager like a girl change her dress! 



T/t: champ20n!!

Monday, September 12, 2011

The End of Time...

Of course dunia sekarang dah menghampiri kiamat...

Banyak benda-benda pelik dah berlaku, seperti penyerang yang berharga 50 juta Euro hanya menjaringkan 1 gol dalam tempoh 9 bulan, dan pakaian peserta Miss World ditegur penganjur sebagai terlalu jarang dan bikininya ditegur sebagai terlalu mencolok mata...

Tuesday, September 6, 2011

Break - Fast!

Bulan lepas aku dah banyak post...

Rasanya bulan ni aku nak berehat pulak...




T/t: okthanxbye....

Saturday, August 27, 2011

Ideal Plan For A Working Day

What SHOULD happen...

5.00 AM : Wake up, wash the face and brush the teeth.

5.15 AM : Go for a 30 minutes morning jogging

5.45 - 6.15 AM : Take a bath, prepare to go to work, perform prayer, have a cup of coffee

6.30 AM : Drive to work

7.15 AM : Arrived at office, have a breakfast at the office cafe.

8.00 AM - 5.00 PM : Work

5.15 AM : Drive home from work / go for household shopping / personal-care shopping

6.45 PM : Arrived at home, take a bath

7.00 PM - 10.00 PM : Perform prayer, have a dinner, rest and watch the TV, surf some internet/FB/Blogging

10.00 PM : Sleep...


***

What's really happen...

6.15 AM : Alarm buzzing, hit the snoozing button!

6.30 AM : Realized I will be late, take an express bath, brush some teeth, express prayer, and rushing-ly prepare to work.

6.59 AM : Drive to work, at the nick of time to just avoid the heavier traffic jam...

7.50 AM : Arrive at the office, 100 meter sprint to catch the punch clock.

8.00 AM : Can't start working with empty stomach, so head to the cafe for the breakfast [the most important meal of the day...]

8.45 AM - 5.00 PM : Working [Internet surfing, blog-walking, Facebooking, Fantasy Football team updating...]

5.30 PM - 6.15 PM : Drive home from office

6.15 PM - 7. 15 PM : Evening 'power' nap... [only awake when a housemate remind for the Maghrib prayer...]

7.30 PM : Wash myself, going out for dinner.

9.00 PM : watching TV, play some computer games, more internet surfing, blog-walking, facebooking, blogging, and You Tubing...

1.30 AM : Sleep...





T/t: Demi masa...

Thursday, August 25, 2011

Benda-Benda Yang Ditunggu Menjelang Raya

Hari Rabu lepas tiada entri "Wordless Wednesday" daripada aku... Sebenarnya bukan apa, tapi hari tu aku mengantuk sangat dan tertidur awal... Lagipun aku lupa untuk set kan satu autopost, ha-HA! Maafkan...

Tapi entri hari Selasa lepas boleh dikira dalam kategori wordless jugaklah, kan? Memandangkan hanya gambar-gambar diletakkan dengan sedikit caption... apa? Tak kira?

Apa aku pedulik??!

Okey, memandangkan Aidilfitri dah dekat dan ramai daripada kita lebih gembira untuk menyambut Syawal sebulan daripada menyambut Ramadhan sebulan (walhal Aidilfitri hanya pada 1 Syawal sahaja...), aku sendiri tak terkecuali, maka hari ini aku senaraikan perkara-perkara yang ditunggu oleh seorang average joe menjelang Hari Raya ini. Jika anda bukan seorang average joe maka senarai ini bukan untuk anda, dan jika senarai ini tidak sesuai/tepat dengan anda, maka anda sudah pastilah bukan seorang average joe...

Apakah senarai tersebut? Cekidaut!!


Perkara-perkara yang ditunggu-tunggu Menjelang Syawal


1. Bonus Raya
2. Cuti Raya
3. Bonus Raya
4. Balik kampung beraya
5. Bonus Raya
6. Jumpa sanak saudara kat kampung
7. Bonus Raya
8. Berbuka puasa hatta sekali, bersama keluarga di kampung.
9. Bonus Raya
10. Main bunga api/mercun di malam raya
11. Bonus Raya
12. Buat ketupat/ bakar lemang/ buat kuih, habiskan ketupat/lemang/kuih, dan menghias rumah di petang raya
13. Bonus Raya
14. Sambut Merdeka [khas untuk tahun ini sahaja, dan mungkin juga tahun depan...]
15. Bonus Raya.

Itu sahajalah senarai yang sempat aku sediakan untuk tahun ini. Mungkin anda ada senarai sendiri yang ingin diketengahkan, kerana, seperti yang aku nyatakan di atas, anda mungkin bukan seorang average joe,  tetapi anda mungkin seorang average mark, atau average Mike,  ataupun anda hanyalah seorang average Ghazali sahaja... Jika ya, berilah senarai anda di ruang trashback  di bawah...

Dengan itu aku akhiri dengan menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf atas sebarang kekasaran atau ketidakpatutan sifat perangai aku, sepanjang Ramadhan dan juga sepanjang tahun-tahun lepas dan tahun ini. Juga atas mana-mana entri yang mungkin 'makan dalam; ataupun meruntun hati anda, sama ada sebagai peminat bola sepak, ataupun tidak... Kerana sesungguhnya, itulah objektif utama blog ini... huhu

Dan satu peringatan untuk semua yang pulang ke kampung untuk beraya, teutamanya yang pulang ke Kelantan, berhati-hati di jalan raya, pandu dengan cermat, ingatlah orang tersayang, dan pakat kelik selalu la lako-lako, jange perlewatke perjalane ke kampung, jange tok kelik ke kampung, jange jadi derhako pado oghe tuo, dan jange kelik Sabtu male/Ahad pagi, sebab kawe nok kelik time tu, toksey bui jem jale... Bereh lako-lako!!


Selamat Hari Raya...





T/t: Setahun hanya sekali... Lalilatulqadar, maksud aku... ;p

Tuesday, August 23, 2011

Rahsia Muda Remaja

PFA 2011 Player of the Year Winner & PFA Young Player of the Year Nominee

Ashley Young

United's Young's Guns

Up next: Beware, PFA 2011 Young Player of the Year winner!!
(better change your squad number :p)




T/t: "We will bombard De Gea" - Gareth Bale... [he he he... :P]

Monday, August 22, 2011

Quote of The day




'That was the strangest goal I think I've ever scored. Most people were angry but I was clever because I understood the game. I put my hand on the ball because I thought it was a foul. But the referee saw the goalkeeper catch the ball and go to play on. The referee opened his hands to say "play". The keeper put the ball on the floor and took two steps back. I looked at the referee and he just said, "Yeah, OK", so I took it quick and scored. It was not my fault.'- Nani


 Sumber: The True *RED DEVILS* (Facebook)


Kah kah! sape suruh ref bangang sangat??

Tuesday, August 16, 2011

UNITED



A movie worth watching... not once, not twice, but  A Thousand Times!!! :p



Controversy regarding the story, read here.

Who is Jimmy Murphy?

Sir Matt Busby famous quotes...

Busby Babes Last and Finest League Game

Sir Bobby Charlton post-Munich

The film, through it's leading actor, Jack O'Connell


Bill Shankly on Sir Matt:
"How would you like to be manager of the best club in the country?" Shankly replied, "Why? Is Matt Busby packing it in?" (when being approached by a Liverpool director to be offered the vacant manager's job at Liverpool).

"I'm not fit to polish Busby's shoes" [ref: http://ryankett.hubpages.com/hub/Sir-Matt-Busby-Quotes]





T/t: How we are in the future will be founded on how we behave today... - Jimmy Murphy [citation needed]


Friday, August 12, 2011

Teori-teori Kenapa Highway Lebih Jem Daripada Biasa Pada Hari Hujan

Bagi mereka yang mencari rezeki sesuap mahupun seribu suap nasi di bandaraya Kuala Lumpur dan sekitar kawasannya, pasti sudah sedia maklum bahawa waktu yang paling lahanat dia punya jem ialah pada waktu hujan. Lebih-lebih lagi jika di bulan puasa, di mana rata-rata golongan berkolar putih mula pulang ke rumah seawal pukul 4.30 petang dan mula memenuhi jalan raya menjelang pukul 5.15-5.30 petang. Boleh kata masa tersebut adalah puncak segala kesesakan lalu lintas di KL.

Kena pulak hari Jumaat seperti pada masa artikel ini ditulis, memang macam....

OK, kita lupakan dahulu carutan-carutan yang tak patut di bulan mulia Ramadhan Kareem ni. Jadi hari ini, kita lihat beberapa teori yang diestablishkan oleh beberapa pakar sains yang tidak terkenal mengenai punca kesesakan jalan raya menjadi lebih teruk pada hari hujan. Selepas membaca teori-teori di bawah, aku harap kita semua sedar kenapa mereka tidak terkenal...


1. Orang ramai berpusu-pusus keluar ofis dengan awal pada hari hujan agar cepat tiba di rumah bagi bermalas-malasan, sambil baring, sambil minum kopi 'O' panas dengan ubi rebus... oops, bulan puasa takleh buat benda-benda tersebut sebelum berbuka...

2. Sesetengah pemandu mengambil kesempatan hujan tersebut untuk membasuh kereta yang sudah lama dibiarkan kotor. Mungkin ada segelintir pemandu yang sengaja berhenti untuk meletakkan sabun ke kereta/kenderaan masing-masing, sebelum meneruskan perjalanan dengan kadar laju yang minimum... Ye lah, bagi memastikan air hujan benar-benar sudah bilas 100% bahagian kenderaan mereka...

3. Jalanraya mengecut pada hari hujan kerana cuaca sejuk (Teori pengembangan dan pengecutan objek)

4. Teringatkan jemuran di rumah masing-masing yang masih belum diangkat oleh Ernie... Tak boleh harap punya Ernie...

5. Daya tujahan kereta ditimbal balas oleh daya tekanan dari air hujan dan graviti bumi menyebabkan daya untuk menggerakkan kereta adalah lebih tinggi daripada biasa, menyebabkan semua kereta merangkak-rangkak dalam hujan...

6. Menyangkakan kumpulan Hujan akan mengadakan persembahan jalanan, maka masing-masing menunggu kalau-kalau akan diberikan tiket percuma oleh promoter seksi di tepi jalan.

7. Jalan-jalan raya mula ditenggelami air dan banjir kilat yang terjadi menyebabkan ramai yang tergesa-gesa untuk pulang awal bagi menyalin baju hujan atau/dan renang bagi bermain air di kawasan-kawasan banjir tersebut...

8. Hujan merupakan rahmat dari Tuhan, maka secara tak langsung, orang berebut-rebut untuk merebut rahmat tersebut. Bagaimanapun, rahmat yang dimaksudkan di sini bukanlah En Rahmat bin Yunus...

9. Pada waktu hujan, semua pemandu kesejukan. Akibat terketar-ketar, mereka gagal menekan pedal minyak dengan sepenuh hati (dan tenaga)!

10. Pemandu-pemandu lain sengaja memandu dengan perlahan bagi mensabotaj diri anda di belakang mereka...


Maka dengan teori-teori di atas, anda bolehlah membuat rekaan eksperimen sendiri bagi menentukan teori mana yang paling sah dan mempunyai nilai signifikan t-test paling menghampiri p>0.05...

Selamat mencuba!!






T/t: If the customer is always right, why then everything is not free?

Thursday, August 11, 2011

I came, I saw, I've sinned!

Bayangkan,

Aku dan kamu berjalan, katakan dalam satu pasar Ramadhan pada satu petang. Dan aku berjalan di depan kamu, minding my own f*ckin' bussiness. Dan kamu berjalan di belakang aku, mungkin bersama-sama a bunch of your BFF, ataupun dengan pakwe kamu yang baru pulang dari oversea. Oh ya, kali ini kamu pertama kali menyambut Ramadhan bersama-samanya selepas 3 tahun dia di oversea, sambung belajar, katanya...


Tiba-tiba, dalam syok mengushar aweks kuih-muih di setiap kedai, ada sesuatu terasa tersekat di kerongkong aku. Satu rasa melekit, dan panas. Rasanya perlu segera dikeluarkan dari rongga tubuh aku itu. Lalu dengan sedikit daya dikenakan dari dalam kerongkong ke luar, aku mengeluarkan 'benda' tersekat dari kerongkong itu ke dalam mulut. Aku berpuasa, jadi aku ragu-ragu untuk menelannya balik. Lagipun, 'benda' ini tidak syok untuk ditelan balik, lebih baik dikeluarkan sahaja dari tubuh badan aku.

Lalu dicampur dengan sedikit saliva, lalu aku meludah mukus tersebut. Berlendir, agak likat walaupun sudah dicampur saliva. Tempat yang aku ludah sudah kira agak jauh dari pandangan awam, berdekatan dengan longkang besar di tepi kawasan parkir kereta yang kini telah menjadi tapak pasar Ramadhan sepanjang bulan mulia ini. Namun, ludahan tersebut tidak masuk ke longkang, sebaliknya melekat di dinding longkang tersebut. Sedikit tersasar.

Kamu melihat segala proses tersebut. Dan seperti gadis-gadis lain yang sememangnya 'gegurl', kamu merapati teman lelaki kamu, memegang erat tangan kirinya, sambil dengan nada menyampah, separuh berbisik, tetapi masih cukup kuat untuk aku dengari. Sengaja, aku kira. Kamu berkata, "Eii... tak senonoh betul! Kalau kat Singapura ni, dah tentu kena saman..." [or something to that effect]

Ya, aku dengr di Singpura, kita tak boleh meludah di merata-rata tempat, dan kita akan didenda [Singapore is a FINE city, after all...]. Tu yang aku dengarlah. Aku pun tak pernah ke Singapura. Kalau poster pada t-shirt souvenir yang seorang kawan berikan kepada aku dulu tu benar, dan segala cerita yang aku baca dan dengar sebelum ni pun benar, maka benarlah perkara ini. Kalau tak, kiranya aku bohonglah kepada pembaca sekalian...

OK, kembali kepada topik asal. Ya, memang jijik dan tidak senonoh jika kita meludah di khalayak ramai, lebih-lebih lagi apabila kita meludah di depan orang yang lalu lalang. Sedangkan meludah saliva yang biasa pun sudah tidak beradab dan beretika, bahkan menyalahi undang-undang [Singapura sebagai contoh], apatah lagi jika mengeluarkan kahak?


Kesimpulan di sini ialah, terdapat undang-undang dan peraturan yang sememangnya diadakan untuk keselamatan dan kesenangan para rakyat, atau lebih tepat lagi, untuk individu yang menjadi ahli komuniti. Undang-undang mudah seperti wajib memiliki kad pengenalan, lesen memandu untuk memandu, penjara dan dihantar ke pusat pemulihan jika menyalahgunakan dadah, penjara jika mencuri dan gantung sampai mati atau penjara seumur hidup bagi kes bunuh, adalah direka khas bagi melindungi kepentingan setiap individu dalam ahli komuniti yang berpaut pada undang-undang tersebut. Asalkan setiap individu dalam komuniti tersebut menghormati dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan, maka kesejahteran dan kesimbangan hidup komuniti itu adalah terjamin.

Now, bagaimana pula dengan kehendak asasi seseorang individu itu, seperti dalam contoh di atas, aku berkehendakkan untuk meludahkan kahak yang sudah perit tersekat di kerongkong? Undang-undang dicipta [at least we know, in Singapore...] untuk tidak dibenarkan seseorang individu itu meludah merata-rata tempat di tempat awam. Undang-undang jenis ini adalah undang-undang yang dicipta bagi melindungi kepentingan ramai dalam komuniti tersebut, dan undang-undang ini akan melebihi kepentingan ataupun kehendak individu. Ini kerana, kesejahteraan komuniti secara kolektif adalah diutamakan berbanding individu, maka undang-undang seperti buang sampah ke dalam tong sampah, dilarang membuang gula-gula getah atau meludah secara sembarangan, tidak boleh kencing [atau berak] di tempat awam, no pets allowed in commuter, dan kepentingan membayar cukai dicipta.


Ke mana kita setelah penerangan yang aku berikan di atas? Ya, kita masuk kepada isu sensitif masyarakat kita hari ini, terutamanya yang melibatkan muslimah... 

Isu penutupan aurat!

Apa hukum bagi sesorang yang membuka auratnya bagi dilihat oleh orang-orang bukan mahramnya, dan apakah pula balasan bagi mereka yang melihatnya? Jangan jadi malas, aku tahu kita semua tahu kerana ia ada diajar dalam subjek PMR dan SPM, selagi kamu bersekolah dengan sukatan matapelajaran Kementerian Pendidikan [or Pelajaran, or whatever the name changes...], kamu akan tahu. Jika kamu belajar dengan sukatan sekolah pondok mahupun sekolah agama persekutuan, aku kira kamu akan lebih tahu. Jika kamu tidak menggunakan kedua-dua sistem, well, there's always a google...

Jadi jelas, walaupun kamu boleh argue bahawa agama itu hak individu dan pengamalannya adalah berdasarkan individu, namun tuntutan menutup aurat itu adalah tuntutan terhadap masyarakat. Bukan hanya individu yang menanggung dosanya, bahkan masyarakat sekali. Undang-undang aurat dicipta Allah SWT bukan semata-mata untuk melindungi individu tersebut [dari azab neraka], tetapi yang lebih penting adalah untuk melindungi komuniti secara kolektifnya dari terkena azab tersebut. Seperti mana kamu berasa jijik melihat orang meludah di depan kamu, Allah dan orang-orang yang faham mengenai agama, syurga dan neraka juga berasa jijik melihat aurat kamu...


Dan walaupun kamu secara tegarnya boleh memberi alasan bahawa "kubur kita lain-lain", tapi ingat, bila diakhirat kelak, kita akan dibangkitkan dan dikumpulkan bersama-sama. Jadi jangan lupa, orang yang teraniaya boleh menuntut hutang mereka di akhirat kelak, dan bayangkan berapa ramai yang akan menuntut dari kita walaupun hanya seurat rambut yang kita lepaskan untuk tontonan umum... Akhirat kelak, takde diskaun ye, wahai cik adik dan cik abang sekalian!

Dan ingat, aku menulis berkenaan AURAT, bukan tudung!

Macam manalah umat Islam kat Malaysia ni nak maju kalau tudung yang dijadikan isu [pakai tudung tak semestinya baik, pakai tudung tapi baju ketat, dsb], dan bukannya aurat as a whole?! Aku bosan dengan hujah-hujah tidak berlkaliber seperti di atas...


Ya, aku juga tujukan kepada kamu, wahai kaum Adam! Apa, korang ingat perempuan je yang ada tuntutan menutup aurat??!







T/t: I don't believe in "No rules rule", because the first thing people sought after it's really happen is, A RULE! Beside, "no rules rule" is already a rule itself!!

Tuesday, August 9, 2011

Hanya...

Hanya mereka yang mampu hidup mewah, kerana bekerja begitu kuat...

...dan merasai kekosongan yang maha hebat!


Ok, aku sedang meng-"streotyping"...




T/t: 9 hari berpuasa dan aku belum pernah ke Bazaar Ramadhan, not even sekali! Rekod, rekod...

Saturday, August 6, 2011

Don't Be a Legend, Be a 'Paul Scholes'...

"Don't cry because it's over. Smile because it's happened!"



we'll surely will, Scholes...




photo credit: mail online

It's Either Luck, Or Skills, Or Both... Or None of Them!

It's often debate, especially in sports, either a team or athlete do actually achieved their glory because they are skillful, or based on a pure luck? The debate often goes on until that most of the time to a ridiculous length of time and points...

To take the Manchester United European's glory in 1999 at Nou Camp as an primary example, even today the game is still debated by some about either United deserved the victory or not. Either they won it because they were lucky that night, that it was a fluke, a pure luck or because they really deserve it, being a better team at that night...

Take a look at that night highlight here.

One could argue in Bayern Munich defense about "What if..."

What if one of the two off the post shot were converted?
What if Matthaus never been substituted?
What if Solskjaer and Sheringham never been used?
What if the added time was shorter than 3 minutes?
What if Bayern could deal better with the both corner?


All this come to the equation to finally summarized that United winning is purely by luck and not by any chance by the quality possesses by the team, as later been told by Matthaus himself as, "it was not the best team that won but the luckiest"

But was it the case?

The funny thing about life is that everything is just like a coin. They have two sides of them. It easy to decipher things like 'the ball hit the post' or 'injury added time equalizer' as something caused by luck (or lack of it), but it also worth stated that it can be because of the skills of the player (again, or lack of it)!

When you say that Bayern were unlucky to hit the post twice, when otherwise the goalkeeper already beaten, I would rather said that those Bayern players aren't skillful enough to put the ball in the net, resulting them only hit it to the bar. Maybe they can do it in training or other match, but not at that match, at that level of pressure, at the surface of playing, and so on, and so on... You might want to argue that all the factors that I just stated is something a player can't control, thus strengthen your believe that it were all a bad luck spell for the players, but, a good player can eliminate those factors around him and focusing their mind to their skill and the game and cannot be affected by such factors at a huge sums of it.

So, if a player was to succumb to these factors and pressures, then he or she is not good enough of a player (at least for that stage of a match)!

When you said that it was lucky for United because Bayern most influential player had been subs by the time they scored their both goals, I will tell you that Ottmar Hitzfeld at that time wasn't skillful enough to used his players or subs, wisely enough. He wasn't, at that particular match, skillful enough to overcome United with his tactics and strategies.

How about the injury time? It wasn't for players to decide it for how much he time is added on. Surely it was a pure luck factor? No! Because all the players were aware about the added time's rules. Everyone on the pitch and off the pitch who watch the match know about the added time. So, if they didn't want any added time to be played, they just have to avoid any injuries or time wasting act during the real match's time. But every players know that it will be almost impossible, so they should always prepare to play more than just 90 minutes! They should have the mental toughness and physical ability to stay fit beyond 90 minutes to play out their strategies, to overcome their opponents, and in term of '99 European final, United shows it better and clearer than Bayern did!

Well, the corner kick part is pretty obvious, maybe I didn't have to explain it further...

But, of course, there are a pure unlucky event in football such as this one; and a pure luck situation, such as this one...

But, could it be both because of luck and skill?

Well, why not? It's a matter of classic saying about every goals, or a poacher goals (both United goals were a poacher goals that night), it's a matter of at right place at the right time. United might enjoy a little luck that night. The fact that they were without two most important midfield and players in Scholesy and captain Keano did justified that they did ride their luck on the formation and players who came in to replaced them both in the final.

You might go back to an old argument about how lack of skills from Bayern players at the important moments of the match were mean that it's a lucky night for United... It's one way to view it.

But then, let's not forget the last possibility, which I personally like - it wasn't because of both, luck or skills!

Yes, for the sake of whatever left in a romance (of football), I prefer it to be...

...maybe, just maybe... 




It's destiny!









T/t: while using the classic 1999 European Final as an example, I do believe every sports' result do stand the same arguments. It doesn't matter either it's skills or luck... What's matter is it was meant to be!