Sunday, January 2, 2011

Edisi Lewat: Rangkuman Bola Sepak Malaysia [dalam suku tahun] 2010

dan prediksyen mengenai senario yang mungkin dan tak mungkin berlaku dalam 2011...


Suku Tahun Pertama : Everybody hates Malaysia


atau lebih tepat lagi kepada FAM dan Sultan Bola spesifikli... Terutamanya terhadap format liga bola sepak Malaysia yang dikatakan menguntungkan sesetengah pasukan dan membantutkan perkembangan sesetengah pasukan lain yang lebih kecil.

Isu menjadi lebih 'panas' apabila skuad bawah 23 tahun Malaysia yang memenangi Liga Perdana Malaysia (Malaysians second tier league) dan memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dinafikan penyertaannya dalam Liga-M walaupun dijanjikan sedemikian setahun sebelumnya, dan dihantar ke Slovakia -"untuk pendedahan" - kata pegawai-pegawai FAM.

Namun rasional menghantar pasukan ke Slovakia dipersoal selepas media melaporkan kerajaan menghabiskan  berpuluh ribu ringgit bagi yuran kemasukan serta kos-kos lain. Skuad Harimau Muda juga menjadi pasukan belasahan liga tersebut disamping pungutan mata tidak dikira dalam standing table [kononnya -citation needed]

Suku Tahun Kedua : Everybody hates Kelantan FA


Mostly dengan memori membakar kerusi stadium oleh peminat Kelantan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan [dengan mengabaikan haikat bahawa penyokong yang cuba memadamkan api tersebut dan dibaling botol air mineral itu juga merupakan penyokong Kelantan] dan keganasan di luar stadium yang terjadi di Kota Bharu, juga pada ketika menentang pasukan yang sama...

[nampaknya Kelantan dengan Negeri Sembilan ni memang tak boleh ngam walaupun aku dan j or ji sama-sama minat Man Utd...]

Oleh itu, kegagalan Kelantan untuk mara ke final Piala FA disambut gembira peminat bola sepak tempatan dan pelaburan Kelantan FA dilihat bakal lebur seperti Chelsea dan Man City...

Suku Tahun Ketiga : Everybody loves Kelantan FA


Kali ini dengan tragedi keganasan peminat di pintu masuk stadium dan di perkarangan stadium Shah Alam dengan 2 casualties dilaporkan atas sebab-sebab berbeza, selepas perlawanan suku akhir Piala Malaysia antara the Red Giants dengan the Red Warriors.

Laporan media yang dianggap bias dan menyembunyikan hakikat sebenar kejadian yang sudah tersebar luas melalui media alternatif, dan cuba menjadikan peminat Kelantan FA sebagai kambing hitam kepada keganasan bola sepak tempatan, telah meraih sokongan simpati terutamanya kepada peminat-peminat berkecuali dan mereka yang mengetahui perkara sebenar disebalik ratusan laporan media yang dilihat tidak menggambarkan situasi sebenar kejadian...

Kelantan berjaya mengalahkan Selangor di Kota Bharu dalam perlawanan timbal balik, 3-0 [first leg, 0-0], dan seterusnya mengalahkan Kedah dalam perlawanan separuh akhir, dan menjulang piala utama yang pertama buat Kelantan FA setelah mengalahkan Negeri Sembilan dalam perlawanan yang disifatkan sebagai ulangan final sebelumnya, dengan dua gol berbalas satu. Kemenangan Kelantan disifatkan sebagai keadilan bagi dua orang peminat yang meninggal dunia di Stadium Shah Alam lalu dan menamatkan kemarau 89 tahun Kelantan tanpa Piala Malaysia...

Perlawanan akhir tersebut juga dimeriahkan lagi dengan lontaran mercun ke dalam padang selepas Negeri Sembilan dihadiahkan sepakan penalti...

Suku Tahun Keempat : Everybody loves Malaysia

Setelah mengatasi segala kemustahilan walaupun tewas besar dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan dan diundi dalam kumpulan yang sama dengan Thailand, pasukan muda Malaysia berjaya melepasi peringkat kumpulan hanya untuk bertemu juara bertahan, Vietnam dalam perlawanan separuh akhir.

Sedikit harapan diberikan oleh para peminat negara sehinggalah kecemerlangan yang ditunjukkan oleh penjaga gol dari Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, dan dua gol dari Safee Sali memberikan sinar baru kepada pasukan bola sepak kebangsaan. Dengan sedikit nasib baik [Thailand dikalahkan Indonesia walaupun keputusan seri sudah memadai buat Thailand dan Indonesia sudahpun layak], dan taktik 'park the airplane' dari Rajagobal untuk separuh akhir kedua, menamatkan penantian 14 tahun Malaysia untuk muncul dalam final Piala ASEAN ini...

Indonesia next!

Dengan memori kekalahan pada perlawanan pertama peringkat kumpulan dengan 5 gol berbalas satu, ditambah dengan pergelutan politik dicetus media, perlawanan akhir ini dihangatkan dengan kata-kata nista daripada fan Timnas terhadap bola sepak Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia, jurulatih pasukan kebangsaan, peminat bola sepak Malaysia, dan terhadap Malaysia itu sendiri!

Namun setelah beberapa detik kontroversi tembakan laser, Malaysia berjaya membolak-balikkan pertahanan Indonesia untuk mendahului pusingan pertama perlawanan akhir dengan jaringan 3-0, hanya untuk menambahkan lagi ke'panas'an edisi AFF Suzuki Cup tahun ini.

Setelah bertalu-talu di'asak' peminat Indonesia di Internet [Tweeter dan Fesbuk respectively], dan di media-media cetak, terutamanya laungan Malaysia bermain tipu dengan memancarkan laser ke arah penjaga golnya, Markus Hanison [betul ke eja?], peminat Malaysia mula menunjukkan perpaduan [dan kebodohan] mereka apabila melancarkan serangan-serangan balas juga di internet...

Peminat di luar juga tidak ketinggalan apabila sebanyak 300 orang peminat sanggup melakukan  perjalanan 1180km dari Kuala Lumpur ke Jakarta. Dengan pelbagai kontroversi dari gangguan yang diterima oleh pasukan kebangsaan sehingga terpaksa membatalkan latihan di tempat latihan asal, pemain dan peminat terpaksa ke stadium dan pulang ke hotel dengan kereta perisai, hinggalah yang terhebat daripada itu semua apabila adanya peminat [selebriti] yang mengancam akan memancarkan laser dari bra...

Namun semangat perjuangan pasukan Malaysia tidak luntur, dan sekali lagi kecemerlangan penjaga gol, Khairul Fahmi, yang berjaya menyelamatkan satu sepakan penalti dan berbelas-belas percubaan bahaya penyerang-penyerang Indonesia, serta satu lagi gol daripada Safee Sali, memastikan kemenangan Malaysia dengan agregat 4-2.

Perlawanan tersebut juga mencatat sejarah apabila peminat-peminat Malaysia menulis di status-status Fesbuk dan Tweeter masing-masing yang mereka hampir-hampir diserang sakit jantung melihat perlawanan tersebut, sesuatu yang tidak dilihat di Malaysia selepas perlawanan antara Manchester United dengan Barcelona di separuh akhir Champions League 2008...

Prediksyen 2011


Perkara-perkara yang mungkin terjadi dalam bola sepak Malaysia, 2011


1. Penggunaan 'vuvuzela' dan pen laser yang semakin meluas, dengan peminat-peminat Kelantan yang akan menjadi kambing hitam pertama! We're the one who fill the stadium, any way...
2. Kelantan akan memenangi satu atau lebih piala musim ini, dengan tumpuan diberikan kepada memenangi Liga Super.
3. Pemain-pemain utama pasukan kebangsaan akan mendapat tawaran dari kelab-kelab luar negara, terutamanya Indonesia, tetapi segera pulang kerana tidak tahan dengan provokasi dan tekanan liga di sana...
4. Khairul Fahmi di'approach' oleh Sir Alex, Pep Guadiola dan Arsene Wenger. Namun Roy Hodgson hampir pasti untuk memenangi 'perlumbaan tandatangan Fahmi' kerana beliau minta Liverpool... eh? Itu Syed Adney lar!! Silap pulak...
5. Lebih daripada seorang pemain-pemain muda skuad kebangsaan yang memenangi Piala AFF Suzuki baru-baru ini akan muncul di muka-muka depan majalah hiburan dan mempunyai gossip-gossip dengan artis tempatan, dengan alsan tipikal, "kami hanya kawan biasa"
6. Sekurang-kurangnya seorang pemain kebangsaan Malaysia akan mempunyai gossip bersama seorang aktres sinetron yang semakin naik dan hot saban hari...
7. Manchester United akan memenangi EPl, tanpa kalah, dan UCL, juga tanpa kalah...

Perkara-perkara yang tak mungkin terjadi dalam bola sepak Malaysia, 2011

1. Sultan Bola diangkat sebagai hero, dan dipanggil sebagai 'Bapa Revolusi Bola Sepak Malaysia' oleh geng Ultras Malaya.
2. Nama timang-timangan skuad bola sepak negara ditukarkan kepada Harimau 1Malaysia daripada nama Harimau Malaya.
3. Majoriti peminat-peminat Indonesia meminta maaf dan tidak mengulangi lagi memanggil Malaysia 'Malingsia' dan sebagainya serta mengakui kekalahan dan kemenangan pasukan Malaysia bukan disebabkan oleh laser...
4. Sultan Bola memberitahu media yang beliau mendapat ilham untuk berundur dari tampuk teratas FAM selepas membuat segala-galanya yang terdaya oleh baginda untuk bola sepak Malaysia sehingga muncul juara AFF Suzuki Cup baru-baru ini, dan merasakan sudah tiba masanya untuk orang yang lebih muda menerajui FAM
5. Format Liga-M sekarang yang terlalu banyak cuti 'sem' akan diubah...
6. Peminat-peminat daripada Sabah dan Sarawak sanggup datang ke Stadium Utama Kangar apabila pasukan mereka bertemu Perlis bagi memberi sokongan untuk mengelakkan pasukan mereka di-relegate musim depan, dan peminat-peminat pasukan-pasukan lain juga akan melakukan perkara yang serupa...
7. Roy Hodgson dipilih sebagai pembantu jurulatih Malaysia, selepas di-sack oleh Liverpool pada Januari...

UpDate: sedikit pembetulan fakta telah dilakukan selepas artikel kali pertama gagal direview/edit dengan baik oleh aku.... nasib baik lar tak ramai yang baca, kui kui kui...

4 comments:

  1. Ukraine?
    Bukan Slovakie ke bro??

    anyway aku appreciate sokongan kau kat SokerLeaks. Thanx a lot dude

    ReplyDelete
  2. aku tahu, aku takdan nak update dan edit lagi, hari tu main tulis jer pasal internet lembap, ha-HA!!

    small matter jer tu, huhu

    ReplyDelete
  3. kemah molek entri bos...

    tapi Kelate rasa2nya takleh gi jauh kot musim ni, lebih kurang msim lepas la. player x gagah mane, nasib baik still ada Mat Yo. yeah!

    ReplyDelete
  4. haha... dop saloh berharape, huhu...

    slow2 kayuh sek kito...

    ReplyDelete

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL