Anda pernah tertanya-tanya bagaimanakah hidup sebagai seorang mangaka? Anda pernah bercita-cita untuk menjadi seorang mangaka? Pernahkah anda mendapat tips-tips berguna mengenai bagaimana untuk menjadi seorang mangaka yang berjaya? Apa? anda ada buku manual untuk mangaka? Bagaimana pendapat anda dengan buku tersebut? Berkesan? Anda sudah memulakan hidup anda selaku seorang mangaka dengan bantuan buku panduan tersebut?
Atau anda masih tercari-cari buku panduan yang berkesan, ringkas, padat, tepat, menarik tetapi tetap realistik?
Jika ya, maka anda hanya perlu mendapatkan siri manga Bakuman, dan aku yakin anda tidak akan kecewa!
Bakuman |
Sinopsis:
Bakuman mengisahkan tentang kisah dua orang anak muda iaitu Mashiro Moritaka dan Takagi Akito yang berusaha mencapai cita-cita mereka selaku mangaka yang diterbitkan karyanya dan mendapat anime sendiri sebelum tamat sekolah tinggi. Moritaka merupakan seorang anak saudara seorang bekas mangaka yang mati akibat terlampau kuat bekerja dan mempunyai skill dan minat terhadap manga yang mendalam. Namun semuanya lenyap setelah pakciknya meninggal dunia, dan dia sendiri menyangka bahawa pakciknya itu membunuh diri kerana tekanan hidup selaku mangaka yang kurang berjaya.
Namun Takagi meyakinkan Mashiro untuk bekerjasama dengannya selaku penulis-pelukis siri manga dan menerbitkan siri pertama mereka sebelum tamat sekolah tinggi. Pada awalnya Mashiro tidak yakin dengan rancangan Takagi namun segala-galanya berubah apabila Takagi membantunya untuk bercakap dengan seorang gadis, Azuki Miho. yang telah lama menjadi impian Mashiro, dan berjaya membuat gadis tersebut berjanji untuk berkahwin dengannya setelah mereka berdua mencapai cita-cita masing-masing, iaitu menjadi Azuki menjadi pelakon suara latar bagi watak perempuan utama bagi anime yang dilukis oleh Mashiro...
Setelah itu bermulalah kehidupan selaku
Ok, jalan ceritanya berbunyi agak melelehkan dan tipikal drama cinta remaja Jepun, namun percayalah, jalan ceritanya sungguh unik sehinggakan tiada satu pun plot yang diceritakan adalah tanpa sebab! Kekuatan dan keunikan ceritanya akan aku ulas diakhir artikel ini.
Sensei Tsugumi Ohba dan Sensei Takeshi Obata.
Tulang belakang cerita ini adalah gandingan mantap dua orang mangaka, yang sesuai dengan watak cerita Bakuman tersebut, merupakan gandingan penulis-pelukis. Gandingan mantap mereka sebelum ini menghasilkan manga hitz yang telah dijadikan filem, iaitu Death Note!
Takeshi Obata merupakan seorang mangaka senior yang antara lain merupakan 'guru' kepada Nobuhiro Watsuki (tak kenal beliau makanya anda bukan peminat manga), dan Yusuke Murata, pelukis Eyeshield 21, yang jika ada kelapangan masa, akan aku reviewkan kelak...
Antara karya Takeshi yang mendapat nama adalah Hikaru No Go, satu kisah mengenai catur Go yang popular di Asia Timur bercampur dengan sedikit kepercayaan mistik. Hikaru No Go adalah kolaborasi beliau bersama seorang lagi penulis manga, iaitu Yumi Hotta. Anda boleh wiki sendiri karya-karya beliau yang lain yang aku janjikan adalah cukup hebat kesemuanya!
Keunikan plot cerita Bakuman
Seperti yang aku nyatakan dalam prolog artiel ini, komik ini merupakan satu live guide kepada sesiapa sahaja yang berinspirasikan untuk menjadi seorang mangaka, mahupun bagi sesiapa sahaja yang ingin mengetahui bagaimanakah seseorang mangaka itu hidup. Bagaimanakah proses penghasilan manga yang sebenar, proses yang sebenar untuk menghantar karya mentah anda untuk dinilai para editor sesebuah syarikat penerbitan manga (di Jepun, sekurang-kurangnya), dan proses sebenar yang harus dilalui oleh seseorang yang bercita-cita untuk menjadi mangaka dari saat beliau mula mahu menghasilkan manuskrip, jenis-jenis lukisan dan pen, peringkat-peringkat birokrasi yang harus dilalui, tapisan-tapisan pakar dan pertandingan bakat-bakat baru yang ada di majalah-majalah manga, teknik-teknik penghasilan manga, sehinggakan kepada cara hidup yang harus dilalui oleh seseorang yang telahpun bergelar sebagai mangaka professional, iaitu daripada peringkat proses mencari idea, mesyuarat draf manuskrip pertama (dipanggil 'name'), mesyuarat manuskrip, sehingga kepada proses rating survey daripada pembaca, sehinggalah strategi yang boleh digunakan bagi meningkatkan populariti sesuatu manga dan mangaka itu sendiri...
Kan aku sudah cakap bahawa ini adalah Live guide!
Namun, jika ini sahaja sudah boleh dikira sebagai Live Guide, maka perkataan Live Guide adalah satu understatement bagi manga ini!
Dalam plot cerita Bakuman, seperti yang telah aku nyatakan dalam ruangan sinopsis diatas, watak-watak utamanya sentiasa menemui cabaran dalam menghasilkan satu karya yang benar-benar boleh membawa mereka kepada cita-cita terbesar mereka, iaitu mempunyai manga yang mampu mempunyai siri animenya sendiri. Disebabkan gaya penulisan Akagi dan lukisan Saiko yang tidak sesuai untuk jenis cerita aliran utama dalam Shounen Jump, yang mementingkan karya-karya seperti 'One Piece' ataupun 'Naruto' dan 'Bleach', maka mereka sentiasa menemui jalan buntu mengenai jenis cerita yang mampu menjadi siri paling popular di Shonen Jump dengan karya yamg menjadi kekuatan mereka sendiri.
Untuk itu, dalam manga ini, sentiasa berlaku di mana plotnya adalah berkenaan dengan bagaimana mereka berdua harus mencari kaedah-kaedah baru dalam memperkayakan cerita-cerita manga mereka disamping tips-tips baru dalam meningkatkan kualiti dan sekali gus meningkatkan populariti manga mereka.
Dan guess what?
Jika anda benar-benar sedang mencari ilham untuk manga ataupun sudahpun mula melukis manga, maka tips-tips yang digunakan oleh kedua-dua watak ini (dan banyak lagi watak-watak sampingan yang muncul serta mempunyai konflik tersendiri mengenai penghasilan manga mereka sendiri) boleh diaplikasikan oleh anda sendiri. Bukan itu sahaja, anda akan dapati bahawa segala tips-tips yang diberikan oleh watak-watak ini dalam plot manga tersebut, adalah benar-benar digunakan oleh Sensei Obata dan Sensei Ohba ke dalam Bakuman itu sendiri!
Sebagai contoh, salah satu cabaran yang dihadapi Ashirogi Muto (nama pena Saiko dan Takagi) adalah untuk membina momentum kepada jalan cerita mereka agar ia sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat. Salah satu cara yang digunakan adalah memasukkan unsur suspen diakhir cerita bagi setiap episod agar pembaca sentiasa tertunggu-tunggu mengenai sambungan ceritanya! Dan guess what? Sensei Obata dan Ohba juga akan menghidangkan anda dengan unsur suspen diakhir siri cerita mereka bagi membiarkan kita tertunggu-tunggu mengenai sambungan ceritanya yang seterusnya.
Begitu juga bagi unsur-unsur lain dalam kisah ini. Pada ketiak mereka dikehendaki menghaslkan manga pendek mengenai satu kisah percintaan untuk diadili oleh para pembaca, kisah cinta yang dibincangkan oleh Saiko dan Takagi adalah mengenai dua watak utama yang saling memahami walaupun tanpa kata-kata. Pada masa yang sama, hubungan Azuki dan Saiko mengalami rintangan dalam siri Bakuman itu sendiri, apabila Azuki mengalami rintangan dalam kariernya selaku pelakon alih suara anime. Dan bagamana Saiko mengatasi masalah itu adalah sama seperti watak manga yang dilukiskannya, iaitu tanpa perlu banyak perkataan, Saiko boleh memahami keperitan yang dilalui Azuki dan membantu Azuki keluar daripada dilemanya...
Terdapat juga plot dimana dalam usaha mereka menghasilkan manga humor, Takagi terbaca tips mengenai kaedah humor dengan memasukkan lawak jenaka secara tidak sengaja yang tidak keterlaluan dan sesuai dengan latar belakang cerita tetapi tetap kelakar apabila disebut/dilakukan. Ini seterusnya ditonjolkan sendiri dalam plot Bakuman tersebut apabila terjadi perkara-perkara kelakar terhdap watak-wataknya yang terjadi secara kebetulan dan tidak mengganggu jalan cerita tersebut!
Bagi memahami maksud sebenar yang cuba aku sampaikan, ada baiknya kalian sendiri mula membaca manga ini. Jika anda pernah membaca Hikaru No Go dan/atau Death Note, maka aku pasti kalian tahu bahawa artworknya adalah sesuatu yang tidak harus diragui kualitinya. Manakala jalan ceritanya pula, percayalah... Ini adalah apa yang telah aku katakan sebelum ini, Live Guide terbaik untuk Mangaka dan Mangakan wannabe, yang mungkin paling Live di antara kesemua Live Guide yang anda boleh dapati mengenai perkara-perkara lain.
Manga tersebut boleh dibaca secara online di sini.
Antara episod-episod yang aku rekomenkan:
Gag and Serious
One Piece and Surprise
Artist and Mangaka
T/t: The greatest manga ever, is a story about how to write a great manga! Sure it is!!
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL