Hari Rabu lepas tiada entri "Wordless Wednesday" daripada aku... Sebenarnya bukan apa, tapi hari tu aku mengantuk sangat dan tertidur awal... Lagipun aku lupa untuk set kan satu autopost, ha-HA! Maafkan...
Tapi entri hari Selasa lepas boleh dikira dalam kategori wordless jugaklah, kan? Memandangkan hanya gambar-gambar diletakkan dengan sedikit caption... apa? Tak kira?
Apa aku pedulik??!
Okey, memandangkan Aidilfitri dah dekat dan ramai daripada kita lebih gembira untuk menyambut Syawal sebulan daripada menyambut Ramadhan sebulan (walhal Aidilfitri hanya pada 1 Syawal sahaja...), aku sendiri tak terkecuali, maka hari ini aku senaraikan perkara-perkara yang ditunggu oleh seorang average joe menjelang Hari Raya ini. Jika anda bukan seorang average joe maka senarai ini bukan untuk anda, dan jika senarai ini tidak sesuai/tepat dengan anda, maka anda sudah pastilah bukan seorang average joe...
Apakah senarai tersebut? Cekidaut!!
Perkara-perkara yang ditunggu-tunggu Menjelang Syawal
1. Bonus Raya
2. Cuti Raya
3. Bonus Raya
4. Balik kampung beraya
5. Bonus Raya
6. Jumpa sanak saudara kat kampung
7. Bonus Raya
8. Berbuka puasa hatta sekali, bersama keluarga di kampung.
9. Bonus Raya
10. Main bunga api/mercun di malam raya
11. Bonus Raya
12. Buat ketupat/ bakar lemang/ buat kuih, habiskan ketupat/lemang/kuih, dan menghias rumah di petang raya
13. Bonus Raya
14. Sambut Merdeka [khas untuk tahun ini sahaja, dan mungkin juga tahun depan...]
15. Bonus Raya.
Itu sahajalah senarai yang sempat aku sediakan untuk tahun ini. Mungkin anda ada senarai sendiri yang ingin diketengahkan, kerana, seperti yang aku nyatakan di atas, anda mungkin bukan seorang average joe, tetapi anda mungkin seorang average mark, atau average Mike, ataupun anda hanyalah seorang average Ghazali sahaja... Jika ya, berilah senarai anda di ruang trashback di bawah...
Dengan itu aku akhiri dengan menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf atas sebarang kekasaran atau ketidakpatutan sifat perangai aku, sepanjang Ramadhan dan juga sepanjang tahun-tahun lepas dan tahun ini. Juga atas mana-mana entri yang mungkin 'makan dalam; ataupun meruntun hati anda, sama ada sebagai peminat bola sepak, ataupun tidak... Kerana sesungguhnya, itulah objektif utama blog ini... huhu
Dan satu peringatan untuk semua yang pulang ke kampung untuk beraya, teutamanya yang pulang ke Kelantan, berhati-hati di jalan raya, pandu dengan cermat, ingatlah orang tersayang, dan pakat kelik selalu la lako-lako, jange perlewatke perjalane ke kampung, jange tok kelik ke kampung, jange jadi derhako pado oghe tuo, dan jange kelik Sabtu male/Ahad pagi, sebab kawe nok kelik time tu, toksey bui jem jale... Bereh lako-lako!!
Selamat Hari Raya...
T/t: Setahun hanya sekali... Lalilatulqadar, maksud aku... ;p
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL