Thursday, October 27, 2011

Kenapa Harga Tiket Final Piala Malaysia Dinaikkan...

Pelbagai teori yang diutarakan namun tiada satu pun dapat disahihkan. Pihak FAM masih tegas dengan pendirian mereka menetapkan harga tiket RM 50 untuk perlawanan akhir Piala Malaysia edisi 2011 antara Terengganu vs Negeri Sembilan (btw, prediksyen aku ialah Hai-O menang lagi, 2-1). Tahukah anda sebab sebenarnya?

Sebabnya adalah untuk mencegah perlawanan akhir daripada dicemari insiden balingann mercun. Dengan harga yang fakap, para penyokong pastinya kekurangan bajet untuk membeli mercun, maka perlawanan akhir kelak dijangka bersih daripada insiden balingan mercun ke padang.

Disamping itu juga, dengan harga sebegitu mahal, pastinya penyokong kedua-dua pasukan tidak berapa berani nak buat onar. Naknya game dihentikan dan ditunda mungkin, kena bayar lagi RM 50? Tak ke lagi fakap namanya tu? huhuhu...

Itu sajalah teori aku, dan jika dibuktikan benar, maka dapatlah disimpulkan bahawa yang FAM ni, kadang-kadang, bijak juga!

Sekian, terima kasih. Gud lak, Ganung, Nogori Semilan!!




T/t: !Trash Talk! menyambut entri ke-300 dengan entri ini... tak sangka dah lama... (takde orang baca!) :p

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL