Monday, December 26, 2011

Randomness on Second Anniversary

To think that I can even write this on the third year...

Sekarang kat Ipoh, cuti sekolah hampir ke pnghujungnya dan demi celebrate adik aku dapat 8A PMR, so family aku ke Ipoh, bercuti kat rumah adik aku. Aku ikut sekali la, first ingat nak drive dari KL, tapi tak syok jugak nak drive sorang-sorang... nak ajak member, takut diorang segan pulak pasal family event kan, lagipun long weekend, agak mustahil untuk cari seorang yang free... huhu

So, adik aku cadang pergi naik ETS. Aku ni dah lama dah tak buat kerja naik-naik train ni... Kali terakhir pun time Final FA Cup Kelantan-Terengganu hari tu, tapi tu dekat je aku pergi, malam pulak, tak sesak sangat, cuma time balik tu la... Aku rasa keunikan komuter di KL ni merupakan satu perkara yang unik dan tak lengkap kalau datang ke KL dan tidak merasai pengalaman bersesak-sesak di atas komuter/LRT/bas pada pukul 10 pagi ke atas pada hari minggu.. Gila priceless!!

Family vacation aku ni memang aku tak pernah ingat mana-mana experience yang grand. Kali ni pun sama. But what's important is not where we go, but with whom we go, and what we did, kan? huhu...

ETS adalah satu inovasi service dari KTM yang bagus (KTM ke? ye lah kot, ada link ke KTM dari website ETS), tapi aku rasa service dia patut dipertingkatkan.. Kerusi menunggu untuk train perlu ditambah, dan kenapa perlu buka stesen ikut masa keretapi adalah beyond me... Mungkin sebab konduktor tak cukup, dan perjalanan yang agak pendek(?), 2 jam setengah, menyebabkan penyediaan lebih dari seorang konduktor adalah tidak relevan? Entahla... Pengalaman naik ETS ni mungkin aku cerita di lain hari.

***

Hari tu aku bagitahu colleague aku yang politik di Malaysia masih belum matang. Aku pun bukanlah seorang yang fanatik mengenai politik tetapi aku juga tidak mendapatkan berita-berita semasa aku daripada Buletin Utama... Aku lebih rela tengok 'Premier League World' pada pukul 8 malam daripada tengok Buletin Utama. Lebih informatif, to say the least!

Tapi, kenapa aku cakap apa yang aku cakap (pergh, ayat...), ialah, aku bagitahu colleague aku yang Malaysia masih mengamalkan politik kepartian dan terlampau obses mengenai perkara tersebut! Dan politician Malaysia kebanyakannya masih tidak sedar diri. Memerintah negara bukanlah a divine right bagi sesiapa. Negara adalah milik rakyat, dan hanya rakyat yang harus menentukan hala tujunya.. Namun rakyat adalah kelompok yang terlalu ramai dan terlalu banyak idea yang akan dikemukakan, terlalu banyak kepentingan... Maka diwujudkan 'Kerajaan' adalah untuk memantau dan menguruskan perjalanan rakyat agar ia teratur, tersusun, mencapai objektif, dan memenuhi kepentingan majoriti (kenapa majoriti? kerana yang menang pilihan raya adalah berdasarkan kiraan majoriti...)

Namun, yang banyak terjadi adalah sebaliknya. Kerajaan wujud untuk memenuhi aspirasi mereka sendiri, dan rakyat dianggap tidak setia, tidak kenang budi apabila ada aspirasi kerajaan yang tidak disokong. Bagi aku ini sangat naif. Dalam memajukan negara dan bangsa, sepatutnya apa yang boleh membawa kita ke arah itu, harus disokong dan sebaliknya harus dibantah. Namun permasalahan politik parti semasa kita adalah setiap parti tidak mahu menyokong antara satu sama lain pada idea-idea yang baik, dan lebih cenderung untuk menonjolkan jasa-jasa dan pencapaian masing-masing daripada berbincang untuk mencapai kata sepakat mengenai apa yang terbaik untuk rakyat!

Maka sampai ke hari inilah kita duk dengar mengenai modal yang sama daripada politician... Jasa menentang komunis, jasa menghalau Jepun keluar, jasa kemerdekaan, jasa tu, jasa ni... What past is past, we thank you for that, now, what for the future?! Jangan jadi Liverpool...

Sampai bila politik parti berasaskan paranoia dan isu perkauman serta mengenang jasa ini boleh berkekalan dan mengekalkan orang-orang di puncak kuasa di mana mereka lebih pentingkan kuasa mereka daripada untuk berbakti kepada nusa?

***

"From family, to teachers, to peers, the message is: if you want to get a job, you’ve got to go to university."

Suatu hari tu, aku tertanya-tanya, bagaimanakah Universiti, terutamanya universiti awam, boleh kekal relevan? Sebagai seorang graduan daripada universiti awam, survivaliti universiti awam merupakan sesuatu yang menarik perhatian aku, dan mungkin hanya aku seorang...

Berdasarakan ayat dan link di atas, kebanyakan daripada kita harus bersetuju bahawa itulah yang berada dalam mentaliti kebanyakan daripada kita, keluarga kita, adik-beradik kita, ibu bapa kita dan kawan-kawan kita. Aku tidak terkecuali...

Tapi, mari kita lihat nama-nama ini, Albert Einstein, Thomas Edison, Bill Gates, dan Steve Jobs... Mereka ini semuanya college drop out ataupun tidak menerima pendidikan formal daripada sekolah pada awal umur mereka. Namun, dalam setiap sekolah, nama-nama ini adalah perintis dan sentiasa diletakkan sebaris dengan perkataan 'kejayaan/success'.

Berikan aku empat nama dari graduan universiti, mana-mana universiti utama yang berjaya mengubah dunia sehebat emapt nama ini? Kebanyakan presiden Amerika adalah dari lulusan Harvard ataupun universiti-universiti utama yang lain, but, just look what they did to America? Berhutang dengan bottomless pit pada hutangnya, menghuru-harakan ekonomi dan sosial, serta memulakan satu perang selepas yang lain adalah kepakaran para presiden ini...

Jadi, bagaimana Universiti mahu kekal relevan. Jika sekarang, bilangan graduan yang menganggur sudah semakin meningkat, telah menunjukkan betapa kursus-kursus di universiti adalah tidak relevan dengan market pekerjaan. Namun persoalannya, adakah universiti akan berubah dan menawarkan lebih kursus-kursus yang relevan dengan market pekerjaan, ataupun Universiti akan mengubah kepercayaan awam, dan kadangkala, kepercayaan mereka sendiri bahawa universiti harus menjadi lebih dari itu.

Universiti adalah satu perkhidmatan. Perkhidmatan yang menyediakan para clientnya dengan sebuah hub ilmu dan penyelidikan. Hub di mana client membayar bagi membolehkan mereka mendapat pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang dikehendaki oleh mereka. Bagi mereka experiencing and experimenting with their live... They should paid for this, not for some long, boring hour in lecture hall which been cancelled more often than not. Not for some paper which been marks at the end of the sem just so that a bunch of people will tell you how good you really are...

A system by grade ialah apa yang job's market wanted. Mereka mahu tahu gred kamu ketika interview supaya memudahkan kerja mereka memilih calon-calon baru untuk memenuhi tempat duduk di kubikel-kubikel ofis mereka. Namun, apa yang penting sebenarnya, dalam kehidupan dan juga dalam pekerjaan sebenarnya ialah kemampuan dan keinginan untuk maju, menjadi lebih baik, boleh memberi dan menerima cadangan dan yang paling penting, bagi aku, ialah kemampuan untuk belajar daripada kesilapan!

Jadi persoalan aku masih tidak terjawab. Adakah Universiti akan kekal relevan? Bahkan ia telah bertambah... Adakah Universiti akan kekal relevan pada pandangan orang lain (sebagai pusat penghasilan tenaga kerja), ataupun ia akan kekal relevan dengan falsafah dan standardnya sendiri (sebagai pusat penghasilan generasi berilmu, dan berani berubah ke arah lebih baik)?

Apapun pilihannya, satu yang pasti, Universiti harus ber-reformasi (or berevolusi, which one you prefer, I don't care...). Jangan hanya fikirkan business dan wang student tanpa memberikan servis yang bersesuaian dengan harganya!

Happy holiday!



T/t: Love, love, love won't stop this bomb, bomb... Love won't stop this bomb, bomb... Love won't stop this... Bomb!

Thursday, December 8, 2011

Note to Self [and Generations ahead]

Never buy a cheap clothes, never get married in December, and always use your left foot to the maximum effect before it start to get injured regularly...

Monday, December 5, 2011

2.4 km (II)

Kami berlari-lari bagaikan dunia tanpa penghujung. Aku pandang Mr N, dia pandang aku... Angin bertiup 'sepoi-sepoi' bahasa. Aku pun tak pasti sama ada badan aku menuju depan atau ditolak ke belakang dek tiupan angin sepoi-sepoi bahasa tadi. Terasa air menitik dari dahi ke dagu membasahi baju, aku pun tak pasti sama ada itu air peluh ataupun air hujan yang dah turun renyai-renyai... Masuk round ke-4 (1600m), kaki mula menjerit, "taknak!" tapi dalam kepala berbunyi, "boleh pegi lagi ni..." Kami menghabiskan round ke-6 dengan typical 100m hurdle!

Para gadis bersorakan dan berpelukan sesama sendiri sambil mengalirkan air mata keriangan dan terharu menyambut kejayaan kami... Aku merenung Mr N dengan senyuman kejayaan tanda puas, sambil menghulurkan buku lima aku ke arahnya. Dia menyambut dan buku lima kami bertemu, tanda ikatan kekitaan yang utuh antara dua sahabat.


.
.
.
.
.


Ok, part last tu aku tipu.




T/t: Pengalaman jogging dalam ribut petang semalam-

Friday, December 2, 2011