Thursday, January 21, 2010

Multi Level(2) Muthafaking!!

Kisah 2

Sebenarnya ia berlaku selang 3 tahun dari kisah 1 (bukan 4, kisah 1 pada 2005, kisah 2 pada 2008)
Hahaha!! Yer, aku tersilap hari tu...

Masa tu aku baru je setahun graduate, course aku cuma 3 tahun jer, so, 2007 dah grad. Tapi, after grad aku buat RA-ship dekat universiti yang sama selama lebih kurang setahun...

So, ada la seorang member nie, budak engin, engineer punya course adalah 4 tahun (normal), so, masa aku tgh buat RA-ship tu, dia masih lagi undergrad... dan dengar cerita dari dia sendiri, dia mungkin extend, menjadikan tempoh 4 tahun tu bertambah lagi...

Masa mula-mula aku buat RA-ship tu, aku still tinggal dalam kolej kediaman masa aku still undergrad dulu, dengan menggunakan link yang aku ada berbekalkan kepada 'jasa' yang pernah aku berikan kepada kolej aku dulu (huhuhu... sebab tu la berkhidmat untuk kolej kediaman nie, ada baiknya jugak, dan pastikan korang ada at least sorang orang kuat pentadbiran kolej sbg kenalan, kui3...). Tapi sepanjang tempoh itu, disebabkan jadual RA memang xsama dengan jadual student, lebih-lebih lagi fakulti yang berlainan, so, aku dengan member aku tu, bukan la boleh dikira sebagai rapat sangat pun, jarang jumpa...

Lagipun circle friends aku kat kolej kediaman kebanyakannya dari budak-budak Kelantan jugak... bukan apa sebenarnya, memandangkan dekat fakulti aku sangat jarang adanya student lelaki dari Kelantan (course aku lagi la, aku sorang jer...), dan kawan2 aku selain dari College-mate dan Coursemate adalah budak2 Taekwondo, yang juga sedikit bilangan budak Kelantannya, maka kat kolej kediaman la tempat untuk aku bergaul dengan budak2 Kelantan utk mengingatkan aku tentang asal-usul sendiri (dan lepas gian cakap Kelantan) selama aku duduk merantau tu...

Pun bagaimanawalau, disebabkan kami pernah bekerjasama dalam salah satu kelab milik kolej kami, maka kami dikira sebagai kenalan yang lama jugak lah sepanjang tahun pengajian Universiti kami...

Ceritanya bermula apabila aku ambik keputusan untuk ikut fellow ex-coursemate aku yang jgk sedang buat RA-ship or Master degree, untuk tinggal luar dari kawasan (dan pentadbiran) universiti. Bila duduk luar ni, lagi jarang la boleh jumpa budak2 ex-kolej kediaman kan...

Then, satu hari tu, kami terserempak, chit-chat lebih kurang, kami apdet la nombor phone masing2, since aku dh tukar no lama kepada no Universiti-pax Celcom time tu (untung woo, ada expired date 2011, sapa xsuka?? Tapi no tu dah ilang, tp tu cerita lain la...). Then, xlama lepas tu, dia kontek la aku, saje catch up, katanya... aku memang xberapa nak excited sangat, pasal jantan... kalo gadis, aku on jer, huargh huargh huargh!!

Then, pernah la dia cuba ajak aku keluar beberapa kali. "Ada benda yang aku nak tunjuk kat ko" katanya. Tapi, since aku duduk luar tu, aktiviti luar kelas/pejabat/lab aku semakin bertambah, susah la aku nak luangkan masa bg komitmen kt dia kan, lagipon ape kes nak bersusah payah untuk date ngan jantan??

Time aku buat RA-ship tu, aku still follow training Taekwondo lagi, so Isnin dgn Jumaat malam, aku fully book, kadang2 Rabu jgk... lagipun biasanya Rabu aku dan geng2 rumah sewa gi main futsal malamnya, tapi member aku ni, nak jugak jumpa aku sama ada malam selasa atau rabu...

So, aku cakap, Selasa orait kot... tapi aku bukannyer jenis suka sangat keluar2 kalau orang xajak, so aku cakap dia, pick up le aku kt rumah sewa, harap aku nk pinjam kereta, memang aku malas, kena pulak kerta nie penting sbg pengangkutan awam budak2 rumah sewa aku gi makan kedai secara berjemaah... Motor berlambak, tapi aku pulak xpandai bawak...buargh harhar!!

So, first trial, dia gagal ajak aku keluar, pasal aku ada hal... second trial mengambil masa seminggu jugak, kawan lama punya pasal, aku kosongkan jadual aku, yang sendiri carik pasal bg penuh tu...

Atas fikiran naif aku time tu, kalo member ajak keluar, nak catch up cerita2 lama, mesti lar buat kt kedai makan, kan?? mesti pergi makan dulu ke, apa kan?? takkan nak gi taman bunga tasik celaka plak nak bercerita....kalah orang berkapel kalu gitu...huhu

So, (yer, sekali lagi!!) aku pergi la dengan perut kosong... Selama duduk rumah sewa tu pun, banyak berharap pada kawan2 bila time nak pergi makan, aku memang xdak trenspot sendiri lagi... Kalo budak2 ni pakat malas nak kluar, kitorang sapu nasik lemak brader depan surau jual, best jgk la... ayam die selalu panas2 lagi... huhu

Then, member aku datang, bawak motor dia, atas motor tu, dia tanya r aku, berapa aku dapat buat RA tu... time ni aku xsyak apa2 lagi... aku cerita la dengan reluctantnya pasal bayaran seorang RA... bukan apa, aku malas nak crita sebab supervisor aku time tu, bagi gaji xikut scheme yg betul2 standard, kira gaji aku sangat2 la rendah dari orang lain yang ada ijazah...huhu

Nasib baik aku bukan mata duitan...kui3

Then dia bawak aku masuk kampus... aku dalam ati, "Apahal? xkan nak belanja makan kt cafe kolej mana-mana kot? At least gi la mamak, bleh layan bola ke, ape sambil-sambil..." Tapi, aku tetap layankan jer... motor dia la katakan, takkan aku pulak nak lebih2 kan?? huhu

Pastu, terus aku syak wasangka, "Eh? dia masuk fakulti pulak??" (Tapi bukan fakulti engineering dia ataupun fakulti aku, fakulti neutral, hehheh "D)

At first, dia cakap, ada something nak bg aku dengar. Dia cakap, sebaga seorang student Melayu Islam, kita patut dengar... Insaf jer aku dengar dia cakap cenggitu... so aku orait jer, walaupun perut lapar kan... sebab aku memang open, alah... setakat nak dengar ceramah2 motivasi or agama tu, no hal lar... mana baik dijadikan teladan, mana buruk dijadikan sempadan, ye tak?? aku xrugi apa2... tu lar yang aku pikir...

Then, kitorang masuk ler kat satu classroom nie (bukan dewan pasal kecik), takder orang lagi, tapi dia suruh aku duduk dulu, lepak2... pastu, by skipping all the small details, datang lar sekumpulan lagi orang join kitorg dalam tu... semua gadis2 muka freshie... dalam hati aku,"Ini sudah baik..." huhu

Ada lar jugak 2-3 org lelaki yg lain, ada gaya2 Islamiah kontemporari jugak lar... (bukan style tabligh la tapi, xder la jubah2, biasa2 saje, slack and t-shirt, aku? masih lagi berselipar, tshirt U, dan track suit, kui3... memang xdak taste!!)

So then, cerita xberapa panjang dipendekkan lagi, masuk le seorag Ustaz ke classroom kitorang tu. Serius, smua yang pompuan memang stok2 naqibah lar dari segi pemakaian, xder sorang pun pakai T-shirt, baby-T jauh sekali, semua bertudung ayu kalau xbertudung labuh pun... (at the end of the ceramah, baru tahu rupanya diorang bukan Junior U aku tapi U berdekatan, yang memang biasanya ada collaboration ngn U aku, U diorang ade ciri2 keIslaman sdikit, dan kod pakaian diorg jugak lebih formal, xmacam U aku...)

Tapi, xpayah la aku cerita lagi ceramah tu pasal apa la kan?? Starting dia memang penuh dengan peringatan2 agama, which is good... then mula masuk bab menyimpan, membazir amalan syaitan, sedikit kira-kira tambah duit dalam pelaburan yang dia tgh cerita kt kitorang tu... Dalam ati aku agak sangsi, "MLM kah ini??" bukan apa dari tadi cerita pasal pelaburan, macam mana pembahagian keuntungan dibahagikan, selit unsur dakwah dan sebagainya... bukti kehebatan dan kesahihan company dia dsb, TAPI, haram jadah xcerita pasal product!!

Bagi aku la, selain ko melabur dalam amanah saham, bisness lain mesti ada product, be it services or goods! Mesti ada product, baru boleh jual...bila jual barang, baru ada bisness/perniagaan/urus-niaga... tu lar logik akal aku, dan apa yang aku paham sikit2 dari kelas ekonomi Kemahiran Hidup Menengah Rendah dulu...

Tapi yang ni xcerita pasal produk pon! Cuma cerita pasal company, kiraan keuntungan pelaburan, dan apa yang dia dah dapat (tipikal lar kan, yang nie...). Cerita pasal bonus, kereta semua memang ada la... Then time soal jawab, aku nak jer tanya apakebenda yang dijualkan oleh kompeni ni? (btw, dia berulang kali cakap yg ni bkn MLM dan xder direct selling...), tapi, since aku tahu, aku memang xnak masuk, so, aku biar jer la soklan tu dalam palotak aku...

Tapi, hujung2 ceramah tu, baru ler dia reveal produk2 dia! Bagus gak produk2 dia, bagus untuk kegunaan sendiri, dan terbukti berkesan terhadap banyak aspek kehidupan termasuk ekonomi dan kesihatan secara saintifik! Katanya teknologi Jerman kalau aku xsilap...

Kalau korang rajin atau pernah dengar, dia anak syarikat company mega anak Malaysia, tp berpusat di Qatar ke kalau xsilap... Qi-Meritus kalau xsilap... Siapa yang biasa dengan Formula 1 akan biasa dengan company nie... walaupon aku minat Ferarri tp Schemeichel jer yang aku kenal, kuang3...

Tapi, heh heh... seperti biasa produk die paling murah pun mencecah RM2000, dan sekitar la... untuk satu produk!! Kalo Luxor, RM 2000 utk satu set produk, yang ni, satu produk jer!! huhu...

Terus ilang angan2 nak angkat Ferarri aku... mana nak cekau? Lagi nak carik downline, lagik nak carik downlinne utk downline aku, xdikira lagi nak carik modal utk downline aku... dah la kalo aku join, automatik aku duk bawah member aku tadi... taktik keji! Apsal die xleh duduk bawah aku plak?? Kan ke kalo camtu baru namanye ikhlas nak tolong?? huhu...

Sebenarnye, bukan lar aku xnampak jalan langsung, dan aku rasa aku boleh yakini sorang dua bebudak umah sewa aku tu, I mean, it's a good business by principle... kalo korang xnak melabur pun, beli jer produk tu, bagus giler produk tu aku dengar, hua hua hua!!

Lagipun ada gak sorang member ni selalu risau pasal duit (w/pon gaya hidup dia memang bkn jenis yg risaukan duit, kui3...), kalo aku ayat die baik skit, mgkin dapat kot... tapi bila memikirkan yang kitorang nie smuanye graduate sains yg sgt skeptikal walaupun terhadap sains yang kami pelajari sendiri, maka aku amat yakin yang diorang pun akan skeptik jugak, huhu... lagipun, kalo dah memang xder duit, xkan ada modal nak join kot??

Dalam ceramah ari tu, 'so-called' ustaz tu cakap, bukan susah nak cari seorang jer downline paling kurang..."Toksah la mengaku anda ni manusia kalau xder seorang pun yg percayakan anda dalam hidup nie.." kata beliau... Aku rasa aku ni bukanla jenis yg xdipercayai orang langsung, buktinya, banyak jugak orang dedah rahsia dan masalah diorg kat aku tanpa langsung aku mintak pun... tapi, aku xtergamak 'menipu' orang yang put faith in me terhadap benda yang aku sendiri pun xberapa nak percaya either it can work out or not... so I keep to myself je lar buat masa tu...

Lagipun,nak harapkan member aku tu bagi penerangan? Aku lebih meyakinkan dari dia, huhu (w/pon xpernah nak join parti politik kampus ke, ape ke...). Tapi, Ustaz tu sendiri yang cakap, jangan pergi cerita kat org lain pasal benda ni kalau xterlatih macam dia... so, kalo nak ajak orang lain kena jumpa dia... sorry! Terlalu leceh buat aku... mana nak buat appointment dgn dia lagi, mana nak ajak orang lagi... Orang lain plak sumer ade overtime atau dating malam2... diorang xpernah kacau aktiviti luar aku, xkan aku nak kacau aktiviti luaran diorang kan?? Dah cukup la aku kacau ketenteraman hidup diorang dalam rumah tu dgn sing along lagu2 punk rock dalam mp3 aku dengan suara 'emas' aku nie... (kuang kuang kuang...)

Lalu, seperti jugak Luxor, aku cakap kat member aku, "I'll think about it first la...", tapi sampai sekarang aku xjoin benda tu, huhu...

But, you might said that was the once who get away... pasal aku tengok dalam paper, Qi-Meritus tu memang betlul2 glamer dalam Bizz world, member aku tu plak selalu jer mesej2 aku pasal kehebatan 'Bio disc', iaitu produk yg di'iklan'kan dalam ceramah tersebut... Pergh, meleleh air liur beb dengar kehebatan teknologi Jerman tersebut! Boleh menjimatkan penggunaan petrol, dengan memaksimumkan jumlah petrol semasa isi minyak, dan juga memaksimumkan pembakaran atom petroleum semasa dalam tangki minyak! Wolahwey!!

Tapi, aku xdak trenspot... huhu
Kalo benda tu boleh memaksimumkan top up kredit henset ke, ok jgk aku nk sambar utk harga RM2000 tu...
Menghilangkan masalah kebuluran aku ker...

Then, aku biarkan je lah ia berlalu... xlama kemudian pun, aku tamatkan kontrak RA aku, balik Kelantan, tanam cendawan, kuang3... xlama lepas aku bekerja balik, no phone lama hilang, so, sekali dengan nombor dia sekali hilang la... xdak rezeki kata orang (agaknye...)

Tapi, sakng, bila duit dalam akaun dah lebih RM2000, xdak plak orang nak iklankan MLM kat aku ek?? Aku tengok adik aku jual AVON lagi bagus kot... tp bukan die jgk yang buat, mak aku yang bawak ofis dia jual...huhu

So, berakhirlah jodoh aku dengan MLM dalam keadaan berlapar... (member aku nak ajak gi makan, tapi aku xdak mood dah, nak balik tengok bola!)

Selang xberapa lama, aku ternampak 'Bio Disc' kat rumah sewa aku... sorang member, engineer (senior la kiranya, pasal dia dah grad) yang beli... dia join kot benda tu?? Tapi ok kot, pasal gaji die masyuk...hoho

T/t: Untuk siri ke-3, aku akan bagi cadangan aku untuk para MLMers untuk menarik lebih ramai orang miskin (spt student yg dapat pinjaman PTPTipu separuh) utk join skim diorang... Ketiadaan cadangaan sebegini dalam kedua-dua pengalaman aku dgn ceramah MLM sebelum ni yg menjadi faktor utama aku xjoin sbenarnye... huhu

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL