Mengenai hukum hudud, ada tiga key point yang aku ingin bincang/utarakan...
Pertama ialah, mengapa mesti takut? Satu hujah yang sering digunakan adalah dengan pelaksanaan hukuman ini, ramai/kebanyakan rakyat Malaysia akan menjadi kudung anggota badan, menjadikan mereka tidak dapat bekerja lagi dan sekali gus menurunkan daya saing kita selaku rakyat Malaysia...
Namun, kebanyakan dari kita terlepas pandang akan syarat-syarat hukuman potong tangan atas kesalahan mencuri sehingga menyebabkan hujah di atas menjadi bogus at best!
Antara lain, jika ingatan ikan akuarium aku ini tidak silap, terdapat had nilai bagi barangan yang dicuri, barangan tersebut dalam keadaan dijaga baik, dan kondisi pencuri ketika dia melakukan perbuatan terkutuk tersebut adalah tidak terdesak atau tiada sebab-musabab fizikal yang menyebabkan dia perlu mencuri untuk meneruskan hidup [kemiskinan yang amat sangat, diugut dan sebagainya...]. Selepas faktor-faktor ini diambil kira, barulah hukuman boleh dijalankan, dan itupun masih ada banyak syarat-syarat lain seperti hukuman dijalankan di tempat awam, pasukan paramedik sudah tersedia di tempat hukuman bahkan ada juga syarat-syarat yang boleh membatalkan pertuduhan terhadap si tertuduh...
Persoalannya, jika pencuri itu dihukum potong tangan, bagaimanakah dia mahu mencari nafkah selepas itu? Persoalan ini sebenarnya lebih sesuai dijawab dengan satu lagi persoalan iaitu, jika sebelum ini dia melakukan kecurian sebagai cara mencari nafkah, sedangkan dia tidak terdesak untuk melakukan perbuatan tersebut (sihat tubuh badan, waras dan sebagainya), mengapa anda fikir yang dia akan mencari pekerjaan yang halal jika tangannya masih normal?
Senang untuk mengasihani si pencuri yang dijatuhkan hukuman, walhal kita terlupa, jika barang kitalah yang dicuri, jangankan hukuman potong tangan, hukuman potong kepala pun kita sanggup jatuhkan!
Bukan itu sahaja, pertuduhan bahawa semua/kebanyakan rakyat negara kita akan cacat anggota badan jika hudud dijalankan adalah seperti menuduh bahawa semua/kebanyakan rakyat kita adalah pencuri!
Kedua adalah permasalahan saksi dalam kes zina. Seperti kebanyakan kita sedia maklum, persaksian terhadap kes zina adalah sangat ketat. Saksi hendaklah terdiri daripada empat lelaki yang cukup syarat dan bersumpah, disamping mereka melihat sendiri bahawa yang tertuduh tersebut melakukan penzinaan...
Antara isu yang timbul daripada kes ini antara lain ialah kenapa perlu 4 orang, dan bagaimana jika hanya ada tiga orang saksi sahaja? Dan bagaimana boleh empat orang tersebut menjadi saksi penzinaan tanpa menghalang perbuatan tersebut? Disamping itu, apakah lagi cara yang boleh dikategorikan sebagai bersamaan dengan saksi 4 orang tersebut?
Sebenarnya terdapat hikmah disebalik syarat-syarat ketat ini yang sukar dijangka oleh mereka yang berfikiran pendek. Syarat-syarat yang dikenakan adalah untuk melindungi orang-orang yang teraniaya dan dituduh melakukan penzinaan. Syarat-syarat ketat ini diadakan bagi bertujuan supaya pihak berkuasa yang menjalankan hukuman tidak tersilap hukum...
Persoalannya, jika ibu, kakak, adik mahupun anak perempuan kita dituduh berzina, kita juga mahukan adanya saksi yang cukup dan diyakini disamping bahan-bahan bukti yang kukuh sebelum hukuman/pertuduhan dikenakan ke atas mereka. Ini kerana, jika orang-orang yang aku sebutkan di atas dituduh berzina, hukuman rejam sampai mati adalah the least yang kita akan concern. Maruah dan nama baik keluarga telah tercemar. Selamanya keluarga kita akan dipandang serong masyarakat dan arang yang diconteng itu tidak akan dapat dibersihkan dengan begitu sahaja. Itu baru kena tuduh, belum disabitkan lagi!
Jadi 4 saksi adalah perlu. Secara logiknya, adalah sukar untuk mendapatkan 4 saksi yang cukup syarat yang benar-benar boleh menjadi saksi kepada satu penzinaan. Di sinilah hikmah terhadap hukuman ini. Manusia melakukan kesilapan, dan dalam Islam, kemaafan adalah satu konsep yang penting dan dimuliakan. Jika satu pasangan terlanjur melakukan penzinaan, sesungguhnya rahmat Allah itu maha luas, dan keampunan adalah terbuka bagi kedua-duanya dengan syarat mereka benar-benar insaf dan bertaubat, dan selagi nyawa tidak berada di kerongkong masing-masing, ataupun sebelum sangka kala dibunyikan...
Jadi, jika satu pasangan telah melakukan penzinaan, dan pertuduhan terhadapnya digugurkan atas sebab tidak cukup saksi, ataupun saksi tidak cukup fit, maka ambillah peluang itu untuk bertaubat kepada Allah SWT. Itu mudah.
Sebaliknya, jika seseorang itu masih tidak insaf dan bertaubat, dan meneruskan aktiviti terkutuk tersebut, sehingga mudah untuk mendapatkan 4 lelaki yang cukup syarat mengakui bahawa seseorang itu telah melakukan penzinaan, maka layaklah mereka itu dihukum atas tabiat hidup yang tidak sihat dan membahayakan diri serta masyarakat sekitar tersebut! Bayangkan manusia jenis apakah yang boleh mendapat kesaksian daripada 4 lelaki bahawa dia telah melakukan penzinaan??
Persoalan terakhir adalah, bolehkah teknologi menggantikan saksi? Aku tidak arif dengan undang-undang yang sedia ada tapi aku rasa ia seharusnya dibolehkan dengan syarat. Contohnya, jika video digunakan sebagai saksi dan bukti, hendaklah disediakan bilangan saksi yang secukupnya dan fit dari segi syarak untuk melakukan pemeriksaan terhadap video tersebut agar ia disahkan tidak palsu dan sebagainya...
Terakhir adalah aku ingin tegaskan bahawa kita harus sedar bahawa undang-undang Islam adalah bertujuan untuk mendidik dan bukannya menghukum. Jika ia diturunkan Allah untuk tujuan menghukum, mengapa pula syarat-syarat ketat dikenakan? Hanya mereka yang melakukan kesalahan dan bahagia dengan kesalahan mereka sahaja yang perlu kekal takut pada hukuman duniawi ini...
Akhir kata, an eye for an eye only leave us all blind? No!
We are all blind right from the start!!
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL