Friday, August 12, 2011

Teori-teori Kenapa Highway Lebih Jem Daripada Biasa Pada Hari Hujan

Bagi mereka yang mencari rezeki sesuap mahupun seribu suap nasi di bandaraya Kuala Lumpur dan sekitar kawasannya, pasti sudah sedia maklum bahawa waktu yang paling lahanat dia punya jem ialah pada waktu hujan. Lebih-lebih lagi jika di bulan puasa, di mana rata-rata golongan berkolar putih mula pulang ke rumah seawal pukul 4.30 petang dan mula memenuhi jalan raya menjelang pukul 5.15-5.30 petang. Boleh kata masa tersebut adalah puncak segala kesesakan lalu lintas di KL.

Kena pulak hari Jumaat seperti pada masa artikel ini ditulis, memang macam....

OK, kita lupakan dahulu carutan-carutan yang tak patut di bulan mulia Ramadhan Kareem ni. Jadi hari ini, kita lihat beberapa teori yang diestablishkan oleh beberapa pakar sains yang tidak terkenal mengenai punca kesesakan jalan raya menjadi lebih teruk pada hari hujan. Selepas membaca teori-teori di bawah, aku harap kita semua sedar kenapa mereka tidak terkenal...


1. Orang ramai berpusu-pusus keluar ofis dengan awal pada hari hujan agar cepat tiba di rumah bagi bermalas-malasan, sambil baring, sambil minum kopi 'O' panas dengan ubi rebus... oops, bulan puasa takleh buat benda-benda tersebut sebelum berbuka...

2. Sesetengah pemandu mengambil kesempatan hujan tersebut untuk membasuh kereta yang sudah lama dibiarkan kotor. Mungkin ada segelintir pemandu yang sengaja berhenti untuk meletakkan sabun ke kereta/kenderaan masing-masing, sebelum meneruskan perjalanan dengan kadar laju yang minimum... Ye lah, bagi memastikan air hujan benar-benar sudah bilas 100% bahagian kenderaan mereka...

3. Jalanraya mengecut pada hari hujan kerana cuaca sejuk (Teori pengembangan dan pengecutan objek)

4. Teringatkan jemuran di rumah masing-masing yang masih belum diangkat oleh Ernie... Tak boleh harap punya Ernie...

5. Daya tujahan kereta ditimbal balas oleh daya tekanan dari air hujan dan graviti bumi menyebabkan daya untuk menggerakkan kereta adalah lebih tinggi daripada biasa, menyebabkan semua kereta merangkak-rangkak dalam hujan...

6. Menyangkakan kumpulan Hujan akan mengadakan persembahan jalanan, maka masing-masing menunggu kalau-kalau akan diberikan tiket percuma oleh promoter seksi di tepi jalan.

7. Jalan-jalan raya mula ditenggelami air dan banjir kilat yang terjadi menyebabkan ramai yang tergesa-gesa untuk pulang awal bagi menyalin baju hujan atau/dan renang bagi bermain air di kawasan-kawasan banjir tersebut...

8. Hujan merupakan rahmat dari Tuhan, maka secara tak langsung, orang berebut-rebut untuk merebut rahmat tersebut. Bagaimanapun, rahmat yang dimaksudkan di sini bukanlah En Rahmat bin Yunus...

9. Pada waktu hujan, semua pemandu kesejukan. Akibat terketar-ketar, mereka gagal menekan pedal minyak dengan sepenuh hati (dan tenaga)!

10. Pemandu-pemandu lain sengaja memandu dengan perlahan bagi mensabotaj diri anda di belakang mereka...


Maka dengan teori-teori di atas, anda bolehlah membuat rekaan eksperimen sendiri bagi menentukan teori mana yang paling sah dan mempunyai nilai signifikan t-test paling menghampiri p>0.05...

Selamat mencuba!!






T/t: If the customer is always right, why then everything is not free?

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL