Sunday, May 2, 2010

The League of Extraordinary Geneticists

Satu artikel yang aku dedikasikan kepada ex-coursemate aku di Universiti dulu. Ya, mereka ni memang extraordinary bagi aku, dan kitorang happen to be assembled in one course...

owh, ni bukan coursemate aku, ni poster movie...

Aku dulu ambil kursus Genetik. Menatang apa itu genetik, google le sendiri sebab kang kalo aku elaborate kang, tak sampai pulak objektif artikel kali ni...

Pengenalan kepada course aku ni:

Ia dibawah fakulti sains dan teknologi, ada 28 orang pelajar (batch aku) dengan 21 daripadanya adalah wanita. Terdapat 5 Chinese dan semuanya amoi, dan seorang Sarawakian, Iban kalau tak silap... Selebihnya aku rasa memang Melayu la... kalau Jawa pun, kita kategorikan Melayu jugak! Kalau nak detail sangat kang, nanti aku dikategorikan sebagai 'mix' plak, pasal aku memang 'mix' pun... 3 generasi yang lepas! Takde India mahupun Japanese...

Perkataan Genetik terdiri daripada 7 huruf, G.E.N.E.T.I.K, jumlah bilangan pelajar ialah 28 (7x4), dan nisbah lelaki:perempuan = 7:21 (1:3). 4+3=7 (apa kaitan? lantakla!!) Ada 4 kod DNA (C,G, A, dan T), dan ada 3 jenis RNA (mRNA, rRNA dan tRNA), juga hasil tambah kedua-dua ni juga ialah 7. Aku lahir bulan 7, ada 7 hari seminggu, 7 warna pelangi, kedai yang selalu aku kunjungi pulak ialah 7-11, Eric Cantona memakai jersi nombor 7... maka terbuktilah signifikannya no.7 dengan aku, kursus aku, dan Manchester United... To make things interesting, majoriti daripada kami graduate pada tahun 2007!

Ok, so, kita teruskan penceritaan... sesetengah daripada mereka telah melakukan 'debut' dalam blog ni dalam beberapa artikel lama aku... Baca dan kenalilah kami! (:D)

Mr. N (bukan nama penuh)

Mungkin tiada yang lebih feymes dari kalangan kami daripada beliau! Memegang jawatan unofficial ketua darjah aka ketua course, (sebab kami memang suka menyusahkan beliau) beliau juga merupakan YB (Yang Besar) di kampus! Dia diakui popular pasal berani masuk pilihan raya kampus, dan menang! Jawatan rasmi beliau dalam Perwakilan Mahasiswa ialah setiausaha (tak sure pulak ada title 'agung' ataupun tidak). Sejak dia jadi 'pak menteri', memang seronok la kami semua mengkomplen segala macam komplen kepada beliau, haw haw haw!!

Beliau seorang yang baik walaupun selalu ada isu dengan awek beliau, tetapi maintain romantik... Memang beruntung siapa dapat jadi awek dia pasal dia ada kereta! Dalam zaman undergrad dulu, dia je kaum Adam yang ada kereta dari kalangan kami, huhu...

Satu supervisor dengan aku time final year project, beliau juga kami lantik selaku manager team futsal kami sendiri, pasal beliau tidak minat (dan kebarangkalian besar, tidak pandai) bermain sepak-sepak bola. "Kalau main baling-baling bola, cam bowling contohnya, aku pandai la..." dipercayai beliau pernah berkata sedemikian, ataupun aku hanya reka-reka cerita...

OT (bukan Old Trafford...)

Tidak dapat dipastikan sama ada beliau boleh dikategorikan sebagai orang kedua paling popular dikalangan kaum XY course aku dulu, tapi yang pasti beliau memang orang penting Universiti aku! Tak pernah masuk pilihanraya (seingat aku la) atau ada jawatan 'pak menteri' kampus, tetapi tetap menjadi tulang belakang U aku dulu. Adakah beliau adalah tulang belakang di belakang tabir U aku dulu? Mungkin ya dan tidak... Ya kerana beliau tidak mendapat publisiti meluas, dan kepakaran beliau termasuklah bab-bab teknikal kerja-kerja rencam, yang majoriti daripada budak U lain (termasuklah aku!) tak mahu ambil tahu pun, seperti cara men-set up-kan Audio sistem dewan serbaguna dan sebagainya...

Pernah dulu time aku dalam jawatankuasa penganjuran Kejohanan Taekwondo Tertutup U aku dulu, disebabkan kami guna dewan kolej beliau, maka beliau lah orang yang kami cari untuk kerja-kerja teknikal ni, seperti memasang kipas (dewan gila panas, takde air cond). Aku selaku coursemate dia memang tiada masalah untuk mendapatkan bantuan beliau, sekali gus mendapat poin percuma sebagai penganjur yang ber-kredential, ngeh ngeh ngeh...

Tidak, kerana beliau juga merupakan penjawat jawatan tertinggi dalam salah satu Urusetia kat U aku dulu... Kira orang besar jugak la, walaupun tubuh dia kurus sikit daripada aku...

OT juga merupakan Buffon kepada team futsal geneticists aka Fushi Tarazu FC, dan jika beliau ialah Buffon, maka aku, keeper bidan terjun, ialah Van de Sar... OT juga mengakui diri beliau sebagai peminat Manchester United, namun aku tidak pasti sama ada beliau tergolong dalam golongan glory hunter ataupun hunter x hunter!

Mr Shah (bukan nama panggilan biasa)

Pernah masuk pilihanraya kampus dan kalah... Beliau selayaknya digelar Mat Bunga ataupun Mat Romeo dari kalangan kami... Kenapa? Sebab beliau merupakan satu-satunya orang yang memegang rekod "satu tahun, satu awek" sepanjang tahun pengajian kami!

Beliau juga memegang rekod "satu-satunya student U yang kena tipu dengan Orang Asli time buat thesis)" dan "hantar thesis takde bab 'Bahan dan Kaedah'" Supervisor course kitorang dalam sesi soal-jawab time viva beliau bertanya, "awak ni takde bahan ke, takde kaedah?"

Ayat klasik tipikal beliau adalah seperti, "Kau ni... aku setia la wey!", "Aku memang single pun, aku single pada masa sekarang (merujuk kepada masa, tempat dan situasi ketika itu, di mana awek beliau tiada berhampiran)", dan quote beliau yang paling mahal ialah, "Bukan aku taknak pergi kelas pagi, tapi, setiap kali kelas pagi je, aku tak bangun, setiap kali aku bangun pagi je, kelas pagi kensel... kelas pagi ni memang tak nak aku pergi ke apa??"

Seperti OT, beliau juga memegang jawatan tinggi (bawah sikit dari OT tak silap aku) dalam uruetia yang sama... Aktif selaku fasilitator (bersama OT) walaupun jika ada antara kami yang perlu di-fasilitator-kan, orang itu adalah beliau sendiri...

Peminat setia Barcelona dan Man Utd haters, walaupun seingat aku, dia pernah letak stiker Man Utd kat kereta dia... haw haw haw!! Dia juga penyebab aku membuat entri Football Lesson 101.

Oh, being rejected by two different woman in space of two years, I wish him luck with his current GF (a Kelantanese, btw...), now, daripada panggil mamat ni Mat Romeo, baik panggil Mat Loser je...kan?

huhuhu...

Mr Kelbros aka En PIC (bukan nama Yahoo! ID)

Kelbros merupakan pusat, nukleus dan DNA Polimerase I bagi kursus kami... Mungkin Mr N adalah ketua kelas yang dilantik majoriti (by majority I mean everyone else vote him except he himself...), namun segala aktiviti kami akan bergantung kepada En PIC (ringkasan kepada Persen In Cas). Beliau merupakan pemegang gelaran terbanyak dalam kursus kitorang, secara rasmi tak banyak sangat tapi unofficially tiada siapa dapat menandingi beliau...

A self-confess 'mat rempit gombuck terakhir', 'hackers terhebat abad lepas' dan 'pewaris sejati Paolo Maldini dalam sukan Hoki', beliau merupakan satu-satunya atlet wakil Uni aku dalam course aku, selain aku sendiri... Beliau merupakan seorang 'Kenny Daglish' sejati kerana pada tahun terakhir kami, dia menjadi manager-player bagi team hoki kami dan berjaya layak ke divisyen satu Liga Hoki MASUM untuk season selepas itu, yang mana dia sudah grad... Oh, coach however, ialah orang lain (dilantik Pusat Sukan, kot...huhu)

Itu sajalah jawatan rasmi beliau, yang aku doubt, jadik manager tu akan dapat apa-apa sijil rasmi daripada Pusat Sukan...

Jawatan tak rasmi pulak, selain daripada En PIC, beliau juga merupakan En Owner bagi yahoo! Group course kami, dan juga Friendster Group... Facebook group, aku dah ambik alih, pasal siapa suruh dia lembab sangat? Beliau juga mejadi rujukan terdekat bagi coursemate aku untuk nasihat mengenai gadget-gadget dan perkara-perkara berkaitan peng-komputeran, dan aku sendiri pun ada belajar sedikit sebanyak 'barang dalam' komputer daripada beliau, cukup untuk sekadar buat berlagak dengan budak-budak baru nak 'up', wakaka!!<--- ni pun belajar daripada beliau jugak...

Secara peribadi, aku juga banyak meminta nasihat daripada beliau untuk barangan yang perlu aku beli, dari barangan sukan hinggalah ke software komputer, ya la... bagi budak kampung cam aku, orang Key EiiL mungkin adalah penasihat terbaik yang boleh aku dapat dalam hal-hal shopping complexity nie... So, prinsip beliau, "biar sedap dipakai, biar bergaya, harga belakang kira..."

Yang tak tahannya, biasanya barang yang aku beli ikut nasihat dia memang tak tahan lama...

Selaku 'mat rempit terakhir Gom-buck', beliau bagaimanapun hanya ada 'SU' selaku awek... Skuter SUzuki... namun aku amat grateful dengan 'SU' sebab aku selalu menumpang dia untuk salah satu subjek 'Luar Pusat' aku...

Peminat Nu-kasel Yunaited terakhir dan sejati dan bermain sebagai winger kanan (pada kebanyakan masanya) dalam team futsal kitorang, dia memang lack ability asas seorang footballer seperti untuk stop bola, dan passing dengan cepat serta shoot dengan tepat... Namun gaya main serta gaya rambut tidak boleh dipertikaikan lagi, sejibik Maldini (konon-kononnya, ngeh ngeh ngeh...). Owh, juga merupakan 'dead-ball specialist' dalam team kitorang, which is saying something about the team itself... huhuhu :p

Dia adalah orang yang paling seronok aku bahan bila Owen pindah gi United... Ayat yang dia pernah bagi aku yang aku takkan lupa sampai bila-bila ialah, "Kau pergi training Taekwondo pun buat apa? Bukan dapat awek pun..."

Celaka!!

En Komitmen (bukan nama betul)

Anak jati area U aku... bahkan tidak melampau jika dikatakan beliau merupakan contoh sejati, apa itu warga U aku yang sejati! Beliau bukan sahaja lahir di bandar tersebut, bahkan saudara-mara beliau juga merupakan kakitangan di U tersebut, bersepah daripada Lab assistant hinggalah kepada Pengetua Kolej Kediaman...

Katanya Makcik (atau pakcik, aku dah lupa) merupakan bekas Pengetua salah satu Kolej Kediaman di U aku tu, dan dia sejak kecik lagi dah selalu masuk kampus ni, "jalan-jalan..." katanya. Setiap selok belok U dia dah tahu even sebelum dapat surat tawaran lagi... Dia juga pernah mengakui yang U kitorang tu memang U impian dia sejak dia kenal apa itu Universiti... (aku pulak, hanya pilih satu je daripada 8 pilihan kat upu itu hari untuk U tersebut, dan yang tu lah yang dapat pun, and I never regret my choiced... talk about fate!)

Tiada sebarang gelaran mahupun jawatan rasmi yang dipegang beliau dalam mana-mana organisasi Universiti, pada mana-mana peringkat ataupun bidang sekalipun. Dia akui yang dia malas nak aktif dalam aktiviti kolej or so whatever, pasal kalo kena reject kolej pun, rumah dekat jer... 2nd year dia bagi tahu aku yang dia dipindahkan kolej, namun dia buat bodo je, stay luar, rumah family... Naik motor 10 minit dah sampai fakulti, maunya tak nak duduk luar, ye tak...? huhu

Pun bagaimana walau, beliau bukan tidak terlibat langsung dengan aktiviti Universiti, ada jugak terlibat sedikit sebanyak di sini dan di situ... sebagai orang-orang bawah, pasal dia kata leceh sikit kalau jadi orang atas, huhuhu... Namun contribution dia memang tak boleh diperkecilkan. Beliau memang seorang yang berdedikasi, dan biasanya bila beliau harus meminta diri untuk tidak menghadiri sebarang 'aktiviti' luar kelas kami, alasan tipikal ialah "aku ada komitmen lain...". So kitorang pangiil la dia En Komitmen... Antara 'komitmen lain' beliau ialah ambik adik dia balik sekolah...

Secara peribadi, aku terhutang jugak dengan beliau pasal time practical dulu, dengan menggunakan 'orang dalam' (mak dia) aku berjaya mendapat tempat dekat Nuklear Malaysia (formerly known as MINT), tak cukup dengan menyusahkan dia dengan menggunakan 'orang dalam' beliau, aku juga menyusahkan beliau untuk ambik aku kat kampus (aku stay luar sem, kat kampus, time practical)... dah la musim World Cup, so ada la 'beberapa' hari yang aku 'sedikit' terlewat... hehehe!

Peminat setia Eric Cantona, main futsal duk wing kiri, and he got one deadly left foot!!

En Keri On (bukan nama panjang)

Anak jati Hoben Jang Hoben... korang kalau minat Negeri Sembilan memang takleh lawan dia! Dia tahu spot untuk tengok bola kat Paroi tanpa perlu bayar tiket, bus stand depan kawasan perumahan nenek dia! huhu... Seorang peminat sebenar bola sepak, dia tengok semua match tanpa ambil side, walaupun dia kadang-kadang Man Utd haters, tapi hakikatnya, dai memang favourite haters... dengan kata lain, dia lebih suka support underdog! Team yang dia sokong adalah seperti Leeds United dan Valencia (tu pun sokong suam-suam kuku je pon)... satu-satunya orang yang korang tak boleh panggil dia glory hunter langsung! Tapi aku heran, apsal dia tak pernah support aku time aku pergi lawan Taekwondo?

Juga merupakan peminat bola sepak tempatan terbesar, beliau merupakan orang yang paling zuhud di antara kitorang semua. Kezuhudan beliau terbukti apabila beliau tiada Friendster, Facebook ataupun yang sewaktu dengannya! Bahkan, aku rasa, kalau la kita sekarang tak perlukan email, yahoo! account pun dia takkan buat...huhuhu! (Beliau juga merupakan orang yang paling last pakai handphone dari kalangan kitorang)

Aktiviti kolej beliau termasuklah menjadi Mat Surau yang tegar, namun kemahiran bersukan beliau tidak dapat dinafikan antara terbaik dari kalangan kami... ya lah, dah duduk pun kolej sukan! Tapi hairannya dia tak pernah wakil U dalam apa-apa acara walaupun dia agak otai dalam takraw...

Nota kuliah beliau merupakan antara nota kuliah yang paling aku kagum... Pengkaji artifak ejarah pun belum tentu boleh huraikan kod-kod rahsia pada nota beliau... Manakan tidak, satu hari ada tiga kuliah, setiap satu selama satu jam... Nota beliau hanya pada sekeping kertas, and at the end of the day, masih ada ruang kosong pada kertas tu... Kalau nak salin nota dia, pastikan dia berada berhampiran!

Beliau juga ada satu ritual biasa yang dilakukan pada setiap exam... iaitu keluar dewan selepas 30 minit pertama, pergi ke tandas, dan berbual-bual dengan pengawas exam! Katanya untuk release tension....

Midfiled general team futsal kitorang, satu-satunya player yang ada football/futsal brain dari kalangan kami bertujuh (enam kalu nak kira yang main bola)....

Baru-baru ni aku dengar dia dah pergi buat haji, so kena panggil dia Tuan Haji Keri la lepas ni...

talkIzcheap aka Mr Go (bukan nama IC)

Orang yang namanya ada perkataan 'Go' ni memang legend! Antaranya ialah DieGO Maradona, DieGO Milito dan DieGO Forlan... keh keh keh!!

ok, I hardly can say a good word to describe me... A whining, moody, lazy muthafacka, manga lover, bajet rock, glory hunter!! Haw haw haw!!

(namun aku boleh bermain di semua posisi dalam team futsal aku, up front, middle park, defensive line, shot stopper, mahupun pembuat sirap...)

Undangan Khas: Geneticists XX

Seperti yang aku tulis di atas, ada 28 orang jumlah keseluruhan coursemate aku (termasuk aku), dan 21 daripadanya adalah perempuan (kromosom XX). mati la aku kalau nak cerita semua 21 orang, so aku pick 2 yang mungkin paling menyerlah, atau paling 'extraordinary' untuk dihighlightkan...

Sarjan Virtual (bukan nama translate)

Ada dua orang daripada kami merupakan anggota PALAPES, dan kedua-duanya adalah wanita!! Salah satunya ialah Sarjan Virtual aka Maya, yang pada hakikatnya memang berpangkat sarjan pun! You ain't tell it from her looks though! Seriously, Maya Karin harus bersyukur yang Sarjan Maya tak masuk dunia modelling mahupun Entertainment Biz... Dia masuk PALAPES jer...

Beliau merupakan satu-satunya Sarawakian yang aku nyatakan sebelum ini....

Mrs Mai (bukan nama penuh)

Satu-satunya WAGS dari kalangan geneticists XX setakat ini... Kenapa? Kerana dia kahwin dengan player bola!! Dia juga merupakan lab partner aku untuk final year project dulu (which give me a taste of extraordinary, hehe...)!

Bukan itu sahaja, I doubt that anyone else, boys or girls, would ever was or will be more popular than she was in U. Atlet U, pernah di-interview oleh akhbar Kosmo!, TWICE! (Mr. N pun pernah di-interview oleh magazine Dara.com sekali je! Aku? majalah kolej, sekali, tapi tak keluar-keluar...)

Rumour has it yang beliau mula berkecimpung dalam sukan silat bermula daripada tahun pertama, and she made it all the ways to win two golds in MASUM and won the female athlete of the year for my U... She even get to be candidate for MASUM female athlete of the year if I'm not mistaken... tapi aku tak sure sama ada dia menang ataupun tak.

Now, that's extraordinary!!

-end-


T/t: baki selebihnya, bagi aku, juga merupakan individu yang extraordinary, walaupun mungkin bukan semuanya mencipta nama pada peringkat U ataupun untuk U, namun mereka tetap extraordinary in their very own ways... Just a few aku highlightkan untuk sekadar berkongsi cerita sahaja... Now, for me, bukan apa aku tulis benda ni, just, kadang-kadang aku terpikir, bukan coincidence that so many great people embrace in one place (ie my course), and that make my course was something special during my U years... Now, what about yours? Let me read/hear it!! :D

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL