Last-last, 2 orang jugak yang baca...harharhar!!
Selepas sedikit sebanyak 'pendedahan ekslusif' terhadap apa itu Pilihanraya Kampus sebenarnya (Campus Election for Dummies aka 1st Year stud), dan disokong oleh komen-komen pengikut-pengikut (kata 'pengikut-pengikut' adalah sangat sesuai sbb memang ada 2 orang jer followers..huhu "D) aku, aku meneruskan siri Campus Election ni, sementara stok masih ada... Bak kata orang. sementara pisang goreng masih lagi panas nie...
Untuk sequel ni, dengan penuh kerahsiaan identiti yang rapi, aku akan memperkenalkan beberapa rakan-rakan yang aku kenal secara direct (yakni pernah bertemu muka dan bertukar-tukar lawak jenaka..) yang pernah menjadik calon Pilihanraya Kampus... Ada yang menang dan ada yang kalah... Antara lain, aku akan ceritakan sebab-sebi aku mengundi mereka ataupun tidak...
Exhibit A: Mr N (bukan nama penuh)
Beliau ialah salah seorang ex-coursemate aku masa undergrad... Seorang yang boleh kita sifatkan sebagai lelaki metroseksual moden masa kini, bergaya (walaupun kurang kacak), badan ketul-ketul (walaupun bukan di tempat yang disukai gadis-gadis, kecuali GF dia...), poyo dan agak terkenal (yang mana langsung tidak didengki oleh mana-mana student lelaki lain dalam course kitorg, sebab yang lain-lain pun sama jer poyo dan perasan terkenal, terutamanya dikalangan junior-junior gadis...heh heh "D)...
Beliau ni, kalau sekali pandang memang sesuai untuk jadik Mat Belia, dua kali pandang, ada lar jugak ciri-ciri kepimpinan ala-ala naqib sekolah dulu-dulu... lagipun, dia ex sekolah agama (according to him himself...). Aku rasa beliau tiada masalah untuk jadik ketua sesuatu organisasi, ada wibawa dan wawasan la jugak... Lagipun kitorang memang lantik dia menjadi Ketua Kelas Course kitorang dengan undi sebulat suara (of course, beliau tiada semasa pemilihan, therefore tak boleh mengundi, orang tak mengundi, tak boleh bantah keputusan, kui kui kui...)
Tapi, kelemahan beliau ialah selalu skip kelas... sama ada terpaksa, dipaksa atau paksa-sengaja, tidak lah diketahui dengan tepat, tapi kelas pagi biasanya beliau fail untuk datang on time, kalau berjaya datang sekalipun, atau kadang-kadang, sampai at the nick of time...huhu
Beliau ialah seorang individu yang baik, baik hati dan sahabat yang bagus sebenarnya, jangan lah pulak anda salah faham dengan karektor beliau, cuma, pada pandangan aku, kalau time 3rd year masih kelam kabut nak punctual pergi kelas, maka kita tidak seharusnya carik pasal by running for the election, la kan? So, aku tahu yang aku takkan mengundi beliau dalam pilihanraya kali itu...
Tapi beliau berjaya menang, dan diberikan pos setiausaha Persatuan Mahasiswa... Good for him! Pada aku pun, ok jer kalau dia yang pegang... tapi, masalahnya dia sendiri yang bagitahu aku, apa yang dia expect (dan dia memang expect the worse dah sebenarnya kalau dia berjaya menang election tu) adalah berlainan sama sekali dengan apa yang betul-betul berlaku... Konflik muncul antara pihak atasan U dengan para YB kampus untuk menentukan jawatan-jawatan penting dalam Students' Council tersebut... Then, timbul banyak lagi masalah-masalah yang mengganggu-gugat kerja dia dalam SC tersebut, tak dikira lagi tekanan dan masalah yang dia terpaksa lalui selaku seorang student final year... mana nak kelas lagi, final project lagi, kena jadik ketua course lagi...
But, I couldn't care less, sebab aku pun ada masalah sendiri jugak, kan... lagipun, aku dah cuba sedaya upaya untuk tolong dia dengan tidak mengundi beliau ari tu, huhu... So, I'm off the hook! Lama-kelamaan, dia pun fed up dengan politik kampus, dan dah kadang-kadang jer ambik peduli hal-hal SC (setiausaha tu, wa cakap lu...selamba jer abai tugas,..) Memandangkan kitorg satu lab time final project tu, aku sokong jer tindakan dia, demi final project yang jauh lebih penting daripada politik budak-budak emo tu... Dia pun pernah cakap, dia step up to the plate, sebab senior-senior kolej dia cadangkan, dan takder orang lain yang sanggup...
Pengajaran dia, baik dengan senior itu bagus, tapi jangan sampai diperhamba dan diperkudakan senior!! Benda ni, aku elak dari sekolah menengah lagi. Jangan terlalu rapat dengan Junior, dan juga Senior... kadang-kadang, ada jugak senior yang aku perkotak-katikkan... tapi aku fair, kadang-kadang, aku bagi plak peluang untuk dia perkotak-katikkan aku balik, so, 0-0 lar... haha!
Mr N, kitorang biasa panggil dia YB (Yang Besar), disebabkan badan beliau yg 'ketul-ketul' itu...
Ada sekali tu, dalam duduk melepak sama-sama coursemate gadis-gadis yang lain, ada lar 'ter'mengumpat YB Mr N ni, dalam pada tu, aku ada cakap,"Aku tak pangkah pun dia, dulu..."
Diorang cakap apa tahu? "Jahatnya, Go! (nama glamer aku diberikan oleh coursemate aku, tahnx guys!!)"
Jahat? Aku rasa aku cam hero jer, cuba selamatkan member sendiri dari ditimpa masalah-masalah yang tak perlu... Tapi apa-apa pun, aku rasa Mr N can do better kalau dia dipilih mungkin setahun lebih awal, iaitu pada tahun kedua pengajian kitorang... Tapi, pada tahun tersebut, ada seorang lagi coursemate aku yang join election, dan boleh dikatakan orang pertama dari kalangan kami yang terjun ke bidang politik kampus, iaitu...
Exhibit B: Mr Shah (Bukan Nama YM)
Budak kelahiran Melaka, sungguh 'Glory Hunter' sehingga mengaku sokong team bola Selangor sebab Melaka takder sultan, kui kui kui... Tapi itu cerita lain...
Peminat tegar AF, terutamanya Zahid dan Mawi (wakakaka!!) tapi beliau seorang yang mengaku sebagai lelaki tulen! Seorang yang paling Mat Bunga ataupun Loser diantara kami bertujuh (7 budak laki dalam course kitorang), sebab beliau asyik bertukar awek pada setiap tahun pengajian!! Pada hari yang lain, mungkin beliau layak digelar playboy, jika bukan kerana beliau yang di'dum...oops! Tak baik bukak pekung member-member, ye tak...?
Beliau menyertai Pilihanraya Kampus pun bukan 100% atas kehendak beliau sendiri... lebih kepada menurut perintah Senior jugak! (Now, that's why I choose sport's club at U, Sports students usually don't give a damn about campus political, which mean, I won't find myself in the very same situation as Mr N and Mr Shah did! They are my good friends for God's sake, and I have to watch 'em diperkotak-katikkan oleh senior haram jadah diorg...)
Agak malang bagi beliau kerana unlike Mr N, yang menyertai parti pro-aspirasi (walaupun time tu konon-konon tiada lagi calon berparti, takdak bullshit diorang!! Ntah diorang nak tipu sapa dengan keluarkan peraturan 'No More Political Party' walhal bersepah diorang kempen party based!), Mr Shah pula join parti Pro-Aspirasi yang berhaluan kiri, yakni pecahan dari parti Pro-Aspirasi, yang ingin mencari haluan sendiri dalam pilihanraya kampus ketika tu... Parti Pro-Aspirasi haluan kiri ni, disertai kebanyakannya dari golongan yang kita biasa panggil 'Mat Belia', lebih kurang gitu lar... (diorang ni, kita bleh umpamakan dengan Semangat '46 yg pernah keluar dari UMNO dulu, kalo ikut politik Malaysia la...)
Pengaruh Parti Pro-Aspirasi haluan kiri ni, memang lemah, cuma geng-geng sendiri (baca: Mat Belia) jer yang tahu kewujudan diorang. Pro-Aspirasi kurang menerima diorang ni, walaupun kalau nak kira, diorang punya connection dengan HEP dan Admin adalah lagi kuat dari calon-calon asal Pro-Aspirasi...
Tapi, beliau jugak gagal mendapat undi aku... sebab apa? Boleh lah aku ringkaskan dengan quote dari beliau sendiri mengenai kehadiran kelas pagi beliau... Mr Shah said,"Aku ni, pagi-pagi jer lambat bangun, pagi-pagi jer lambat bangun, macam mana nak datang kelas pagi? Kalau time aku bangun pagi, sampai kelas awal, mesti kelas cancel! Datang awal jer, kelas cancel! Aku dengan kelas pagi ni memang takdak jodoh r!!" Kepala otak ko! LOL!!
Akhir tahun 3, kitorang bagi award kat diri masing-masing berdasarkan karektor setan sekor2 kitorang, dan Mr Shah diberi award "Kehadiran Kelas Pagi Terbaik!"
Oh, beliau jugak seorang Kipas-bajet-susah-nak-mampus Barca dan United haters...
Exhibit C: Mr Q
Beliau menggelar diri sebagai Pejuang Survival Melayu Paling Kacak Terakhir... Aku tak pasti dengan signifikan perkataan 'Kacak' dan 'Terakhir' tu... Adakah dengan menggunakan perkataan 'Kacak', beliau tidak menafikan adanya pejuang survival Melayu yang lain di dunia ini, ataupun perkataan 'Terakhir' itu merujuk kepada hakikat bahawa dalam ranking 'Kacak', beliau adalah ditempat terakhir? Sila gunakan andaian ke-dua demi kesejahteraan ummah... Lagipun, mana mungkin dia lebih kacak dari aku yang comel ini?? *wink wink* <---tiru gaya Vovin...
Beliau mempunyai blog sendiri, di mana anda boleh melihat sendiri ideologi-ideologi politik beliau... dari Parti yang sama dengan Mr Shah, tapi lebih bernasib baik apabila beliau menang kerusi yang dipertandingkan... Not surprising given he's studying Political Science at that time...hohoho! Nampak jer cam serius, tapi haram jadah kelakar tak ingat! Merupakan peminat Man Utd, menjadikan aku OK dengan beliau...
Aku tak berapa ingat sangat sama ada aku undi dia ataupun tidak, sebab time tu kitorang belum rapat lagi... tapi rasanya aku undi kot, pasal muka dia nampak meyakinkan! (ceh...)
Exhibit D: Mr M (bukan nama IC)
Orang kuat kolej aku... Seriously, aku tak nampak yang dia seorang yang menyerlah, atau one in a million dalam aspek kepimpinan dalam batch aku... At least ada 10 orang yang lain yang boleh menandingi kewibawaan dia, tidak termasuk aku! (kalau termasuk aku, bleh jadi 11 la kot? lalala...) Bukannya aku tak respect dia sebagai seorang kawan atau memandang rendah kepemimpinan beliau, cuma aku rasa agak surprise, sebab even kalau kira dalam area Kolej kediaman aku sahaja, ada beberapa orang yang boleh dikira lebih kuat 'aura' kepemimpinan diorang dari beliau, tapi mungkin disebabkan beliau berani untuk step up to the plate, dan bijak berkata-kata, menjadikan beliau berjaya pergi sejauh itu dalam SC!
Tak banyak yang boleh aku ceritakan pasal dia sebenarnya, kecuali dia ni college-mate aku kitorang pernah join kelab kat kolej sama-sama, a hardworker la jugak, dan pelakon yang agak baik...
Oh, aku pun lupa sama ada aku ada vote dia atau tidak... rasanya cam tidak, huhuhu...
Exhibit E: Ms Sam (nama manja)
Seorang Mek Kelate... Periang, serius dan hardworker! Berprinsip, yet open to opinion... orang Kelantan panggil "Mudoh nok wat kiro..."
Sedih jugak kisah beliau berkempen untuk election tu... bayangkan, dia join parti Pro-Aspirasi, seorang orang kuat kolej, yet, time gantung poster, terpaksa mintak tolong boyfriend dia pasal jentera ntah ke mana... Disebabkan atas dasar 'member-member', budak-budak Kelantan-Terengganu yang rapat dengan Ms Sam dan BF dia turun membantu, kecuali aku, pasal aku tak tahu, huhuhuu... (lagipun aku memang tak ambik port pun, harhar!!)
Aku undi dia, sedikit atas dasar kesian, sedikit atas kroni, dan sedikit jugak atas aku rasa dia boleh buat benda tu (jadik SC). So, aku tak ingat dia dapat post apa dalam SC, tapi tinggi jugak... dan dia lar tempat aku mengadu pasal SC untuk lebih pro-aktif dalam mengambil berat kebajikan atlet yang kadang-kadang ditindas sedikit sebanyak oleh Pusat Sukan, time tu...huhu (untung ada kroni, nie...)
Exhibit F: Ms N (bukan nama Facebook)
Seorang lagi Mek Kelate di fakulti aku. Aku pernah bekerja di bawah dia masa tahun 2 untuk satu projek fakulti... Malangnya, aku seorang yang susah dikawal, dan beliau memang gagal mengawal aku dari bertindak agak sambil lewa untuk projek tu, dan pada aku jugak dia kurang charateristic untuk jadi pemimpin wanita yang berkaliber dan berjaya (huhu..). Jadi, dia gagal mendapat undi aku... lebih malang apabila beliau tidak menganggotai Pro-Aspirasi, menyebabkan kekalahan adalah lebih pasti... apa nak buat, takder rezeki...
Well, aku rasa, tu jer yang aku ingat dan boleh ceritakan sedikit sebanyak... Antara faktor utama yang mendorong aku mengundi seseorang calon yang bergelar member adalah sejauh mana diorang sesuai dengan bidang tugas yang bakal menanti jika mereka berjaya menang Campus Election tersebut. Antara faktor yang mempengaruhi termasuklah keupayaan mereka untuk memenuhi jadual akademik dmereka dengan baik (yang mana aku tahu la, spt coursemate aku dua orang tu), kewibawaan dan 'aura' kepemimpinan yang aku boleh nampak hasil dari pergaulan aku dengan dia, dan parti mana dia sokong! (sebab aku biasa undi kerajaan campuran, so, kadang-kadang, aku elakkan mengundi calon Pro-Aspirasi pasal diorang melecehkan dengan bagi kertas-kertas sampah kt kitorang sebelum mengundi! Aku hafal nombor2 calon diorang, dan undi sebaliknya bwargh harharhar!!!)
Untuk siri akan datang (kemungkinan episod akhir) aku akan mendedahkan kenapa aku hilang kepercayaan terhadap Persatuan Mahasiswa ataupun SC ini...
Disamping itu, boleh la anda mengisi ruang komen dengan ciri-ciri calon yang mendapat undi anda dalam Pilihanraya Kampus, ataupun peristiwa-peristiwa melibatkan calon atau MPP Universiti korang yang menarik yang korang tahu... tak pun ceritakan bagaimana anda merosakkan undi anda (jika ada, huhu)
T/t: Chuck : What's the point of being a hero, if no-one know about it?
Sarah: You know about it! I know too...
T/t: Chuck : What's the point of being a hero, if no-one know about it?
Sarah: You know about it! I know too...
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL