Tuesday, March 9, 2010

Chain of Events, Special Edition: PWC LEMAS

PWC stand for Post-Wedding Ceremony...

Ceritanya bermula apabila Ms R (sekarang ni kiranya dah jadi Mrs R), menjadi orang kedua dalam senarai 28 orang ex-coursemate aku di universiti dulu melangsungkan perkahwinan beliau. Mrs M merupakan orang pertama. Boleh dikatakan Mrs M adalah ahli course kitorang yang paling popular... Kenapa? Sebab dia kahwin dengan player bola, player Felda United... Kalau di eropah, hanya selebriti tahap model sahaja yang biasanya kahwin dengan player bola ni, Mrs M pula merupakan salah seorang olahragawati U aku dulu... so, she's quite good and popular... Lagipun, dia berjaya masuk paper Kosmo! 2 kali, salah satu tu memang interview khas Kosmo! dengan dia... Mr N (yang pernah aku ceritakan di sini) pun pernah masuk majalah Dara.com sekali jer, walaupun dia YB Universiti, huhu...

Ok, enough cerita pasal Mrs M, kita nak cerita pasal Mrs R pulak... Semasa majlis Mrs M dulu, memang ramai la coursemate kitorang yang meramaikan majlis dia (kecuali aku, pasal aku duduk jauh sangat, tak sempat datang dalam short notice), tapi lain halnya bila sampai giliran Mrs R kerana kebanyakan dari diorang ada meeting dan sebagainya, jadi hanya beberapa orang sahaja (seingat aku 3 lelaki, termasuk aku, dan 3 perempuan sahaja pergi, tu pun ada yang kebetulan berada berdekatan). So, jadi kiranya cam nak tebus balik sebab tak hadir majlis Mrs R, AJK Acara atau kami gelarkan sebagai En PIC (Person in Cas) untuk program-program yang melibatkan rakan-rakan satu course aku di U dulu pun mencadangkan PWC ni... Tujuannya adalah seperti reunion kecil-kecilan (Side note: memandangan majoriti ex-couresmate aku masih tengah further study buat master di universiti yang sama dengan time kitorang undergrad dulu, they in fact boleh buat reunion setiap hari kalau mereka mahu, so, 'reunion' is kinda understatement...), lepak-lepak, makan-makan, sambil En PIC nak mengasah 'bakat' fotorafi beliau yang kununnya ter'hinder' sejak lahir tu...

Dah memang tujuannya untuk ambik-ambik gambar kenangan pasangan suami isteri tersebut bersama teman-teman sekuliah mereka, maka of course le banyak gambar-gambar yang diambil dan di'aplod' ke Facebook (macam biasa). Sebenarnya, aku tak join PWC ni pasal aku di dimensi lain time acara berlangsung, so, aku cuma letak beberapa keping foto yang me'nonjol'kan bakat En PIC dalam fotografi untuk tatapan pembaca blog ini (jika ada), yang berjaya di'pau' dari Facebook (mana lagi, ye tak?)






Pasangan yang diraikan...
raikan cinta


En PIC menjalankan 'tugas'

kek  PWC



Efek cahaya daripada En PIC
Para hadirin...




...dan hadirat
Fu-yoh! En. PIC



don't break the band of friendship!
  Efek ala-ala komik Hong Kong dari En PIC

  
err... curios case of GRO bazaar...

 
Terlompat-lompat diorang pasal Mrs R dah kawen... diorang plak yang lebih-lebih hepinya...

 
Mrs R dan Ali

(p/s: sesetengah gambar sengaja dikecikkan...)

Sebenarnya, Mrs R dan suami beliau dulu sama-sama satu kolej kediaman jugak dengan aku time undergrad dulu... Ali, suami Mrs R merupakan senior aku di kolej, mantan Yang Dipertua Student Welfare Council kolej aku... Time aku pergi majlis diorang di Muar hari tu, juruacara dia ada cerita, yang pertemuan pertama berlaku di dobi kolej... Gila tak romantik, jumpa kat belakang cafe, kui kui kui... (gurau jer Mrs R, jangan marah "D). Menurut juruacara tersebut (of course la aku tak pernah tanya  diorang, camner first time boleh jumpa, ye tak... bukan kerja aku, huhu), si Mrs R ni tak cukup syiling nak guna mesin basuh, so, kebetulan Ali ada kat situ, so Ali bagi la dia syiling... korang yang ada bakat buat novel tu, boleh la ambil inspirasi dari kisah benar ni, dan buat novel tajuk "Syiling-Syiling Cinta" akakakaka!!!

Tapi, nasib baik la dia jumpa si Ali, dapat la jugak duit syiling dobi... Kalau dia jumpa aku time tu, memang haram la nak dapat, pasal aku benci bawak syiling ke hulu- ke hilir... Kebanyakan syiling aku digunakan untuk membeli Nescafe Original (yang dalam tin tu...), lagipun aku tak pernah pakai dobi kat kolej aku tu, aku basuh pakai tangan jer baju-baju aku... saje, training tangan, huhu...

Kalau tak, mungkin dia tak  terjumpa dan terjatuh cinta pun dengan si Ali tu dan kahwin dengan dia, dan of course, kalau yang dia jumpa hari tu kat dobi ialah aku, dia takkan kahwin dengan aku jugak pasal aku tak bawak syiling... kui kui kui "D

Apa-apa hal pun, kalau korang ada baca atau terbaca cerita ni kat blog hina-dina aku ni, 'Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia bersama suami tercinta sehingga ke anak cucu untuk kedua-dua Mrs R dan Mrs M' <-- you know who you are

Dan buat En PIC, jangan mengelak! Ko harus menjadi orang ke-3 (aku tak peduli kalau Mr N dah 6 tahun dengan awek dia sekali pun, ko tetap kena kahwin dulu sebelum dia, haw haw haw!!)

T/t: LEMAS stand for -LEpak MAlam Sabtu...

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL