Kalau mereka yang rajin baca entri aku yang lepas-lepas, maka tahulah korang yang aku ni suka 'search' fan pages ataupun groups di Facebook dengan menggunakan kata kunci 'I hate' ataupun 'I love'... just for the sake of it! hehe...
Dalam proses 'pengembaraan' aku dalam mendalami apa jenis fan pages ataupun groups kat Facebook dengan kata kunci tersebut, satu yang aku perasan ialah agak banyak jugak fan pages ataupun group yang, sama ada 'I Love', ataupun 'I hate' Justin Bieber... Bahkan terdapat jugak group yang menyuruh semua orang menyertainya tidak kira sama ada kita minat ataupun benci si Justin ni...
Impresi pertama aku ialah, "siapa mamat si Justin Bieber ni?"...
Kalau Justin timberlake ataupun David Archuletta tu aku kenal la lagi, tapi Justin ni doesn't ring a bell at all... First aku ingat dia ni pelakon kot, pasal kalau penyanyi tak logik pulak kalo aku tak penah dengar, pasal hampir on daily basis aku dengar Hitz.fm ataupun tengok Hitz TV... tapi entah kenapa aku tak pernah dengar langsung pasal dia...
Lepas tu, pada suatu har, aku tengok adik aku post lagu Justin Bieber ni dekat wall FB dia, so aku tahu la rupanya dia tu penyanyi, tapi haram aku tak tahu apa lagu yang dia nyanyi... Memandangkan adik aku juga peminat Jonas Brother, maka lagi haram la aku nak try test tengok video/link yang dia letak tu, haw haw haw!! Then, 2,3 hari lepas, aku terdengar DJ radio cakap yang dia akan putar lagu Justin Bieber ni selepas iklan, so sambil drive tu, kadang-kadang, kita tak perasan pun iklan dah habis ke tak kat radio tu kan, so, lepas tetiba dia putar dalam 3 lagu, pastu DJ tu kembali berceloteh lagi... aku pun terpikir kejap... "tadi dia kata nak pusing lagu Justin, tapi, dalam 3 lagu tu, ada 2 lagu yang aku tahu siapa penyanyi dia, dan satu lagu yang aku bajet perempuan yang nyanyi, tapi tak sure siapa"... Maka tinggallah misteri siapakah si Justin Bieber tu pada diri aku, dan apakah lagu-lagu beliau...
Sehinggalah semalam apabila adik bongsu aku, mintak kakak dia yang post link video justin kat FB dia tu, 'play'kan video tu, so aku pun dengarlah sekali...
Masya-Allah! Suara cam pompuan siot!! Serius, aku ingatkan perempuan... memang lagu tu la yang aku dengar kat radio hari tu, yang aku ingat penyanyi perempuan yang aku tak kenal tu, rupa-rupanya memang si Justin ni... aku tanya adik aku, berapa umur dia? 13? Adik aku jawab 16... hahahaha!!
Seriously, dalam tadi duk bukak random blog links, tetiba lagu tu terpasang dalam salah satu blog... dan sekali lagi aku ingatkan lagu tu dinyanyikan oleh pompuan, sampailah entah macam mana aku teringat yang aku pernah tengok video clip dia... Dan terus tulis menatang ni, huhuhu...
Even David pun aku rasa suara dia tidak keperempuanan sangat walaupun agak menyampah untuk didengar on regular basis... wakaka!!
T/t: aku sekarang secara official-nya hate Justin Bieber... just for the sake of it!! huhu
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL