Thursday, May 6, 2010

Nasib Berbeza Dua Makhluk yang Sama

Kucing merupakan makhluk yang paling bahagia di rumah aku. Masakan tidak, adik bongsu aku memang suka gilak sama kucing, dan we all love her... So, secara tidak langsung, semua orang pun sayang kucing kat rumah aku ni...

Ada seekor kucing tu, nama dia Kiroro...

Kiroro ni kucing tua, mungkin umur dia dah dalam 5,6 tahun... Bagi kucing memang dah tua, bahkan dah ada cicit dah... selama 4 tahun kebelakangan ni, dialah tuan punya kawasan rumah aku bagi kategori kucing, buktinya, hanya anak-beranak dia sahaja yang boleh beranak-pinak di area rumah aku... hinggakan ibu susu dia tadi tu pun dah terpaksa pindah (walaupun masih selalu datang nge'pow' makanan kucing di rumah aku...)

Dari kucing jalanan terbuang, dia datang ke rumah aku dan terus jadi tuan, sepanjang umur dia, dia ada lebih kurang 20 ekor anak, setakat yang aku tahu, dia confirm ada sekurang-kurangnya 10 ekor cucu. Anak-anak dan cucu-cucu dia ni ada yang mati kecik, hilang, dan diberikan kepada kenalan. Tapi kebanyakannya hilang la, yang aku syak diculik orang... (mungkin budak-budak sekitar kampung aku ni gamaknya..)

Keturunan dia memang comel-comel, terutamanya bulu diorang yang agak kembang. Selalu kalau ada tetamu, mesti bertanyakan kucing tu sama ada nak dijual ataupun tidak. Pernah sekali ada kawan aku yang serius nak beli, tapi disebabkan adik bongsu aku sayang gila dekat kucing, dan ahli keluarga aku semuanya sayang gila dekat adik bongsu aku, maka tak jadilah seekor pun dijual (walaupun agak hampeh jugak sebab banyak yang hilang... lebih baik jual daripada dibiarkan hilang, ye tak??)

Namun, dalam detik-detik terakhir hidupnya, dia juga tidak terlepas daripada menanggung kesengsaraan. Aku syak dia kena jangkitan dan jangkitan tu bertambah teruk. Time tu dia masih menyusu anak-anak kecik dia lagi, tapi lepas kena infection tu, terus dia tak boleh dekat dengan anak-anak dia... When things got worst, even anak-anak dia pun tak mahu dekat dengan dia jugak... Mungkin naluri diorang dah bagitahu yang susu mak dia dah tak elok untuk diminum... Aku pun tak sure mana dia dapat jangkitan ni, dan jangkitan apa, seingat aku, ada satu 'batch' anak dia sebelum ni pun, semua mati akibat daripada penyakit 'misteri' time musim tengkujuh... Walaupun area rumah aku tak pernah banjir, tapi kadang-kadang air naik jugak sampai paras buku lali... So, bila air tu bertakung kat luar rumah, entah serangga apa yang kucing-kucing tu kena sengat, ataupun mungkin jugak kena patuk anak ular? Entahla...

Kiroro ni semacam dah pasti bila ajal dia dah dekat, satu pagi tu, mak aku cakap, dia pergi duduk dekat tengah jalan, dan biarkan diri dia kena langgar kereta... Area jalan tu memang takde lampu jalan, tapi aku pun tak sure jenis makhluk apa akan bawak lebih ari 40 km/j kat jalan kampung single lane malam-malam camtu... tapi mungkin jugak kelajuan tu dah cukup untuk meremukkan seekor kucing tua berpenyakit, kan?

Agak sadis, selama hidup remaja dia, disayangi oleh seluruh keluarga, anak-cucu-cicit dia, semua cukup makan minum (pakai tu tidak le...), tapi akhirnya, dia tetap mati di jalanan... Dari jalanan ke jalanan... Lebih tragis mungkin, banyak jugak sebenarnya anak dia yang pergi dulu sebelum dia...

Cat-Cat aka Kubang (ringkasan kepada Kucing Abang aku) yang aku lebih selesa panggil dia cat-dog jer (apa barang cat-cat??) huhu) ialah kucing yang merempat kat sekolah adik aku.

Kebetulan pulak, ayah aku ada share dengan kawan dia dalam 'Dewan Selera' dekat asrama sekolah adik aku tu (sekolah asrama harian). Mak cik aku pulak kerja la disitu, merangkap manager DS tu. So, satu hari tu, agaknya si kucing ni selalu merayau-rayau curi makanan, makanya mak cik aku suruh la abang aku buang kucing tu jauh-jauh... Ada sekali dia suruh aku jugak, kucing lain,, tapi aku tak buang jauh pun, tak sampai hati... So, agaknya abang aku pun tak sampai hati jugak, dan memikirkan yang rumah kitorang memang ada bela sedozen kucing, dia pikir, baik dia bawak balik je kucing tu...

Tapi abang aku ni dulu lulusan Kejuruteraan Komputer. Apa la yang dia tahu pasal binatang ni, terutamanya daripada keluarga kucing? Dia bukan tengok Animal Planet ke apa... Dah la minat Chelsea... Dia tak tahu yang kucing ni jenis haiwan yang authoritative! Diorang mark teritori diorang, dan kalau dah kena mark tu, jangan harap la untuk kucing lain masuk kawasan tu tanpa pertumpahan darah (diorang mesti bergaduh dulu, tapi part 'pertumpahan darah' tu, sebenarnya aku tak sure jugak, pasal biasanya kucing akan bergaduh dengan 'selamat' -kalau ikut Animal Planet la...)

So, Kubang pada awal-awalnya memang tidak diterima oleh famili Kiroro, terutamanya Kiroro sendiri...

Aku pun tak sure sejarah awal Kubang... Mungkin seperti kucing jalanan tipikal yang lain, sejak kecil lagi dah bergelut dengan kehidupan... cakar pagi makan pagi, cakar malam makan malam... Musim cuti sekolah, kena melepak kat kedai makan pulak, mengharapkan belas pelanggan dan tuan kedai untuk bagi sisa-sisa makanan, mana nak support anak-anak dia lagi... For all the mighty of God, she could survive up to the point where my bro pick her up... Dengar cerita adik aku, dia memang dah biasa dengan kucing tu kat sekolah dia, Kubang ni dah siap ada anak dah kat sekolah dia tu, tapi anak dia dah tahap boleh berdikari sendiri. Aku syak Kubang ni dalam setahun dua la kot umur dia...

Dan pada malam ni, aku tengok, dia sedapje tidur atas sofa mak aku...

T/t: Apa la perasaan anak-anak dia kala tahu mak dia hidup senang sekarang ni?

2 comments:

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL