Dalam sebuah kampung di Eropah timur, terdapat satu jembalang yang tugasnya adalah menawarkan perjanjian kepada sesiapa sahaja yang berminat.
Pada suatu hari, dua orang peladang yang bersahabat baik, Bob, lelaki yang bermulut besar dan Dirk, lelaki yang bermata besar. Mereka telah terserempak dengan jembalang tersebut.
"Perjanjian, mari kita membuat satu perjanjian!" ujar jembalang tersebut.
"Sudah tentu!" ujar Bob.
"Tentu tidak!" ujar Dirk.
Sementelah dengan itu, ladang si Bob tumbuh mekar. Segala tanam-tanaman dan buah-buahannya tumbuh dengan banyaknya. Bob berasa gembira dan makan tidak henti-henti daripada hasil tanamannya!
Si Dirk pula kekal miskin. Tanamannya tidak menjadi dan dia berasa sangat, sangat lapar...
Si Bob saban hari semakin gembira. Dalam kelekaannya menikmati hasil ladangnya, dia tidak perasan bahawa kebunnya semakin layu, sedikit demi sedikit...
Dan apabila tiba masanya dia menyedarinya, segala-galanya telah terlambat! Kini ladangnya sudah melayu dan tinggal padang jarak, padang terkukur. Dalam ladangnya yang tidak mungkin akan membuahkan sebarang hasil lagi, Bob menangis, "Aku tidak sepatutnya membuat perjanjian itu!" jeritnya sepuas-puas hati...
Manakala Dirk masih di ladangnya, miskin, lapar dan putus harapan...
Ketika dia hampir mati kelaparan, Dirk menitiskan air mata dan berkata kepada dirinya, "Aku sepatutnya membuat perjanjian itu..."
"Deal, let's make a deal!" said the devil...
T/t: to be continued...
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL