Manchester United
Sir Alex Fergie, pengurus kelab paling otai di England masa kini bersedia untuk membentuk semula pasukannya musim depan dengan budget yang terhad akibat hutang mangkuk ayun Glazer.
Dijangka skuad baru ini akan dibarisi banyak pemain baru yang berasal daripada England. Antaranya ialah Chris Smalling dan James Milner dijangka akan menguatkan skuad United musim depan, dengan pengurus tua itu ingin membentuk beberapa 'batch' skuad virtual England untuk membantu Fabio Capello dalam misi mustahilnya untuk mambantu England memenangi Piala Dunia dan Eropah mereka yang pertama sejak 1966.
"Kami akan membina skuad virtual England, terdiri daripada pemain-pemain England U-25 (termasuk Wayne Rooney, Danny Welbeck, Milner, dan Smalling), England U-30 (Ferdinand, Brown, Carrick, Hargreaves) dan juga England U-40 (Neville, Scholes). Visi kami adalah membentuk satu pasukan virtual England yang cukup bagus sebagai pilihan jurulatih kebangsaan apabila pertandingan antarabangsa dijalankan."
Dipercayai, Fergie mendapat ilham daripada Arsene Wenger yang selama ini cekal membentuk skuad virtual U-23 France...
Dalam perkembangan lain, Fergie juga dipercayai terpaksa meneruskan rancangan ini kerana pasaran pemain yang dirasakannya sebagai meningkatkan kadar inflasi dan setiap sasaran United pastinya mendapat saingan hebat daripada dua kelab yang mungkin paling kaya abad ini. Manchester City, yang kaya dengan wang, dan Real Madrid, yang kaya dengan sejarah, serta banyak lagi kelab-kelab lain yang kononya mempunyai akademi bola sepak terhebat di bumi dan di langit serta segala yang ada di antaranya.
Antara sasaran United yang mungkin disambar oleh kelab-kelab ini ialah David Silva, David Villa dan David Archuletta.
Dalam perkembangan berkaitan, United dijangka akan menawarkan Patrice Evra dan Nemanja Vidic kepada Real Madrid untuk ditukarkan dengan Gonzalo Higuain dan Karim Benzema dengan harga yang murah. Berbatov dijangka tidak akan dijual jika tiada tawaran harga yang lumayan dan mungkin digunakan di bahagian pertahanan musim depan bagi mengisi ruang yang ditinggalkan oleh kedua-dua Evra dan Vidic.
Evra yang dipercayai berkata, "Saya sudah bosan berada di (Manchester) United kerana kami masih gagal memenangi Piala Dunia!"
"Real Madrid adalah destinasi yang bagus kerana kelab yang lemah pastinya mempunyai banyak ruang untuk saya membantu mereka dan menjadi instant hero..." tambah beliau lagi. Walaubagaimanapun, kami gagal mendapatkan komen daripada Nemanja Vidic kerana beliau tergesa-gesa meninggalkan premis latihan skuad Piala Dunia Serbia dengan membimbit buku teks bertajuk 'Spanish Language for the Dummies 101'
Bidaan United untuk pemain sayap Argentina dan Benfica, Angel di Maria juga dijangka akan gagal, kerana tidak logik untuk seorang 'angel' menjadi 'red devils'...
United juga mungkin akan menjual Michael Owen kerana beranggapan adalah bernasib malang untuk mempunyai bekas pemain Liverpool dalam skuad mereka. Ini kerana Scousers bagaikan telah disumpah untuk tidak akan memenangi EPL, lihat sahaja Robbie Fowler dan Steven Gerrard!
Chelsea
Juara Liga Perdana Inggeris 2009/2010, Chelsea mula menghangatkan pasaran pemain dengan menyenaraikan beberapa muka baru untuk mengukuhkan cabaran mereka untuk memenangi Liga Juara-Juara yang masih too close, yet too far bagi mereka.
Dijangkakan mereka akan cuba membida penyerang Liverpool, Fernando Torres, dengan tawaran bermain di Liga Juara-Juara, yang mana The Reds tidak akan merasainya musim depan, sebagai taruhan. Penyerang Chelsea, yang juga pemenang kasut emas Liga Perdana Inggeris musim ini, Didier Drogba berasa gembira dengan kemungkinan itu.
"Partnership kami pastinya akan membantu Chelsea dalam memburu kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah yang pertama kami" komen beliau.
Didier Drogbra
Pemilik Chelsea, Roman Abramovic sudah menyediakan dana sebanyak 70 juta Euro untuk menyambar penyerang kebangsaan Sepanyol itu, dan yakin yang Liverpool akan menerima bidaan Chelsea. Chelsea juga akan menawarkan Didier Drogba kepada Liverpool sebagai tambahan kepada yuran perpindahan.
Namun, Chelsea bakal berdepan saingan sengit daripada Barcelona yang juga ingin mendapatkan tandatangan Torres, Villa, dan Fabregas. Barcelona nampaknya semakin pasti untuk membentuk pasukan virtual Spain.
Chelsea juga kebarangkalian besar akan kehilangan penyerang lincah, Joe Cole. Cole yang banyak menghabiskan musim ini di meja rawatan, gagal meyakinkan Carlo Ancelotti yang beliau masih cukup bagus untuk bermain pada peringkat tertinggi.
Dijangkakan Manchester United dan Tottenham Hotspur ingin menyambar penyerang berkenaan secara percuma jika kontrak baru tidak ditandatangani oleh beliau dengan Chelsea. Tottenham Hotspur pastinya lebih terdesak untuk memperoleh tandatangan pemain berusia 29 tahun itu, kerana pengalamannya dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pastinya membantu pasukan yang baru sahaja layak untuk pertandingan itu musim depan, manakala United pastinya masih ingin meneruskan rancangan skuad virtual England nya itu...
Chelsea juga dilaporkan telah bersedia menjual semua kuda-kuda tua mereka sementara harga masih panas sebagai persediaan jika dana daripada Abramovic yang sedang seronok mereka nikmati ini hilang setelah Aramovic mengambil tindakan untuk menjual kelab. Ini disebabkan adanya desas-desus yang Abramovic sudah bosan dengan kegagalan Chelsea dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, dan dikatakan beliau bakal menjual Chelsea jika Chelsea masih gagal memenanginya musim depan.
Beliau dikatakan akan membeli Barcelona pula setelah itu kerana menurut beliau, hanya Barcelona yang mampu untuk memenangi Liga Juara-Juara sepuluh kali lagi ketika Lionel Messi masih setia dengan mereka.
Antara kuda-kuda yang bakal dijual ialah Chelsea Harbour!
Nikolas Anelka pula dijangka kekal bersama Chelsea, menurut Florent Malouda...
Arsenal
Arsenal bakal memperolehi satu lagi khidmat pemain muda kelahiran Perancis, Chamakh namun bakal kehilangan Cesc Fabregas kepada Barcelona. Arsenal juga mungkin akan kehilangan seorang lagi khidmat pemain Perancis, William Gallas, yang dijangka meninggalkan The Gunners sambil mengakui keputusannya untuk berpindah daripada Chelsea pada 2005 dulu adalah keputusan yang salah. Gallas dijangka pasti akan dapat meninggalkan Arsenal jika dia mahu, kerana jika tidak, pastinya beliau akan mengugut untuk menjaringkan gol sendiri sekali lagi.
Dengan kemungkinan bakal kehilangan Cesc Fabregas, pemain muda Jack Wilshere dijangka akan mendapat tempat dalam kesebelasan utama dan akan menghalangnya daripada berpindah terus ke Bolton, kelab di mana beliau bermain secara pinjaman tahun ini. Arsene juga dijangka tidak akan membida kapten Liverpool, Steven Gerarrd dengan tawaran bermain dalam Liga Juara-Juara kerana Gerrard terlalu tua untuk pasukannya... Lagipun, beliau lebih gemarkan pemain Perancis, dan kemungkinan beliau akan membida Johan Gourcuff.
Liverpool
Liverpool pula dijangka akan membida semua pemain Fulham, termasuk Roy Hodgson, kerana, sekurang-kurangnya Fulham, finalis Europa League, yang mereka sendiri gagal berbuat demikian, adalah virtually, lebih kuat daripada mereka.
Ini meninggalkan Fara Benitez tergantung tanpa kelab. Fara Benitez dikatakan berminat untuk menerajui Juara Liga Europa, Athletico Madrid dan menawarkan akan membawa bersama-samanya penyerang Fernando Torres dan Maxi Rodriguez jika kontrak diberikan kepadanya.
Dijangkakan, Fara sudah menyediakan teks lengkap untuk Fara's rant terhadap kelab 'abang' kepada Athletico Madrid, iaitu Real Madrid, dengan antara rangkap yang dibocorkan oleh setiausaha peribadinya, antara lain berbunyi, "Real is a club trying to buy a success, but always failed, facht!!"
Yossi Benayoun pula khabarnya akan ke Chelsea, dan akan membuka ruang untuk Ryan Babel mendapat tempat dalam kesebelasan utama Fulham.
Manchester City
Mancini khabarnya telah menyiapkan senarai pemain-pemain yang ingin dibelinya pada musim panas ini, dan dalam senarai tersebut, dengarnya terdapat nama Kaka'. Dengan wang bukannya satu masalah, bidaan mereka akan mendapat tentangan hebat daripada Chelsea. Dengan perancang Brazil itu yang pernah bermain dibawah bimbingan Carlo Ancelotti, bidaan Chelsea dilihat sebagai favorite.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Kumpulan Abu Dhabi, pemilik kelab Manchester City, juga telah menyediakan senarai pengurus baru yang mereka ingin dapatkan untuk menggantikan Roberto Mancini...
Tottenham Hotspur
Sebagai pasukan rookie dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, Spurs dijangka akan cuba mendapatkan pemain-pemain 'drop out' daripada kelab tradisional top 4 bagi mendapatkan cutting edge daripada experience mereka dalam pertandingan tersebut.
Bagaimanapun, Harry Redknapp dinasihatkan membeli sahaja pemain-pemain murah daripada Amerika Selatan ataupun Portugal dan Perancis, seperti Thierry Henry.
Sekitar Eropah.
Real Madrid sekali lagi dijangka berbelanja besar, dan taktik mereka mudah sahaja, siapa sahaja yang United mahukan, mesti mereka mahukan juga. Ini kerana mereka percaya, scout Manchester United adalah yang terbaik dalam mengesan bakat-bakat baru dan mampu membeli pemain dengan murah dan menukar mereka kepada world beater, seperti Christiano Ronaldo.
Mereka dijangkakan akan dapat mengikat pemain sayap Benfica, Angel Di Maria dengan harga yang dijangkakan tidak masuk akal. Diharap, dengan bertambahnya pemain kelahiran Argentina ini, mereka mampu merampas kejuaraan La Liga daripada Barcelona. Cuma diharapkan Argentina tiada perlawanan persahabatan atau kelayakan mana-mana pertandingan, seminggu sebelum pertemuan el-classico.
Pakar, bagaimanapun. percaya adalah lebih baik Real Madrid menggunakan kesemua wang mereka untuk membeli Lionel Messi...
Barcelona, sebuah kelab yang berbangga dengan pemain-pemain daripada akademi mereka, dan mengakui yang mereka "lebih daripada sebuah kelab" dalam proses akhir membida penyerang Valencia, David Villa dan kapten Arsenal Cesc Fabregas.
Kata jurucakapnya, setiap pemain yang pernah berdaftar dengan akademi mereka adalah divine right bagi mereka untuk membeli balik pemain-pemain tersebut setelah mereka meningkat naik di kelab lain. Dengan kemasukan David Villa, Barcelona berharap mereka mampu mengekalkan kejuaraan La Liga mereka, merampas kembali kejuaraan Liga Juara-Juara dan menambahkan jarak antara pasukan ke-2 dan ke-3 dalam La Liga musim depan.
Zlatan Ibrahimovic pula dijangka dalam perjalanan keluar daripada kelab, namun masih tiada ura-ura untuk Barcelona mendapatkan kembali khidmat Samuel Etoo, dan dijangka pemain-pemain muda mereka seperti Pedro dan Bojan akan dijual dan dibeli kembali setelah mereka menjadi lebih bagus.
Sementara itu, pengurus Inter Milan, Jose Mourinho masih berteka-teki dengan destinasi beliau yang seterusnya. Namun, menurut sumber yang dekat dengan beliau, beliau tidak akan ke Sepanyol ataupun England, tetapi destinasi beliau ialah Asia!
Salah satu kelab meningkat naik di sebuah liga yang hebat di Asia telah menawarkan kontrak kepada Jose sebagai satu cabaran baru kepada beliau untuk membawa trofi utama yang pertama ke kelab itu dalam sejarah kelab tersebut! Kononya, jurulatih semasa kelab tersebut tidak mendapat sambutan yang baik daripada kalangan peminat kerana formasi dan strategi yang terlalu negatif!
Disebabkan para peminat pasukan ini sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak Eropah, mereka berasakan Mourinho adalah satu pengurus yang tepat untuk membawa pulang kejuaraan utama mereka dengan bergaya dan memecahkan tradisi monopoli sebuah pasukan di negara itu.
Liga yang dimaksudkan adalah Malaysian Super League (ada perkataan 'Super', tentulah liga itu hebat, bukan?) dan pasukan yang dimaksudkan ialah Kelantan FA.
Menurut seorang peminat yang ditemu bual, "Keno gi doh Sathianathan... toksey nok nyere, pah sumbat 2, 3 bijik gak, main koksey habih doh player... keno bowok maghi Jose Mourinho sungguh doh ni. Hebak dio, meney Liga Juaro-Juaro Eropah!!"
Yang peminat ini tidak tahu ialah Mourinho juga sangat terkenal dengan pendekatan taktikal yang negatif...
Sumber - Peuters
T/t: nantikan lebih lagi berita-berita hangat dan transfer
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL