Saturday, May 22, 2010

Monster



"And I saw a beast rise up out of the sea, having seven heads and ten horns, and upon his horns ten crowns, and upon his heads, the names of blasphemy. And they worshipped the dragon which gave power unto the beast: and they worshipped the beast, saying, "Who is like unto the beast? Who is able to make war with him?"

Monster merupakan satu manga yang lain daripada yang lain! Tipikal manga biasanya akan merangkumi unsur aksi yang banyak diselang-selikan dengan humor. Kebanyakan manga dengan latar belakang dunia realiti, akan mengambil tempat di Jepun dengan segala kisah adalah berkaitan dengan Jepun. Namun lain halnya bagi siri Monster ini. Selain watak utamanya, Dr. Tenma, watak-watak lain dan latar belakang ceritanya adalah di Eropah timur, dengan Jerman menjadi pusat cerita ini berlaku.

Manga ini sangat 'dark' dengan 162 episod, dan sambungan novel. Tentang pembunuhan bersiri yang terancang. Pergelutan antara kemanusiaan terhadap kejahatan. Adakah kebaikan adalah perlu apabila kita berurusan atau berdepan dengn kejahatan? Bagaimanakah reaksi kita apabila mengetahui bahawa tragedi dari sesuatu kejahatan itu adalah disebabkan oleh kemanusiaan kita terhadap penjenayah tersebut?

Dan apakah definisi kejahatan itu sendiri? Adakah kemampuan untuk membunuh tanpa motif dengan kejam, just for the sake of to forget about the past? To get revenge from the past? Atau kemampuan untuk memanipulasi orang lain untuk melakukan pembunuhan itu untuk diri kita? Atau adakah kejahatan yang sebenar ialah sesuatu yang 'melahirkan' 'raksasa' ini?

 Sinopsis

Mengisahkan tentang seorang doktor bedah genius yang telah menyelamatkan seorang budak lelaki yang ditembak di kepala. Ibu bapanya merupakan ibu bapa angkat dan merupakan pelarian perang dalam konflik Jerman Barat-Timur. Disyaki pembunuhan kedua-dua ibu bapanya adalah disebabkan oleh rompakan. Bagaimanapun, adik perempuan budak lelaki tersebut terselamat namun mengalami trauma yang dahsyat.

Pada masa yang sama dengan ketika budak itu dimasukkan ke hospital, Datuk Bandar juga telah dimasukkan ke dalam wad kecemasan dan memerlukan pembedahan segera. Dr Tenma merupakan seorang genius yang mampu menjalankan pembedahan yang mustahil dengan jayanya beberapa kali, dikehendaki menjalankan pembedahan untuk Datuk Bandar, namun dia menolak kerana ingin menyelamatkan budak tersebut yang tiba terlebih dahulu berbanding Datuk bandar tersebut.

Tanpa di duga, keputusannya itu berjaya menyelamatkan seorang budak, tetapi mengakibatkan kematian Datuk Bandar tersebut. Segala-galanya tampak berakhir bagi Dr Tenma kerana politik hospital menyebabkan masa depannya yang sepatutnya cemerlang, mula malap disebabkan keputusannya untuk mengingkari arahan atasan hospital. Dia kehilangan jawatan sebagai salah seorang doktor kanan bahagian pembedahan dan putus tunang dengan anak perempuan Pengarah Hospital.

Walau bagaimanapun, pada satu malam, kedua-dua kembar tersebut didapati telah hilang daripada hospital, dan yang lebih mengejutkan lagi, berlaku beberapa siri pembunuhan terhadap beberapa orang ahli doktor dan Pengarah Hospital berkenaan. Siasatan polis awalnya menunjukkan hanya Dr Tenma yang akan mendapat manfaat daripada semua pembunuhan itu, namun disebabkan tiada bukti, kematian diputuskan sebagai kemalangan sahaja.

9 tahun kemudian, Dr Tenma merupakan Ketua Doktor Pembedahan di hospital yang sama. Dan satu peristiwa pada suatu hari telah menemukan beliau kembali dengan budak lelaki yang telah beliau selamatkan, Johan. Johan telah membunuh seorang penjenayah, yang juga merupakan pesakit Dr Tenma, dan mengakui yang dialah yang menyebabkan kematian para doktor dan Pengarah Hospital di tempat Dr Tenma bekerja, 9 tahun dahulu.

Sekali lagi siasatan polis menuding jari ke arah Dr Tenma, dan ini telah memulakan obsesi Dr Tenma untuk memburu Johan, dan membunuh 'monster' yang telah beliau selamatkan atas dasar kemanusiaan, 9 tahun yang lalu.

Proses pemburuan Dr Tenma telah menyebabkan beliau menemui sesuatu yang lebih besar, tersembunyi dalam masa lampau Johan, dan sejarah hitam yang cuba dihapuskan bekas kerajaan Soviet Nazi Jerman. Johan merupakan salah seorang daripada berpuluh-puluh, bahkan mungkin beratus-ratus 'anak terpilih' yang dilatih secara psikologikal untuk menjadi askar super... bahkan untuk menjadi the second Hitler, dengan ambisi untuk memulihkan Nazi Jerman sebagai sebuah kuasa yang menakutkan di dunia.

Dan Johan merupakan calon yang paling cemerlang. Seorang yang sungguh menakutkan, walaupun ketika usianya masih kecil, kerana kuasa manipulatifnya mampu menyebabkan seseorang itu terjerumus ke dalam lubuk paling hitam dalam hatinya. Dia mampu menimbulkan rasa takut orang-orang disekelilingnya dan juga obsesi mereka, dan tanpa menggerakkan sebatang jaripun, menyebabkan mereka saling berbunuhan.

'Kuasa' manipulatifnya telah menyebabkan banyak kematian, dan dikatakan, hanya adik kembarnya, Anna (seterusnya dikenali sebagai Nina Fortner dalam perkembangan cerita) yang mampu menghentikan 'haiwan buas' di dalam dirinya. Ini juga menjadi motif bagi Johan untuk memburu Anna, disamping membalas dendam terhadap semua yang terlibat dalam projek rumah anak yatim Kinderheim 511.

Pada pengakhiran cerita, setelah jerih payah menjejaki Johan sehingga kepada sasaran terakhirnya, disamping dirinya sendiri yang menjadi buruan polis, kerana disyaki melakukan beberapa siri pembunuhan yang sebenarnya dilakukan oleh Johan, Dr Tenma sekali lagi dihantui persoalan, sama ada untuk mengakhiri nyawa Johan yang telah banyak melakukan angkara, ataupun memaafkannya kerana naluri seorang doktor adalah untuk menyelamatkan nawa, bukan mengakhirinya.

Apakah pilihan akhir Dr Tenma? Dan apakah kesan akibat daripada keputusannya itu? Apapun, yang mampu saya simpulkan pada akhirnya ialah - ironi!

Dan di akhir cerita, pembaca didedahkan dengan sebab psikologi yang utama yang menyebabkan seorang budak lelaki menjadi psikopath dan pembunuh paling dingin dalam sejarah manga... Dr Tenma juga didedahkan dengan nama sebenar Johan (Johan adalah nama yang diberikan selepas dia memasuki Kinderheim 511), namun tidak didedahkan kepada pembaca.

Extra:

Dua artikel sebelum ini, berkenaan dua kisah, "deal, let's make a deal" dan "Ada apa dengan nama" merupakan cerita dongeng yang dipetik dari cerita manga ini. Aku tak dapat pastikan sama ada cerita ini betul-betul dongeng rakyat Czech, namun itu adalah contoh penceritaan yang sungguh 'dark' pada pandangan aku. Cerita-cerita tersebut adalah, menurut manga tersebut, karangan kepada seorang penulis, juga pakar psikologi, yang menjadi tulang belakang kepada Kinderheim 511, dan juga penyebab keruntuhan intitusi tersebut pada waktu ia bersedia untuk memuncak.

Kisah ini tidak semudah yang dilampirkannya, dan tidak sekompleks plot-plot pembunuhan Johan. Namun satu yang pasti, ia bermula daripada satu perkara yang kita panggil 'cinta'

Credit:

Sensei Naoki Urusawa (mangaka)
Wikipedia
Shogakukan
Kreko

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL