Sunday, May 9, 2010

The Lady in Red

Hari minggu, cerah.

Seperti hari-hari biasa, aku dan beberapa kroni rumah sewa telah melakukan ritual biasa kami setiap hujung minggu, iaitu mengunjungi pasar malam area Uni kami.

Tiada apa yang istimewa kecuali perasaan bersesak-sesak dengan orang ramai, asap masakan yang terkena muka, dan muka seposen kami dalam round-round mencari juadah yang sesuai dengan tekak kami ketika itu... Pasar Malam never get easy... Nak makan apa? Macam biasa atau beli lain sikit hari ni? Kuew Tiow goreng? Nasi Ayam? Nasi Kerabu? Atau just beli tulang ayam, buat kunyah-kunyah sambil mengumpat penyelia projek masing-masing?

Itulah, setiap kali ke pasar malam memang tak boleh kurang daripada 2 laps kitorang buat... Kalau buat 7 laps tu, dah rasa macam tawaf la pulak...

Namun, petang itu tidak seperti hari-hari yang lain. Entah kenapa, hati ini rasanya semacam sahaja... Dari tadi dadaku asyik berdebar-debar, intuisiku bagaikan cuba memberitahu sesuatu... Namun aku dengan 'poyo'nya mengabaikan mainan perasaan tanpa usul-periksa itu...

Tidak sedikitpun aku syak, yang pada hari itu, aku akan bertemu dengan 'dia'!

Ya, dari jauh tetiba aku terpandang sesusuk tubuh, dan entah kenapa aku tertarik dengannya pada pandangan pertama! Dari jauh aku memerhatikan kelibat dan gerak geri gadis tersebut... Dan aku tertanya-tanya sendiri, kenapakah dia begitu menarik pada pandangan aku?

Adakah gerak geri lemah gemalai dia yang menarik perhatian aku? Adakah wajah lembut ayu, tipikal wajah gadis melayu sejati yang mencuri perhatian aku? Adakah pandangan redupnya, lesung pipit yang menonjol ketika dia senyum apabila bergurau senda dengan rakan-rakannya? Ataupun hanya pada hakikat aura baju merah garang yang dipakainya itu yang mencuri pandangan aku padanya? Bak kata orang, penangan 'Lady in Red'...

Dan masa yang aku tunggu-tunggu telah tiba, pabila dia dan sekumpulan rakan-rakannya berjalan ke arah aku dan kumpulan lelaki bedebah, housemate aku... time ni, diorang pun tak tahu apa-apa kelainan daripada aku lagi... Dan pada saat pandangan kami bertemu, aku cuma harapkan yang dia juga merasai halilintar yang aku rasa dalam hati aku ini, di dalam hatinya...

Bagaikan sudah ditakdirkan, dia singgah di gerai yang sama dengan aku, dan bagaikan Tuhan mahu memberi tanda, rakan-rakannya dan kaum bedebah housemate aku, semua menuju ke arah gerai lain, "Ini sudah bagus!" ujar aku dalam hati pengecut aku...

"Ho, seringgit sebukuh, seringgit sebukuh" laung brader penjual murtabak tersebut yang aku syak asal dari Kuala Krai itu. "Be, bukuh 3, be..." kata awek itu... "Wah! Ini sudah bagus" cliche, tapi itulah laungan hati kecut aku sekali lagi... Cerita ini sudah twist ke arah semuanya memihak kepada aku! Aku kira tiada apa lagi yang boleh menjadi penghalang 'cinta' kami... cewah!!

Ketika ini, aku hanya lebih kurang 3 kaki sahaja daripada beliau. Aku sudah berkira-kira 'pick up line' yang aku belajar daripada Mat Bunga, coursemate aku dulu tu... Sedikit sahaja lagi aku ingin mencuit bahunya dan konon-kononnya mahu tanya berapa harga sebungkus murtabak tersebut, walhal terang-terang dah tulis atas sign board depan gerai tu...

Dan pada ketika itu juga aku terpandang tulisan di belakang bajunya yang sebelum ini terlindung oleh tudung bawalnya itu... Tertulis 'Liverpool FC'

Owh... ok!

Maybe another days... another days

bersambung...

T/t: I'd rather walk alone... huhu T.T

3 comments:

  1. hek elehhhhhhhhh...sebab tu jer?mmg arr lu nehh...cinta perlukan pengorbanan...lu perlukan anjakan paradigma...ntah apa aku ckp neh.

    ReplyDelete
  2. Helo,minat bola x ? jom join blog bola versi piala dunia ni di http://kampungpialadunia.blogspot.com ,ok bye

    ReplyDelete
  3. I ain't date scouser... apa masalahnye? hehe :p

    ReplyDelete

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL