Tidak boleh dinafikan lagi akan kepentingan teknologi dalam kehidupan seharian kita hari ini! Bahkan semasa aku menulis tajuk untuk entry kali ni pun aku dah terasa cliche gila nak menulis something about this, but it's ok, I got some 10 minutes to do this...
Zaman dah banyak berubah. Kalau dulu, komunikasi amatlah payah! Daripada menggunakan asap hinggalah terciptanya telefon sebagai alat komunikasi yang utama. Namun zaman dah semakin senang! E-mail, SMS, handphone, video messages, video call, Facebook, Skype... semuanya dah di hujung jari anda. Memang jauh bezanya dengan zaman surat berbedak dan berstem dulu. Hantar kad happy birthday kena hantar 2 hari sebelum untuk memastikan ia sampai pada tarikh birthday...
Pun bagaimana walau, dalam urusan-urusan rasmi seperti purchasing dan statement rasmi daripada makmal-makmal di universiti-universiti tempatan mahupun urusan rasmi bank misalnya, masih menggunakan khidmat pos, namun aku tidak akan terkejut jika suatu hari nanti, khidmat pos hanyalah digunakan untuk tujuan nostalgia sahaja, apabila paperless policy mula mengambil alih sektor pekerjaan dan perkhidmatan.
Sekarang sahaja sudah ada istilah kad pintar dan telefon pintar. Tidak mustahil kelak, semua ID dan dokumen penting kita nanti akan disimpan dalam talian sahaja, dan dengan menggunakan telefon pintar, yang bakal dibekalkan kerajaan upon making our IC, kita boleh akses internet dan banking system, or what so ever yang kita perlukan melalui telefon tersebut, di mana jua kita berada... At least that something to dream of about the future, right?
By the way,
Domestically juga teknologi dah semakin menyenangkan hidup seharian kita. Memasak dah ada micro wave oven, tak payah nak sussah-susah belek-belek ayam takut hangus lagi, set sahaja masa... Begitu juga dengan mesin basuh, dan kalau ada yang lebih advance, cuci pinggan mangkuk pun pakai mesin sekarang...
Tapi, dengan kesemua kemajuan teknologi masa sekarang, one can't help but to think about the time when it's still wasn't there, or at least not as advance as today...
Teknologi pengenalpastian DNA yang digunakan di makmal-makmal jenayah dan juga di makmal-makmal penyelidikan contohnya, kalau dulu boleh mengambil masa berminggu-minggu untuk satu proses mudah, sekarang semuanya hanya mengambil masa satu hari sahaja, dan kalau anda percayakan siri-siri penyiasatan berteknologi canggih seperti siri francais CSI, ia mengambil masa beberapa minit sahaja... (Method apa yang diorang pakai takde pulak aku jumpa dekat NCBI)
Agaknya, bagaimanakah masyarakat kita jika handphone masih belum blooming dia punya coverage dan penggunannya? Adakah kita masih concern dengan vandalisme terhadap phone booth? Sekarang ni, nak cari phone booth pun hampir mustahil, kerana kerajaan dah menganggap semua orang sudah ada handphone... yang kerajaan gagal anggap ialah, tak semua orang yang ada handphone tu ada kredit... dan handphone pun boleh habis bateri pada masa kita perlu untuk call 999...
Jadi, aku menyeru agar kita semua, mengambil sekurang-kurangnya satu hari dalam hari-hari kehidupan kita untuk back to the past... stick to the basic of technology that available to us... Saja je, for the sake of nak rasa susah payah orang dulu...
Jadi, jangan la kutuk-kutuk sangat kalau kereta manual ter'mampus' tengah-tengah jalan... Maklum la, naik kereta auto tak payah tukar gear...
T/t: dan jangan mengelamun kalau duduk kat traffic light... depan sekali pulak tu...
update: situasi cuba untuk menghubungi 999 tetapi gagal telah terjadi kepada aku sendiri pada November atau Disember 2010, tapi bukan sebab bateri habis, tapi sebab takde coverage...
hahaha..zaman surat berbedak.beb..pakai burung merpati beb.yg paling aku suka ko punya T/t.terbaik! =P
ReplyDeleteakakaka!! dah la pakai keta manual, bila terperasan lampu dah hijau, termampus plak kereta tu, wakakak!! naseb baik tak kena hon ngn kereta belakang...
ReplyDeletetu la, selama ni asek kutuk kereta yg lambat gerak kat traffic light, kan Tuhan dah balas....