Tuesday, June 29, 2010

Sungguh Aku tak Faham...

Ya!!

Entry terakhir untuk bulan Jun... Kenapa? Sebab aku tak rasa aku nak menulis esok... Ni pun aku curik2 masa menulis... tulis pon cam malas, penuh ngan short fucking form!! waka waka!! [cara gelak baru sempena Werl Kap]

Baru-baru ni dunia dah jadi semakin serius... kenapa? Tengok la dekat link blog aku tu, penuh dengan tajuk-tajuk entri yang serius, walaupun link tu tak sampai 10 pun aku rasa...

Macam-macam isu sekarang ni, sampai aku pun malas dah nak ambik tahu... Isu bola pun dah jadik serius... Bila Malaysia boleh layak ke Piala Dunia? Aku rasa langkah kerajaan memansuhkan UPSR dan PMR boleh menjadi stepping stone untuk menjayakan visi mustahil kita itu...

Macam mana dengan pergolakan politik tempatan dan dunia? [bergolak ke??]

Sebagai tipikal melayu, aku berpendapat, cukup makan dah kira orait... Pening2 sangat nak memikirkan masalah politik ni kenapa? Kita kena ikut contoh Donald Trump! Kata beliau, kalao ada duit banyak pun, tak reti nak enjoy duit tu, tak guna jugak... [takde la dia cakap dlm BM la, kan...], so, enjoy ya life a lil' bit...

Everybody got a problem, is just a matter how you solve 'em... bak lirik lagu Sum 41... huhu

Tapi, enjoy disini bukanlah bermaksud aku menggalakkan huha sini, huha sana, juz chill out, and do the things that you fucking enjoy it before [and still]!!

Aku pun ada masalah dan kesedihan jugak... seperti kekalahan team South Korea ari tu, terus memadamkan keinginan aku untuk follow Werl Kap lagi.. tunggu final je la nanti [btw, final tu, main ujung minggu ke tak? kalo tak, aku nak mintak cuti...] -aku bajet Brazil menang, walaupun hakikatnya, aku lagi suka team lain yang menang... Brazil dah menang banyak sangat, tak mencabar la Werl kap kalo Brazil kasi tinggal jauh [trophy haul] sama team lain... Ingatkan Itali bleh samakan rekod ke apa, tapi Pirlo injured lama sangat plak...

But, damn!

Just forget it... hari2 nak melalui kesedihan, bila masa plak nak hepi-hepi kan?? Kalo tak hepi jugak, pegi ambik air sembahyang, buat sembahyang sunat taubat... ada la tu mana2 salah kita yang Tuhan tak bagi kita tenang hati tu...huhuhu [pandai jugak aku bagi nasihat, kadang-kadang, kan...]

Ah! lantak lah... best jugak dengar keluh-kesah orang lain, sama ada bersifat peribadi atau lebih daripada itu, but who's gonna hear my side of the story?

On second thought, forget about it, it wasn't interesting anyway...


T/t: Preach all you want, but who's gonna save me? At the end of the day, it's easier said than done!!

Saturday, June 26, 2010

Edisi Awal: Piala Dunia 2010 Milik Korea Selatan

Disebabkan ketandusan idea [dan rujukan] untuk buat artikel yang bos suruh aku buat, jadi aku rasa cam nak tulis peluang pasukan kebangsaan Korea Selatan dalam menghadapi pusingan kalah-mati di World Cup Bafana Bafana kali ini. Ini juga merupakan post berkenaan bola sepak yang pertama sejak Piala Dunia bermula, tapi bukan post pertama berkenaan Piala Dunia 2010...

Selepas 3 perlawanan peringkat kumpulan, Korea Selatan mencatatkan keputusan satu menang, satu kalah dan satu seri, dan mendapat tempat kedua kumpulan B dengan 4 mata, 5 gol, dan 6 bolos. Satu statistik yang penting disini ialah keupayaan pasukan Korea Selatan menjaringkan gol, walaupun berdepan dengan pasukan sekuat Argentina, bakal memberikan kelebihan. Dalam pusingan kalah-mati nanti, gol memang memainkan peranan penting kerana tiada keputusan seri yang boleh diterima!

Dalam 5 gol yang dijaringkan oleh pasukan Korea S. ini, 3 daripadanya adalah hasil dari sepakan percuma berdekatan area kotak penalti pasukan lawan. Gol dari set piece! Ini pastinya akan membuktikan kelebihan kepada pasukan Korea, untuk bukan sahaja menyamai rekod memasuki separuh akhir yang dicipta di tempat sendiri 8 tahun lalu, bahkan, tidak mustahil untuk juga menang Piala Dunia pertama untuk bangsa Asia dan juga bangsa bukan Eropah dan Amerika Selatan...

Dari mana datangnya keyakinan menggunung aku ni? Akan aku terangkan nanti di bawah...

Sebelum tu, kita tengok dulu bahagian mana yang perlu Korea S. kuatkan menjelang pusingan kalah mati nanti...

Ya, tak lain dan tak bukan, bahagian pertahanan. Dibolosi 6 gol bukanlah satu rekod yang baik, walaupun masih boleh dimaafkan memandangkan 4 daripadanya dibolosi oleh Argentina, yang mempunyai gabungan serangan yang tak usah dinamakan lagi. Jika Korea S boleh bertahan dengan lebih mantap, ketat dan kental seperti yang dilakukan oleh jiran mereka terhadap pasukan Brazil, tidak mustahil untuk mereka bukan sahaja pergi lebih jauh, bahkan mungkin memenanginya juga!

Ini adalah berdasarkan beberapa fakta dan pattern yang penting.

Greece 2004

Greece Euro '04 telah membuktikan dalam bola sepak, apa-apa sahaja boleh terjadi. Taktik bertahan bagai nak rak, dan counter attack yang bergantung harap kepada gol-gol daripada set piece menjadi trademark mereka. Pedulikan kata orang yang cara main mereka itu membunuh bola sepak atau kemenangan mereka disebabkan oleh nasib atau apa-apa sahaja, kerana mereka yang berkata-kata itu, sama sekali tidak boleh memadam sejarah, apa lagi menulisnya kembali. Inilah yang harus dijadikan model untuk Korea S menjadi pasukan Asia pertama yang memenangi Piala Dunia! Lagipun, pasukan mereka dah cukup kuat dalam bab set piece, cuma nak kena tingkatkan kekentalan defender je lagi...

Jose Mourinho juga sebenarnya banyak mengambil iktibar daripada taktikal Otto Rehhagel, namun mungkin kerana Otto tidak sekacak Jose, maka kurang peminat perempuan yang meminati pasukan Greece... tapi awek Greece pon masyuk jugak!! :p

Kejatuhan Performan Pasukan Eropah diluar Eropah.

Ini bukan sindrom baru! Bahkan, tiada pasukan Eropah yang pernah menang Piala Dunia di luar benua Eropah sendiri... Dasar jaguh kampung! Sebenarnya, bagi pasukan Amerika Selatan pula, hanya Brazil sahaja yang pernah menang World Cup di Eropah [in fact, mereka dah pernah menang di semua benua yang pernah menganjurkan FIFA World Cup...].

Tengok sahaja apa yang berlaku kepada Perancis dan Itali, telah terkeluar di peringkat kumpulan. Spain dan German, Portugal dan England mendapat sedikit tuah dengan layak pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, di mana keputusan perlawanan yang lain juga tidak menjejaskan peluang mereka. Hanya Belanda yang dilabel pilihan yang masih mengekalkan rekod 100%.

Pendedahan Kepada Permainan Kelab Peringkat Tertinggi

Sekurang-kurangnya 5 orang pemain skuad Korea Selatan kali ini pernah atau sedang bermain untuk kelab-kelab Eropah, dan kebanyakan mereka menjadi pemain-pemain penting bagi pasukan masing-masing. The most notable would be, of course, Park Ji-Sung dari Manchester United, pemain Asia pertama untuk bermain di final Liga Juara-Juara Eropah, telah bersama Manchester United selama 5 musim, dan telah live up to his nickname -shirt seller! [ya lah... siapa tak mau beli jersi player sehebat Park??]. Tak usahlah aku bercerita panjang mengenai resume Park Ji-Sung, nanti dikatakan aku ni bias pulak... heh heh :p

Selain dari Park Ji-Sung, pemain lain yang mencuba nasib di Eropah antara lainnya ialah Lee Chung Young dan Ki Sung Yeung, digelar sebagai 'double dragon' oleh peminat Korea S. kerana nama mereka di dalam kanji boleh dibaca sebagai 'naga'. Kedua-dua mereka adalah pemain sayap yang lincah, dengan Lee bermain dengan pasukan EPL Bolton, dan telah beberapa kali menunjukkan kualitinya untuk bersaing dengan pemain-pemain eropah lain di EPL. Serta Ki [Celtic] telah menjadi nadi penting pasukan Korea Selatan dalam edisi World Cup kali ini, dengan meng'assisst' dua gol dari set piece...

Park Chu Young merupakan seorang lagi pemain yang bermain di Eropah, dilabel sebagai seorang pemain yang paling berbakat di Korea, dia bernasib agak malang apabila mengalami banyak mengalami kecederaan yang sedikit membantutkan kariernya di Eropah.

Keempat-empat pemain yang disebutkan tadi. di samping semangat juang dan kerjasama rakan-rakan sepasukan yang lain, pasukan Korea Selatan kali ini mungkin dilihat pasukan terbaik mereka sepanjang zaman. Potensi sudah ada, yang tinggal hanyalah execution sahaja...

Lupakan pasukan-pasukan gergasi jaguh kampung Eropah, mahupun bakat-bakat daripada benua Amerika Selatan. Ini merupakan pasukan Asia terkuat dan paling berpotensi untuk memenangi FIFA World Cup sejak ia diperkenal!


pernah kalah dengan Harimau Malaya tidak mematahkan semangat pasukan ini!


Glory Glory Red Devil's Taeguk Warriors!

Extra:

Park Ji Sung merupakan satu-satunya pemain yang menjaringkan gol solo dalam peringkat kumpulan [tanpa menggunakan tangan, seperti Luis Fabiano, sebagai contoh...]

Ji Sung juga merupakan pemain Manchester United dan EPL pertama yang menjaringkan gol dalam Piala Dunia FIFA edisi ini.

Taeguk merupakan satu pattern pergerakan/seni dalam Taekwondo. Ia juga biasanya dikaitkan dengan pahlawan purba Korea, Hwarang.


South Africa merupakan host nation pertama yang tidak melepasi peringkat kumpulan.




UPDATE: Ok, Korea kalah... mungkin aku patut tulis entri ni dalam bahasa Korea... hmmm




T/t: Red Devils ialah panggilan fan South Korea kepada pasukan mereka... :p

Tuesday, June 22, 2010

Siren

Satu perkara yang 'mengujakan' mengenai tempat kerja baru aku ialah bunyi siren di kantin/kafe setiap kali tepat waktu untuk 'berhenti makan (baca: borak) dan sambung kerja!'

You know gomen punya staf, memang banyak masa dihabiskan di kantin dan sekitarnya...

Ya lah, dah situ je tempat nak bincang masalah politik, masalah dunia, usrah, dan nak-nak lagi time Werl Kap ni... Banyak je isi perbincangan, daripada highlight game semalam sehinggalah tipikal topik seperti "kenapa Malaysia tak boleh masuk Werl Kap, dan bila kemungkinan kita akan pecah rekod dunia tersebut..."

Jadi, sejak dilaksanakan pekeliling 'jangan lepak lama-lama' di kantin, aku rasa bunyi siren tu go along dengan pekeliling tu...

Ini bagi aku, secara peribadinya, membangkitkan banyak memori.

Setelah 5 tahun belajar di sekolah beasrama penuh, siren ni dah semacam dictated my life for a bigger part of it dah...

Bangun tidur, siren
Pergi makan, siren
Habis makan, siren
Pergi roll-call, siren
Habis roll-call, siren
Pergi prep petang dan malam,siren
Habis prep, siren
Masuk tidur, siren lagi!

Cuma waktu habis persekolahan je yang ada bunyi loceng yang "hidup segan, nak mati lagi segan..."

Sebenarnya bunyi siren ni amat bagus kerana senang meng'terkezut'kan orang ramai yang tidak bersedia dengannya. Dalam duk minum kopi panas tu, tetiba bunyi siren sebelah telinga, cam siren amaran serangan udara time Jepun dulu [ya ya je aku, macam tahu-tahu je camne bunyi siren amaran serangan udara tu... huhu], maunya terlucut cawan dan habis melecur badan.

Kalau orang yang dah terbiasa dengan bunyi siren cam aku pun boleh ter,"Fuck!" disebabkan bunyi siren yang tetiba,dan tak dijangka, God help those with heart problems!!

Jadi pengaplikasian siren memang amat bagus dalam mengajar mereka yang susah nak mendisiplinkan diri dengan jadual waktu kerja yang telah ditetapkan. Ada ala-ala tentera sikit...huhu

Tapi, bila lama-lama, dah terbiasa, hilang pulak rasa cuak...

Ataupun, macam staf veteran kat tempat kerja aku buat, "Siren bunyi pukul 8am, kita pergi la kantin selepas pukul 8am, baru tak rasa bersalah sangat pasal siren dah tak bunyi..."



Sungguh berdisiplinkan, kami? :p

T/t: apa? vuvuzela?? Siren lagi kuat dowh!!

Saturday, June 19, 2010

A Piece Of Mind I'd Steal

I love to talk, as evidence as in this blog and in the real life... thus the nick's 'talkIzcheap'

I can and enjoy talk about everything, again, evidence by this blog [I guess]...

But, I guess, the two things I most enjoyed talk about are Taekwondo and Biotech! [yes, you read it right, even Manchester United don't really count in the equation... guess I'm not 'true' enough, wakaka!!]

During a year after graduation, I was involved occasionally in 'Biotech Promotion to Schools' around Malaysia. Since my supervisor was part of the program, so, some of his RAs can join the promotion program by turn.

It's quite well-paid part time job plus the travels [even though just domestically, but we got to stay on 5 star hotels and free travel fees :D], considering its pay RM400 per day, with the job description consist of playing [biotech] board's games. Top that with the fact that my supervisor paid me the same amount of money for a month job! T.T

But I enjoy the job more than anything, maybe as much I ever enjoy my Taekwondo training, and the pleasure are very much as seeing Man Utd winning matches.

Talk about doing something you really love doing...

I don't know why, giving away information on biotech to newbies or public, make my heart jumping around. I'll explain with full passion, although there still some mistake in my explanation back then, but the program was something very useful for fresh grad like me at that time to refresh our knowledge and meet the public. The program was planned as such its consist of demonstration for the simplest way to extract DNA from onion [something that can attract younger audience], and also some biotech based board's game [which attract even older audience!]. On both program [demonstration and board game] contain such information, that even us, biotech grad, can go like 'Wow' on it... hahaha!

Its pity to think that such program is on hold right now, and the people who work on contracts to make it successful now scatter around doing something else... even now not even related to biotech anymore! Me include, huhuhu...

But I heard recently that the program maybe be relived, which gonna be a good news coz, this time, I hope to be on the receiving end of the program [like I was once, before I decided to take the course in the University]!!

Oh, btw...

My cousin apparently gonna take Biotech course too [different major than me, though] in my previous University... Now I know I'll have a successor there :p

***

Tagged again by you-know-who...

1. What's on my mind? [cam facebook dah plak...]

It doesn't matter what's on my mind... the things that matter is what's in my heart, coz that is the truth! :p

2. What's your alias [nama samaran]

You know I've got to kill you after I tell you... hehe :p

3. Give three people that you love...

Three won't do justice to all of them, so just consider you're in it, coz it is true...

4. Apakah panggilan untuk si dia [aku mengalami kesukaran untuk men'traslate'kan ayat ini ke BI, thus make this entry one of the entry dgn bahasa rojak again... :p]

siapa yang kau maksudkan dengan 'dia'??? [haw haw!!]

5. Presents that I dreamed of to get from someone special

A piece of thought...

6. Blog I visit the most

Mostly those on my blog's link and my followers, sometimes randomly visit from the button 'Next Blog' on the top of the homepage and from those who comment on my entries....

7. Tag  the other 15 bloggers [LOL! you kidding me??]

see previous...

hahaha!! Kalo tak puas hati, jangan marah, nanti kena jual....wakakak!!


T/t: For every battle he's choosing, for every fight he's losing, his enemy are not far behind... For every lies she's spoken, for every promise she's broken, her enemy are not far behind....

Friday, June 18, 2010

Biarla Kalau Kau Nak Kutuk Negeri Kelahiran Aku pun Kalau itu Mengenyangkan Perut Kau... Ada Aku Kisah? Wakakak!!

Masalah peribadi, masalah keluarga, masalah kerja, masalah kewangan(?), masalah percintaan, masalah kesihatan, masalah psikologi, masalah negara...

Inilah masanya untuk minum dulu!! [Nescafe Original]


buy original, drink Original~

Untuk itu juga aku dedikasikan lagu ini buat siapa-siapa yang terasa nak dengar...






*walaupun menyiarkan video klip daripada peserta American Idol, tidak semestinya penulis meminati program berkenaan... ngeh ngeh ngeh :p

cari lirik sendiri la, ek....


T/t: Haters, will hate....

Thursday, June 17, 2010

Bila takde line internet, idea berlambak-lambak datang nak ber'blog', bila ada line internet, terus takde idea...

OK, I'm officially damned!!

Dua orang schoolmate aku married each other and I'm fucking don't know [up until just now]?!!

Fuck me for have been disconnected from FB for a couple of weeks... huhu

Damn, and you tought all along that your high school batch was gonna be like 'brothers' forever [belajar kat sekolah asrama, camtu la biasanya...], but... damn!! How on earth I DON'T know about it? should had been a HUGE story since none of us had ever did this [married our batch's girls] before...


Ada la 2,3 couple lagi, tapi ni first case yang married, lagipun, kat sekolah dulu mana ada angin, mana ada ribut, tup tup, kawen...


Apa-apa pun, aku harus berterima kasih dekat Facebook yang tak digemari jarr kerana jurang generasi, dan mungkin aku terpaksa ucapkan terima kasih kepada Yahudi pencipta fesbuk tu??

Apa-apa hal pun, disebabkan aku yang fucked up [tak ambik tahu hal-ehwal kawan2 sendiri], tak pasal2 aku terhutang budi dengan Facebook dan secara tak langsungnya yahudi... adoiyai!!

again, damn!!


T/t: but still the biggest news ever would be the one that married our most fairest junior of all [my batch also]... Got everyone jealous, babe... harhar!!

Tuesday, June 15, 2010

Ke-Susah-Teraan

Aku memang fucking bodoh BM [Bahasa Melayu]

Semua yang aku belajar dekat sekolah dulu, terutamanya mengenai tatabahasa, mula aku ragui... Walaupun dulu cikgu aku kata dia rujuk 'Tatabahsa Dewan'!

Dia kata la... Kalau dia tipu aku, maka akupun tipu korang [pembaca] jugak la...

Tapi, ikut cikgu aku dulu, "No such thing as 'confuse', sama ada kamu tahu, atau kamu tak tahu!" kata beliau. So, maksudnya, kalau kita rasa ragu-ragu dengan pengetahuan tatabahasa kita, tu maksudnya awal-awal lagi kita tak tahupun sebenarnya apa tatabahasa yang betul, bukannya sebab kita 'confuse'...

Menurut cikgu aku tu la...

Aku juga beranggapan yang benda ni benar untuk setiap perkara atau pengetahuan kita. Kita sebenarnya bukan confuse, tapi lebih kepada sama ada kita sebenarnya tahu ataupun tidak. To put it the way of my teacher used to, "Sama ada kamu pandai [tahu] dengan benda tu, ataupun bodoh [tak tahu] mengenainya!"

Bak lirik lagu Sum 41, "You lose what you can't find, never what you had in mind..." [Handle This, All Killer, No Filler]


Masuk topik balik...

So, aku 'confuse' dengan beberapa tatabahasa dalam struktur ayat yang aku pelajari sepanjang belasan tahun belajar bahasa. Mungkin during that time, ada beberapa perubahan tatabahasa yang berlaku, aku tak tahu...

Tapi dekat U dulu, aku pernah belajar bentuk-bentuk penulisan, so aku boleh refresh sikit kemahiran tatabahasa aku.

Namun, setelah pergi ke workshop untuk buat handbook lab manual [untuk kerja baru aku] baru-baru ni, aku mendapati terdapat beberapa kesilapan umum mengenai tatabahasa yang dilakukan oleh orang-orang 'lama'. Sebenarnya aku tak salahkan mereka. Seperti yang aku tulis tadi, aku confuse...

Mungkin semasa mereka belajar dulu, subjek ni diajar secara berlainan, and through time, banyak benda dah berubah. Jadi, mereka semestinya tidak 'update' dengan perubahan-perubahan yang berlaku, kerana, siapa yang mahu peduli tentang benda-benda sebegini once diorang tinggalkan alam sekolah/belajar? [kecuali majikan kamu adalah Dewan Bahasa dan Pustaka... wakakak!!]

Tapi ini mungkin jugak disebabkan oleh perbezaan pengetahuan dan kemahiran berbahasa oleh saintis berbanding, say, cikgu BM ataupun sasterawan...

Maka terdapatlah beberapa perkara yang menimbulkan ke'ragu'an aku, seperti:

tiada koma (,) sebelum dan?
penggunaan 'di' dekat dan jauh
penggunaan 'ke' selaku predikat dan selaku imbuhan
perbezaan 'kepada' dan 'pada' !

Perkara-perkara yang menyebabkan ke'ragu'an itu bertambah apabila kami mula menulis mengenai tulisan-tulisan teknikal dalam lab manual, yang cuba kami translatekan dari BI kepada BM...

Perkara-perkara seperti 'memasukkan air suling' atau 'menambahkan air suling', 'tekan butang 'On'' atau 'Klik butang 'On'' menjadi topik perbincangan walaupun jika di luar, sudah semestinya ini satu perkara yang remeh... Tapi tidak bagi kami!

Ini perkara penting!
Ayat kena betul!
Pilihan perkataan harus sesuai!
Baru boleh dapat ISO!


Freaky scientists!!

Dan seperti biasa, masalah utama dalam penulisan teknikal yang diterjemahkan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu ialah penggunaan istilah!

Terdapat banyak istilah yang kami sudah biasa dalam bahasa Inggeris, hasil pembacaan banyak manual-manual dalam bahasa tersebut. Dan untuk menterjemahkannya dalam bahasa Melayu, penggunaan perkataan mungkin kurang tepat dengan maksud sebenar dalam bahasa Inggeris. Ini merupakan satu cabaran sebenarnya!

Ya lah, kalau buat benda ni sambil lewa je, mulalah perkataan 'save your file' [dalam komputer] ditranslasikan kepada, "Selamatkan fail anda"...



T/t: Bonus questions!

Uji pengetahuan tatabahasa BM anda, tak reti BM, jangan mengaku Melayu atau Malaysians la... Masuk darjah satu balik!


Cari kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat dibawah: [jawab di ruangan komen]

Dato' Abu mengucapkan selamat pulang dan tahniah kepada para wira-wira misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, yang selamat pulang ke tanah air baru-baru ini.

Amri memberikan surat cintanya itu ke pada Emylia.

Mei Lin berkata, "Atuk berasal daripada Ipoh"

Setelah mengumpulkan para sukarelawan, pengerusi majlis sukan sekolah itu membahagi-bahagikan tugas-tugasan kepada mereka.

Tendangan Abu Bakar Elah terkena tepat kearah Ali Setan.

Brazil bakal memenangi Piala Dunia FIFA tahun ini kerana mempunyai skuad yang sungguh sangat hebat sekali.

Kayu api itu Abu bakar.

Epal Robinho dimakan oleh Kaka' dan telah dilihat oleh saya.

Dari masa ke semasa, harga rokok dinaikkan kerajaan.

Ah Hock tercedera akibat dari kemalangan jalan raya. Oleh kerana itu, dia tidak dapat menyertai pertandingan futsal tempoh hari.

Perkara-perkara yang penting bagi seseorang itu untuk menjadi ahli seni mempertahankan diri yang baik ialah, kekuatan, ketepatan, dan kelajuan!

-ok, la... bagi sikit-sikit dulu, buat warm up!-

Monday, June 14, 2010

Isu Kenaikkan Harga Rokok dan perkara-perkara sekitarnya...

Harga rokok ni, pada pandangan aku, wajar dinaikkan. Sebenarnya aku ni bukanlah for the sake of kempen 'Tak nak Rokok!' sangat, tapi aku lebih melihatnya dari segi sosio-ekonomi perokok itu sendiri. Pada aku, kenaikan harga rokok tu tidak akan menguntungkan sesiapapun kecuali perokok itu sendiri...

Peningkatan harga rokok menyebabkan kutipan cukai rokok meningkat. Denga hasil cukai ini, kerajaan boleh bentukkan satu dana bagi membantu tabung kanser atau research berkaitan kanser! Ini perlu, pasal nanti perokok tegar ni, bila dah kena kanser berkaitan, wang rawatan boleh disubsidikan oleh kerajaan! Bahkan mungkin boleh membantu jugak penghidap-penghidap kanser yang lain (yang bukan perokok atau bukan kanser disebabkan merokok). Dengan peningkatan dana research kanser pulak, mungkin Malaysia mampu mencipta penawar atau rawatan alternatif kepada kanser.

Ini semua mampu membantu perokok dalam jangka masa yang panjang jugak. Bahkan, generasi baru yang baru berjinak-jinak dengan rokok juga boleh menikmati segala 'kemudahan' ini, kelak, selepas mereka berjaya menghisap... maksud aku, menghidap kanser!

Mungkin ada antara perokok yang tidak bersetuju dengan pandangan aku dan beranggapan, jika harga rokok tidak dinaikkan, perokok boleh menyimpan wang sendiri untuk rawatan kanser setelah mereka menghidapinya. Ini adalah bullshit at best! Let be honest, berapa ramai perokok yang menabung untuk menampung wang rawatan kanser mereka kelak? Ataupun daripada menyimpan wang, mereka lebih senang untuk membelanjakannya untuk membeli stok rokok harian mereka?

Perokok sudah tentu takkan simpan wang mereka, maka biarlah wang itu disimpan oleh kerajaan... Anggap je seperti duit KWSP, hehehe...

Sebagai seorang perokok yang berwawasan 2020, anda harus menyokong kenaikan harga ini. Bahkan silap haribulan dapat pahala jariah sebab membantu rawatan penghidap-penghidap kanser yang lain melalui duit cukai rokok kita! Aku yang tak merokok ni pun bersetuju dengan langkah kerajaan...

Hal yang sama boleh juga dilakukan terhadap harga/cukai arak dan judi di Malaysia. Bak kata orang, duit arak dan judi tu, biarlah kembali ke tempat yang sama, untuk elakkan rakyat makan duit haram...

Boleh je aku nak cerita lebih lanjut apa yang boleh kerajaan lakukan dengan duit arak dan judi tu, tapi, bak kata Joker, "If you good at something, you don't do it for free..."

Lagipun, kalau aku yang pikirkan penyelesaian semua isu tempatan, YB-YB tu nanti semua makan gaji buta pulak!

Biarlah diorang je yang bincangkan dekat Parlimen, Kabinet, Dewan Negara, Dewan Rakyat or whatsofuckingever dewan yang ada... Biarlah aku teruskan perbincangan di dewan makan!


T/t: What's goes around, comes around...

Saturday, June 12, 2010

The Italian Job

First real assignment time kerja RO dulu ialah translate artikel dalam BM ke BI

First real assignment bila start jadi SO ni plak, ialah translate artikel dari BI ke BM...



Aku rasa aku patut jadik interpreter atau translator!!

salah pilih kerjaya ke aku ni?


T/t: don't need a helmet, juz need a hard, hard head!

Wednesday, June 9, 2010

Obsession is a Young Minds' Game...

pakah obsesi anda?

Jangan bohong dan mengatakan bahawa "Hey... aku tidak obses terhadap apa-apa..." kerana setiap orang mesti mempunyai obsesi atau sekurang-kurangnya pernah memilikinya...

Aku harus akui yang obsesi aku  mungkin terhadap Taekwondo dan Manchester United FC. Dua perkara ini boleh dikatakan sebagai sesuatu yang menyebabkan aku merasakan jantung aku berdegup... Tidak boleh tidak aku harus menyentuh mengenai kedua-dua perkara ini. Sejujurnya, obsesi aku tidak berhenti kepada dua perkara ini sahaja!

Ada antara kita mempunyai kepelbagaian obsesi kita sendiri... Ia sesuai dengan sifat manusia itu sendiri yang pelbagai dan pelik! Jika tidak pelik, maka ia bukanlah manusia... Ada antara kita obses dengan politik! Obses dengan bola sepak! Obses dengan artis! Obses dengan blog, obses dengan gadis, jejaka, komik, teori konspirasi, agama, bangsa dan pelbagai lagi!

Mengapa kita boleh obses?

Dalam hipotesis aku selaku seorang yang naif, aku merasakan sifat semulajadi kita yang sering menyoal dan mencari identiti sendiri serta keinginan terhadap jawapan-jawapan kepada pelbagai persoalan yang kita timbulkan sendiri menjadi puncanya. Manakala selebihnya hanya terpengaruh dengan pop culture, yakni apa yang popular, haruslah diikuti...

Obses lahir dalam pelbagai cara, namun kebanyakannya atau SEMUANYA tidak akan pernah mendatangkan kebaikan untuk jangka masa yang panjang, percayalah!

Sesetengah daripada kita obses dengan kerja dan kerjaya masing-masing. Ia bagus pada peringkat awalnya, atau untuk jangkamasa pendek, apabila kita mampu membina kerjaya dan menjanjikan masa depan yang lebih cemerlang, sekurang-kurangnya dalam bentuk financial, namun, jika terlalu obses, kita akan terlepas perkara-perkara lain dalam hidup kita, dari sekecil-kecil perkara seperti hang out dengan kawan-kawan kepada perkara yang lebih besar seperti membina keluarga ataupun lebih teruk lagi, mengabaikan keluarga yang sedia ada!

Itu cuma satu contoh!

Sedarlah!

Kebanyakan daripada kita sememangnya obses dengan sesuatu. Sesetengah daripada kita tahu dan boleh mengawal obsesi kita ini, Sesetengah yang lain, terus hanyut dengannya. Tidak salah mempunyai hobi, minat dan matlamat, tapi ia salah apabila kita terlampau cenderung kepadanya! Tidakkah terfikir kepada kita mengapa Islam mengajar umatnya untuk hidup bersederhana? Sederhana dari serba-serbi? Daripada perbuatan, pemikiran, gaya hidup, cara makan, cara bercakap, cara bergaul, keseluruhan gaya hidup sudah dirangkumi Islam kepada penganutnya untuk bersederhana, hatta dalam beribadat sekalipun!

Ini kerana Islam, atau Nabi Muhammad SAW, atau lebih tepat lagi, Allah swt sendiri mengetahui bahawa tiada perkara positif yang dapat dicapai melalui obsesi dalam setiap perkara untuk jangka masa yang panjang! Dan kita selaku umat yang baik, haruslah memahami perkara ini, disamping mengamalkannya...

Janganlah kita terlalu taksub terhadap perkara duniawi, tetapi janganlah juga kita terus meninggalkannya, cuma, yang penting, kita harus tahu sempadan kita sendiri masing-masing... Terdapat perkara yang boleh, dan tidak boleh dilakukan, terdapat perkara yang boleh, dan tidak boleh diperkatakan (di khalayak sekurang-kurangnya). "Know your limits!"

Namun, walaupun sukar, kita harus cuba untuk mengikis sikap obsesi kita terhadap sesuatu perkara, tidak kira sebaik atau sebagus manakah perkara yang dapat dicapai daripadanya dalam jangka masa pendek, kerana percayalah, tiada yang baik dapat dicapai dalam jangka masa yang panjang!

Ambil contoh ubat batuk. Dos yang secukupnya, membantu dalam melawan sakit batuk itu sendiri... Terlebih dos, kita akan menjadi seorang addict!

Tapi, jika tanpa obsesi George Lucas terhadap CGI untuk filem Star Warsnya, mungkin teknologi tersebut tetap di takuk yang lama, ye tak?


T/t: "Obsession is the game of the young..."- Obsesi itu permainan orang muda (The Prestige). Jadi, jika anda sudah tiada obsesi, mungkin anda sudah tua? hehehe... :D

Tuesday, June 8, 2010

What Could Had Been~

dunia sekarang dah semakin paperless...

sekurang-kurangnya domesticaly. contoh yang mudah ialah, kebanyakan daripada kita tidak lagi menggunakan buku atau diari untuk menyimpan no telefon kenalan serta tempat-tempat yang penting. contoh lain adalah seperti kurangnya kita berutusan dengan menggunakan surat, melainkan perkara-perkara yang betul-betul rasmi sahaja. Fungsi telefon bimbit yang saban hari semakin canggih juga, bakal menyebabkan penggunaan buku nota kecil untuk mencatat sesuatu dalam perjalanan bussiness hidup kita juga berkurangan...

ini menyebabkan aku terfikir, how actually things had been and how it gonna be?

bayangkan, selepas tamadun kita ini lenyap, seperti lenyapnya banyak tamadun sebelum ini. Mesir, Greek, Sabak dan banyak lagi yang mungkin telah hilang daripada rekod sejarah kita... Jika ini berlaku, sejauh manakah rekod yang ditinggalkan kita akan dapat ditemui balik oleh generasi tamadun baru yang akan datang? Jika sekarang, kita mempunyai banyak eskavasi arkeologi dan sejarah bagi mencungkil kembali kesan-kesan tinggalan tamadun yang telah saya sebutkan di atas, dan mungkin banyak lagi di antaranya, adakah method yang sama akan digunakan oleh generasi depan? Dengan cara apa? Teknologi yang bagaimana? and the most important and interesting question, to what extend?

dengan kepesatan teknologi sekarang, kita semakin sensitif dengan aspek-aspek alam sekitar. Semakin banyak produk-produk kita adalah jenis yang bio-degradable. Begitu juga dengan rekod-rekod dokumen masa kini, kesemuanya di digitalkan, dan kebanyakkannya akan menyesakkan ruangan cyber, apabila disimpan secara online. Facebook dan blog adalah dua contoh mudah!

Bagi aku secara peribadinya, sudah bertahun-tahun aku tidak 'mencuci' gambar dan kebanyakkan gambar yang aku snap, disimpan dalam memori komputer, dengan sebahagian besarnya dikongsi secara online di Friendster dan Facebook. Itu baru gambar...

Blog pun aku baru berjinak-jinak lebih kurang setengah tahun dahulu. walaupun pernah menulis blog di friendster, tapi tidaklah seaktif sekarang [aktif ke sekarang?], diari di dunia sebenar? Langkah mayat aku dulu! huhuhu...

Adakah para pembaca [ada ke?] sudah dapat meneka ke mana arah entri ini?

Sebenarnya aku hanya tertanya-tanya, jika masyarakat seperti pada tamadun mesir mempunyai piramid dan banyak lagi kawasan-kawasan makam yang meninggalkan banyak rekod dan artifak bagi menceritakan keadaan masyarakat mereka pada ketika itu, manakala bagi masyarakat tamadun greek pula mempunyai banyak monumen seperti patung-patung dan kuil dewa-dewi mereka, apakah pula kesan fizikal yang ditinggalkan oleh masyarakat moden kita?

Amat 'rare' sekali untuk masa sekarang menjumpai satu bangunan atau monumen, yang diukir dindingnya dengan kod-kod yang menceritakan kehidupan masyarakat moden kita. Rumah siapakah di sini yang mempunyai ukiran di dinding dapurnya yang menunjukkan bahawa tempat itu adalah digunakan untuk memasak? Di ruang tamu atau bilik TVnya diukir dengan gambar-gambar orang sedang melihat TV? Pasti tiada! Siapa pula yang ada masa untuk membuat kerja gila itu? Paling kuat pun, buat mural kat dinding sekola atau grafitti dekat bawah jambatan... Yang itu, jangan kata nak tahan 100 tahun, kalau dinding atau jambatan tu dah roboh, mungkin takkan bertahan 10 bulan pun!

Apa yang aku ingin tekankan disini, bukti fizikal yang ada, yang mungkin boleh bertahan dengan ujian masa bagi membuktikan kewujudan tamadun moden kita, mungkin tidak mencukupi untuk menceritakan keadaan dan kemajuan sebenar yang dicapai oleh masyarakat kita. Kita mungkin gagal untuk membuktikan yang kita pernah mendarat di bulan, jika bukti-bukti yang ada sekarang hanya terhad melalui dokumen-dokumen 'paper-based' dan secara digital/online. Jika sesuatu yang sungguh buruk berlaku ke atas tamadun kita, dan ia ditenggelami oleh bumi dan diuji masa, berapa banyakkah tinggalan yang boleh/bakal ditemui oleh tamadun selepas itu? Katakan mereka harus bermula daripada 0 balik, dan berjaya mencapai kemajuan dan ketamadunan yang sama seperti kita sekarang, berapa banyakkah yang boleh mereka pelajari mengenai kehidupan kita berbekalkan kemajuan teknologi mereka? Dapatkah mereka menjumpai Menara Berkembar Petronas yang mungkin dikambus oleh satu gunung baru, dan dapatkah mereka mengetahui bahawa tingkat bawahnya, iaitu Suria KLCC merupakan bekas pusat membeli-belah?

Jika dapat pun, mungkin itula sahajalah pencapaian atau penemuan terbaik mereka...

Ini seterusnya memberikan refleksi kepada keupayaan dan pencapaian tamadun kita sendiri, dalam usaha kita memahami tamadun-tamadun lampau...

Sejauh manakah sebenarnya penemuan yang kita perolehi daripada tamadun mesir? adakah piramid adalah monumen tercanggih pada abad itu? Atau hanya itulah monumen tercanggih yang mampu kita gali balik? adakah ukiran-ukiran pada dinding-dinding makam adalah sepenuhnya cerita mengenai gaya hidup mereka pada ketika itu? Positifkah kita bahawa mereka tidak mempunyai komputer dan talian internet, yang membolehkan mereka berblogging, seperti keadaan masyarakat kita sekarang, dan sekali gus, maklumat-maklumat tersebut pastinya hilang begitu sahaja di dunia maya/cyber, atau apa saja yang mereka panggil ketika itu, sama halnya yang bakal terjadi kepada tamadun kita jika ia melenyap...

Adakah benar masyarakat purba adalah lebih mundur daripada masyarakat kita, sehinggakan pembinaan piramid dilakukan sepenuhnya oleh tenaga buruh manusia, tanpa jentera-jentera secanggih zaman ini, atau lebih canggih lagi? Ataupun sebenarnya masyarakat moden yang lebih mundur daripada masyarakat mesir purba, kerana tidak dapat membina ataupun menemui jentera secanggih mereka yang digunakan untuk membina piramid?

Kita mungkin mempersoalkan kewujudan bukti, namun bagaimanakah jika bukti telah terhapus?

Oleh itu aku menyeru, agar kadang-kala kita meninggalkan beberapa bukti fizikal yang kukuh untuk membuktikan kewujudan kita dan gaya hidup kita di muka bumi ini, untuk tatapan generasi tamadun akan datang. Even ini bermaksud kita harus pergi mengukir nama kita dekat dinding gua batu kapur!

Just in case tamadun kita ni ditimpa bencana alam yang gila-gila, sehingga semuanya hilang tanpa kesan...


T/t: aku tertinggal handphone hari ni, dan terfikirkan betapa bodohnya aku tak mencatit nombor-nombor telefon yang penting-penting kepada aku! [satu-satunya nombor yang aku ingat ialah no handphone sendiri dan rumah kat kampung... nak buat apa?] Takde henset, dan takde internet... memang sakit hati!!

Monday, June 7, 2010

MASUM Underfire

Baru-baru ni, sukan MASUM 2010 telah melabuhkan tirainya, acara yang banyak memberikan kenangan kepada aku sendiri, secara peribadi.

Namun, bak kata pepatah, 'rumah siap, tapi pahat masih berbunyi', komen jurulatih silat UKM berkenaan ketidak telusan keputusan wasit/pengadil dalam kejohanan silat MASUM baru-baru ini telah mendedahkan satu kebenaran pahit yang harus diterima oleh MASUM!

Sebenarnya perkara ini bukan baru. Bahkan ia pernah terjadi, dan masih terjadi dalam sukan-sukan yang lain juga. Terutamanya sukan yang pemarkahannya berbentuk subjektif! Having said that, actually, pemarkahan sparring Taewkondo dan Silat Olahraga sebenarnya tidaklah sepenuhnya subjektif, kerana pemain harus 'score' a valid points to win the match... Sama seperti bola sepak atau mana-mana sukan lain yang menggunakan kiraan gol sebagai punca markah/mata. [Pun, sukan-sukan sebegini masih boleh melakukan kesilapan dengan menghadiahkan goal that never was, or ruled out a hard solid goals... kui kui kui]

Aku pernah tulis pasal indecision of referees dan cadangan mengatasinya, so, aku rasa tak perlu lah aku mengulanginya... [baca je link tu]

Pengalaman aku hadir semasa tahun kedua aku di Universiti, dan tahun pertama aku menyertai MASUM sebagai peserta. Ia bukan pengalaman peribadi, tetapi melibatkan rakan sepasukan, but the wound is still the same, if not more!

Dalam kejohanan tersebut, peserta Univ aku/ teammate aku, telah seri point setelah 3 pusingan sparring. Mengikut peraturan yang digariskan World Taekwondo Federation [equalvalent of FIFA for football], pusingan kalah mati akan diadakan dengan peserta pertama yang mendapat mata dikira pemenang. Mata diberikan apabila 3 daripada 4 corner judges dan head of court memberikan 'green light' atau mengesahkan mata diperoleh oleh peserta. Peserta dalam kes ini alah perempuan dalam kategori yang agak berat, jadi, gerakan mereka tidaklah terlalu laju, dan hanya single kick yang biasanya dilancarkan, so, sepatutnya tidak sukar untuk menentukan siapa yang dapat score dulu.

Kemudian, head judge juga menjadi penonton untuk pusingan tersebut, kami melawan peserta tuan rumah, jika tidak silap aku. By right, head of referee tidak mempunyai sebarang kuasa terhadap keputusan pertandingan, melainkan memberi komen terhadap prestasi para referee...

Namun, untuk pusingan pertama, keputusan sukar dicapai kerana nampaknya tendangan kedua-dua peserta di tahan pihak lawan masing-masing... so, they cancel out each other. Second round nampaknya peserta kami mendapat score terlebih dahulu. Semua penonton telah bersorak, namun keputusan pengadil adalah tidak majoriti, maka satu lagi pusingan dijalankan. Seperti sebelum ini, tendangan peserta tuan rumah ditahan oleh team mate aku tu, dan dia berjaya membalas satu tendangan yang mendapat clear score. 2 corner judge memberi markah, begitu juga head of court! Namun tak semena-mena, head judge, yang sepatutnya tidak ada kuasa untuk memberi keputusan terhadap match tersebut, membatalkan keputusan tersebut, dan meminta satu lagi pusingan dijalankan!

Keadaan yang sama berlaku, setelah tendangan peserta tuan rumah ditahan, team mate aku tu berjaya membalas satu tendangan tepat, namun kali ini, peserta tuan rumah itu berjaya juga memberikan tendangan keduanya dan kena tepat kepada team mate aku...

You guess the ending, head of judge sekali lagi masuk campur, dan memberikan kemenangan kepada peserta tuan rumah! Fucking bias, cost us at least a silver medal!

Mungkin aku takkan kisah sangat kalau hanya team aku yang terasa dia bias, dan hanya satu match tu sahaja yang kami unlucky... But all the other teams agree that we were hard done! Even some contestant yang ada referee license know for fact that our contestant score first! Those who score first is the winner for SUDDEN DEATH round! That's why it's fucking called SUDDEN DEATH!

Dan selepas itu, ada beberapa lagi keputusan pengadil yang dilihat memihak tuan rumah secara melampau-lampau, menjadikan tuan rumah instant public enemy for all the other team [and the fact that they are in most of the final, help course too]

Klimaks ialah satu pertandingan final antara seorang lagi peserta Univ aku dengan peserta tuan rumah! Final yang aku ingat selama-lamanya disebabkan suasananya lebih daripada disebabkan pertandingan itu sendiri [which itself actually a great and heart thumping match]! Kesemua universiti bergabung untuk menyokong team Univ aku dan membalas setiap cheer dan chant daripada tuan rumah! Suasana yang gamat, yang aku takkan dapat even jika aku pergi tengok match bola Kelantan di stadium Sultan Muhammad ke-IV!

Sekali lagi ianya adalah a close call match, dan masuk ke pusingan sudden death. Coach aku, fresh from the previous experience, memberitahu kawan aku tu untuk dapatkan clear score, dan jangan bagi opponent balas balik. Suasana bising menyusahkan corner judge untuk memastikan sama ada kick contestant adalah cukup kuat untuk diberikan markah. [bunyi merupakan parameter yang digunakan untuk menentukan sama ada kick itu betul-betul kena point, atau just sentuh]. Selepas berbalas 2, 3 tendangan, akhirnya...

Kami menang!! Satu stadium bersorak gembira! Penyokong dan team tuan rumah di 'boo' tidak semena-mena! Memang semua orang berasa puas apabila ada peserta yang mengalahkan peserta tuan rumah di perlawanan akhir pada hari itu... 'Keadilan ditegakkan' itulah perasaan mereka ketika itu [aku? aku tak kisah apa-apa pun, janji team aku menang... huhu]

Selepas itu, perkara yang sama akan berulang setiap kali peserta tuan rumah memasuki final... Dan walaupun akhirnya tuan rumah tetap menjadi juara keseluruhan, namun beza pingat emas adalah cuma satu atau dua sahaja daripada pasukan tempat kedua, walaupun mereka memasuki hampir lebih daripada separuh perlawanan akhir...

So, MASUM, janganlah berlagak mulia dan menganggap bahawa kritikan jurulatih silat UKM sebagai tidak berasas dan hanya sebagai seorang yang ingin mencari alasan atas kekecewaan pasukannya. Siasat betul-betul dulu! Hakikatnya banyak lagi pasukan dalam pelbagai acara yang merasakan mereka been hard done, and some might as well has a strong cases for it...

Cuma dulu, kitorang tak komplen dalam TV je...


T/t: for everything you did to me, for everything I did to you... You'll get, what everyone else get, you get a lifetime!! [btw, tolong betulkan ejaan Taekwondo pada banner korang, MASUM... T-A-E-K-W-*O-N-D-O, bukan T-A-E-K-W-*A-N-D-O, kan Ferrari dah marah!]

Sunday, June 6, 2010

PTD: Pneumonia. Trainer. Death

Baru-baru ni ada berita gempar berlaku... Bukan, bukan pasal askar Israel laknatullah menyerang kapal bantuan kemanusiaan Fortilla, tetapi sesuatu yang lebih tidak logik! Seorang pelatih PTD kritikal selepas terkena jangkitan paru-paru selepas latihan ala komando di sebuah kem latihan.

Mangsa meninggal dunia dalam 24 jam setelah dilaporkan tenat!

Reaksi pertama tIc ialah, "Pergh!Nasib baik aku tak kena pergi training tu lagi!"

Bacaan lanjut aku mengenai laporan tersebut dalam akhbar Berita Hairan mendedahkan sesuatu yang mengejutkan apabila kononnya mangsa hanyalah demam biasa sahaja menurut doktor, tetapi disebabkan mangsa meneruskan latihan, dengan sedikit unsur paksaan dan ugutan, menyebabkan sakitnya bertambah teruk! Mungkin yang menambah terukkan keadaan mangsa adalah denda yang  dikenakan oleh pelatihnya, apabila dia didenda terjun ke dalam parit berlumpur setelah mangsa gagal hadir satu sesi latihan disebabkan sakitnya itu... Mungkin juga keadaannya diburukkan lagi oleh hakikat yang kem latihannya yang tidak bekerjasama untuk memaklumkan keluarga mangsa mengenai keadaan kesihatannya. Bahkan, menurut ibu mangsa setelah mangsa meninggal dunia, pihak kem tidak pernah memaklumkan apa-apa kepada pihak keluarga mangsa, hanya pihak hospital yang memberi makluman, setelah pesakit sudahpun tenat.

Kes ini menyebabkan aku terfikir, kenapa something so simple boleh jadi seteruk ini, walhal kalau pelatih tersebut mendapat rawatan dan rehat secukupnya semasa sakit awalnya itu, perkara ini not even akan timbul... let alone dah jadi isu besar apabila melibatkan kematian! Of course, ajal maut, rezeki, jodoh pertemuan tu di tangan Tuhan, but one can't help but to think that this is something avoidable! So, di mana silapnya?

Tipikal bagi tIc untuk tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, melainkan menyalahkan semua pihak  yang terlibat!

Now, come to think about it, apakah yang penting sangat dengan latihan ala komando untuk seorang Pegawai Tadbir Diplomatik? Walaupun namanya begitu, dan aku pun tak berapa jelas dengan bidang tugas sebenar jawatan ni, tapi rasanya mereka bukanlahakan menjadi spy atau agen ala-ala FBI, CIA ataupun Chuck pun, kan? So, apa yang penting sangat dengan latihan komando untuk pelatih PTD? Untuk survival?

well, I don't know about you, but death by lung infection doesn't sound like surviving to me!

Apa jadah bagi seorang jurulatih untuk membenarkan seorang yang jelas tidak berkeupayaan untuk meneruskan latihan? Apakah yang cuba dicapai dengan melatih orang yang sakit? Sahih lah jurulatih tersebut doesn't know a damn thing about training! Tak bertauliah, tak pernah join coaching course of any sort! Mungkin itu adalah cara biasa digunakan untuk melatih tentera atau komando, tapi mangsa bukannya nak join army ke, apa ke... Inilah sebabnya aku tak berapa suka orang-orang military ni. For 'em, apa yang civillian tahu adalah not enough, not tough enough, bagi mereka, kalau ini adalah perang, kita takkan survive!

Well, newsflash for you, not everybody will be involve in war directly, that's why we have arm force at the first place, fucking idiot!!

Jika diambil kes seorang jurulatih sejenis sukan, matlamat utama latihan yang dilatihnya haruslah untuk membina seorang atlet yang kuat fizikal dan mentalnya untuk ultimate goal adalah emmenangi sesuatu kejohanan sukan tersebut, be it gold medal in Olympic games, Thomas Cup or FIFA World Cup, matlamatnya adalah untuk menang, dan untuk menang, seorang atlet perlu berada dalam keadaan fizikal dan mental yang terbaik, bukannya sakit! Sebab itulah, apabila seorang atlet professional injured atau sakit, beliau akan dikecualikan daripada latihan, ataupun membuat latihan sampingan yang sesuai yang tidak memburukkan lagi keadaan kesihatannya. Ini kerana matlamat utama terhadap seorang pelatih/atlet yang sakit adalah menyembuhkannya [mengembalikan keadaannya kepada 100%], bukannya mencampakkannya ke dalam parit berlumpur!

Sebab inilah aku katakan jurulatih tersebut tak bertauliah!

Sedikit sebanyak, even with all due respect to the arwah, she share a part of the blame too!

Pada awalnya, dia sudah ingin berhenti atau menangguhkan latihannya, tetapi setelah diberitahu bahawa beliau harus mengulanginya kembali dalam masa 2 tahun kemudian, mangsa mengambil keputusan untuk meneruskan latihan. Aku rasa, claim insuran akan menyisat sampai sini sahaja, ternyata meneruskan latihan adalah atas dasar kehendak mangsa sendiri! Mangsa sepatutnya mengambil sahaja keputusan untuk mengangguhkan latihan, dan mengulanginya pada masa akan datang. Sekurang-kurangnya sehingga dia mempunyai persiapan fizikal dan mental yang lebih tinggi daripada ketika itu. Dan sebenarnya dia juga mempunyai peluang lain utnuk berhenti, setelah demamnya bertambah teruk akibat latihan, dan setelah dinasihatkan rakan-rakannya untuk berhenti, namun mangsa nampaknya enggan berbuat demikian, sehinggalah kepada peristiwa terjun parit tersebut. So, memang salah dia sendiri juga untuk tidak menarik diri while the chance still there! She should just be firm with her decision to stall the traning and continued it on forthcoming years! Mana yang lebih penting? Meneruskan latihan yang boleh diulang, atau kesihatan sendiri?

Dalam kes ini, nyawa sendiri?

Seterusnya, walaupun aku tidak tahu secara pasti, namun aku percaya, family mangsa juga sepatutnya menerima tempias kesalahan/kemalangan ini. Mungkin expectation mereka terhadap mangsa yang mendorong mangsa untuk berfikir berkali-kali untuk menarik diri daripada latihan tersebut. Aku boleh bayangkan betapa susahnya untuk dipilih menjadi PTD. Daripada entah berapa banyak exam [yang aku pergi hari tu pun dah ambil masa sehari suntuk], interview lagi, pilih dari beratus-ratus ribu orang, dan sekarang hanya tinggal menjalaini latihan tak masuk akal tu je lagi, too close, yet too far. Takkan nak back off time tu, ye tak? Mungkin atas dasar ingin memberi kehidupan yang lebih baik untuk familinya [mangsa mempunyai suami dan anak, aku tak pasti pulak berapa orang anaknya] walaupun sebelum ini mangsa sudah bekerja di sektor pembankan, namun masih memilih untuk menyertai latihan ini bagi melayakkannya menjawat jawatan PTD, mungkin memberikan faedah yang lebih baik dari kewangan dan sebagainya. Jadi, boleh dikatakan, walaupun dalam jumlah faktor yang kecil, familinya juga bersalah dalam hal ini!

Tapi mangsa pun sepatutnya know her limit. Kenapa perlu push so hard kalau badan tak mengizinkan? Orang cakap, 'health is wealth' and it's so true! Rezeki kan di tangan Tuhan, mungkin certain things just not meant to be, so, don't push so hard... back off at the right time is the instinct of a survivor!

Dan kesalahan yang pastinya dipandang sebagai paling berat pastinya diletakkan ke atas pihak pengurusan kem/latihan or whatfuckingever yang first, memaksa pelatih yang sakit meneruskan latihan! Bangan pun boleh bezakan antara orang sakit dan sihat. Second, kenapa perlu bagi hukuman yang tak masuk akal? Yang dilatih adalah seorang dewasa berumur 30 tahun, bukannya remaja ingusan yang degil berumur 15 tahun? Orang sakit pulak tu! Third, kenapa susah sangat nak beritahu family mangsa keadaan kesihatannya?

Hah, jawabla kalau berani!


T/t: Press The Dial [apa-apa pun, takziah untuk keluarga mangsa, dan diharap satu siasatan menyeluruh dilakukan, TUDM dah awal-awal menafikan sebarang penglibatan mereka!]

Saturday, June 5, 2010

I Never Told You What I Did For A Living

Headnote: baru-baru ni, aku keputusan sumber internet, so blog ni dah lama tak update [seminggu jer, pun...]

but worry not, aku ada tulis kat notepad, so, sekarang, sempena aku ada ruang terhad untuk online, aku akan schedulekan beberapa entri yang dah aku tulis selama seminggu... huhu

jangan lupa tinggalkan komen... :p

***

I've got a new job

and it's quite fucking awesome!! hehehe...

Kali ni aku balik bekerja di dalam lab, tapi aku ada bilik sendiri :p

Tak seperti sebelum-sebelum ni, dulu aku cuma duduk dekat corner lab je (time RAship) atau booth (RO), sekarang ada bilik, wakakak!! [ceh, berlagak pulak mamat tIc ni..huhu]

Sebenarnya, yang aku nampak setakat beberapa hari ni, takdelah perbezaan jauh sangat dengan kerja-kerja sebelum ni, selain subjeknya sahaja... dari kajian stem sel, akuakultur gamat, ke analisis baja... sekali imbas memang jauh aku langkau bidang, huhuhu...

Tapi rasanya, kali ni aku agak lari daripada bidang research which I hope can decrease some level of stressed to find the results... Dekat analisis, kami cuma analisis, keluarkan result, dan denda orang yang melanggar akta!

Memang best jadi authority!! :p

Still too early to say anything else, but from my POV, everything are started to make sense... Orang cakap, setiap yang berlaku tu, ada hikmahnya... Mungkin sekarang adalah waktunya untuk aku mendapat hikmah daripada beberapa peristiwa, or in all honesty should I said failures!

I pray for everything to stay awesome! Banyak perkara lagi yang aku belum faham, tapi rasanya aku tak payah pening-pening kepala sangat. Kalau aku fikir banyak sangat kang, nanti aku start plan things, and you know how fucking bad I am at planning things... ;p


T/t: it's not for the money and it's sure as hell not for the fame... it's for the glories I count and those!