Tuesday, June 22, 2010

Siren

Satu perkara yang 'mengujakan' mengenai tempat kerja baru aku ialah bunyi siren di kantin/kafe setiap kali tepat waktu untuk 'berhenti makan (baca: borak) dan sambung kerja!'

You know gomen punya staf, memang banyak masa dihabiskan di kantin dan sekitarnya...

Ya lah, dah situ je tempat nak bincang masalah politik, masalah dunia, usrah, dan nak-nak lagi time Werl Kap ni... Banyak je isi perbincangan, daripada highlight game semalam sehinggalah tipikal topik seperti "kenapa Malaysia tak boleh masuk Werl Kap, dan bila kemungkinan kita akan pecah rekod dunia tersebut..."

Jadi, sejak dilaksanakan pekeliling 'jangan lepak lama-lama' di kantin, aku rasa bunyi siren tu go along dengan pekeliling tu...

Ini bagi aku, secara peribadinya, membangkitkan banyak memori.

Setelah 5 tahun belajar di sekolah beasrama penuh, siren ni dah semacam dictated my life for a bigger part of it dah...

Bangun tidur, siren
Pergi makan, siren
Habis makan, siren
Pergi roll-call, siren
Habis roll-call, siren
Pergi prep petang dan malam,siren
Habis prep, siren
Masuk tidur, siren lagi!

Cuma waktu habis persekolahan je yang ada bunyi loceng yang "hidup segan, nak mati lagi segan..."

Sebenarnya bunyi siren ni amat bagus kerana senang meng'terkezut'kan orang ramai yang tidak bersedia dengannya. Dalam duk minum kopi panas tu, tetiba bunyi siren sebelah telinga, cam siren amaran serangan udara time Jepun dulu [ya ya je aku, macam tahu-tahu je camne bunyi siren amaran serangan udara tu... huhu], maunya terlucut cawan dan habis melecur badan.

Kalau orang yang dah terbiasa dengan bunyi siren cam aku pun boleh ter,"Fuck!" disebabkan bunyi siren yang tetiba,dan tak dijangka, God help those with heart problems!!

Jadi pengaplikasian siren memang amat bagus dalam mengajar mereka yang susah nak mendisiplinkan diri dengan jadual waktu kerja yang telah ditetapkan. Ada ala-ala tentera sikit...huhu

Tapi, bila lama-lama, dah terbiasa, hilang pulak rasa cuak...

Ataupun, macam staf veteran kat tempat kerja aku buat, "Siren bunyi pukul 8am, kita pergi la kantin selepas pukul 8am, baru tak rasa bersalah sangat pasal siren dah tak bunyi..."



Sungguh berdisiplinkan, kami? :p

T/t: apa? vuvuzela?? Siren lagi kuat dowh!!

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL