dunia sekarang dah semakin paperless...
sekurang-kurangnya domesticaly. contoh yang mudah ialah, kebanyakan daripada kita tidak lagi menggunakan buku atau diari untuk menyimpan no telefon kenalan serta tempat-tempat yang penting. contoh lain adalah seperti kurangnya kita berutusan dengan menggunakan surat, melainkan perkara-perkara yang betul-betul rasmi sahaja. Fungsi telefon bimbit yang saban hari semakin canggih juga, bakal menyebabkan penggunaan buku nota kecil untuk mencatat sesuatu dalam perjalanan bussiness hidup kita juga berkurangan...
ini menyebabkan aku terfikir, how actually things had been and how it gonna be?
bayangkan, selepas tamadun kita ini lenyap, seperti lenyapnya banyak tamadun sebelum ini. Mesir, Greek, Sabak dan banyak lagi yang mungkin telah hilang daripada rekod sejarah kita... Jika ini berlaku, sejauh manakah rekod yang ditinggalkan kita akan dapat ditemui balik oleh generasi tamadun baru yang akan datang? Jika sekarang, kita mempunyai banyak eskavasi arkeologi dan sejarah bagi mencungkil kembali kesan-kesan tinggalan tamadun yang telah saya sebutkan di atas, dan mungkin banyak lagi di antaranya, adakah method yang sama akan digunakan oleh generasi depan? Dengan cara apa? Teknologi yang bagaimana? and the most important and interesting question, to what extend?
dengan kepesatan teknologi sekarang, kita semakin sensitif dengan aspek-aspek alam sekitar. Semakin banyak produk-produk kita adalah jenis yang bio-degradable. Begitu juga dengan rekod-rekod dokumen masa kini, kesemuanya di digitalkan, dan kebanyakkannya akan menyesakkan ruangan cyber, apabila disimpan secara online. Facebook dan blog adalah dua contoh mudah!
Bagi aku secara peribadinya, sudah bertahun-tahun aku tidak 'mencuci' gambar dan kebanyakkan gambar yang aku snap, disimpan dalam memori komputer, dengan sebahagian besarnya dikongsi secara online di Friendster dan Facebook. Itu baru gambar...
Blog pun aku baru berjinak-jinak lebih kurang setengah tahun dahulu. walaupun pernah menulis blog di friendster, tapi tidaklah seaktif sekarang [aktif ke sekarang?], diari di dunia sebenar? Langkah mayat aku dulu! huhuhu...
Adakah para pembaca [ada ke?] sudah dapat meneka ke mana arah entri ini?
Sebenarnya aku hanya tertanya-tanya, jika masyarakat seperti pada tamadun mesir mempunyai piramid dan banyak lagi kawasan-kawasan makam yang meninggalkan banyak rekod dan artifak bagi menceritakan keadaan masyarakat mereka pada ketika itu, manakala bagi masyarakat tamadun greek pula mempunyai banyak monumen seperti patung-patung dan kuil dewa-dewi mereka, apakah pula kesan fizikal yang ditinggalkan oleh masyarakat moden kita?
Amat 'rare' sekali untuk masa sekarang menjumpai satu bangunan atau monumen, yang diukir dindingnya dengan kod-kod yang menceritakan kehidupan masyarakat moden kita. Rumah siapakah di sini yang mempunyai ukiran di dinding dapurnya yang menunjukkan bahawa tempat itu adalah digunakan untuk memasak? Di ruang tamu atau bilik TVnya diukir dengan gambar-gambar orang sedang melihat TV? Pasti tiada! Siapa pula yang ada masa untuk membuat kerja gila itu? Paling kuat pun, buat mural kat dinding sekola atau grafitti dekat bawah jambatan... Yang itu, jangan kata nak tahan 100 tahun, kalau dinding atau jambatan tu dah roboh, mungkin takkan bertahan 10 bulan pun!
Apa yang aku ingin tekankan disini, bukti fizikal yang ada, yang mungkin boleh bertahan dengan ujian masa bagi membuktikan kewujudan tamadun moden kita, mungkin tidak mencukupi untuk menceritakan keadaan dan kemajuan sebenar yang dicapai oleh masyarakat kita. Kita mungkin gagal untuk membuktikan yang kita pernah mendarat di bulan, jika bukti-bukti yang ada sekarang hanya terhad melalui dokumen-dokumen 'paper-based' dan secara digital/online. Jika sesuatu yang sungguh buruk berlaku ke atas tamadun kita, dan ia ditenggelami oleh bumi dan diuji masa, berapa banyakkah tinggalan yang boleh/bakal ditemui oleh tamadun selepas itu? Katakan mereka harus bermula daripada 0 balik, dan berjaya mencapai kemajuan dan ketamadunan yang sama seperti kita sekarang, berapa banyakkah yang boleh mereka pelajari mengenai kehidupan kita berbekalkan kemajuan teknologi mereka? Dapatkah mereka menjumpai Menara Berkembar Petronas yang mungkin dikambus oleh satu gunung baru, dan dapatkah mereka mengetahui bahawa tingkat bawahnya, iaitu Suria KLCC merupakan bekas pusat membeli-belah?
Jika dapat pun, mungkin itula sahajalah pencapaian atau penemuan terbaik mereka...
Ini seterusnya memberikan refleksi kepada keupayaan dan pencapaian tamadun kita sendiri, dalam usaha kita memahami tamadun-tamadun lampau...
Sejauh manakah sebenarnya penemuan yang kita perolehi daripada tamadun mesir? adakah piramid adalah monumen tercanggih pada abad itu? Atau hanya itulah monumen tercanggih yang mampu kita gali balik? adakah ukiran-ukiran pada dinding-dinding makam adalah sepenuhnya cerita mengenai gaya hidup mereka pada ketika itu? Positifkah kita bahawa mereka tidak mempunyai komputer dan talian internet, yang membolehkan mereka berblogging, seperti keadaan masyarakat kita sekarang, dan sekali gus, maklumat-maklumat tersebut pastinya hilang begitu sahaja di dunia maya/cyber, atau apa saja yang mereka panggil ketika itu, sama halnya yang bakal terjadi kepada tamadun kita jika ia melenyap...
Adakah benar masyarakat purba adalah lebih mundur daripada masyarakat kita, sehinggakan pembinaan piramid dilakukan sepenuhnya oleh tenaga buruh manusia, tanpa jentera-jentera secanggih zaman ini, atau lebih canggih lagi? Ataupun sebenarnya masyarakat moden yang lebih mundur daripada masyarakat mesir purba, kerana tidak dapat membina ataupun menemui jentera secanggih mereka yang digunakan untuk membina piramid?
Kita mungkin mempersoalkan kewujudan bukti, namun bagaimanakah jika bukti telah terhapus?
Oleh itu aku menyeru, agar kadang-kala kita meninggalkan beberapa bukti fizikal yang kukuh untuk membuktikan kewujudan kita dan gaya hidup kita di muka bumi ini, untuk tatapan generasi tamadun akan datang. Even ini bermaksud kita harus pergi mengukir nama kita dekat dinding gua batu kapur!
Just in case tamadun kita ni ditimpa bencana alam yang gila-gila, sehingga semuanya hilang tanpa kesan...
T/t: aku tertinggal handphone hari ni, dan terfikirkan betapa bodohnya aku tak mencatit nombor-nombor telefon yang penting-penting kepada aku! [satu-satunya nombor yang aku ingat ialah no handphone sendiri dan rumah kat kampung... nak buat apa?] Takde henset, dan takde internet... memang sakit hati!!
semuanya makes sense
ReplyDeletegwa penah pk gak
piramid tu dala besar giler babi
cmne plak la dorang bina xpakaikren jadah semua
gile kentang!
gyahaahahhaahaahhaha~
muahaha! Ada jgk rupanya org yg stuju ngn idea gila aku ni..
ReplyDeleteTahniah hellioz, u r one of a kind! Huhu..