Saturday, June 26, 2010

Edisi Awal: Piala Dunia 2010 Milik Korea Selatan

Disebabkan ketandusan idea [dan rujukan] untuk buat artikel yang bos suruh aku buat, jadi aku rasa cam nak tulis peluang pasukan kebangsaan Korea Selatan dalam menghadapi pusingan kalah-mati di World Cup Bafana Bafana kali ini. Ini juga merupakan post berkenaan bola sepak yang pertama sejak Piala Dunia bermula, tapi bukan post pertama berkenaan Piala Dunia 2010...

Selepas 3 perlawanan peringkat kumpulan, Korea Selatan mencatatkan keputusan satu menang, satu kalah dan satu seri, dan mendapat tempat kedua kumpulan B dengan 4 mata, 5 gol, dan 6 bolos. Satu statistik yang penting disini ialah keupayaan pasukan Korea Selatan menjaringkan gol, walaupun berdepan dengan pasukan sekuat Argentina, bakal memberikan kelebihan. Dalam pusingan kalah-mati nanti, gol memang memainkan peranan penting kerana tiada keputusan seri yang boleh diterima!

Dalam 5 gol yang dijaringkan oleh pasukan Korea S. ini, 3 daripadanya adalah hasil dari sepakan percuma berdekatan area kotak penalti pasukan lawan. Gol dari set piece! Ini pastinya akan membuktikan kelebihan kepada pasukan Korea, untuk bukan sahaja menyamai rekod memasuki separuh akhir yang dicipta di tempat sendiri 8 tahun lalu, bahkan, tidak mustahil untuk juga menang Piala Dunia pertama untuk bangsa Asia dan juga bangsa bukan Eropah dan Amerika Selatan...

Dari mana datangnya keyakinan menggunung aku ni? Akan aku terangkan nanti di bawah...

Sebelum tu, kita tengok dulu bahagian mana yang perlu Korea S. kuatkan menjelang pusingan kalah mati nanti...

Ya, tak lain dan tak bukan, bahagian pertahanan. Dibolosi 6 gol bukanlah satu rekod yang baik, walaupun masih boleh dimaafkan memandangkan 4 daripadanya dibolosi oleh Argentina, yang mempunyai gabungan serangan yang tak usah dinamakan lagi. Jika Korea S boleh bertahan dengan lebih mantap, ketat dan kental seperti yang dilakukan oleh jiran mereka terhadap pasukan Brazil, tidak mustahil untuk mereka bukan sahaja pergi lebih jauh, bahkan mungkin memenanginya juga!

Ini adalah berdasarkan beberapa fakta dan pattern yang penting.

Greece 2004

Greece Euro '04 telah membuktikan dalam bola sepak, apa-apa sahaja boleh terjadi. Taktik bertahan bagai nak rak, dan counter attack yang bergantung harap kepada gol-gol daripada set piece menjadi trademark mereka. Pedulikan kata orang yang cara main mereka itu membunuh bola sepak atau kemenangan mereka disebabkan oleh nasib atau apa-apa sahaja, kerana mereka yang berkata-kata itu, sama sekali tidak boleh memadam sejarah, apa lagi menulisnya kembali. Inilah yang harus dijadikan model untuk Korea S menjadi pasukan Asia pertama yang memenangi Piala Dunia! Lagipun, pasukan mereka dah cukup kuat dalam bab set piece, cuma nak kena tingkatkan kekentalan defender je lagi...

Jose Mourinho juga sebenarnya banyak mengambil iktibar daripada taktikal Otto Rehhagel, namun mungkin kerana Otto tidak sekacak Jose, maka kurang peminat perempuan yang meminati pasukan Greece... tapi awek Greece pon masyuk jugak!! :p

Kejatuhan Performan Pasukan Eropah diluar Eropah.

Ini bukan sindrom baru! Bahkan, tiada pasukan Eropah yang pernah menang Piala Dunia di luar benua Eropah sendiri... Dasar jaguh kampung! Sebenarnya, bagi pasukan Amerika Selatan pula, hanya Brazil sahaja yang pernah menang World Cup di Eropah [in fact, mereka dah pernah menang di semua benua yang pernah menganjurkan FIFA World Cup...].

Tengok sahaja apa yang berlaku kepada Perancis dan Itali, telah terkeluar di peringkat kumpulan. Spain dan German, Portugal dan England mendapat sedikit tuah dengan layak pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, di mana keputusan perlawanan yang lain juga tidak menjejaskan peluang mereka. Hanya Belanda yang dilabel pilihan yang masih mengekalkan rekod 100%.

Pendedahan Kepada Permainan Kelab Peringkat Tertinggi

Sekurang-kurangnya 5 orang pemain skuad Korea Selatan kali ini pernah atau sedang bermain untuk kelab-kelab Eropah, dan kebanyakan mereka menjadi pemain-pemain penting bagi pasukan masing-masing. The most notable would be, of course, Park Ji-Sung dari Manchester United, pemain Asia pertama untuk bermain di final Liga Juara-Juara Eropah, telah bersama Manchester United selama 5 musim, dan telah live up to his nickname -shirt seller! [ya lah... siapa tak mau beli jersi player sehebat Park??]. Tak usahlah aku bercerita panjang mengenai resume Park Ji-Sung, nanti dikatakan aku ni bias pulak... heh heh :p

Selain dari Park Ji-Sung, pemain lain yang mencuba nasib di Eropah antara lainnya ialah Lee Chung Young dan Ki Sung Yeung, digelar sebagai 'double dragon' oleh peminat Korea S. kerana nama mereka di dalam kanji boleh dibaca sebagai 'naga'. Kedua-dua mereka adalah pemain sayap yang lincah, dengan Lee bermain dengan pasukan EPL Bolton, dan telah beberapa kali menunjukkan kualitinya untuk bersaing dengan pemain-pemain eropah lain di EPL. Serta Ki [Celtic] telah menjadi nadi penting pasukan Korea Selatan dalam edisi World Cup kali ini, dengan meng'assisst' dua gol dari set piece...

Park Chu Young merupakan seorang lagi pemain yang bermain di Eropah, dilabel sebagai seorang pemain yang paling berbakat di Korea, dia bernasib agak malang apabila mengalami banyak mengalami kecederaan yang sedikit membantutkan kariernya di Eropah.

Keempat-empat pemain yang disebutkan tadi. di samping semangat juang dan kerjasama rakan-rakan sepasukan yang lain, pasukan Korea Selatan kali ini mungkin dilihat pasukan terbaik mereka sepanjang zaman. Potensi sudah ada, yang tinggal hanyalah execution sahaja...

Lupakan pasukan-pasukan gergasi jaguh kampung Eropah, mahupun bakat-bakat daripada benua Amerika Selatan. Ini merupakan pasukan Asia terkuat dan paling berpotensi untuk memenangi FIFA World Cup sejak ia diperkenal!


pernah kalah dengan Harimau Malaya tidak mematahkan semangat pasukan ini!


Glory Glory Red Devil's Taeguk Warriors!

Extra:

Park Ji Sung merupakan satu-satunya pemain yang menjaringkan gol solo dalam peringkat kumpulan [tanpa menggunakan tangan, seperti Luis Fabiano, sebagai contoh...]

Ji Sung juga merupakan pemain Manchester United dan EPL pertama yang menjaringkan gol dalam Piala Dunia FIFA edisi ini.

Taeguk merupakan satu pattern pergerakan/seni dalam Taekwondo. Ia juga biasanya dikaitkan dengan pahlawan purba Korea, Hwarang.


South Africa merupakan host nation pertama yang tidak melepasi peringkat kumpulan.




UPDATE: Ok, Korea kalah... mungkin aku patut tulis entri ni dalam bahasa Korea... hmmm




T/t: Red Devils ialah panggilan fan South Korea kepada pasukan mereka... :p

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL