Harga rokok ni, pada pandangan aku, wajar dinaikkan. Sebenarnya aku ni bukanlah for the sake of kempen 'Tak nak Rokok!' sangat, tapi aku lebih melihatnya dari segi sosio-ekonomi perokok itu sendiri. Pada aku, kenaikan harga rokok tu tidak akan menguntungkan sesiapapun kecuali perokok itu sendiri...
Peningkatan harga rokok menyebabkan kutipan cukai rokok meningkat. Denga hasil cukai ini, kerajaan boleh bentukkan satu dana bagi membantu tabung kanser atau research berkaitan kanser! Ini perlu, pasal nanti perokok tegar ni, bila dah kena kanser berkaitan, wang rawatan boleh disubsidikan oleh kerajaan! Bahkan mungkin boleh membantu jugak penghidap-penghidap kanser yang lain (yang bukan perokok atau bukan kanser disebabkan merokok). Dengan peningkatan dana research kanser pulak, mungkin Malaysia mampu mencipta penawar atau rawatan alternatif kepada kanser.
Ini semua mampu membantu perokok dalam jangka masa yang panjang jugak. Bahkan, generasi baru yang baru berjinak-jinak dengan rokok juga boleh menikmati segala 'kemudahan' ini, kelak, selepas mereka berjaya menghisap... maksud aku, menghidap kanser!
Mungkin ada antara perokok yang tidak bersetuju dengan pandangan aku dan beranggapan, jika harga rokok tidak dinaikkan, perokok boleh menyimpan wang sendiri untuk rawatan kanser setelah mereka menghidapinya. Ini adalah bullshit at best! Let be honest, berapa ramai perokok yang menabung untuk menampung wang rawatan kanser mereka kelak? Ataupun daripada menyimpan wang, mereka lebih senang untuk membelanjakannya untuk membeli stok rokok harian mereka?
Perokok sudah tentu takkan simpan wang mereka, maka biarlah wang itu disimpan oleh kerajaan... Anggap je seperti duit KWSP, hehehe...
Sebagai seorang perokok yang berwawasan 2020, anda harus menyokong kenaikan harga ini. Bahkan silap haribulan dapat pahala jariah sebab membantu rawatan penghidap-penghidap kanser yang lain melalui duit cukai rokok kita! Aku yang tak merokok ni pun bersetuju dengan langkah kerajaan...
Hal yang sama boleh juga dilakukan terhadap harga/cukai arak dan judi di Malaysia. Bak kata orang, duit arak dan judi tu, biarlah kembali ke tempat yang sama, untuk elakkan rakyat makan duit haram...
Boleh je aku nak cerita lebih lanjut apa yang boleh kerajaan lakukan dengan duit arak dan judi tu, tapi, bak kata Joker, "If you good at something, you don't do it for free..."
Lagipun, kalau aku yang pikirkan penyelesaian semua isu tempatan, YB-YB tu nanti semua makan gaji buta pulak!
Biarlah diorang je yang bincangkan dekat Parlimen, Kabinet, Dewan Negara, Dewan Rakyat or whatsofuckingever dewan yang ada... Biarlah aku teruskan perbincangan di dewan makan!
T/t: What's goes around, comes around...
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL