Pengadil merupakan authoritative figure bagi sesuatu pertandingan sukan. Mereka adalah pihak yang bertanggungjawab memastikan sesuatu pertandingan sukan itu berjalan dengan baik mengikut peraturan-peraturan sukan tersebut yang telah ditetapkan. Sesuai dengan nama mereka, pengadil adalah untuk memastikan keadilan terpelihara dalam sesuatu pertandingan. Aku sendiri mempunyai pengalaman sebagai pengadil pelatih bagi sukan Taekwondo...
Namun, walaupun demikian, tidak pula aku mengatakan bahawa pengadil merupakan manusia yang paling mulia dalam sesuatu pertandingan. Mereka juga manusia biasa yang terikat dengan melakukan kesilapan dan kesalahan. Tetapi, sebagai seorang yang berintegriti, setiap pengadil harus bertanggungjawab dengan setiap keputusan dan hukuman yang mereka ambil ketika mereka mengadili sesuatu perlawanan atau pertandingan.
Sir Alex Ferguson, among top manager who always question ref indecision...
Lalu, tidak salah rasanya jika setiap pertandingan mempunyai jawatankuasa atau kaedah yang boleh digunakan untuk mengadili pula keputusan pengadil selepas sesuatu perlawanan. Pengadil harus mempunyai sebab yang kuat untuk setiap keputusan mereka supaya ketika ditanya mengenai keputusan mereka, mereka mampu mempertahankannya dengan yakin.
Jika keputusan yang mereka ambil ketika sesuatu perlawanan didapati adalah salah, sesuatu harus dilakukan!
"What the foul, ref?" United's Carrick been sent off after a 'soft' second yellow card
Mungkin kaedah yang paling mudah adalah menghukum pengadil tersebut agar pengadilan akan datang akan dilakukan dengan lebih teliti lagi. Namun, ia pastinya bukan keputusan yang paling adil kerana yang merasai bahana keputusan yang salah sudah semestinya atlet yang bertanding, dan ini menjadikan situasi yang lebih buruk jika ia melibatkan sukan berpasukandalam pertandingan peringkat tinggi...
Dalam pelbagai sukan, isu pengadil bukanlah sesuatu yang baru, dan banyak langkah telah diambil oleh badan-badan berkanun dunia dalam bidang sukan masing-masing dalam memastikan mutu pengadilan bertambah baik sejajar dengan mutu permainan atau sukan itu sendiri. Teknologi merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk meningkatkan mutu pengadilan sukan.
Elaine Teo (right), Malaysian Taekwondo exponent who lose her SEA Games match through a bad refereeing and cost us a medal
Namun agak malang apabila bukan semua sukan menggunakan teknologi untuk mengatasi kelemahan pengadilan manusia. Antaranya FIFA masih degil untuk menggunakan teknologi video dalam membantu tugas pengadil. Justeru, ini mengakibatkan beberapa keputusan kontroversi daripada pengadil beberapa perlawanan penting, membayangi mutu perlawanan itu sendiri. Yang terbaru dan paling jelas ialah isu Hand of Frog, Thierry Henry dalam perlawanan play-off Piala Dunia 2010 baru-baru ini...
No foul, no rematch...
Dalam beberapa perlawanan Kejohanan Liga Juara-Juara Eropah yang berlangsung sejak semalam juga dibayangi oleh beberapa keputusan kontroversi pengadil yang telah mengakibatkan keputusan perlawanan telah dipengaruhi. Sebenarnya inilah cabaran paling besar bagi seseorang pengadil, iaitu apabila keputusan mereka mempengaruhi sesuatu keputusan perlawanan. Jika keputusan yang diambil adalah tepat, maka itu tidak mengapa, tetapi yang menjadi masalah ialah apabila keputusan yang diambil adalah silap. Ini kerana mereka tiada sesuatu untuk membantu mereka dalam mereview balik keputusan mereka, kecuali beberapa pembantu pengadil, yang juga manusia biasa yang terikat dengan melakukan kesilapan dan kesalahan...
It's a bloody offside, ref!!
Jadi amat penting bagi sesuatu badan pengadil itu mempunyai kaedah untuk menimbang balik setiap keputusan mereka. Bengkel dan pendidikan awal kepengadilan adalah perlu bagi melahirkan pengadil yang lebih tegas dan adil. Juga penggunaan teknologi adalah perlu bagi membantu setiap keputusan kompleks oleh pengadil. Sukan seperti Tenis dan Taekwondo contonya, telah pun mula menggunakan teknologi video dalam membantu pengadilan sukan mereka. Tidaklah pula ini menjamin situasi fault-free dari pengadil, tetapi sekurang-kurangnya, ia mengurangkan kesilapan yang boleh dielak... Pengadil juga wajar dipertanggungjawabkan terhadap keputusan mereka untuk setiap perlawanan yang diadili mereka, dengan melakukan proses post-morterm selepas sesuatu perlawanan.
Pengadil yang didapati 'lemah' mutu pengadilannya, mungkin boleh digantung lesen pengadil mereka, dan perlu mengambil kelas pemulihan ataupun bengkel/seminar khas mengenai kepengadilan, sebagai contoh...
Andy Roddick once corrected official decision using video technology
Update: Italy FA complaint over goal
lu minat bola x ? jom join n lawat blog bola gua yg terbaru ni http://fantasifutbol.blogspot.com ,ok chow...
ReplyDelete