Friday, May 21, 2010

Ada Apa Pada Nama?

Terdapat suatu masa di mana ada seekor raksasa yang tidak bernama. Raksasa ini begitu inginkan satu nama, maka dia pun memulakan pengembaraannya ke seluruh dunia untuk mencari namanya.

Namun, dunia adalah satu tempat yang luas. Maka, raksasa itu pun berpecah kepada dua. Satu darinya meneruskan pengembaraan ke timur, dan satu lagi meneruskan perjalanan ke barat.

Raksasa yang meneruskan perjalanan ke timur itu, tiba di sebuah kampung. Dia terserempak dengan seorang tukang besi, lalu berkata, "Wahai En Tukang Besi, berikan aku nama kamu," Lalu si tukang besi itu menjawab, "Seseorang itu tidak boleh memberikan namanya kepada orang lain..."

Lalu raksasa itu memujuk, "Jika kamu berikan kepada aku namamu, aku akan masuk ke dalam mulut dan badanmu, dan menjadikan kamu lebih kuat!"

Si Tukang Besi itu terpengaruh, "Yakah? Kamu akan jadikan aku lebih kuat? Maka ambillah namaku!"

Serentak dengan itu, raksasa tanpa nama itupun melompat masuk ke dalam mulut si tukang besi. Lalu jadilah ia Otto si Tukang Besi.

Otto si Tukang Besi merupakan orang yang terkuat di daerahnya, dan menjadi popular. Raksasa itu sukakan perhatian, dan sering berkata, "Tengoklah aku! Tengoklah aku! Akulah Otto si Tukang Besi!!"

Namun, pada suatu hari, raksasa itu berasa sangat lapar, dan mula memakan Otto dari dalam badannya. Dia memakannya dengan pelahap sekali, sehingga akhirnya dia menjelma kembali kepada raksasa tanpa nama.

Kecewa, dia meneruskan perjalanannya mencari namanya sendiri...

Dalam meneruskan perjalanannya itu, dia terserempak pula dengan Hans, si pembuat kasut. Raksasa itu masuk ke dalam badan Hans, namun akibatnya adalah sama. Apabila dia meneruskan perjalannanya, dia terserempak pula dengan Thomas, si pemburu, tetapi masih berakhir dengan akibat yang sama...

Lalu raksasa tanpa nama itu meneruskan perjalanannya hingga tiba di sebuah istana, dalam misi mencari nama yang indah untuk dirinya. Dia terjumpa dengan seorang putera kecil yang sedang gering. Lalu dia berkata, "Jika kamu berikan aku nama kamu, aku jadikan kamu kuat" ujarnya. Si Putera berkata, "Jika kamu dapat sembuhkan sakit beta, beta berikan kamu nama beta..."

Lalu raksasa itupun melompat masuk ke dalam mulut si Putera itu. Putera menjadi sihat, raja berasa gembira, seluruh negara berasa gembira!

"Putera sudah sihat!"

"Putera sudah sembuh!"

Itulah laungan yang didengari di seluruh negara.

Raksasa tersbut sangat menyukai nama Putera tersebut dan kehidupan di istana. Oleh itu, walaupun dia berasa lapar, dia tetap bersabar. Setiap hari dia merasakan lapar yang teramat sangat, namun dia tidak sanggup memakan putera tersebut.

Namun, pada satu hari, kelaparannya tidak dapat ditahan lagi... "Tengoklah beta, tengoklah beta, raksasa didalam beta telah semakin membesar!" Lalu sang Putera pun memakan setiap orang suruhannya. Baginda juga memakan sang raja. Baginda memakan kesemuanya dengan rakus untuk memenuhi nafsu laparnya itu...


***

Pada suatu hari, raksasa didalam badan putera tersebut bertemu dengan sebahagian dirinya yang terpisah dan pergi ke arah barat dahulu. Dia berkata, "Aku sudah mempunyai satu nama, satu nama yang indah!"

Tetapi raksasa yang pergi ke arah barat itu berkata, "Kita tidak memerlukan sebarang nama, kerana tanpa nama, kita juga boleh gembira..."

"Kerana kita ialah raksasa tanpa nama."

Lalu sang putera itu memakan raksasa yang pergi ke barat itu. Tinggallah raksasa did alam badan putera itu keseorangan.

Sekarang, walaupun dia sudah memiliki nama, tetapi tiada sesiapa di sekitarnya untuk memanggilnya dengan nama itu...

Namun, Johan juga adalah satu nama yang bagus!

T/t: to be concluded...

2 comments:

  1. apehal tibe2 kuar johan plak? btw.hans nama ex-bf aku.

    ReplyDelete
  2. tunggu la sambungan dia... rahsia... wakakak!!

    ReplyDelete

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL