Monday, March 29, 2010

Liverpool dan Kelab Bola Pantai...

Demi jarr yang rajin mengomen blog aku, aku mengambil keputusan untuk menulis mengenai Liverpool, kelab kesayangan beliau dan juga separuh daripada rakan-rakan tersayang aku... Dan jangan risau, kali ni aku pakai CometBird, harap-harap Burung lebih lambat crash berbanding Musang....

Liverpool win over Sunderland last night had put their beachball cursed behind them, sehingga memaksa aku meletakkan status kat Facebook sebagai: "No Beach Boys II tonite :("

Agak malang, kerana jika mereka kalah, aku ingin mencadangkan mereka menubuhkan pasukan Bola Sepak pantai mereka sendiri, dengar kata ia akan dimasukkan dalam acara Olimpik (ke dah ada??), boleh lah Liverpool join, dan menjadi pemenang edisi pertama... kan Liverpool suka jadik first winner, and then faded through the history...

Selepas game semalam, aku pun menjenguk laman web info bola sepak yang selalu aku kunjungi, iaitu Yahoo! Eurosport, dan terjumpa tajuk artikel: Torres Lift Liverpool into Fifth!

Terkejut jugak aku awal-awalnya, aku ingatkan Torres lift cup apa-apa ke, maklum lah, dah tengah malam, mata mengantuk, baca pun fifth pun tertukar jadik cup... Tapi, kan bagus untuk Anfield faithful kalau itu tajuk yang sebenar, ye tak?

Teringat aku pada komen Shankly di sokernet. Katanya, Liverpool masih ada harapan untuk jadi juara melalui formula matematik di bawah:

'League Table on 9/05/2010 -
Bookie Mathematical Theory

Liverpool ---- 72
Man City ---- 70
Man Utd -- 69
ARsenal -------67

Form ( 7 Games Terakhir)
Liverpool - WWWWWWW - 21 points
MAn City - WWDWLWD - 14 points
Man Utd - LLLLLLL - (21pts)
Arsenal - LLLLLLL - (21pts)...'

Sebenarnya, inilah sebabnya aku sukakan peminat Liverpool (buktinya, ramai kawan-kawan aku minat Liverpool). Mereka positif orangnya. Jika diletakkan dalam keadaan paling tak berharapan sekalipun, mereka orang pertama yang akan memberitahu kita, "everything will not just going to be fine, it will be great!!"

Namun, realiti fantasi (cam nama lagu la plak...) adalah amat kejam! Selepas perlawanan hujung minggu yang lalu, kedudukan dua teratas Liga ialah:

Manchester United....72 points
Chelsea.....71 points

dan berdasarkan ini, Liverpool perlu menang kesemua baki perlawanan mereka musim ini disamping Chelsea dan United kalah kesemua baki perlawanan mereka musim ini, yang mana adalah perkara mustahil, kerana minggu depan Chelsea akan bertandang ke Old Trafford. Sudah tentulah dalam perlawanan tersebut kedua-dua pasukan tidak boleh kalah, ye tak?

Dengan menolak kemungkinan (God forbid) United kalah di tangan Chelsea (which will make Chelsea got 74 points) dan menjadi lebih positif seperti peminat Liverpool, kita andaikan sahaja kedua-dua pasukan ini seri...

Namun, itu akan membolehkan United mengumpul 73 mata, dan Chelsea 72... Jika kita mengekalkan sikap positif kita, Liverpool masih boleh memintas Chelsea untuk tangga ke-2 liga, tapi dengan Goal Different mereka sekarang nie... humph... You have to be a Liverpool faithful to have that amount of positive thinking that they can leapfrog Chelsea's goal different at this time of the year...

Tapi aku tahu kebanyakan peminat Liverpool seperti jarr sendiri lebih berpijak di dunia nyata, mereka cuma mengharapkan tempat ke-4 Liga sahaja musim ini! Tidak lebih, tidak kurang...

Jadi, apakah odds-nya?

Sehingga kini, Liverpool sudah bermain 32 perlawanan GD ialah 21 dan 54 points...di tangga ke-5
Para pencabar fourth place ialah Spurs (31 games, 28 GD, 58 points), Man City (30 games, 16 GD, 53 points) dan Aston Villa (31 games, 11 GD, 51 points)... hanya ini sahaja contender yang dilihat mampu memecah penguasaan tangga ke-4 Liverpool musim ini...

Dengan sekali lagi bersikap positif seperti Liverpool faithful, kita anggap sahaja Spurs, City dan Villa ketiga-tiganya kalah semua game sehingga jumlah perlawanan mereka dengan Liverpool adalah sama... (note: aku mengabaikan jadual perlawanan bagi mencapai rumusan ini!)

Untuk itu, beza mata antara Liverpool dan Spurs ialah 4 points, dengan jumlah game yang sama (GD terpaksa juga diabaikan pada saat ini, kerana Spurs mungkin kalah dalam perlawanan 'andaian' itu sebanyak 1-0 atau 10-0, hanya Tuhan yang tahu...)

Dan untuk Liverpool to have any chance of leapfrog Spurs, mereka perlu harapkan, tak lain dan tak bukan, United, untuk mengalahkan Spurs (sebab for sure aku ingat United still kena lawan Spurs lagi musim ni), dan ini, walaupun dapat meletakkan Liverpool dikalangan top 4 again, tapi, ia juga mungkin sekali menjadi perlawanan di mana mereka perlu harapkan musuh tradisi mereka menang, dan mungkin sekali, juga menjulang piala pada perlawanan tersebut...

So, ia ibarat hidup segan, mati lagi segan....

Jadi, selamat mencium kamera lagi yer, abang Gerarrd! Jangan bimbang, Piala Europa dah dalam tangan, dan kalau bernasib baik, mungkin boleh cium World Cup, ye tak? huhuhu....

T/t: I'd rather walk alone~

5 comments:

  1. muahahahahahaa...rumusan yg ending dia ttp gerrard cium kamera juga.demn.

    bersusah payah kau buat entry panjang panjang ni bro..ni kalau shankly yg real masih hidop,abis semua player dlm squad skang kena drop. :D

    ReplyDelete
  2. deus...kalau berani jom arr teh tarik.

    ReplyDelete
  3. alamak! Man City menang 3-0 la plak semalam...

    ReplyDelete

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL