Thursday, March 11, 2010

Chain of Events, Part 4 : member dah jadi MJ...

Sorang member aku, budak kolej aku time universiti dulu... kiranya dia ni junior aku la, junior kolej dan junior Taekwondo... kalau aku panggil dia anak buah aku pon dia tak marah kot? hehe (that's right people, aku ada anak buah... kira cam geng-geng mafia atau gengster jugak la... tapi kitorang geng-geng baik... semua pon black belt, hehe... [blah lar woi!!]) dia masuk hospital untuk sedikit plastic surgery...

Ceritanya bermula bila mana beliau (giler tinggi martabat anak buah aku ni, digelar 'beliau' oleh aku...) menyertai satu pertandingan sparring, wakil U aku dulu... tak silap, somewhere around the end of last year, or the other year, tak ingat sangat la pulak aku... the thing is, aku tak ada pun di tempat kejadian, just dengar-dengar cerita melalui Facebook dan sebagainya. Nak dijadikan cerita, beliau ditendang di muka dan patah hidung... tidak kacak lagi rupa beliau yang sebelum ni pun memang dah tak kacak mana pun...

So, after about a year or so, baru la dalam hujung minggu hari tu lebih kurang kalau aku tak silap, dia pergi untuk surgery bagi menambahkacakkan rupa beliau disamping menjadi MJ kedua di Malaysia... Cerita banyak pun tak guna, ni antara gambar-gambar yang berjaya ak 'pau' dari Facebook member-member yang pergi melawat beliau di hospital, post-surgery...

 
"aku pasti akan jadi ahli kelab taekwondo paling kacak pas nie" atau sekurang2nya something like that la yg dia murmur time tu...



baju pink mamat cina tu, senior aku, konon-kononnya, buat baik ler tu, padahal, dia paling seronok mengata member yang surgery tu, huhuhu.... Mamat sorang lagi mungkin tgh pikir "nasib baik bukan aku yang kena.."


  
Orait le tu, beb... sakit-sakit, dapat awek keliling pinggang...huhu


 
Gimik konon-kononnya masuk ray chamber cam pergi tak kembali ler tu, huhuhu...

Ok, semoga kau sihat sejahtera dan berjaya keuar hospital dengan lebih hensem lagi, MJ!!


Sekarang kita masuk topik utama kita... Bagi korang yang baru nak berjinak-jinak dengan Taekwondo (sukan atau seni), fear not! Sukan Taekwondo adalah amat selamat! Don't get me wrong, it's a deadly art, but a very safe sport!! Mungkin kecederaan pada MJ ni adalah yang paling teruk aku tengok pada bahagian muka (setakat terseliuh, lebam kaki, tangan, hamstring atau cramp tu, biasa lar... nama pon sukan, memang ganas sukan ni, sukan anak jantan!! huhu -walaupun memang ramai jugak perempuan yang join, and they are very good at it!). Ok, ada sekali aku pernah tengok orang berdarah mata kena tendang kat muka, senior sekolah aku dulu... tapi itu rare case! Siapa suruh dia masuk gelanggang dengan mata sakit? huhuhu...

Senang cerita, Taekwondo sport is challenging yet safe sport. Gear dia cukup untuk protection, buktinya, selepas bertahun-tahun aku sparring, dan berpuluh-puluh kali ditendang di kepala, aku masih mampu lulus universiti lagi, takde masalah pon... huhu (ok, pointer aku bkn tinggi sangat pun, bukan dapat dekan ke, apa ke pon, tapi tu sebab aku malas baca buku, bukan sebab kepala tak betul kena tendang...)

 
Taekwondo (WTF) Sparring full-gear

Gear yang dipakai oleh atlet Taekwondo dalam sesuatu pertandingan yang mengikut standard ditetapkan oleh World Taekwondo Federation (WTF) adalah amat selamat! Lebih selamat daripada gear yang dipakai oleh goal-keeper hoki padang...

                                                                     VS 
  This             more safe than                     This


Jadi janganlah bimbang sangat jika anda, atau ahli keluarga ataupun rakan-rakan, makcik, pakcik, datuk, nenek, awek, pakwe anda ingin menyertai sukan atau disiplin Taekwondo atau mana-mana martial art lain...

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL