Tuesday, March 9, 2010

Chain of Events, Part 2: Le Tour (tak)de Langkawi.

LTdL baru saje tamat Ahad lalu. Antara lain, LTdL kali ni memasukkan kembali Kelantan sebagai salah satu destinasi jelajah. Bukan sajer sebagai salah satu destinasi, bahkan sebagai garis mula... huhu

Memang bangga bila negeri bertuah aku ni dimasukkan balik dalam senarai destinasi, walaupun aku sendiri terlepas nak tengok Live... ye lar, bila lagi nak tengok mat-mat saleh naik basikal ramai-ramai kat sini? Sayng sungguh LTdL tak de team perempuan, huhuhu...

Tapi, I couldn't resist to feel the funny side of it, bila mana Le Tour de LANGKAWI tidak memasukkan Langkawi sebagai destinasi... better called it Le Tour de Malaysia, isn't it? Talk about karma kerana mengecualikan Kelantan dalam beberapa siri jelajah yang lalu? hehe...

Well, enough with cheap political conspiracy... Antara perkara yang boleh kita banggakan dengan penganjuarn kali ni ialah munculnya pelumba tempatan yang berjaya mengungguli salah satu perigkat perlumbaan, iaitu Annuar Manan dan muncul selaku peserta tempatan pertama yang melakukannya setelah 15 edisi perlumbaan! Dia juga berjaya memenangi jersi hijau perlumbaan (which mean the best sprinter, I guess...). Bangga beb bila ada anak Melayu Malaysia kita berjaya dalam sukan yang biasanya didominasi oleh atlet Eropah. I mean, of course kita ada Dato' Lee Chong Wei selaku pemain no 1 dunia dalam badminton, tapi we hardly a small nations in badminton. Of course, kita juga ada Dato' Nicol dalam squash, tapi sekarang kita berjaya menambah satu lagi koleksi atlet2 yang berjaya pada peringkat antarabangsa!! Ho yeah!! Aku cuma harap ini bukannye one-time 'jaguh kampung' achievement... Keep up the good work, Annuar!!

Lagi satu yang worth mention ialah apabila penganjuran kali ni 100% diuruskan oleh anak tempatan. Kementerian Belia dan SUkan dengan kerjasama Persekutuan Berbasikal Kebangsaan. Baguslah apabila kita sudah berjaya berdikari.. pengalaman belajar dengan penganjur luar selama 15 tahun diharapkan mampu memberi penganjuran yang cemerlang untuk pertandingan-pertandingan seterusnya! Malaysia Boleh!

Tapi tiada satu benda pun yang boleh membuatkan aku kagum lebih daripada kemampuan para atlet yang join benda alah ni! Bayangkan, pakai tracjk suit, kalau ada yang pakai lagi jersi-jersi tambahan tu, berlumba beratus-ratus kilometer, selama 7 hari. Kena pulak peserta-peserta Eropah atau mana-mana negara sejuk yang lain... Aku yang lahir kat Malaysia ni, yang tak pernah ke luar negara lebih jauh dari Golok ni pun tak tahan panas duduk rumah tak buat apa-apa. Kalau boleh nak naked jer sepanjang masa, tapi diorang... fuhh!! Giler ah! Kalau orang Malaysia sendiri boleh cakap negara kita tengah panas sekarang, diorang yang dari Eropah semua tu... huhu... Lu pikir la sendiri...

Apa-apa hal pun, tahniah buat semua peserta... tabik spring 100 kali dari aku!!

T/t: Full official results here

1 comment:

  1. mungkin ltdl boleh tuka ke ltdm barangkali....
    apa pun tahniah utk anuar....harap2 kejayaan ni berterusan

    ReplyDelete

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL