Wednesday, March 31, 2010

The Confession of a Shopaholic and, yes, Lionel Messi is the best footballer in the world (right now)!

Aku sanggup untuk sparring Taekwondo 2, 3 bout dalam sehari, aku sanggup training Taekwondo 2,3 jam, 2,3 sesi sehari, aku sanggup main futsal full satu jam, dan aku sanggup jogging 30 minit tanpa henti (kelajuan vary)... Tapi tolong jangan biarkan aku merayau-rayau di shopping complex/mall/pasar siang/pasar malam lebih daripada 30 minit!! I don't know why, maybe it's genetic... but I can't (literally) stand it!!

Ada beberapa sebab yang aku kira membawa faktor kepada kenapa aku kurang membeli-belah... Pada kebanyakan masanya aku ke mall, adalah kerana separuh terpaksa-rela, sama ada kena temankan family members atau pun kawan-kawan. Agak aneh pulak bila setiap kali pergi, aku ends up tak beli apa-apa pun... Untuk itu, setelah berfikir separuh masak, aku simpulkan berikut merupakan antara sebab kenapa aku kurang gemar ke mall...

1. No items of my interest or my budget's interest...

Ini masalah biasa bagi aku, biasanya barangan yang aku perlu dan mahu, senang didapati  di kedai-kedai serbaguna atau runcit (kebanyakannya adalah junk food atau Nescafe Original jugak...), dan barangan yang aku mahu di shopping complex, sama ada tiada langsung, tidak urgently needed, atau sebab paling tipikal ialah, di luar range budget... Namun, aku biasanya akan beli sesuatu itu jika aku betul-betul mahukannya, regardless of the price... then, it's bring us to the second reason...

2. Right place at the wrong time...

Entah kenapa, pada majoriti masanya jika ada barangan yang selain makanan/minuman/majalah yang aku berkenan di mall/pasar siang/malam, wallet aku ketika itu mesti tidak cukup 'tebal'! Ini sekaligus memaksa aku merancang kembali plan untuk datang balik lain kali ke mall/pasar siang/malam tersebut, which again, membawa kepada sebab terakhir...

3. Wrong time, wrong place...

Aku memang malas untuk bergerak jika tiada rangsangan luar... kira ala-ala Hukum Pergerakan Newton jugak la...(third law kalo aku tak silap...). So, bila tiada perkara yang urgently needed, aku memang tak keluar rumah... then, bila pada masa-masa aku separuh terpaksa-rela keluar rumah tanpa perancangan peribadi, aku akan dapati waktu aku keluar itu, sama ada waktu mall belum bukak, atau sudah tutup... *damn*

Jadi berdasarkan ketiga-tiga faktor di atas, aku memang dapat disifatkan sebagai seorang yang jarang membeli-belah, jadi, adalah selamat untuk assume yang aku tak tahu mana tempat nak dapat barang ni murah, atau barang tu murah, di mana-mana sahaja aku (pernah) berada... In fact, kadang-kadang, aku tak tahu pun mana sebenarnya tempat nak cari sesuatu item specific kalau anda tidak mahu mencarinya di shopping complex atau kedai runcit/serbaguna... huhuhu

Ketiga-tiga reasons di atas juga telah menyebabkan aku gagal membina ketahanan tubuh/biologikal yang diperlukan untuk berpusing-pusing window shopping lama-lama, and the only time that I thought to myself, "thanks God I don't have a girlfriend!!" (tapi masih ada kawan-kawan aku ajak aku gi mall dengan awek dia, oh, kejamnya dunia... Dah la nak kena tengok korang berkepit, penat pulak nak layan korang punyer window shopping!)

Tapi, ada jugak pada ketika waktunya di mana ketiga-tiga reasons/scenarios di atas tidak terjadi/wujud, menyebabkan ia menjadi satu-satu masanya aku akan menjadi shoppaholic! (that's right guys, you read it right!)

Seperti yang aku katakan di atas, aku adalah jenis yang akan dapatkan barang yang aku kira aku sudah berminat terhadapnya. That say, if I already land my eyes on it, for two three times, I said to myself,, "I'm gonna get cha..." or sort of...

Malangnya, jika keadaan tersebut berlaku, sekurang-kurangnya aku akan habiskan RM 2-300 untuk sekali trip, dan item nya mesti tidak lebih dari 3...

Yeah... I maybe bought less, but I didn't, in majority of the time, bought cheap...

I mean, c'mon! 3 items for RM 300? it's averagely RM100 each, huhu... Bagi perempan, itu mungkin perkara biasa, tapi bagi aku itu bukan... lagipun aku kan mengamalkan gaya hidup sederhana...hehe

Nasib baik la, pada kebanyakan masanya, aku tidak berminat untuk beli apa-apa, so, at least aku dah jimat RM 2,3 ribu kalau ambil kira trip ke mall secara paksa rela yang boleh mencecah 10 kali tu... (bayangkan, sekali trip, belanja RM200, 10 kali trip?)

Nah... apa yang aku rungutkan? Aku percaya orang lain even belanja twice the amount I had on the half of the time that I did...

Well, apa yang nak aku storykan ialah, hari tu, member ex-schoolmate aku ajak main futsal, selama ni aku tak pernah ada kasut futsal sendiri, tapi kali ni, aku ingat nak sambar satu la... budget pun ada, apa salahnya... So, pergi al-Ikhsan, sambar la sepasang...

Lawa tak?

Kasut keramat ni membolehkan aku score 8 gol ari tu... tapi bila ntah nak main lagi....

Dan sambil-sambil tu, beli la bola sebijik untuk 'training' pada waktu lapang ye tak....

it's the World Cup fever, y'all!!

Dalam 2 minggu sebelum tu, aku temankan member yang datang Kelantan ke Rantau Panjang, dan berkenan dengan benda alah ni plak...

 tak Ori pun... tapi, camner nak support LUHG kalo beli yg ori??

Abis +- RM300...

Oh ya, apa barang Lionel Messi score 8 gol dalam tiga match? Aku score lapan gol (termasuk satu header ala-ala Wayne Rooney) dalam satu match, rilek jer... siap satu assist lagi... :p

T/t: I've enable anon comment, but I appreciate it if you give your real name especially if I know you in real life... Just wait if this decision will backfire me... happy commenting, or here, we called it 'trashing'!! :D

2 comments:

  1. bro, gua bayangkan lu dlm jersey Liverpool mesti sangat ensem bro...lu takde hati ke nak try? ;)

    ReplyDelete
  2. aduss... which part of "I'd rather walk alone" yg ko tak paham?? hehehe... :p

    ReplyDelete

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL