Thursday, March 25, 2010

Kindaichi Shonen No Jikembo!



Kindaichi Shonen No Jikembo atau tajuk dalam versi Bahasa Melayu Malaysia iaitu Penyiasat Remaja Hajime Kindaichi merupakan manga berbentuk penyiasatan yang pertama seumpamanya!

Uniknya manga ini ialah kerana sebelumnya, fiksyen berlatar belakangkan penyiasatan hanya ditemui dalam bentuk novel atau cerpen (Sherlock Holmes, anyone?). Tetapi kehebatan penulis dan pelukisnya melahirkan sebuah manga berbentuk penyiasatan harus dipuji kerana penceritaan dan misterinya yang cemerlang, disamping dikuatkan lagi dengan lukisan Fumiya Sato Sensei. Unsur-unsur tipikal manga seperti adegan lucu dan lasak juga tidak diabaikan oleh mangaka manga ini...

Sinopsis:

Kindaichi vs Conan used to be a phenomenon in Japan...


Hajime Kindaichi, seorang pelajar sekolah tinggi (equivalent of menengah atas bagi Malaysia) merupakan seorang pelajar yang bermasalah. Sentiasa mendapat keputusan yang teruk dalam peperiksaan sehingga berulang kali hampir dipaksa turun kelas! Dia juga seorang pelajar yang lembab dalam sukan dan hampir tiada kelebihan, kecuali satu... iaitu beliau merupakan seorang genius dengan IQ 180!

Datuknya, Kosuke Kindaichi, merupakan seorang detektif (fiksyen) yang terkenal di Jepun dan dihormati ramai. Beliau mewarisi kemahiran datuknya dalam bidang penyiasatan hasil daripada sering mengikut datuknya itu menyiasat kes-kes sukar diseluruh negara (begitulah ceritanya...).

Hajime juga bukan seorang budak yang bernasib baik kerana ke mana sahaja beliau pergi, pasti berlakunya kes pembunuhan (nak dijadikan cerita...)!!

Teknik penyiasatan Kindaichi memang mendebarkan dan unik. Keupayaan beliau meneliti perkara-perkara kecil dan mudah bagi menyelesaikan misteri yang rumit merupakan satu karekter tipikal bagi watak detektif siri bercirikan 'whodunnit'. Beliau juga sering menyelesaikan banyak kes pembunuhan bilik sulit yang kadang-kadang sukar dibayangkan akal biasa...

Namun satu ciri kelemahan cerita ini adalah more often than not, Kindaichi bernasib baik dalam penyiasatannya. Sama ada penjenayah tersilap cakap dan memberikan klu yang besar bagi Kindaichi ataupun terdapat beberapa tindakan luar biasa daripada penjenayah sendiri yang berjaya dikesan olehnya yang mendedahkan penjenayah itu sendiri. Walaupun begitu, unsur suspen pada kebanyakan masanya masih boleh dirasai dari manga ini!

Istimewanya siri penyiasatan ini ialah bagaimana penulis menggabungkan unsur-unsur mistik purba sebagai latar belakang setiap pembunuhan, sehingga menimbulkan tahyul bahawa adanya sesuatu kuasa ghaib atau makhluk halus yang merancang pembunuhan-pembunuhan yang berlaku. Namun, Kindaichi, dengan menggunakan logiknya berjaya menemui titik tolak misteri yang sebenar dan mendedahkan rancangan jahat penjenayah yang sebenar! (ceh, dah bunyi macam ayat dalam komik lar pulak...)

Dalam setiap siri penyiasatan, Kindaichi biasanya ditemani oleh jiran merangkap rakan baik sejak sekolah, iaitu rupawan Miyuki, junior sekolahnya, penggila kamera Saki, dan detektif veteran yang tak mungkin naik pangkat, Detektif Kenmochi, serta penulis bebas, Itsuki. Kadang kala Kindaichi akan bertanding kehebatan kemahiran deduktifnya dengan Inspektor Akechi, genius Jabatan Polis Tokyo...

Antara ayat yang akan dengar/baca dengan kerap daripada manga ini (dalam versi bahasa Melayu) ialah. "Demi tidak menjejaskan nama Datuk!", "Semua misteri telah diselesaikan!", dan "Penjenayah ada diantara kita!" yang biasa disebut oleh hero kita... Apabila ayat-ayat ini telah muncul, maka tahulah kita bahawa kes yang disiasat sudah hampir ke penyelesaiannya...huhu



Pengalaman Peribadi

Selama membaca edisi manga ini yang diterbitkan oleh Comic House, aku dapati ada beberapa perkara yang tipikal dari segi lukisan dan kaitannya dalam peleraian kes oleh Kindaichi. Antaranya yang jelas ialah, kunci-kunci bagi menyelesaikan kes yang utama, seperti trick bilik sulit contohnya, biasanya akan didedahkan melalui gambar-gambar yang terselit di antara petak-petak ceritanya. Kadang-kadang ia hanyalah objek-objek kecil dan mudah seperti radio Hi-Fi, lampu meja ataupun Grandfather Clock.

Jadi, jika anda membaca manga ini dengan berhati-hati, mengambil kira perbuatan setiap watak tidak kira sekecil atau setidak-signifikan mungkin perbuatan itu, ia mungkin akan membantu anda mendedahkan siapakah pembunuh/penjenayah sebenar, even sebelum Kindaichi menyelesaikan kesnnya lagi!

Pernah dalam satu episod, "Kes Pembunuhan Tasik Kecintaan Pilu". Dalam siri yang ini, Comic House menerbitkannya dalam dua volume, iaitu peringkat awal kes ini dalam buku ke-6 dan sambungannya dalam keseluruhan buku ke-7. Bagi yang biasa dengan Comic House, terbitan Manga bersiri biasanya mengambil tempoh sebulan untuk setiap buku diterbitkan. Jadi, selepas buku 6 dikeluarkan, para peminat akan mempunyai lebih kurang sebulan untuk berhipotesis atau berspekulasi mengenai "siapakah penjenayah yang sebenar"

Tapi, disebabkan kes Tasik Kecintaan Pilu tu baru sahaja pada peringkat prolog dan perkembangan cerita, memang susah untuk menaakul siapakah penjenayah sebenar kerana cerita masih sedang berkembang, tapi, setelah menyedari tabiat pelukis untuk mendedahkan kunci penyiasatan dalam beberapa petak gambar yang kecil, aku berjaya mengesan satu tindak tanduk 'luar biasa' (ayat komik) salah satu watak. Jadi aku dengan sedikit penjelasan, membuat hipotesis bahawa watak tersebut adalah penjenayah sebenar walaupun dia tidak menunjukkan ciri-ciri perlakuan jenayah pada mulanya... heck, ketika aku membuat hipotesis tersebut, belum terjadi pun pembunuhan dalam episod itu, but I caught him already.

Nak dijadikan 'sejarah', selepas buku 7 keluar, didapati tekaan aku betul! Dan ini menimbulkan keghairahan terutamanya bagi budak-budak sekolah satu asrama dengan aku (batch aku sahaja ler...). Diorang asyik tanya macam mana aku boleh teka tepat, so aku explain la seperti di atas, walaupun explaination aku lain sikit dari Kindaichi punya, tapi of course la taakulan Kindaichi harus sesuai dengan perkembangan cerita, sedangkan taakulan aku adalah pra-matang dengan usia cerita itu sendiri, so ada sedikit berbeza in our POV....

Tapi, disebabkan itu jugak, telah menjadi fenomena dikalangan budak-budak kelas aku untuk menaakul siapakah penjenayah bagi siri-siri seterusnya, terutamanya dalam kes Villa Patung Lilin! Untuk kes tersebut, beberapa detektif terkenal dikumpulkan dalam satu Villa untuk satu 'detective's game'... Daripada satu pembunuhan olok-olok, akibatnya menjadi pembunuhan yang sebenar. Disebabkan untuk kes tersebut, kebanyakan ceritanya diceritakan dalam satu buku, maka banyak maklumat yang boleh didapati, namun tahap kesukaran kes itu memang tinggi sehingga menjadi sukar untuk berspekulasi mengenai siapakah pembunuh sebenar dan muslihat yang digunakan. Ketika buku seterusnya diterbitkan, aku memang akui yang muslihat kes tersebut adalah merupakan antara muslihat terbaik dan Out of the Box punya thinking....

Jadi, jika anda meminati kisah-kisah penyiasatan, novel, drama atau filem, aku jamin anda tidak akan kecewa dengan siri ini! Satu lagi siri dari pelukis dan penulis yang sama ialah Sekolah Detektif Q (Penyiasat  Remaja Q).



T/t: Penjenayah ada antara kita!!

11 comments:

  1. Ada baca tak Penyiasat Remaja yang baru tu? tajuk dia Kes Pembunuhan Inspektor Polis Kenmochi. ke dah tak baca sekarang?

    ReplyDelete
  2. Kes Pembunuhan Inspektor Polis Kenmochi? doesn't ring the bell... baru keluar ke?? kena pergi carik le, huhu...

    last baca tak silap compile kes 'Keindahan Penyaisatan' Akechi (or something like that tajuk die)...

    ReplyDelete
  3. sya suda tau sepa pembunuh dia...

    ReplyDelete
  4. aku tahu anda seorang sabahan Mr/Ms Anon... kita kenal ke?? apsal tak bg nama?? huhu...

    ReplyDelete
  5. oo...sepa ni??peminat penyiasat remaja kindaichi jugak ka??sya pun...sya baca tym sya tahun 3 lagi.skrang sya f3..

    ReplyDelete
  6. yup... selain Kindaichi I'm a big fans of Sherlock Holmes, Hardys boys, the famous five, conan, detektif Q class...huhu

    ReplyDelete
  7. kau ada fb ka...ble kta chating sna...

    ReplyDelete
  8. tak boleh click dekat FB badge kt blog ni ka? kan sana trus link ke profile aku, sila la add, hehe :D

    ReplyDelete
  9. sya ndak tau pun...bgtw ja la d cni

    ReplyDelete
  10. http://www.facebook.com/IzzatGO

    sorry lambat balas, tak perasan...

    ReplyDelete

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL