Wednesday, June 9, 2010

Obsession is a Young Minds' Game...

pakah obsesi anda?

Jangan bohong dan mengatakan bahawa "Hey... aku tidak obses terhadap apa-apa..." kerana setiap orang mesti mempunyai obsesi atau sekurang-kurangnya pernah memilikinya...

Aku harus akui yang obsesi aku  mungkin terhadap Taekwondo dan Manchester United FC. Dua perkara ini boleh dikatakan sebagai sesuatu yang menyebabkan aku merasakan jantung aku berdegup... Tidak boleh tidak aku harus menyentuh mengenai kedua-dua perkara ini. Sejujurnya, obsesi aku tidak berhenti kepada dua perkara ini sahaja!

Ada antara kita mempunyai kepelbagaian obsesi kita sendiri... Ia sesuai dengan sifat manusia itu sendiri yang pelbagai dan pelik! Jika tidak pelik, maka ia bukanlah manusia... Ada antara kita obses dengan politik! Obses dengan bola sepak! Obses dengan artis! Obses dengan blog, obses dengan gadis, jejaka, komik, teori konspirasi, agama, bangsa dan pelbagai lagi!

Mengapa kita boleh obses?

Dalam hipotesis aku selaku seorang yang naif, aku merasakan sifat semulajadi kita yang sering menyoal dan mencari identiti sendiri serta keinginan terhadap jawapan-jawapan kepada pelbagai persoalan yang kita timbulkan sendiri menjadi puncanya. Manakala selebihnya hanya terpengaruh dengan pop culture, yakni apa yang popular, haruslah diikuti...

Obses lahir dalam pelbagai cara, namun kebanyakannya atau SEMUANYA tidak akan pernah mendatangkan kebaikan untuk jangka masa yang panjang, percayalah!

Sesetengah daripada kita obses dengan kerja dan kerjaya masing-masing. Ia bagus pada peringkat awalnya, atau untuk jangkamasa pendek, apabila kita mampu membina kerjaya dan menjanjikan masa depan yang lebih cemerlang, sekurang-kurangnya dalam bentuk financial, namun, jika terlalu obses, kita akan terlepas perkara-perkara lain dalam hidup kita, dari sekecil-kecil perkara seperti hang out dengan kawan-kawan kepada perkara yang lebih besar seperti membina keluarga ataupun lebih teruk lagi, mengabaikan keluarga yang sedia ada!

Itu cuma satu contoh!

Sedarlah!

Kebanyakan daripada kita sememangnya obses dengan sesuatu. Sesetengah daripada kita tahu dan boleh mengawal obsesi kita ini, Sesetengah yang lain, terus hanyut dengannya. Tidak salah mempunyai hobi, minat dan matlamat, tapi ia salah apabila kita terlampau cenderung kepadanya! Tidakkah terfikir kepada kita mengapa Islam mengajar umatnya untuk hidup bersederhana? Sederhana dari serba-serbi? Daripada perbuatan, pemikiran, gaya hidup, cara makan, cara bercakap, cara bergaul, keseluruhan gaya hidup sudah dirangkumi Islam kepada penganutnya untuk bersederhana, hatta dalam beribadat sekalipun!

Ini kerana Islam, atau Nabi Muhammad SAW, atau lebih tepat lagi, Allah swt sendiri mengetahui bahawa tiada perkara positif yang dapat dicapai melalui obsesi dalam setiap perkara untuk jangka masa yang panjang! Dan kita selaku umat yang baik, haruslah memahami perkara ini, disamping mengamalkannya...

Janganlah kita terlalu taksub terhadap perkara duniawi, tetapi janganlah juga kita terus meninggalkannya, cuma, yang penting, kita harus tahu sempadan kita sendiri masing-masing... Terdapat perkara yang boleh, dan tidak boleh dilakukan, terdapat perkara yang boleh, dan tidak boleh diperkatakan (di khalayak sekurang-kurangnya). "Know your limits!"

Namun, walaupun sukar, kita harus cuba untuk mengikis sikap obsesi kita terhadap sesuatu perkara, tidak kira sebaik atau sebagus manakah perkara yang dapat dicapai daripadanya dalam jangka masa pendek, kerana percayalah, tiada yang baik dapat dicapai dalam jangka masa yang panjang!

Ambil contoh ubat batuk. Dos yang secukupnya, membantu dalam melawan sakit batuk itu sendiri... Terlebih dos, kita akan menjadi seorang addict!

Tapi, jika tanpa obsesi George Lucas terhadap CGI untuk filem Star Warsnya, mungkin teknologi tersebut tetap di takuk yang lama, ye tak?


T/t: "Obsession is the game of the young..."- Obsesi itu permainan orang muda (The Prestige). Jadi, jika anda sudah tiada obsesi, mungkin anda sudah tua? hehehe... :D

2 comments:

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL