Sunday, February 21, 2010

Whistle!

 
watak utama - Sho Kazamatsuri


Whistle! merupakan manga bola sepak daripada Daisuke Higuchi, yang juga mempunyai versi animenya sendiri. Biasanya, kalau manga diadaptasi kepada anime, menunjukkan betapa popularnya manga tersebut! Mungkin manga ini tak seterkenal Captain Tsubasa, tetapi sekurang-kurangnya ia tiada unsur-unsur mistik seperti bertahan di atas palang gol untuk sepakan sudut pihak lawan! (haw haw haw!!) Let make no mistake, I love Captain Tsubasa aka Kickers, tapi, Whistle! adalah lebih down to earth... Lagipun ada beberapa perkara yang suka aku kongsi mengenai manga ni!

Sinopsis:

Cerita berkisar kepada seorang budak bernama Sho Kazamatsuri (biasanya manga Jepun, orang Jepun la heronya...) yang sukakan bola sepak (later on dalam manga didedahkan bahawa ayah beliau seorang bekas pemain kebangsaan Jepun, yang mati dalam kemalangan ketika Sho masih bayi, Sho dibesarkan oleh keluarga bapa saudaranya sebagai anak angkat). Disebabkan minat yang mendalam, dia menyertai middle school (equivalent of form 1 to 3 di Malaysia) yang terkenal di bandarnya dalam sukan bola sepak, juara daerah dan juga contender yang kuat bagi saingan Liga Kebangsaan peringkat sekolah, iaitu Mushashinomori, namun disebabkan tiada bakat istimewa ataupun kelebihan fizikal, dia cuma diletakkan sebagai ahli pasukan ke-tiga sahaja (third string). Walaupun dikira sebagai ahli kelab bola sepak, pemain pada third string sebenarnya tidak ubah seperti budak-budak untuk melakukan kerja-kerja rencam sahaja, seperti mengelap but pemain first string dan bola yang digunakan dalam latihan, serta melakukan latihan peringkat asas seperti menimang bola. Mereka langsung tiada peluang untuk masuk ke padang, hatta ketika latihan sekalipun (such a system for the school).

Jadi, hero kita bertukar sekolah untuk memperolehi peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama dan membuktikan kepada bekas sekolahnya mengenai nilai dirinya (Now, where did we heard the similar story?) dan memilih sebuah sekolah yang agak lemah pasukan bola sepaknya, iaitu Sakura Josui. Namun disebabkan status sekolah sebelumnya yang gah, dia disangkakan sebagai seorang pemain berbakat, dan kebolehannya dalam menimang bola telah menarik perhatian ramai di sekolah tersebut dan meletakkan harapan yang tinggi kepadanya. Hakikatnya, dia tidaklah sebegitu berbakat, dan apabila latihan sebenar dijalankan, terdedahlah betapa lame-nya hero kita ini. Namun, hakikat ini disedari oleh dia sendiri, dan bermulalah cabaran dan latihan untuk memastikan tempat dalam kesebelasan utama sekolahnya, dan kemudian mencabar pasukan-pasukan lain yang lebih hebat untuk muncul pasukan bola sepak sekolah menengah terkuat di Jepun...

Tipikal sahaja jalan ceritanya, namun penceritaan yang menarik, berisi dan bonus point untuk lukisannya, menjadikan manga ini sebagai antara karya yang top!

Ok, let's move on to something more important. Tujuan saya mengetengahkan manga ini ialah atas falsafah cerita ini yang sering ditekankan oleh Higuchi Sensei. Dengan tema tipikal bagi mana-mana manga shonen, manga ini juga berkenaan dengan "chase your dream and do not let it go!"

Bagi pembaca yang prihatin, pasti mereka akan dapat menjumpai ayat ini yang disebut berulang-ulang oleh beberapa karekter berlainan sepanjang cerita ini, iaitu,"Aku tidak akan mengabaikan bola sepak! Tidak pernah, dan tidak akan walaupun untuk apa sebab sekalipun!"

Inilah falsafah penting yang membentuk cerita ini. Daripada awal lagi hero kita berpindah sekolah dari sekolah yang elit kepada sekolah harian biasa demi bola sepak. Walaupun tidak memberikan impresi yang baik pada percubaan pertama dalam pasukan sekolahnya, dia tidak berputus asa dan terus berusaha. Kisah yang berlainan tetapi dengan tema dan moral yang sama diketengahkan lagi pada perkembangan cerita ini pada karekter-karekter yang berlainan. Antaranya salah seorang pemain yang tercedera, menghadapi risiko kehilangan posisinya dalam kesebelasan utama akibat dari kemunculan bakat-bakat baru. Namun dengan kecekalan yang sama, dia di-rejuvenate pada bahagian posisi yang baru yang berlainan. Terdapat juga kisah seorang karekter yang memilih untuk tidak mengabaikan bola sepak dengan menjadi jurulatih pasukan sekolah menengah setelah karier professionalnya hancur akibat konflik dalaman dan kecederaan. 

Tidak kisahlah apa jua kisah peribadi karekter-karekter dalam manga ini, satu kesamaan yang dibawa ialah moral pada ceritanya ialah "do not let go off football" yang mana adalah equivalent kepada "do not let go off your dreams"

Falsafah cerita ini yang begitu kuat dirasai dalam perkembangan ceritanya, bagi aku telah menjadikannya unik. Ia mengingatkan aku kepada perkara-perkara yang tidak boleh kita lepaskan dalam hidup kita. Sesuatu yang penting yang menjadi core kepada diri kita, yang tanpa perkara tersebut, hancur luluhlah kita dan tiada lagi sesuatu yang dapat merefleksikan diri kita di dalamnya. Now, such thing exist dalam diri setiap individu. Cubalah anda cari sesuatu dalam diri anda yang you can't live without, maka bersandarlah pada ia, dan don't let it go!! 

Persoalan sekarang ialah, apakah perkara/impian anda yang tak boleh dilepaskan??

Extra:

Daisuke Higuchi Sensei ialah seorang perempuan! (dan beliau melukis mengenai bola sepak, huhu), jadi tidak hairanlah jika anda menemui seorang karekter perempuan yang menggilai bola sepak dalam cerita ini, yang berusaha menubuhkan kelab bola sepak perempuannya sendiri di Sakura Josui. Kisah karekter ini juga mempunyai tema dan moral yang sama dengan tema dan moral utama manga ini.

Dalam manga ini juga ada diterangkan beberapa kaedah latihan dalam bola sepak dan juga beberapa taktikal asas, yang digunakan pasukan Sakura Josui dn pasukan-pasukan lain dalam manga ini. Antaranya, Mushashinomori dipotretkan sebagai sebuah pasukan yang berasaskan taktik serang-balas (counter-attack). Beberapa taktik telah aku aplikasikan dalam game PES, and seriously, its work!!

Bola sepak bukanlah sukan yang betul-betul popular dikalangan masyarakat Jepun, terutamanya sebelum World Cup 2002, kerana masyarakat mereka lebih berminat kepada sukan besbol dan American Football kerana mereka banyak terpengaruh dengan Amerika (strangely enough, we used to got 'Dasar Pandang Ke Timur' untuk mencontohi masyarakat Jepun, and Japanese got their own 'Dasar Pandang Ke Timur' mereka sendiri, iaitu memandang ke timur mereka, Amerika, huhu...), jadi untuk memperkenalkan sukan bola sepak dalam manga bukanlah satu tugas yang mudah, walapun dengan populariti manga terdahulu seperti Captain Tsubasa (dicipta sekitar WC '90 jika aku tak tersilap...)

Cerita ini, kononnya dicipta selepas Higuchi Sensei melihat World Cup France '98

Cerita ini sepatutnya masih belum tamat, namun sambungannya masih belum dikeluarkan oleh Higuchi Sensei

Aku akan membuat banyak lagi review manga, nantikan sahaja kemunculannya pada bila-bila masa yang aku terasa berminat....

T/t: Everton got lucky last night, Chelsea too...

2 comments:

  1. tak penah lak aku baca buku ni...

    tak ape kasi can everton menang
    bukan selalu m.u kalah

    ReplyDelete
  2. dulu ada siar dalam Kreko, but somehow season 1 dah abis, takde sambungan lagi... belum ada jilid buku kot? huhu...

    bg can jer tu kt Everton, haha

    ReplyDelete

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL