Wednesday, February 24, 2010

Evolution Theory!

Teori Evolusi merupakan satu teori yang dipelopori oleh Charles Darwin, mengenai hubung-kait antara benda hidup dan menyatakan bahawa setiap individu benda hidup mempunyai akar keturunan yang sama. Satu elemen terpenting dalam teori ini adalah setiap makhluk akan berevolusi, yakni berubah secara perlahan-lahan untuk berasimilasi dan beradaptasi dengan persekitaran mereka, dan biasanya mereka akan menjadi lebih 'maju' secara biologikal.

Bagaimanakah 'maju' secara biologikal itu?

Dengan meletakkan manusia sebagai makhluk/organisma termaju di atas muka bumi ini, sifat yang lebih menghampiri manusia dianggap sebagai lebih maju. Namun, secara mudahnya, jika sesuatu makhluk itu dapat beradaptasi dan berasimilasi dengan alam sekitar dengan lebih baik, mereka juga dianggap lebih maju. Contoh secara mudah ialah, jika seekor monyet itu mempunyai tangan yang lebih panjang untuk bergayut di atas pokok dan mencapai makanan di atas pokok yang lebih tinggi, ia akan dianggap lebih maju kerana mampu beradaptasi dengan lebih baik dengan suasana alam sekitar sumber makanannya.

Tujuan evolusi adalah demi melahirkan makhluk terunggul - so do said the theory...

Masalah mengenai sama ada teori ini benar atau tidak sebenarnya masih berterusan. Kurangnya bukti kukuh menyebabkan ahli Darwinism (mereka yang berpegang teguh kepada teori evolusi) masih gagal untuk meyakinkan orang ramai mengenai kebenaran teori ini. Aku rasa, mereka juga gagal meyakinkan diri-sendiri mengenai kebenaran teori ini.

Masalah mengenai Origin of Species Darwinism ialah, ia meletakkan manusia sebagai makhluk yang berasal dari beruk, sekaligus menolak pernyataan dari Bible dan juga Al-Quran iaitu Adam sebagai manusia pertama yang dijadikan Tuhan. Teori ini juga digunakan oleh ahli anti agama dan Tuhan untuk menolak hujah asal-usul kejadian manusia, terutamanya yang dibawa oleh agama-agama samawi. Masalahnya, bagi menolak dalil kitab-kitab agama mengenai asal-usul kejadian makhluk, teori ini masih belum cukup kuat! Kenapa? Kerana it's just a f*cking theory!!

 
Charles Darwin


Teori ialah, jika anda faham mengenai sains, merupakan satu hipotesis. Satu jangkaan terhadap sesuatu mengikut beberapa pendapat (atau imaginasi!) dengan sedikit bukti untuk dijadikan asas! Teori ialah sesuatu yang tidak mutlak dan boleh dinafikan kebenarannya. Apabila bercakap mengenai teori, it will be contestable, yakni anda boleh cuba untuk membuktikannya salah!

Jika perkara itu jelas tidak boleh dibuktikan salah, maka sains akan memanggilnya sebagai hukum/law. Ambil contoh Newton's Law of Gravity . Ia diberikan ungkapan 'Law' kerana ia mutlak! Setiap benda berjisim akan mempunyai graviti, iaitu satu daya tarikan terhadapnya. Bumi sebagai planet mempunyai jisim yang besar, lalu mempunyai graviti yang menarik buah epal dari rantingnya dan terkena kepala si Newton. Disebabkan oleh bukan sahaja buah epal yang tertarik ke arah bumi (tanah), maka teori graviti ini bertukar menjadi hukum graviti. Hukum tidak boleh dinafikan atau contestable (well, secara teorinya tidak boleh, unless somehow we got a strong case to deny a law, then we're really gonna put our name beyond Noble prize, we're gonna be a legend in science world!!). Antara hukum-hukum sains yang lain ialah Kepler's Three Law of Planetary Motion, tiga Newton's Law of Motion dan Denis Law... oops! Yang terakhir tu ialah legenda Manchester United, tiada sangkut paut dengan sains (unless keupayaan menjaringkan 45 gol semusim merupakan satu misteri sains...)

 
Sir Isaac Newton with THE apple...

Jadi, menggunakan Teori Evolusi untuk menerangkan permasalahan asal-usul kejadian makhluk secara saintifik adalam pre-mature dan naif, sekurang-kurangnya sehingga bukti yang lebih kukuh ditemui dari arkeologi. Bukti yang ada sekarang adalah tidak sufficient bagi menukarkan teori ini menjadi Law of Evolution.

Satu perkara yang menarik mengenai evolusi ialah, jika terdapat evolusi ke hadapan (makhluk menjadi lebih maju), maka mesti ada evolusi ke belakang (reverse evolution), yakni, jika manusia berasal daripada beruk, maka manusia seharusnya mampu berevolusi menjadi beruk balik... Well, at least in the theory...

But, with all those crap happening today, especially in our beloved country herself, seperti kes buang bayi dan sebagainya, maybe we already achieved the limits of reversed evolution, that is, we aren't go back to 'our' monkey ancestor but beyond that!

Well, enough with all those 'mind-exploding' scientific facts (and theories)...

Tujuan aku menulis mengenai evolusi sebenarnya hanyalah untuk mengaitkannya dengan situasi diri sendiri sahaja, tidak lebih dari itu, walaupun sebenarnya boleh je kalau aku terasa nak membincangkannya secara lebih lanjut...

Kita faham sekarang bahawa setiap makhluk dalam teori evolusi, adalah berubah kepada arah yang lebih baik dan maju. Mereka yang tidak mengikut keupayaan berevolusi ke arah yang lebih maju akan mengalami kebahayaan kepupusan. Ini dipanggil sebagai 'Natural Selection'!

Setelah banyak melakukan 'blog exploring' (that's right, I ain't blog walking, I hate walking! I just love exploring...huhu) even before aku ada blog sendiri, aku dapati bahawa blogger sekarang semakin jarang update blog diorang setelah mereka menyertai aplikasi sosial di internet seperti Facebook atau
Tweeter. Well, bukan masalah aku pun sebenarnya, suka hati diorang la nak buat apa pun, bukannya diorang berhutang dengan aku pun, ye tak?

Tapi sekadar untuk membandingkan dengan diri aku sahaja, aku hanya mempunyai blog beberapa bulan sahaja, dan dah ada Facebook way before ada blog (walaupun aku tak daftar Tweeter since I don't see any need for it...). jadi pada pendapat peribadi aku yang naif, setiap blogger akan berevolusi daripada mempunyai blog untuk tujuan sosial dan meluahkan pendapat/perasaan peribadi untuk bacaan/perkongsian bersama kawan-kawan, kini mereka mempunyai aplikasi internet lain yang lebih mudah bagi mereka daripada untuk meng'update' blog mereka dengan cerita-cerita sensasi mereka sendiri seperti Facebook dan Tweeter yang telah dinyatakan tadi...

Jadi, lain pula kes aku, apabila aku mula ber'blog' setelah diperkenal dengan aplikasi-aplikasi tersebut. Bagi aku, mungkin tanpa had untuk meletakkan 'bilangan patah perkataan' pada blog menyebabkan aku lebih berminat untuk berkongsi sesuatu seperti pandangan dan pendapat aku di sini berbanding dengan tempat-tempat seperti 'Shout Out' Friendster (that's right, I still got my friendster) ataupun ruang 'Status' Facebook. Lagipun, selama ni, aku hanya banyak berkongsi potongan-potongan lirik lagu sahaja pada kedua-dua ruangan tersebut... Namun, walaupun hanya lirik lagu, tetapi ada makna tersirat yang cuba aku sampaikan bagi mereka yang faham... Bagi mereka yang tak faham, tahulah bagi diorang bahawa itu adalah lirik lagu semata-mata... bagi mereka yang tak tahu itu adalah lirik lagu, maka mereka akan ingat aku berfalsafah, ha ha ha "D!!

Pada aku blog adalah lebih tersendiri dan bebas. Of course aku aware dengan peraturan dan undang-undang internet dan multi-media negara kita, tapi other than that, it's quite free... Orang boleh memilih untuk membacanya atau tidak, dan aku rasa ia lebih privasi... err, betu ke pemikiran aku ni? huhu

Anyhow, somehow I think I had evolve reversely compared to other blogger... So, tak mustahil jika kelak, nak tahu apa-apa pasal aku, ushar la blog aku daripada pergi ushar Friendster ataupun Facebook. Tapi, memandangkan blog ni akan di'subscribe' automatically dari 'Notes' Facebook aku, so secara senangnya bagi mereka yang ada Facebook aku untuk mengetahui update blog ini, wuahuah huah huah!!

But, if you wanna know something privately about me, juz give it up! I doubt you'll ever find it out here... haha!

Extra!!

T/t: Cockroach is by far the most advance creature! Since they were here before human, and still will be here after human! They have very sophisticated adaptation and assimilation system! Well, in theory of course... 

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL