Friday, February 26, 2010

Edisi Awal: Cinta Memerlukan Pengorbanan!

Orang cakap, "Cinta memerlukan pengorbanan!"

Namun, sejauh manakah pengorbanan yang diperlukan untuk membuktikan sekuat mana cinta kita?

Sempena Maulidur Rasul ni, sukalah aku membincangkan tentang pengorbanan rasulullah dalam merealisasikan cinta baginda terhadap Allah SWT, agama Islam, dan ultimately, kita semua sebagai umatnya...

Kita sering berbicara dan menyambut Maulidur Rasul. Ia sudah menjadi satu perayaan yang terpenting kepada kita sehingga ada yang termengadah apabila salah satu kerajaan negeri di Malaysia ini berura-ura untuk menyekat perarakan Maulidur Rasul di negeri pimpinan mereka. Namun, sejauh mana kita menghayati pengorbanan Rasulullah dan para sahabat dalam menegakkan Islam? Tak perlu lah kita mempersoalkan apresiasi kita melalui amal ibadat kita, aku tahu kita semua ada cacat celanya! Cukuplah sekadar pemahaman dan penghayatan kita mengenai sirah nabawi sahaja yang aku persoalkan...

Cuba bayangkan, dilahirkan sebagai seorang yang yatim dan menjadi piatu menjelang umur 7 tahun. Seorang manusia biasa pun dapat merasai betapa sukarnya hidup sedemikian. Dibesarkan tanpa kasih sayang ibu bapa kandung, namun ini menyediakan Muhammad (SAW) satu pentas pembinaan karekter bagi membantu baginda dalam misinya pada masa mendatang dalam riwayat baginda!

Baginda dibesarkan dengan mengembala kambing dan membantu bapa saudara baginda berniaga sehingga ke negeri Syam dan sebagainya. Tiada apa-apa yang signifikan dapat kita pelajari dari sejarah awal baginda melainkan baginda terkenal sebagai seorang yang sangat amanah dalam setiap aspek kehidupan, sehingga digelar sebagai 'Al-Amin'. Kejujurannya dalam berniaga menarik minat Siti Khadijah yang mempersuamikan baginda kemudian harinya.

Menjelang umur 40 tahun, sudah menjadi rutin baginda untuk pergi ke luar Mekah, ke Gua Hira' untuk melakukan ibadat ataupun diberitahu kepada kita melakukan khalwat (yakni bersendirian untuk menghayati ketuhanan). Untuk mengetahui bagaimana baginda boleh beribadat walaupun seruan Islam belum sampai kepada baginda ketika itu, hendaklah difahami bahawa agama Hanif (iaitu yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s) masih subur, cuma ia disadur dengan kepaganan apabila unsur-unsur berhala dimasukkan! Namun Muhammad (SAW) menolak penyembahan berhala, dan khalwat baginda di Gua Hira' boleh kita simpulkan sebagai satu meditasi dalam usaha mendekati dan mengenali sang Pencipta.

Namun, suatu hari ketika baginda berusia 40 tahun, baginda didatangi malaikat dan dilantik sebgai Nabi dan Rasul terakhir. Tak perlu la aku ceritakan lebih lanjut memandangkan aku yakin, we already know pretty much what happens next! Sekarang, untuk lebih memahami situasi baginda, aku akan cuba meletakkan situasi kita, sebagai orang biasa sebagai perbandingan. Bagaimana jika kita bertemu dengan malaikat atau mana-mana unsur ghaib ketika kita berseorangan di dalam gua? It will freak a hell out of us, for sure!

Apabila kita diberitahu, ketika kita berumur 40 tahun, bahawa kita terpilih untuk melakukan satu misi yang boleh dianggap mustahil, iaitu mengubah segala amalan dan adat istiadat yang sedia diamalkan dalam masyarakat setempat kita pada ketika itu, sanggupkah kita menerimanya? Di sini, bagi kes Rasulullah, baginda bertuah kerana mempunyai Siti Khadijah sebagai isteri. Siti Khadijah tidak mempersoalkan peristiwa yang menimpa baginda (lagipun dia tahu akan kejujuran Muhammad SAW), bahkan meyakininya dan menjadi pengikut baginda yang pertama! Jika anda sudah berkahwin, yakinkah anda pasangan anda akan melakukan perkara yang sama untuk something much less?

Apabila pertama kali baginda berdakwah kepada kaumnya, iaitu kaum Arab Quraish, mereka dihimpunkan pada satu bukit, dan berkatalah baginda,"Jika aku mengatakan kepada kamu bahawa ada segerombolan musuh di belakang bukit ini dan bersedia menyerang kamu, sanggupkah kamu mempercayai aku?" Tujuan baginda adalah untuk menguji sejauh mana kaumnya mempercayai baginda. Lagipun, kaum baginda sendiri yang menggelarkannya sebagai 'Al-Amin', iaitu seorang yang sangat boleh dipercayai... Lalu berkata, surprise, surprise, Abu Jahal (kalau aku tak silap, huhu),"Ya Muhammad, kami mempercayai segala yang kau perkatakan kerana kamu tidak pernah berbohong!" Lalu Muhammad (saw) membalas, "Jadi tahulah bagi kamu sesungguhnya aku dilantik menjadi Rasul dari kalangan kamu dan aku membawa risalah tauhid dari Tuhanku dan juga Tuhanmu" dan sekali lagi Abu Jahal berkata,"Sesungguhnya Muhammad itu berbohong dan sudah gila" (jika tak silap aku, baginda dicampakkan batu oleh Abu Jahal, maaf sebab aku tak boleh nak menyatakan dari riwayat mana datangnya kisah ini, tapi aku rasa it's pretty common for muslim to know this story... siapa yang tahu riwayatnya, boleh la bagitahu aku kt ruang komen, ok...)

Betapa mudahnya Abu Jahal, seorang bapa saudara Nabi SAW, yang pada awalnya sangat mempercayai baginda, menuduh baginda berbohong kerana baginda mengakui kerasulan baginda. Sebab apa Abu Jahal bertindak demikian, aku rasa pretty obvious, jadi aku tak terangkan lah di sini...

Jadi sekali lagi aku bertanya, mampukah kita bertahan di khalayak ramai apabila kita dituduh berbohong walhal kita memberitahu satu perkara sebenar, bahkan dicampakkan pula batu oleh khalayak kita?

Banyak dan panjang lagi kisah-kisah kesusahan yang dilalui baginda dalam memperjuangkan Islam. Antaranya seperti kisah baginda di Tha'if. Belum dikira dengan peristiwa pada 'Tahun Kesedihan', diletakkan batu besar ketika baginda sujud di depan Ka'abah, kecederaan daripada perang, kisah mengenai seorang nenek yahudi yang sering mencampakkan air muntah ke atas baginda apabila baginda melalui depan rumahnya ntuk ke masjid SETIAP HARI (!) dan bayak lagi...

Jikalah kita meletakkan diri kita sendiri di tempat baginda, mungkin masuk hari kedua sahaja kita diberikan tugas menyebarkan Islam, kita sudah berputus asa! Tapi tidak bagi baginda. Selama 23 tahun beliau berjuang, dan mungkin selamat untuk mengatakan, hanya pada tahu terakhir hidupnya sahaja penentangan terhadapnya mungkin boleh kita simpulkan sebgai berkurangan, kerana baginda sudah berjaya menawan kota Mekah!

Cuba kita bayangkan, jika baginda mengambil keputusan untuk tidak lagi menyebarkan Islam, kecuali pada kalangan yang telah pun menerimanya at his first effort, this is understandable jika diambil kira penentangan dan seksaan, serta ugutan dan cubaan bunuh terhadapnya, maka jika itu berlaku, berapa ramaikah dari kita sekarang yang masih dapat menikmati nikmat Islam itu sendiri? Jika kitalah yang diberi tanggungjawab itu, adakah kita mampu bertahan selama mana baginda, yang mampu mendoakan kesejahteraan penduduk Tha'if dan memohon hidayah untuk mereka, sedangkan dakwah baginda ditolak mentah-entah, menerima penghinaan dan lemparan batu-batu dari kanak-kanak di situ (it's a great insult for any adult to have little kid throw stones at you...)!

Siapakah kita untuk mengatakan bahawa, sebelum dilantik sebagai Rasul, baginda tidak mempunyai impiannya sendiri. Sekurang-kurangnya, baginda pasti mempunyai impian untuk membina keluarga yang bahagia dan hidup aman damai sehingga ke anak cucu.... Namun, segala impian itu harus dikorbankan untuk syiar Islam! Now, that's something to tell your love!

Pengorbanan baginda sebenarnya banyak lagi. Rujuklah sirah baginda dan hayatilah apa yang tersurat dan yang tersirat untuk penghayatan yang lebih mengenai pengorbanan baginda dalam menyebarkan syair Islamiah ke seluruh ALAM! Cubalah meletakkan diri kita sendiri pada tapak kaki baginda dan fikirkan apakah tindakan kita apabila melalui kesusahan dan cabaran yang dihadapi Rasulullah. Of course kita tidak sesempurna baginda dan baginda menerima pertolongan dari Allah swt sendiri, tapi sekurang-kurangnya we can get an idea what it's feel like to fight for what you believe and the truth in an era when everyone are opposed to you...

Dengan memahami jerit perih dan susah payah baginda, mungkin kita sedikit sebanyak akan lebih menghargai nikmat dan anugerah Islam yang diberikan kepada kita, terutamanya yang bergelar sebagai Islam baka seperti majoriti dari kita ini... Then, hope it will give us more strength to do what we been toughs by Islam...

Jadi, selamat menyambut Maulidur Rasul... perbanyakkan selawat ke atasnya pada hari ini dan juga pada hari-hari yang mendatang...

4 comments:

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL