Wednesday, February 10, 2010

Sukan Tempur: Antara Kawalan Berat Badan dan Peningkatan Prestasi

Mungkin ini merupakan entri berkenaan  Sport Taekwondo yang pertama dan terakhir yang akan anda baca dari saya, namun saya bersedia menulis mengenainya pada masa akan datang jika ada permintaan pada topik yang berkenaan. Namun, apa yang ingin saya sentuh dalam entri ini ialah obsesi terhadap penurunan berat badan dari kalangan atlet sukan tempur amnya, dan atlet Taewkondo khasnya.

Sukan tempur, termasuk Taekwondo, merupakan antara sukan yang menggunakan format kategori berdasarkan berat badan peserta. Ini membolehkan pelbagai kategori dicipta dan menambahkan bilangan peserta bagi sesuatu pertandingan. Antara tujuan utama kategori berat diperkenalkan adalah untuk memastikan setiap perlawanan adalah lebih adil dan seimbang memandangkan setiap peserta akan berhadapan dengan seorang sahaja pihak lawan (yakni situasi one on one), jadi faktor luaran akan terhapus.

Terdapat banyak pro dan kontra dalam melaksanakan kategori berat bagi sukan seperti ini. Antara pro yang jelas ialah ia membenarkan para atlet untuk bergantung banyak kepada skill dan strategi permainan daripada kelebihan fizikal semata-mata, seperti juga permainan-permainan atau sukan-sukan yang lain. Jadi dengan memperkenalkan kategori berdasarkan berat badan, kelebihan fizikal boleh dikatakan terhapus (setiap kategori adalah dalam range 5 kg), dan perbezaan setiap peserta akan lebih tertumpu kepada siapa yang mempunyai skill yang lebih tajam, persiapan fizikal dan mental yang lebih kemas, dan strategi terbaik!

Kontranya pula adalah setiap peserta harus mengekalkan berat badan mereka bagi memastikan mereka sentiasa bermain pada kategori yang mereka fikir akan memberi lebih kelebihan kepada mereka. Ini sepatutnya tidak menjadi masalah bagi ahli sukan professional, namun ia mampu menjadi isu yang besar bagi amatur, dan malang sekali, sukan Taekwondo tidak menyediakan platform untuk melahirkan ramai atlet professional, justeru, hanya atlet kebangsaan sahaja yang layak digelar professional kerana mereka mencari rezeki dari latihan dan pertandingan Taekwondo.

Antara kelebihan atlet Taekwondo yang menurunkan berat badan mereka adalah mereka mampu untuk bermain dalam kategori berat yang lebih ringan. Kategori berat yang lebih ringan biasanya memberi persepsi kepada atlet yang mereka bermain dalam kategori yang lebih mudah, kerana mereka akan biasanya berada dalam berat maksimum dalam sesuatu kategori itu. Mereka juga akan bertemu lawan yang secara umumnya adalah lebih kecil (small build) badannya, dan ini mampu memberi kelebihan dari segi kudrat/brute force  seseorang atlet yang lebih berat. Penurunan berat badan juga membolehkan seseorang atlet itu merasakan diri mereka relatifnya lebih ringan dari biasa, justeru mampu meningkatkan  speed mereka. Bagi sesetengah atlet yang lain, penurunan berat badan adalah perlu semata-mata mahu beraksi pada kategori yang lebih familiar atau lebih meyakinkan mereka untuk mencapai keputusan terbaik, kerana mereka sudah biasa menang pada kategori tersebut. (Biasa melibatkan mereka yang sudah lama meninggalkan latihan dan cuba untuk melakukan come back.)

Namun, dalam kelebihan, ada juga disadvantage-nya sendiri. Satunya yang nyata ialah, dalam kategori berat yang lebih ringan, cabaran dari kategori itu tidak semestinya adalah lebih mudah, walaupun seseorang atlet itu pernah memenangi banyak pertandingan dalam kategori tersebut sebelum ini. Pihak lawan yang bersusuk lebih kecil kadang-kadang bukanlah satu kelebihan buat kita, bahkan ia mampu menjadi sebaliknya! Konsep asas Martial Arts adalah untuk menewaskan musuh yang lebih besar dari kita dengan menggunakan seberapa sedikit kuasa/tenaga dalam seberapa sedikit jurus/teknik yang mungkin. Jadi, dalam Martial Arts, bersusuk kecil sebenarnya adalah kelebihan, justeru, idea untuk bermain dalam kategori berat yang lebih ringan dalam sukan tempur adalah absurd to say the least...

Faktor kelajuan/speed juga sebenarnya tidak banyak berkaitan dengan jisim/berat badan. Kelajuan mampu dilatih tanpa perlu mengorbankan berat. Lagipun, momentum/impak seseuatu serangan adalah lebih besar jika jisim dan kelajuan adalah lebih tinggi. Jadi menurunkan berat badan bagi meningkatkan kelajuan bukanlah satu cara yang ultimate untuk meningkatkan kelajuan itu sendiri!

Oleh itu, saya mencadangkan, jika anda masih tetap ingin menurunkan berat badan untu sesuatu sukan tempur, pastikan anda melakukannya dengan penuh sistematik. Nasihat pakar pemakanan sukan adalah penting dan anda perlu bersedia untuk berkorban dalam mematuhi diet dan jadual latihan yang ketat. Keseimbangan adalah penting, yakni, anda tidak boleh menurunkan berat badan dengan mengorbankan tahap prestasi anda, kerana ia simply didn't help the course! Berat badan anda harus turun tanpa menjejaskan prestasi anada secara keseluruhan. Beberapa perkara asas yang perlu diambil kira antaranya:

-Gizi seimbang bukanlah ultimate goal anda, jadi diet yang seimbang tidak semestinya apa yang anda perlukan. Anda harus memerhatikan protein, karbohidrat dan lemak yang anda ambil seharian, dan disesuaikan dengan jenis latihan anda. Ini kerana, anda pastinya tidak mahu membina otot berlebihan semasa latihan anda kerana ia mampu menjurus kepada penambahan berat badan anda. Jadi diet anda dan penumpuan latihan harus diseimbangkan agar tiada otot baru yang terhasil sepanjang masa anda dalam proses penururnan berat badan.

-Walaupun  anda harus mengikut jadual diet yang ketat, pastikan juga anda tidak mengurangkan intensiti latihan anda tidak jatuh mendadak bagi menjaga tahap performance anda.

-Bagi kes mengurangkan berat badan, saya mencadangkan pengambilan caffein/coffee secara kerap kerana ternyata ia satu cara yang ultimate yang paling selamat untuk pengurangan berat badan, tapi awas! Apa sahaja cara yang melibatkan drugs harus diselia oleh doktor anda, dan jangan BERLEBIHAN!

PENINGKATAN PRESTASI
Jika anda kurang yakin, atau kaedah penurunan berat badan adalah tidak berjaya bagi anda, satu alternatif lain, yang saya lebih prefer daripada mengawal berat badan ialah dengan cara meningkatkan prestasi! Pastikan anda mampu beraksi pada tahap prestasi tertinggi pada setiap masa tanpa mengira kategori apakah yang bakal anda masuk ketika pertandingan kelak. Ini merupakan satu kaedah yang tidak kurang susah juga, namun cara ini adalah lebih ultimate daripada pengawalan berat badan. Maksud saya, dengan tahap prestasi tertinggi, kebarangkalian anda dapat memenangi kategori anda adalah lebih tinggi daripada anda bersusah-payah menurunkan berat. Dengan memfokuskan kepada prestasi anda, kategori berat yang akan anda ceburi adalah sesuatu yang tidak akan menjadi halangan besar. Ini kerana anda akan sentiasa bersedia, dan feel good factor akan sentiasa membantu mental anda dalam persiapan menghadapi perlawanan. Ia juga memberi advantage yang lebih besar jika sesuatu selection bagi setiap kategori berat dijalankan, kerana dengan menjadi yang terbaik, kategori berat anda sudah tentu akan menjadi milik anda!

Ironinya, mereka yang mampu mngekalkan prestasi terbaik sepanjang masa, akan mendapati masalah berat badan bukanlah masalah mereka, jadi tiada sebab yang munasabah bagi mereka menurunkan berat badan, huhuhu...

Jadi, secara keseluruhannya, dapat disimpulkan, untuk menyertai sukan tempur, anda harus bermain dalam kategori berat yang anda paling yakin anda mampu menang! Sesetengah atlet memang mempunyai preferance weight category mungkin disebabkan mereka sudah berpengalaman dengan pihak-piahak lawan dalam kategori tersebut. Atau anda boleh memilih kategori berat yang anda rasa anda mempunyai feel good factor terhadapnya in term of fitness level and mentallity. Tetapi, yang paling saya recommend secara peribadinya ialah kategori berat yang sesuai dengan berat unggul anda, dan anda mampu memberikan prestasi terbaik anda dalam julat berat ini.

Secara peribadi, saya tidak melihat masalah berat sebagai sesuatu yang menghalang kemajuan atlet dalam sukan ini. Ia lebih kepada peraturan untuk menyediakan platform yang lebih adil bagi sukan subjektif ini. Ia juga memberi ruang untuk sesetengah jurulatih untuk merangka strategi, dan ia tidak lebih dari itu. Setiap peserta/atlet mampu mencapai prestasi terbaik mereka dalam mana-mana kategori jua, asalkan mereka menitik beratkan prestasi mereka sepanjang masa. Untuk itu, masalah berat naik atau turun tidak akan timbul, melainkan terdapat strategi yang telah ditetapkan sejak dari awal-awal lagi. Selaku seorang atlet yang baik, strategi harus sentiasa diikuti terutamanya apabila ia melibatkan satu pasukan.

Sebagai inspirasi kepada semua atlet sukan tempur, bagi membuktikan kategori berat anda bukanlah penghalang kepada kejayaan anda, ambil sahaja contoh Manny Pacquiao peninju terkenal Filipina yang mencapai banyak kejayaan dalam kategori berat yang berlainan! Ini membuktikan berat badan bukan faktor atau penghalang kejayaan, disiplin dan keinginan merupakan sesuatu yang lebih utama!



antara koleksi pertarungan terhebat Pac Man

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL