Sunday, February 14, 2010

Luffy boleh la... Dia makan Buah Getah!!

Sebenarnya banyak yang aku nak tulis sebenarnya, tapi aku memang malas sikit nak research mengenai fakta-fakta perkara yang aku nak tulis (ok la, ok la, aku malas banyak!)

Tapi siapa la aku ni kan, nak menulis mengenai sesuatu yang menyentuh sensitiviti ataupun nak menunjukkan betapa pandainya aku ini dalam certain topic, huah huah huah!! =D

Ya lah, tanpa kajian mendalam, bagaimana seseorang itu akan menerima buah fikiran aku, kan? Nanti aku dikatakan syok sendiri saja... (walhal aku tak pernah paksa sesiapa pun baca jadah yang aku tulis nie, huhu...) Adakah tanggungjawab aku untuk mendidik masyarakat mengenai beberapa isu sensitif yang menular dalam masyarakat masa kini? Jika ya, adakah mereka akan mendengar pendapat naif aku ni? Sedangkan Nabi SAW pun ditentang umat yang diseru baginda, sedangkan kedatangan baginda di dunia adalah untuk memberi rahmat kepada sekalian alam... aku? huhu

Aku ada terfikir untuk menulis mengenai beberapa topik yang aku kira agak menarik sebenarnya, saje je, nak meluahkan pandangan dan pendapat aku sendiri, bukan berniat nak menyinggung sesiapa. Antara yang pernah aku tulis sebelum ni pun, banyak berkisar kepada perkara-perkara sebegini dan pendapat aku biasanya dikuatkan dari pengalaman peribadi aku sendiri, nothing much, and nothing special...

Antara topik yang aku ada terpikir ialah "Mengapa Ang Pow harus diberikan kepada mereka yang belum berkahwin bagi masyarakat Cina?" Apakah kisah disebaliknya? "Mengapa Kerajaan Pusat Harus memberikan Royalti Minyak Kepada Kerajaan Kelantan", "Rasional Penubuhan Taekwondo Malaysia(TM) dan kesannya kepada atlet Taekwondo Malaysia", "Benarkah kebanyakan Martial Arts berasal dari Tarian?" dan banyak lagi! Tapi mungkin sekali ia tidak akan dapat dipublishkan dan akan kekal bersawang di draft sahaja (sebab aku dapati amat sukar sekali nak siapkan artikel, terutamanya yang melibatkan fakta-fakta dan kajian, justeru, aku lebih senang buat artikel berkenaan Man United terutama apabila mereka sudah menang, wokaka!!)

Satu quote yang menarik yang aku dapati dari satu 'kitab purba', berbunyi : Bercakap itu mudah, tapi siapa pula yang akan mengamalkannya? Well, you ask me, that quote make much senses! Menyuarakan pendapat itu adalah hak bagi sekurang-kurangnya dalam negara bebas berdemokrasi seperti Malaysia ini, tapi setiap pandangan dan pendapat akan mendatangkan reaksi. Sering kali dari tidak reaksi yang senang didapati sudah tentulah reaksi negatif!

Lihat sahaja dalam site yang paling mudah, You Tube, contohnya, dalam sesuatu clip yang melibatkan, ambil contoh video clip sesuatu lagu dari seseorang artis, ada sahaja komen yang tidak senang atau tidak menyukai mengenai artis tersebut. Ya, sudah tentu kita ada artis ataupun sesiapa saja yang kita tak suka, dan tiada satu manusia pun di muka bumi ini yang disukai oleh semua orang (contoh Rasulullah SAW tadi masih ter'apply'), tapi, perlukah kita menyatakan, "Owh, I hate xxxx (isi dengan mana-mana nama artis atau politic figure)" dalam clip video mengenai mereka? Hahaha!! Doesn't make sense if you ask me!

Masalahnya ia ter'apply' bagi hampir semua perkara. Itu baru You Tube...huhu

Ya, bercakap itu mudah! (atau menulis dalam hal ini...)

Oh ya! Aku dah subscripe aku punya blog ke FB, jadi post ini akan automatik masuk note aku di Facebook... Hmm... Ini bertentangan dengan prinsip aku sebagai seorang yang suka berahsia, harhar!!

T/t: Kitab purba yang aku maksudkan ialah komik Tony Wong, Dewata Raya...

1 comment:

  1. "Mengapa Kerajaan Pusat Harus memberikan Royalti Minyak Kepada Kerajaan Kelantan",

    baik ko tulis cepat pasal ni
    sebab aku rasa cam dah dapat idea je nak tulis pasal ni
    erk888

    ReplyDelete

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL