Saturday, February 20, 2010

Royalti Minyak: Berikan Saja Wang Itu...

Seboleh-bolehnya aku tidak akan membincangkan keadaan politik berteraskan parti di negara kita ini, kerana sejujurnya, aku tidak mempercayai kedua-dua pihak itu (atau ketiga-tiga, ke-empat-empat atau whatever their counts really are, depending on how many you think they really are...). Namun sebagai seorang pengundi yang berdaftar, aku kira aku mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan aku terhadap isu-isu politikal di Malaysia. Pada pandangan aku, setiap rakyat Malaysia yang mampu mengundi, dan berdaftar, mempunyai hak untuk sekurang-kurangnya menyatakan pendapat mereka kerana kitalah yang memegang kuasa sebenar, dan parti-parti politik ini harus mendengar pandangan rakyat kerana kitalah yang 'mengurniakan' kuasa pemerintahan kepada mereka!

Jadi, kepada mereka yang memberontak dan tidak mahu mengundi atau tidak mendaftar sebagai pengundi tu, tak payahlah bising-bising menyatakan pandangan atau kutukan, kerana anda tidak mengundi pun (dengan kata lain melaksanakan kuasa selaku seorang rakyat dalam negara demokrasi), jadi anda tiada hak untuk mengompelin atau mengutuk mana-mana pihak, haw haw haw!!

Jadi, sebagai seorang rakyat Kelantan yang mengalami kesan terus daripada isu Royalti ataupun wang ihsan minyak ini, berikut merupakan pendapat aku mengapa Kerajaan Pusat harus meluluskan pemberian wang Royalti kepada kerajaan Kelantan.

Sesungguhnya, tidak kiralah siapa pun yang memegang teraju pemerintahan Kelantan, sama ada parti pembangkang atau pemerintah, peraturan yang tercatat dalam Perlembagaan harus dipatuhi semua. Ini termsuk juga mana-mana perjanjian yang melibatkan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat, termasuk juga dalam hal royalti minyak ataupun wang ihsan.

Persoalannya mudah sahaja, mengikut peraturan adakah ia wang ihsan ataupun royalti? Jika royalti, berikan sahaja, jika wang ihsan, pastikan apabila kerajaan bertukar tangan kelak (jika terjadi), kekalkan kepada wang ihsan!

Persoalan di sini bukanlah hak rakyat Kelantan atau keadailan terhadap rakyat Kelantan. Kami rakyat kebanyakannya tidak akan kisah mengenai apa yang patut atau tidak patut diterima oleh kerajaan negeri! Aku bersetuju dengan Harian Metroll, di mana mereka berhipotesis jumlah wang ihsan yang bakal diterima oleh rakyat Kelantan kelak adalah jumlah yang sebenar akan diterima rakyat walaupun royalti, dengan nilai yang lebih tinggi, diluluskan oleh kerajaan pusat. Aku percaya, mana-mana parti sahaja yang memerintah negeri ini akan melakukan korupsi juga, sedikit-sebanyak. Jadi, isu menuntut royalti ini sebenarnya mainan politik puak-puak atasan bagi meragut kekayaan negara, usahlah berbohong!

Masalahnya ialah, apabila PAS memegang tampuk pemerintahan Kelantan, hanya Wang Ihsan yang diberikan kepada kerajaan negeri. Aku percaya, isu ini akan digunakan BN untuk pilihanraya akan datang dengan menabur janji yang mereka mampu meminta kerajaan pusat (pimpinan diorang jugak) untuk memberikan royalti kepada kerajaan Kelantan. Ini mungkin mampu meraih beberapa peratus undi terutamanya dari pengundi luar bandar dengan janji wang royalti digunakan untuk membantu kebajikan mereka.

Namun, jika ini terjadi, BN hanya akan menjerat diri sendiri! Kenapa?

Kerana ketidakadilan itu akan terserlah! Rakyat akan nampak bahawa kerajaan pusat akan melakukan apa sahaja untuk menindas kerajaan negeri dari parti pembangkang, dan jika mereka yang memerintah negeri tersebut, maka segala larangan atau halangan yang dihadapi kerajaan negeri yang sebelum ini diperintah pembangkang, akan terhapus! Ini jelas, mereka sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menipu dan menindas rakyat di negeri-negeri pembangkang demi memastikan mereka mampu secara halus mengugut rakyat tempatan untuk memberikan kuasa kepada mereka. Jadi timbullah isu seperti kerajaan Pas dapat 'wang ihsan', kerajaan BN dapat 'royalti'!

Aku bercakap kosong?

Bagaimana dengan negeri Terengganu yang selama diperintah BN, para pemimpin dan kerajaan menikmati wang royalti dari kompeni minyak kebangsaan, tetapi ketika PAS mengambil alih negeri tersebut untuk sepenggal, tiba-tiba sahaja ditukar kepada 'wang ihsan'? dan sekarang, apabila BN kembali berkuasa, rakyat Terengganu sekarang menikmati 'wang ihsan' atau 'royalti'?

Apa yang cuba aku luahkan disini ialah, rakyat tahu dan faham bahawa keadilan tidak akan berpihak kepada mereka! Sama ada wang ihsan ataupun royalti yang diberikan, berapa kerat sangatkah wang itu akan dirasai rakyat jelata? Apakah perubahan yang akan mampu kami saksikan dan nikmati? Mungkin bagi aku dari keluarga sederhana, perkara ini tidak dipedulikan sangat, asalkan dapat menikmati hidangan tiga kali sehari sudah cukup (itu pun sesetengahnya hingga perlu berdiet, and even better, masuk the Biggest Loser Asia...), tapi bagaimana dengan nasib orang-orang yang lebih kurang bernasib baik seperti penduduk kampung yang miskin sebagai contoh? Well, sorry to say, either kerajaan pusat memberikan royalti atau tidak, ataupun kerajaan bertukar tangan kepada BN dan royalti diluluskan kepada Kelantan, mereka, kebarangkalian besar, masih tidak akan dapat menikmatinya...

Ya, ianya tidak adil, tetapi untuk memetik satu dialog dari sitkom Amerika yang sedang ditayangkan di Astro Warna sekarang ini, "Your sister and brother in-law, who barely graduate from high school, live in the house as big as mine (college graduate), FAIR has flewn out the window long time ago!"

Rakyat yang berfikir dan belajar dari sejarah tahu dan nampak, perkara ini tidak akan ke mana... Wang itu, dapat dalam apa bentuk sekalipun, tetap akan berlegar-legar kebanyakannya pada pemimpin yang tinggi-tinggi jawatannya. Jika anda termasuk dalam senarai kroni-kroni mereka, beruntunglah anda mampu merasainya sedikit sebanyak... Jika tidak, meleleh sajalah air liur melihat orang lain menikmatinya, sedangkan anda tidak, itulah hakikatnya!

Apa yang kami harapkan cuma satu, iaitu 'cut the crap out!!'. Jika BN ingin menguasai Kelantan dan menikmati royalti minyak Kelantan selepas memperoleh negeri ini, maka mereka harus meluluskan permintaan royalti minyak kepada PAS! Dengan cara itu, jika PAS tetap gagal menggunakan royalti tersebut untuk memajukan negeri sebaik-baiknya, mereka akan mempunyai strong case untuk PRU akan datang untuk turn the table around! Apabila mereka sudah boleh membentuk kerajaan di Kelantan, tiada siapa yang akan mempersoalkan mereka mengambil royalti dari kompeni minyak kebangsaan!

Namun, jika Wang Ihsan yang diberikan, dan mereka berjaya menguasai Kelantan selepas PRU akan datang, mereka juga harus redha dengan Wang Ihsan sahaja! Mereka mungkin akan cuba merayu dan meminta kerajaan pusat untuk memberikan royalti kepada mereka, dan aku percaya mereka akan memperolehnya jika benar mereka melakukannya. Dan jika itu berlaku, rakyat akan nampak betapa besarnya pembohongan yang sedang berlaku, dan tidak mustahil, mereka akan kembali jatuh pada PRU berikutnya (beside, rakyat Kelantan sememangnya berani melakukan tindakan sedrastik itu...)

Ya, kami tahu anda ingin 'memakan' wang itu sendiri, dengan pemberian wang ihsan kepada PAS, dan royalti kepada BN jika mereka berjaya mengambil Kelantan dalam PRU berikutnya, nilai wang yang mampu dikorupkan oleh PAS mungkin lebih sedikit berbanding nilai yang dikorupkan oleh BN, namun ia hanya melibatkan 'cut the loss' between both parties, rakyat never involved in their equation from the start!! Tapi ingat! Kerana kami tidak mampu menghalang korupsi yang berlaku, ia tetap mencabar kebijaksanaan dan maruah kami jika ditipu hidup-hidup, lalu tindakan atau hukuman yang paling berat akan rakyat berikan di dunia ini ialah dengan shift of the vote (har har har-gelak setan merah!!)

Soal keadilan terhadap rakyat jelata tu, kita berkira balik kat Padang Mahsyar, depan Tuhan kelak...

T/t: Mungkin apa yang aku tulis ni, cuma andaian dan paranoia aku sahaja, namun ia bukanlah tidak pernah terjadi... Mungkin ada yang akan mempersoalkan aku mengenai sejauh mana bukti aku ada untuk mengatakan PAS atau BN adalah korup, tapi, hey... sejauh mana pula bukti yang anda ada untuk mengatakan mereka tidak?

1 comment:

  1. sungguh gile kerajaan pusat
    nak bagi 20 juta jek
    dunhill dulu taja liga malaysia pun 40 juta

    ReplyDelete

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL