Tuesday, February 16, 2010

Edisi Awal: Pertembungan 2 Kelab Dajjal...

AC MILAN VS  MAN UTD
3.00 am waktu Malaysia

Pertembungan klasik antara dua kelab bola sepak premier Eropah ini menjanjikan satu lagi aksi menarik Kejohanan Liga Juara-Juara Eropah. Setelah 8 kali pertemuan dalam saingan Eropah sejak dari zaman Sir Matt Busby lagi, Milan banyak kali telah menyebabkan United tersingkir dari pentas kejohanan ini! Terbaru ialah pada tahun 2007 apabila United tersungkur di San Siro, 3-0...

Namun, yang lepas itu biarlah lepas... Apakah yang menanti United di San Siro awal pagi nanti (waktu Malaysia)?

Berikut ialah key figure serta analisis 'sendiri-sendiri suka' dari aku...

AC Milan:
Selaku pemegang kejuaraan ini sebanyak 7 kali, Milan bermain untuk maruah yang tinggi, lebih-lebih lagi di tempat sendiri, berbekalkan tonik kemenangan 3-2 ke atas Udinese hujung minggu lalu...

Player to watch:

Ronaldinho
Dikatakan persembahan beliau di Milan ketika ini adalah pada tahap terbaik seperti pada ketika beliau memenangi anugerah World Player of The Year 2 tahun berturut-turut di Barcelona dulu. Salah satu playmaker tua Milan... (Apa? dia belum 30 tahun lagi??)

Alexandre Pato
Next hot thing from Brazil... tapi aku selalu doubt of how good he really is, until Milan beat Real Madrid dalam first game UCL season ni. Agak bagus, tapi masih mentah lagi...

Klass Jan Huntelaar
Dijangka diturunkan selepas Bariello injured. Agak bagus dan pernah masuk radar pemain yang diingini oleh United, namun persembahan lembab di Madrid menyebabkan pemindahannya ke Milan, belum menunjukkan potensi yang sebenar, namun menjaringkan 2 gol pada perlawanan hujung minggu lalu

Clarence Seedorf dan Andrea Pirlo
Dua maestro midfielder terhebat Milan. aku tak pasti sama ada kedua-dua mereka akan turun atau tidak, tapi Pirlo sudah semestinya bermain, pakar dead ball!


Manchester United
Dengan reputasi selaku juara 3 kali, United turun dengan rekod yang memberangsangkan dalam perlawanan di tempat lawan dalam kejohanan ini kebelakangan ini (agak pelik kerana biasanya United sangat kuat di Old Trafford). Setelah mencapai dua Final dalam dua musim berturut-turut, United berharap dapat mencapainya sekali lagi, dan mengalahkan Barcelona, atau Real Madrid, atau Chelsea di perlawanan akhir bagi mencipta kenangan manis buat Pengurus, pemain dan paling penting, peminat mereka! Huargh huargh huargh!!!

Player to watch

Wayne Rooney
Dengan 23 gol dari semua kejohanan, Wayne "Red Hot" Rooney memang merupakan antara penyerang paling on form di muka bumi pada ketika ini! Namun, beliau belum membuka akaun beliau dalam kejohanan ini musim ini, satu statistik yang membimbangkan! Namun, jika statistik yang menjadi taruhan, maka Liverpool takkan tersingkir awal dari kejohanan ini, dan Barcelona takkan kalah kepada Rubin Kazan...

Nani
Winger dari Portugal ini dikatakan telah menunjukkan potensi sebenar beliau dalam beberapa perlawanan terakhir Manchester United baru-baru ini, dan diharap persembahan beliau kekal konsisten sehingga habis musim. Kehebatan beliau selain dari larian yang laju, beliau mampu membuat crossing cantik yang terus sahaja akan menyebabkan goal keeper pihak lawan menolak masuk bola ke gawang sendiri...

Antonio Valencia
Pemain yang rajin dengan crossing-crossing yang lebih mengancam daripada Nani sebenarnya, masalahnya ialah beliau kurang kreativiti dalam mengatur gerak dan jarang shoot bola, ini membolehkan bek pihak lawan senang mengagak arah larian dan hantaran beliau... Namu, jika dapat agak, tapi tak boleh sekat pun tak guna jugak...

Dan ramai lagi...
Senang cerita, perhatikan juga Rio Ferdinand, Park Ji Sung, Darren Fletcher, Michael Carrick dan Paul Scholes, mereka boleh dan akan memberikan sesuatu kepada persembahan United! Dan berharap juga nasib malang atau jinx bermain di Itali (termasuk Final season lepas) akan berakhir, atau sekurang-kurangnya tidak berulang...

Extra 
Beckham akan bermula dari bangku simpanan, manakala Vidic, Anderson dan Ryan Giggs yang injured akan terlepas pertembungan ini.


Tahukah Anda?
Michael Owen (ya, Michael Owen!!) adalah penjaring terbanyak United dalam UCL season ini dengan 4 gol, termasuk hat-trick ketika menentang Wolfburg... Beliau adalah di tempat kedua dalam kedudukan penjaring terbanyak Kejohanan Eropah ini musim ini, 2 gol di belakang C.Ronaldo!!
Expect him to start....


1 comment:

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL