Monday, July 5, 2010

You tired of running, tired of listening, tired of hurting...

Aku ingin cuba mengutarakan sesuatu yang serius, namun gagal...

Kegagalan ini berpunca daripada ketidakpekaan aku terhadap situasi isu semasa yang serius. Perkara yang paling serius aku tahu ialah World Cup, which hardly serious enough unless you're an Africa, Brasilian other Nation who still left in the tournament...

Aku rasa jengkel dengan diri sendiri apabila 'terpaksa' menggunakan bahasa rojak, tapi aku hanya tulis apa yang terlintas, so, kalau yang terlintas tu dalam bahasa Inggeris, apa boleh aku buat? Satu-satunya yang aku cuba jaga dalam penulisan aku ni ialah ejaan... Kadang-kadang tu, aku sengaja buat kesalahan tatabahasa untuk memudahkan pembacaan, walaupun aku tahu sesetengah ayat itu salah dari segi tatabahasanya, sama ada bahasa Inggeris atau Melayu...

Penggunaan istilah pun aku jaga jugak...

Ok, enough about me! This blog ain't about me anyway, ye tak?? [huhu]

Sepanjang Julai [which is understatement, since Julai baru masuk hari ke-5] ni, aku asyik travel je... First balik kampung pada 30 Jun malam, sampai pagi 1 Julai di KB, and then, petang tu jugak bergerak ke Kemaman. Esoknya, ada program di Kemaman dari pagi [8.00am] sampai petang [7.00pm]. I thought of blogging about it, but then I thought, it would be boring... [which, again, an understatement, coz my blog IS boring :p]

Then, lepas je program tu, terus gerak ke Batu Pahat dari Kemaman, ikut Segamat, Labis and so on... [note that, untuk program kat Kemaman tu, aku dah berpeluh bagai, terus je travel ke Batu Pahat tanpa mandi dulu atau tukar baju...huhu]. Berhenti kejap dalam 11.30 lebih, lebih kurang, dan sempat tengok gol pertama dan kedua Belanda ke atas Brazil [sekali gus menafikan teori aku yang Brazil hanya boleh dikalahkan oleh Itali atau France...], then terus ke Batu Pahat, berpusing-pusing cari hotel sampai pukul 2.00 pagi [lebih kurang].

Oh, aku tak travel sendiri, aku travel dengan family, sebab nak hantar adik aku ke Batu Pahat tu, register first year undergraduate...

Sepanjang perjalanan, banyak benda berlegar-legar di ruang otak berkarat aku ni. Banyak jugak benda-benda yang tak kurang seriusnya aku nak cuba kongsi di sini...

Tapi malangnya, aku memerlukan mood untuk mendapatkan idea, dan memerlukan idea untuk menulis. Lagipun banyak point-point dalam perjalanan hari tu aku tak jot down pasal dah habit... [hehehe]

So, kita cerita pasal bola sekejap [pembaca: tipikal!! BOO.]

Seperti diketahui, aku support South Korea tahun ni just for the Lulz [pinjam ayat Obe plak...]! Tak, sebenarnya sebab saje je nak support team asia, dan team asia yg paling kuat pada pandangan aku ialah South Korea [Yes! I'm a glory hunter! Cursed me!!].

Lepas SK kalah, terus jadik neutral. Macam tu la aku setiap kali World Cup pun, pilih satu team, bila depa dah kalah, terus jadik neutral. Yang aku favor pun kiranya ikut match la... Tapi biasanya yang aku support memang kalah! [so, sape-sape yang nak team dia menang tu, pujuk la aku untuk support team lawan korang, huhuhu...]

Tahun-tahun sebelum ni, aku favor Argentina lebih sikit dari team-team lain... Sebenarnya, aku pun tak tahu kenapa aku support Argentina, sebab ia penuh ironi...

Negara miskin, walaupun reputasi dan bakat tinggi, tapi pencapaian tak memberangsangkan, ramai bintang, but feel like missing something. Dan yang paling ironinya ialah, tiada seorang pun pemain Argentina yang berada dalam skuad Man Utd lebih dari 3 musim [tak silap - ke 2 musim?], menyebabkan aku tertanya-tanya, apsal Fergie susah nak melekat dengan player Argentina?

Tapi skuad Argie sentiasa menunjukkan mutu permainan yang tak disangka-sangka. Contohnya, masa 2002, diorang feveret, tapi main hampeh gila. Bila 2006, tak feveret, tapi terus jadik feveret lepas belasah Serbia 6-0, best match of 2006! Pastu terus sampah bila kalah ngan Jerman tanpa menurunkan pemain prodigy time tu, Lionel Messi, dan mengeluarkan maestro Riquelme sebelum 90 minit... Tahun ni pun sama,nyawa-nyawa ikan nak lepas qualifying, tapi,lepas cruising through group stage, kena lauk dengan Jerman pulak... cam bangang, kan?

Mungkin sebab utama aku support Argentina sebab kena psiko ngan ayah aku dulu, katanya Maradona sangat otai! Lagipun, sepupu aku dah pick Brazil, dan abang aku, seperti biasa ialah lalang, [walaupun Itali merupakan satu-satunya team bolasepak yang dia support dengan paling konsisten, guess which team dia support tahun ni?]. So, untuk lari dari klise, aku support la Argentina time 1994 dulu (time tu, mana nak kenal Korea atau Jepun lagi...)

Ok enough about me... [again]

Prediction aku untuk Final kali ni agak bercampur baur sebenarnya. Banyak faktor nak diambil kira. Ya lah, bola ni bukan kira skil, team spirit atau taktikal saja, kena kira luck jugak... Bila mana pengadil terlepas off-side, terlepas bola lepas line gol ke tak, terlepas pandang foul atau lakonan... semua faktor tu kena diambil kira!

Tapi satu yang pasti, semua team di semi-final aku kira mempunyai peluang 50-50, bukan sahaja untuk berjaya masuk final, tetapi jugak untuk muncul Juara edisi kali ni! [by right it should be 25-25-25-25, sebab ada 4 team, kan?]

Uruguay

nampaknya nasib team ni sangat kuat, terutamanya diambil kira daripada dua perlawanan kalah-mati sebelum ni. Diasak teruk oleh South Korea setelah mendahului pada minit ke-8, tapi berjaya restore lead sebelum permainan tamat. Lepas tu, seri 1-1 dengan Ghana sehingga masa tambahan, dan satu penalti Ghana pada minit ke-90 terkena palang gol. Dah la penalti tu akibat daripada 'tangan Tuhan' Suarez, yang, kalau dia tak tahan bola tu, confirm-confirm Uruguay dah terkeluar [talk about from hero to zero to hero again...]. Then, seperti yang sedia maklum, kalau nak menang penalti, memang kena ada luck yang kuat!

'Luck' sekali lagi akan menjadi kata kunci kepada kejayaan Uruguay apabila menentang in form Belanda dalam semi final, tanpa kelibat 3 tonggak utama mereka, termasuk Suarez [kalau aku tak silap]. Jika mereka boleh lepas dengan Belanda, tak kira dengan betapa bernasib baiknya mereka, aku tips diorang boleh menang World Cup, sebab, biasanya team yang kuat dia punya luck memang tak mustahil jadi juara...

Belanda

If you can beat Brazil, chance is, you can also win World Cup. Lagipun, bukan calang-calang team Brazil yang diorang kalahkan, dah tu diambil kira hakikat yang mereka ketinggalan untuk hampir keseluruhan game tersebut. Dua key players diorang, Robben dan Sneijder pastinya menjadi senjata utama diorang. Aku tips Sneijder confirm menang Ballon d'Or dan FIFA Player of the Year tahun depan, regardless of the outcome of the World Cup!


Masalahnya, jika Belanda ke Final, mereka akan berdepan, sama ada Spain, pasukan yang dah malukan mereka di Euro 08, atau Germany, pasukan counter-attacking terbaik untuk edisi kali ni [remember Netherland-Italy Euro 00?]

Germany

Pastinya dilabel feveret untuk menang Wrold Cup kali ni, selepas muncul pasukan dengan jumlah gol terbanyak untuk World Cup 2010... Pasukan yang aku lihat paling stabil selepas Brazil, bahkan mungkin lebih lagi! Defend kuat, midfield kuat, striker boleh score... what more can you ask? Player pun ada ramuan muda-tua yang cukup berkesan, taklah terlalu muda, dan tak terlalu tua jugak, kira average age tu cantik-cantik je... Taktikal ok, tidak individualistik, [yang mana adalah faktor terpenting untuk mana-mana team bola sepak untuk berjaya]. Boleh passing, boleh dribble, tahu bila nak cross, bila nak tackle, dengan kata mudahnya, jika Spain ialah hot feveret sebelum tournament, maka German adalah hot feveret ketika ini!

Masalahnya, selain bertemu Spain di semi final, yang telah kalahkan mereka di Final Euro 08, German juga dilabel feveret di World Cup Germany 2006, tapi kalah. Dah masuk 2 Final kejohanan antarabangsa sejak 2002 [WC 02, Euro 08] dan beberapa kali semi final, mereka masih gagal menang major trofi sejak WC 1990...

Tapi... [Ha! ada tapinya...], dalam beberapa kejohanan yang lepas, mereka ada Michael Ballack sebagai Captain, Bekas pemain tengah Chelsea yang sengaja memakai jersi no 13 untuk membuktikan yang kepercayaan bahawa no 13 membawa malang tu adalah tahyul, sebenarnya tidak sedar, yang dialah pembawa malang kepada team German. Tanpa beliau, bukan sahaja German bermain baik, bahkan terlalu bagus untuk Australia, England dan Argentina, dan silap haribulan, mungkin juga Spain! Dan, time diorang kalah dekat Spain dulu, Fernando Torres tengah in-form, tapi sekarang...

So, peluang German dilihat agak tinggi! Nak tahu lebih lanjut, sila ke sini...

Spain

Hot feveret sebelum tournament, namun segala-galanya membangkitkan persoalan selepas perlawanan pemanas badan yang kurang meyakinkan, kecederaan kepada striker utama, Fernando Torres, dan ditambah kekalahan mengejut kepada Swit-we-hold-the-World-Cup-clean-sheet-record-zerland pada perlawanan pertama. Namun Spain bangkit(?) dengan memenangi baki kedua-dua perlawanan peringkat kumpulan mereka, dan menang (kontroversialli) dengan Portugirl, dan dengan Para[-Para Sakura]Guay.

Jika pasukan lain, menang 1-0 biasanya akan dianggap bernasib baik, tapi Spain ialah satu pasukan menyerang yang dipenuhi oleh majoriti pemain-pemain dari kelab 'mighty migthy Barca, tim bolasipak paling hebat di bumi, di langit dan kesemua yang ada di antaranya, tak boleh kalah kecuali bila team lawan main tipu seperti meletakkan bas di depan pintu gol', mereka sepatutnya bukan sahaja menang mudah kesemua perlawanan mereka, bahkan me'rojak'kan pasukan lawan mereka, sesuai dengan nickname mereka, 'La Furia Rojak'. 

Tapi, hakikatnya, dengan meletakkan sepenuhnya tanggungjawab menjaringkan gol kepada seorang pemain [David Villa] dan pemain-pemain lain bertanding siapa yang boleh pass bola paling banyak, mereka hanya menang 1 atau 2-0 je sepanjang edisi kali ini... tipikal Barca!

Tapi, walaupun hanya 1-0, dan gol dijaringkan pada minit-minit akhir [atau gol off-side], menang tetap menang, dan jika, sekali lagi, nasib diambil kira, seperti Uruguay, Spain juga memiliki luck yang tinggi, sesuatu yang tidak mereka miliki pada kejohanan-kejohanan besar sebelum ini [kecuali Euro 08, mungkin]! Jadi, kecederaan Fernando Torres maybe is blessing in disguise after all...

Jadi, itu lah prediksyen aku untuk World Cup kali ni, memang susah nak ramal siapa yang boleh menang, sebab masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri di atas faktor-faktor berlainan...

Apa yang aku nak tengok di final nanti ialah:

Uruguay vs Spain [perlawanan antara siapa yang mempunyai 'luck' paling kuat]

atau, German vs Uruguay [taktikal vs luck]

Yang aku harap jadi juara, Belanda [ironi, bukan? huhu,] supaya ramalan aku yang Sneijder akan dapat Ballon d'Or dan FIFA World Player of the Year akan jadik kenyataan without doubt [unless ada orang main pakai kabel dalam...]


T/t: prediksyen: Final - Kalau Uruguay vs Germany, Uruguay menang
Belanda vs Germany, Germany menang, Belanda vs Spain, Spain, Uruguay vs Spain, Spain [kecuali jika perlawanan berlanjutan ke penalti, aku tips Uruguay menang...]

take note tahi judi sekalian, prediksyen aku biasanya akan jadi sebaliknya.... 

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL