Friday, July 16, 2010

Diari Minggu Ini

Kota Bharu,

Pulang ke kampung halaman, outstation. Urusan Sri Paduka baginda, sulit... dah rasa cam spy pun ada!

Kena gi jaga exam kat sana...

Seberang Takir,

Dalam perjalanan balik ke KL, lalu jalan pantai Terengganu, ushar-ushar keropok, tipikal kalau pergi Terengganu :p

Tapi, keropok memang best, berbaloi beli 30 batang...

Kajang,

Selepas dalam 5-6 jam lebih kurang dari Dungun [singgah Dungun jap, makan tengah hari rumah salah seorang staf], sampai Kajang. Ingat nak abang driver hantar sampai rumah sewa kat bangi, tapi dia cakap dia dah satu jalan dengan staf seorang lagi, dia taknak pusing masuk Bangi... Aku pasrah, janji dengan member ambik dekat tengah-tengah bandar Kajang, sekali member salah budget time, menunggu jugak la aku, dalam 4-5 lagu jugak la habis [mp3]...

Ada sedikit rasa macam kena buli!

Bangi,

SMS bos, cakap nak masuk lewat sikit. Alasan, nak kena hantar kertas exam ke Putrajaya. Memang pun. Tapi Putrajaya dengan bangi dekat je, ingat nak bertolak dari rumah lewat sikit, bleh tido lebih skit [walaupun tak drive, tetap penat jugak travel :p]. Tapi bos suruh hantar tengah hari...

rosak plan nak bangun lewat...

KL,

Jem, tipikal KL... Aku turun waktu standard, sampai lab 7.30++. Colleague cakap ada meeting. Patut la bos suruh datang jugak pagi... Sambil meeting, ada sambutan meraikan persaraan salah seorang staf... Then pas meeting, baru perasan senarai 'to fuck list' menjadi semakin panjang berbanding sebelum outstation...

Pas meeting, makan dulu!!

Pejabat Pos,

Akhirnya, lepas solat Jumaat, pergi jugak ke Putrajaya. Tapi tidak sebelum singgah pejabat pos... ada urusan, tolong colleague aku. Kerja yang sepatutnya tak sampai 10 minit berlarutan ke hampir sejam pasal salah faham sikit dengan pos office... Colleague aku ni pun satu, tak bagi dokumen-dokumen yang penting, menyebabkan aku kena explain panjang-panjang plak kat situ... Seb baik ada teknologi komunikasi, dan staff pos pun sporting!!

Tak jadi aku nak marah-marah Pos Malaysia...

Putrajaya,

Aku cuak, sempat ke nak sampai Putrajaya sebelum pukul 5? Hari jumaat, staf sana biasa balik pukul 4.30... Lepas call orang-orang berkaitan, aku pecut ikut MEX... Agak cuak pasal hujan kejap-kejap, tapi lebat nak mampus... Gamble je, nasib baik sempat...

Sampai sana ada meeting pulak dengan Timbalan Pengarah kejadah... Ada tambah kerja lagik...

Bangi,

Brunch masa meeting tadi. Dah sampai pukul 5, perut dah menyanyi lagu rock classic. Sampai Bangi, pusing-pusing cari tempat makan. Aiseh, student sudah masuk, semua tempat penuh... Damn! Balik rumah, makan kedai dekat-dekat area rumah...

Time tu, memang aku dah berfikir pakai perut, tak pakai otak lagi!

Rumah,

Member goreng keropok yang aku bawak balik dari Terengganu, tapi perut dah kenyang pulak. Pastu ajak main badminton... Apa barang main badminton, perut tengah penuh? Dari Asar, bawak ke Maghrib, bawak ke Isyak, ajak bukan main, baju sudah tukar, tapi takde sorang pun menunjukkan tanda-tanda positif akan bergerak pergi main.

Last-last semua surrender, dan pergi makan McD [maunya badan tak naik??]...

McD

Ushar awek...



T/t: I miss my momma, give me the chair... Lethal injection or the string from the rope if you dare! Coz nobody know all the trouble I've seems!!

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL