Wednesday, July 14, 2010

Release The Kraken!!

"ku hanya sotong biasa, mencari makan di akuarium terbuka..."

Paul d Oracle Octopus dikatakan akan bersara, sekali gus menamatkan spekulasi yang Jose Mourinho ingin membawanya ke Real Madrid. Paul, berkaki 8, dipercayai semuanya bangku, ingin dimiliki oleh pengurus baru Real Madrid itu bagi meramalkan keputusan el-classico pada musim depan... Sekarang Jose terpaksa melupakan hasratnya itu...

"kalau ada Paul ramal result el-classico kan senang, takyah pecah2 kepala pikir strategi... game lain dah memang tak penting pun kat La Liga ni..."


Sementara itu, Spain dijangka akan membida sotong tersebut, dengan yuran perpindahan sebanyak €38k. Katanya untuk menggantikan Xavi Hernandes, jika beliau bersara kelak... "Paul dengan 8 kaki pastinya mampu menggelecek dan passing lebih baik dan lebih cantik daripada Xavi...", kata Spanish FA spokesman tanpa menyedari yang si Paul ni kaki bangku...

Namun, bidaan tersebut pastinya mendapat saingan tinggi daripada parti politik tersohor di Malaysia iaitu Bee Enn, yang juga ingin mendapatkan sotong tersebut untuk meramalkan keputusan PRU akan datang...

Ketepatan ramalan Paul dikatakan menarik minat pemimpin tertinggi parti komponen tersebut...

Namun, penulis memang percayakan si Paul peramal keputusan bola sepak ni...

Penulis percaya yang Paul memang sedap jika dibuat Takoyaki!!

yummy...

Sementara itu, para pengkaji konspirasi mula mengaitkan Piala Dunia, Paul d Sutun dan kejayaan Spain merangkul kejuaraan Piala Dunia pertama mereka dengan konspirasi-konspirasi besar di seluruh dunia...

"Paul meramalkan Spain muncul juara, dan sekarang Spain melengkapkan senarai 8 pemenang World Cup... sotong 8 kaki, 8 pemenang Werl Kap, memang bukan kebetulan..." ujar seorang peminat kajian konspirasi.

8 juga adalah no. jersi Xavi Hernandes, pemain terbaik Sepanyol, dan blog Mr Deus yang dikecam teruk pengkaji konspirasi baru-baru ini juga berkaitan dengan no 8 [erk888]

tIc amat positif, kesemua ini dikaitkan berikutan tersiarnya gambar ini di internet baru-baru ini...

sumber: Sokernet

Maunya Belanda tak mengamuk!!

T/t: Aku masih percaya yang Hatsu masih merupakan sotong yang paling popular pasal reti masak takoyaki...

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL