My SuperCalc!
Dalam dua tiga hari lepas, tengah aku berkira-kira nak siapkan satu report yang memerlukan proses kira-mengira yang tak kurang tahap bangsatnya, aku pun mencapai calculator scientific aka SuperCalc aku yang telah berkhidmat dengan aku sejak dari zaman matriks lagi...
Sekali, tekan-tekan 'ON', dia taknak hidup... Aku cuak!! Biar betik!!
So, tamatlah nyawa 'seorang' kawan lama... T.T
Memang banyak jasa calculator ni. Sejak dari Matrikulasi lagi kami mengharungi setiap exam bersama sampai la aku grad! Kiranya tanpa calculator ni, mungkin aku takkan grad pun! Serius!
Aku tak tahu kenapa ia mati tiba-tiba, selama ni OK je... Adakah disebabkan aku letak dia dalam beg aku dan semenjak duamenjak ni, aku asyik duk travel je, mungkin dalam pada itu, dia terhentak dan mengalami 'kecederaan' dalaman... Atau dia mogok pasal memang dah lama aku tak pakai dia...
Atau mungkin simply kerana bateri dia dah habis...
Apa-apapun alasan/sebabnya, satu perkara yang pasti,
Jasamu dikenang....
Sticker 'I Smell Victory' dan nombor tu adalah no. angka giliran exam first kami...
Sekarang ni aku dah calculator-less, kecuali calculator yang ada dalam handphone je...
Sempena birthday aku yang dah dekat ni, aku berharap akan dihadiahkan kalkulator saintifik yang baru... =P
huhu...
T/t: camne nak jadi saintis ni? Kalkulator pun takde... -SV thesis aku dulu-
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL