Wednesday, July 21, 2010

How Fuck Can it Be?

Diari pagi ini:

6.00am, alarm bunyi, cam biasa, lagu 'Hearts and Nails' dari six10repeators [sape2 main PES 09 patut tahu...]. Kenapa letak lagu rock jadik alarm? Kerana tujuan utama alarm adalah untuk mengejutkan aku, kalau aku letak lagu jazz, lagi nak tidur ada la... Aku bangun, stop alarm, dan snooze lagi 15 minit...

6.15am, cuaca hujan... tak perlu aku terangkan lagi mengenai mood untuk bangun tidur bila mana cuaca hujan... Tapi, disebabkan tak nak keluar lewat, aku gagahkan diri untuk bangun... Keluar bilik dan teringat, hari ni nak kena pergi HQ kat Putrajaya, kena pakai baju lengan panjang la... imej kena jaga depan Pengarah [hehehe], ye tak? Then teringat, baju tak bergosok lagi. Takkan la pergi HQ pakai baju tak bergosok...

Meja iron memang takde la, biasa gosok lapik sejadah je [ye... ada sejadah di rumah sewa aku!], tapi tadi, aku tak jumpa sejadah biasa yang aku jadikan tempat lapik untuk gosok baju. Sejadah tu lembut, so, memang best buat alas... selepas terpinga-pinga 2-3 minit, aku ambik keputusan untuk gunakan sejadah lain... Gosok ala kadar, then pergi mandi...

6.30am, mandi express, cara yang aku belajar sejak di sekolah menengah lagi... Lepas mandi, bersiap, sembahyang then teringat yang minyak kereta cam tak banyak je... Hujan belum berhenti, terpikir camne aku nak ke kereta aku [kereta parking luar pagar, standard lar, rumah sewa bujang...]. Payung ada dua, dua-dua dalam kereta [fuck me!]... sweater pun...[walaupun sweater tu bukan baju hujan]. Akhirnya aku redah je,

"Ala... lahir bawah langit, takkan takut hujan kot?" [quote coach aku yang paling aku suka repeat...]

6.46am[jam kereta aku], bertolak ke pejabat... tengok meter minyak dan terpikir, "sempat ni nak sampai KL", lalu aku bergerak tanpa rasa was-was... Hujan belum berhenti.

6.50++am, masuk tol bangi dan ke highway sungai besi, tiada apa-apa luar biasa berlaku melainkan aku sedikit slow sebab pagi-pagi, aku memang slow, dan hujan menambahkan lagi ke'slow'an aku... Masuk je dalam 4,5 km, lebih kurang, nampak electronic board dekat highway, katanya ada accident antara Kajang-UPM, trafik slow... "alamak!"

7.00++am, memang slow habis trafik! Menjelang 7.20 baru lepas UPM... biasanya time tu aku dah dekat area TUDM Sg Besi dah... Layan je la... bukan salah aku pun, bos takde hari ni, tapi still kena buat surat la, pasal kad dah confirm-confirm merah. Dalam hati duk menyumpah Lori yang accident tu, "Bangang ke apa? tak reti bawak lori? Ntah2 pecut laju-laju time hujan-hujan gini? Pagi-pagi dah accident..." aku membuat spekulasi...

7.30am, lepas tol Sg Besi... Aku decide untuk stop isi minyak [sebab karang siang nak kena pergi Putrajaya pulak...] dan beli Nescafe untuk breakfast... Alang-alang dah lewat, jangan sampai kereta mati tengah jalan pasal tak cukup minyak, ye dok?

7.45am, jem, tipikal KL... masa dari Desa Petaling ke Jalan Istana mengambil masa yang tipikal seperti hari-hari biasa yang menjadikan kelewatan serta kemerahan punch card menjadi semakin nyata. Cuaca hujan semestinya tidak memberikan banyak bantuan...

8.17am, sampai ofis, kad merah... Hujan belum berhenti, dan aku menyumpah nasib aku!!


T/t: mengantuk, jammed, lewat... padan muka!!

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL