Entah la... aku pon heran... agaknya, mengikut kepercayaan 'so-called' penyokong fanatik ni, kalau merusuh selepas kalah, nasib team akan berubah?
Sikit-sikit nak merusuh! Sampai dah dilabel dan digelak-ketawakan oleh, bukan sahaja peminat bola sepak negeri/kelab lain, tetapi jugak oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia!
Tidak rasional! Emosional! Suka mengamuk, panas baran, bangang cam monyet (sia-sia je monyet disalahkan), dan sebagainya...
Aku selaku (self-confess) jejaka kacak dan gentleman terakhir dari pantai timur ni, turut terasa bahangnya...huhu
OK! Passion in football is a good thing! Tapi beringat la sikit... Ingat la bumi yang dipijak, dan langit yang dijunjung... Kita hidup berorientasikan adab sopan... Kalah menang kan ke adat pertandingan??
Ni, setiap kali kalah nak merusuh? takdak kerja lain ke bang?? Dulu, orang suruh main bola, dia taknak... sekarang, main tak reti, merusuh jer tahu...huhu (kan dah kena trash ngan aku...)
C'mon lar! Kesilapan Syed Adney adalah satu kesilapan bodoh seorang penjaga gol professional yang pernah mewakili Pasukan Kebangsaan... but, what the hell did you expect? Dia pon pernah buat grave mistake jgk semasa die sarung jersi Negara tak silap aku... Bukannya mamat tu first choice keeper Malaysia ke apa... Time gi sukan SEA ari tu pun dah kena drop dengan Sir Rajagopal... abis tu, nak marah kat dia buat apa?? Marah la orang yang gi beli dia, huhuhu...
Then again... byk cara untuk luahkan rasa tak puas hati dengan cara yang bertamadun... takkan nak gi campak objek dalam padang, bakar2 kerusi dan kereta polis jer 24 jam?? Lagipun, rasional lar skit... baru 2,3 matches jer... Perjalanan masih jauh!! Man United pon rilek jer walaupun dah setengah season... Tu team yg kuat di peringkat dunia, kaya sejarah... kita? Baru nak buat sejarah! So, kena la banyak2 bersabar... ape daa!! Football team is not an instant coffee 3 in 1! Bukan sehari dua, pakai duit lebih sikit, boleh jadik champion terus... kena ada chemistry, semangat perjuangan yang tinggi, long term objectives, luck dan sebagainya...
I mean, c'mon lar!! Orang yang duk suka merusuh, baling2 objek ke dalam padang tu, either tak pernah main bola atau memang tak pernah main sukan!! Terutamanya yang melibatkan pertandingan dan pasukan!
It's never an easy process people! Bukan senang nak membina skill, fizikal, dan lebih2 lagi dalam sukan berpasukan, persefahaman... belum masuk bab kekuatan mental lagi tu...
Adakah tugas penyokong adalah untuk mengutuk team sendiri atau menyokong team sendiri?
Adakah dengan merusuh dan menyebabkan Persatuan terpaksa membayar berjuta-juta ringgit ganti rugi adalah cara yang betul dalam menyokong sesebuah pasukan?
Jika anda merasakan anda berhak sebab bayar tiket dan sebagainya, jangan lupa, orang lain pun berhak sebab bayar cukai untuk mantenance stadium tersebut!
Nak marah, boleh... bukan tak boleh! Nak menjerit cam orang histeria dalam stadium tu, menjeritlah!
But, baling objek? Bunga api? Merusuh?? Baik gi main Need For Speed la people! Tak pon main PES, buat team Kelantan, beli Lampard, Messi, Rooney semua.. kasik sapu semua piala termasuk UCL... abis citer!!
Kenapa aku nak marah sangat dengan penyokong Kelantan ni?
Sebab diorang xpernah nak belajar dari sejarah! Emo xtentu pasal! Politik budak2 emo! Aku yang minat My Chemical Romance ni pon xdak nak emo camtuh! Rilek ler sikit! Team baru nak naik, dah nak menyumpah seranah! Save the sumpah seranah for yourself ler... Support team betul-betul dulu, baru cerita berapi... ni habuk pon tarak!! wokakakakaka!!
Tolong la jangan memalukan seluruh rakyat Kelantan di serata dunia! Golongan sebegini sebenarnya yang menyebabkan rakyat Kelantan being underrated! Digelar emo dan teroris bola sepak Malaysia... takder saper nak ikut tengok team diorang kalau lawan Kelantan... kalau aku pun tak pergi... sia2 jer hancur kereta karang! Ansuran ntah ke mana lagi, dah nak kena repair cermin kereta lah, apa lah...
Korang ingat kalau buat camtu, korang akan diangkat sebagai 'berani' dan 'gedebe'? C'mon lar! Jgn buat aku gelak!
Kalau suka sangat gaduh-gaduh, join Taekwondo ke, silat ke... amacam? Ada bran??
Cakap jer berapi... kalau ramai-ramai, korang berani ler... kalau sorang-sorang? Berapa kerat jer yang sanggup! Ni, aku tengok, kalo join Taekwondo ke, silat ke, lawan cam hampeh jgk... kat luar, bukan main, masuk gelanggang, hancur! (tak caya? pernah ke Kelantan menang SUKMA Taekwondo, silat semua tu?? huhu...)
So, aku nasihatkan kepada so-called Hooligan bola sepak Kelantan semua, dari korang duk merusuh, apa kata save jer energy korang tu, pergi buat try out dgn pasukan bola sepak Kelantan... pastu, harap korang berjaya, and main sendiri untuk Kelantan! Then, korang rasa sendri camner rasanya kena kutuk dan dibaling botol air mineral oleh penyokong sendiri time korang main cam hampeh... pergi le buat kalau rase betul2 gedebe!
Aku cabar!
T/t: Jangan sampai penyokong Kelantan dibanned dari tengok bola kt stadium lagi macam tahun bila dah, aku tak ingat... '97 ke '98? Kalau stadium kosong, persatuan mana boleh hidup beb... kali terakhir jadi gitu, Kelantan drop sampai Liga FAM... nak ke macam tu lagi?? Nampak gaya macam nak jer...
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL