Thursday, August 11, 2011

I came, I saw, I've sinned!

Bayangkan,

Aku dan kamu berjalan, katakan dalam satu pasar Ramadhan pada satu petang. Dan aku berjalan di depan kamu, minding my own f*ckin' bussiness. Dan kamu berjalan di belakang aku, mungkin bersama-sama a bunch of your BFF, ataupun dengan pakwe kamu yang baru pulang dari oversea. Oh ya, kali ini kamu pertama kali menyambut Ramadhan bersama-samanya selepas 3 tahun dia di oversea, sambung belajar, katanya...


Tiba-tiba, dalam syok mengushar aweks kuih-muih di setiap kedai, ada sesuatu terasa tersekat di kerongkong aku. Satu rasa melekit, dan panas. Rasanya perlu segera dikeluarkan dari rongga tubuh aku itu. Lalu dengan sedikit daya dikenakan dari dalam kerongkong ke luar, aku mengeluarkan 'benda' tersekat dari kerongkong itu ke dalam mulut. Aku berpuasa, jadi aku ragu-ragu untuk menelannya balik. Lagipun, 'benda' ini tidak syok untuk ditelan balik, lebih baik dikeluarkan sahaja dari tubuh badan aku.

Lalu dicampur dengan sedikit saliva, lalu aku meludah mukus tersebut. Berlendir, agak likat walaupun sudah dicampur saliva. Tempat yang aku ludah sudah kira agak jauh dari pandangan awam, berdekatan dengan longkang besar di tepi kawasan parkir kereta yang kini telah menjadi tapak pasar Ramadhan sepanjang bulan mulia ini. Namun, ludahan tersebut tidak masuk ke longkang, sebaliknya melekat di dinding longkang tersebut. Sedikit tersasar.

Kamu melihat segala proses tersebut. Dan seperti gadis-gadis lain yang sememangnya 'gegurl', kamu merapati teman lelaki kamu, memegang erat tangan kirinya, sambil dengan nada menyampah, separuh berbisik, tetapi masih cukup kuat untuk aku dengari. Sengaja, aku kira. Kamu berkata, "Eii... tak senonoh betul! Kalau kat Singapura ni, dah tentu kena saman..." [or something to that effect]

Ya, aku dengr di Singpura, kita tak boleh meludah di merata-rata tempat, dan kita akan didenda [Singapore is a FINE city, after all...]. Tu yang aku dengarlah. Aku pun tak pernah ke Singapura. Kalau poster pada t-shirt souvenir yang seorang kawan berikan kepada aku dulu tu benar, dan segala cerita yang aku baca dan dengar sebelum ni pun benar, maka benarlah perkara ini. Kalau tak, kiranya aku bohonglah kepada pembaca sekalian...

OK, kembali kepada topik asal. Ya, memang jijik dan tidak senonoh jika kita meludah di khalayak ramai, lebih-lebih lagi apabila kita meludah di depan orang yang lalu lalang. Sedangkan meludah saliva yang biasa pun sudah tidak beradab dan beretika, bahkan menyalahi undang-undang [Singapura sebagai contoh], apatah lagi jika mengeluarkan kahak?


Kesimpulan di sini ialah, terdapat undang-undang dan peraturan yang sememangnya diadakan untuk keselamatan dan kesenangan para rakyat, atau lebih tepat lagi, untuk individu yang menjadi ahli komuniti. Undang-undang mudah seperti wajib memiliki kad pengenalan, lesen memandu untuk memandu, penjara dan dihantar ke pusat pemulihan jika menyalahgunakan dadah, penjara jika mencuri dan gantung sampai mati atau penjara seumur hidup bagi kes bunuh, adalah direka khas bagi melindungi kepentingan setiap individu dalam ahli komuniti yang berpaut pada undang-undang tersebut. Asalkan setiap individu dalam komuniti tersebut menghormati dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan, maka kesejahteran dan kesimbangan hidup komuniti itu adalah terjamin.

Now, bagaimana pula dengan kehendak asasi seseorang individu itu, seperti dalam contoh di atas, aku berkehendakkan untuk meludahkan kahak yang sudah perit tersekat di kerongkong? Undang-undang dicipta [at least we know, in Singapore...] untuk tidak dibenarkan seseorang individu itu meludah merata-rata tempat di tempat awam. Undang-undang jenis ini adalah undang-undang yang dicipta bagi melindungi kepentingan ramai dalam komuniti tersebut, dan undang-undang ini akan melebihi kepentingan ataupun kehendak individu. Ini kerana, kesejahteraan komuniti secara kolektif adalah diutamakan berbanding individu, maka undang-undang seperti buang sampah ke dalam tong sampah, dilarang membuang gula-gula getah atau meludah secara sembarangan, tidak boleh kencing [atau berak] di tempat awam, no pets allowed in commuter, dan kepentingan membayar cukai dicipta.


Ke mana kita setelah penerangan yang aku berikan di atas? Ya, kita masuk kepada isu sensitif masyarakat kita hari ini, terutamanya yang melibatkan muslimah... 

Isu penutupan aurat!

Apa hukum bagi sesorang yang membuka auratnya bagi dilihat oleh orang-orang bukan mahramnya, dan apakah pula balasan bagi mereka yang melihatnya? Jangan jadi malas, aku tahu kita semua tahu kerana ia ada diajar dalam subjek PMR dan SPM, selagi kamu bersekolah dengan sukatan matapelajaran Kementerian Pendidikan [or Pelajaran, or whatever the name changes...], kamu akan tahu. Jika kamu belajar dengan sukatan sekolah pondok mahupun sekolah agama persekutuan, aku kira kamu akan lebih tahu. Jika kamu tidak menggunakan kedua-dua sistem, well, there's always a google...

Jadi jelas, walaupun kamu boleh argue bahawa agama itu hak individu dan pengamalannya adalah berdasarkan individu, namun tuntutan menutup aurat itu adalah tuntutan terhadap masyarakat. Bukan hanya individu yang menanggung dosanya, bahkan masyarakat sekali. Undang-undang aurat dicipta Allah SWT bukan semata-mata untuk melindungi individu tersebut [dari azab neraka], tetapi yang lebih penting adalah untuk melindungi komuniti secara kolektifnya dari terkena azab tersebut. Seperti mana kamu berasa jijik melihat orang meludah di depan kamu, Allah dan orang-orang yang faham mengenai agama, syurga dan neraka juga berasa jijik melihat aurat kamu...


Dan walaupun kamu secara tegarnya boleh memberi alasan bahawa "kubur kita lain-lain", tapi ingat, bila diakhirat kelak, kita akan dibangkitkan dan dikumpulkan bersama-sama. Jadi jangan lupa, orang yang teraniaya boleh menuntut hutang mereka di akhirat kelak, dan bayangkan berapa ramai yang akan menuntut dari kita walaupun hanya seurat rambut yang kita lepaskan untuk tontonan umum... Akhirat kelak, takde diskaun ye, wahai cik adik dan cik abang sekalian!

Dan ingat, aku menulis berkenaan AURAT, bukan tudung!

Macam manalah umat Islam kat Malaysia ni nak maju kalau tudung yang dijadikan isu [pakai tudung tak semestinya baik, pakai tudung tapi baju ketat, dsb], dan bukannya aurat as a whole?! Aku bosan dengan hujah-hujah tidak berlkaliber seperti di atas...


Ya, aku juga tujukan kepada kamu, wahai kaum Adam! Apa, korang ingat perempuan je yang ada tuntutan menutup aurat??!







T/t: I don't believe in "No rules rule", because the first thing people sought after it's really happen is, A RULE! Beside, "no rules rule" is already a rule itself!!

2 comments:

  1. Dis shit is OMG....

    "Bayangkan berapa ramai yang akan menuntut dari kita walaupun hanya seurat rambut yang kita lepaskan untuk tontonan umum... " <--- Tak pernah terfikir utk bayangkan...

    Undang-undang aurat dicipta Allah SWT bukan semata-mata untuk melindungi individu tersebut [dari azab neraka], tetapi yang lebih penting adalah untuk melindungi komuniti secara kolektifnya dari terkena azab tersebut. <--- perkaitan itu amat make sense


    Seperti mana kamu berasa jijik melihat orang meludah di depan kamu, Allah dan orang-orang yang faham mengenai agama, syurga dan neraka juga berasa jijik melihat aurat kamu... <--- tq keran ingatkan

    ReplyDelete

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL