Thursday, August 4, 2011

Tips Mengawal Kanak-Kanak Riang di Surau...

"MACAM NAK PERGI PERANG!!"

Marah pakcik tersebut kepada sekumpulan kanak-kanak yang sedari mula terawikh tadi dah memulakan pertarungan antara Power Rangers, Ultraman, Cyber Cop, Ben 10 dan Action Kamen. Kesemua mereka terkejut dan hilang langsung aura keperwiraan mereka sebelum ini. Takut.

En PIC pun terkejut juga! Sedang baru hendak mengangkat takbir solat sunat witir, beliau terkejut dengan jerkahan keras pakcik tersebut dan seraya itu berpaling ke arah budak-budak yang baru kena marah tadi... Habis hilang langsung aura kekusyukkan yang susah payah dikumpulkan sebelum ini. Takut.

Rasanya peristiwa di atas adalah biasa terjadi di bulan Ramadhan, di mana-mana jua di seluruh pelusuk Malaysia ni... Bulan-bulan lain mungkin tak sangat, sebab tak ramai budak yang pergi sembahyang dekat surau ataupun masjid. Jangan kata budak, bapak budak pun belum tentu boleh nampak muka dekat surau/masjid sebelum dan selepas Ramadhan...

Tapi itu cerita lain.

Bagi yang biasa ke surau time Ramadhan (aku cerita time Ramadhan je lah, pasal kalau luar Ramadhan, aku pun tak rajin ke surau jugak, mua hah hah!! :p), memang biasa untuk merasai suasana kanak-kanak yang hyper-active semasa tengah sembahyang terawikh. Kadang-kadang tu memang mengganggu part-timer kaki ibadat, macam aku ni... Tapi bagi aku, gangguan sesedikit itu belum cukup untuk mengganggu gugat iman aku untuk fokus pada sembahyang terawikh aku, keh keh keh (Woit! Orang berlagak, ibadat dia tak ke mana lar weyh, kena laknat karang baru tahu!!)

OK, jokes aside, actually, benda ni kita tak boleh pandang main-main. Macam yang pak cik di awal cerita ni marahkan tadi, budak-budak yang buat bising ni kadang-kadang melampau sangat. Macam nak pergi perang dia punya riuh... Tapi aku ingat time aku sekolah menengah dulu, asal setiap selepas Maghrib, sebelum Isyak, surau sekolah aku pun riuh jugak.. Macam ada orang set up pasar malam ke apa, entah... Jenis kalau kat surau tu, banyak je topik untuk dibualkan, tapi bila orang suruh buat public speaking, group discussion ataupun group presentation, semua tetiba jadi senyap sunyi jer...

Tapi itu cerita lain, cerita lama zaman sekolah-sekolah dulu...

So, aku kira, kalau nak harapkan ada orang marahkan budak-budak ni hari-hari macam yang pak cik tadi buat pun tak patut jugak aku rasa, lagipun memang adatlah budak-budak ni, kalau dah berkumpul, mana boleh tak meriah jadinya, ye dop? So, pada aku parents kena ambik perhatian. Untuk itu, aku ada satu tips yang sangat berguna untuk diaplikasikan pada bulan puasa ni. Ye lah, macam yang aku tulis kat atas, hanya time puasa je pun benda ni terjadi... Tapi takpe, kerana sekarang penyelesaiannya ada di hujung jari anda!

Tips dia senang je, sebelum anda bawa anak-anak anda ke surau pada malam harinya, pastikan mereka berpuasa penuh pada siang harinya. Ini bagi membolehkan tenaga mereka di'limit'kan untuk sebelah malamnya. Selain itu, pastikan juga kanak-kanak ini tidak dihidangkan dengan makanan yang mengandungi banyak gula ringkas semasa berbuka puasa... Senang cerita, jangan bagi langsung lah makanan yang berperisa manis. Kalau boleh bagi protein banyak-banyak, dan sayur-sayuran. Selain cara ini akan menyihatkan tubuh badan mereka, mereka juga akan mempunyai sedikit tenaga untuk teruja dalam masa antara Isyak dan selepas terawikh. Ini kerana, sumber gula dari protein agak lambat diproses tubuh, menyebabkan mereka lebih mudah mengantuk daripada berlari-lari keliling surau pada waktu tersebut.

Ini juga akan memudahkan mereka tidur awal pada malam tersebut, dan senang bangun sahur serta awal ke sekolah pada hari keesokannya. Nah, satu penyelesaian untuk tiga masalah sekali gus...

Ya, ya... Sama-sama... tak payah ucap terima kasih banyak-banyak... : p

Ok, again, jokes aside, sebenarnya aku rasa, kehadiran kanak-kanak, terutamanya yang di bawah umur 7 tahun ke surau untuk solat terawikh adalah tidak perlu sebenarnya. Aku sedar, mungkin niat para ibu bapa adalah untuk mendedahkan anak-anak mereka mengenai sembahyang berjemaah di surau/masjid, namun, niat tidak menghalalkan cara! Sudah lah kanak-kanak ini tidak memahami maksud tujuan ibu bapa mereka, tapi mereka jugak berbuat bising yang boleh mengganggu para jemaah untuk bersembahyang. Walaupun hanya sembahyang sunat, tapi terawikh adalah antara ibadat sunat yang sangat dituntut, kerana keistimewaannya yang hanya boleh ditemui pada bulan Ramadhan. Jadi tak patutlah jika fokus para jemaah ni diganggu dengan bunyi bising para anak-anak ini tadi [aku takpe, aku tak mudah hilang fokus... aku iman kuat, hehe...].

Jangan lupa, dosa kanak-kanak belum baligh ni nanti, ibu bapa mereka jugak lah yang kena tanggung...

Jadi pada pandangan aku, kalau benarlah para ibu bapa ni hendak mendidik anak-anak mereka agar biasa dengan suasana sembahyang jemaah dan ibadat lain di surau, sekurang-kurangnya lengkapilah diri anak-anak anda dengan pengetahuan basic seperti adab-adab di surau dan sebagainya. At least, ajar lah anak anda agar menghargai solat dan mendirikannya dengan betul (in term of basic), cukup rukun dan sebagainya, sebelum mula membawa mereka ke surau/masjid. At least dengan cara ini, anak anda ke surau/masjid dengn pengisian, dan bukannya memenatkan badan dengan tanpa faedah. Seriously, kalau nak bermain dengan kawan-kawan, bawak je diorang ke taman permainan or something... Kat situ, nak berhempas, nak jadi Ultraman bagai, jadi lah!!

Jangan risau baju kotor, sebab sekarang kita ada Fab (iklan jap)... Bukan Fabregas la, sabun FAB!!

Seriously, kalau kita susuri sirah nabawiyah pun (sejak masuk Ramadhan ni, banyak pulak post berunsur keagamaan kat !Trash Talk! ni kan? Tape lah,sebagai peringatan kita semua... huhu), perintah solat tidak turun sehinggalah pada peristiwa bersejarah, Israk mikraj yang berlaku pada tahun ke-10 kenabian Nabi Muhammad SAW. Maknanya sudah 10 tahun Rasulullah mengajar ilmu tauhid dan basic adab-adab dalam Islam kepada penduduk Mekah, sebelum Allah SWT menurunkan perintah solat kepada umat manusia. Ini dapat disimpulkan bahawa, ia mengambil masa selama 10 tahun untuk seseorang normal itu untuk mendalami Islam secukupnya sehingga dia mampu melaksanakan kesemua syariat Islam dengan sempurna dan tersusun. Sebab tu lah kita biasa dengar yang kita patut mula menggalakkan anak-anak kita sembahyang pada usia 7 tahun, dan dibenarkan merotan./pukul (pada tempat-tempat tertentu) jika mereka masih meninggalkan solat pada usia 10 tahun...

Sebenarnya, peraturan "pukul pada umur 10" ni pun bergantung jugak... Bergantung kepada dah berapa lama kita ajarkan dan terapkan dalam diri anak-anak kita mengenai Islam itu sendiri. Kalau bermula sejak dari umur mereka 1 hari lagi (Alhamdulillah), maka boleh lah kita pukul mereka jika mereka masih degil untuk mengikut syariat Islam (Solat dan puasa, mainly) pada umur mereka 10 tahun. Jika tidak, ia dikira dari 10 tahun waktu selepas kita mengajar kepadanya ajaran Islam itu sendiri...

So, kalau sesetengah orang itu mengharapkan agar pihak sekolah mengajar anak-anak mereka adab-adab dan pengetahuan Islam itu sejak dari bangku sekolah, iaitu pada umur 7 tahun, maka kita hanya layak untuk memukul mereka pada umur mereka 17 tahun, which, by any mean, almost late already...

But, hey, they do say, "better late than never..."

Lastly, aku nak terangkanlah yang aku bukannya nak berlagak alim ke apa, mungkin pandangan dan tips aku salah. Jika salah, tolong tegurkan... Tapi, bagi aku, kita kena tengok pada a big picture lah. Didikan anak-anak ni sepatutnya bermula dari rumah. Sebab tak adillah kalau orang-orang yang datang ke surau, niat nak dapat berkat Ramadhan, nak sembahyangsunat terawikh berjemaah and so on, tapi diganggu oleh anak-anak kecil ni. Bukanlah salah mereka (anak-anak tersebut)yang tak mengetahui apa-apa, tapi para ibu bapa haruslah sedar yang merekalah yang mencorakkan anak-anak mereka...

Jadi taklah nanti masa sembahyang terasa seperti duk kat medan perang...



T/t: up next... 'tips mengatasi jem ketika Ramadhan...'

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL