Friday, August 5, 2011

Ramadhan dan Budak Sekolah...

Jem dekat KL bila masuk je bulan puasa ni memang lain macam sikit dia punya jem...

Aku rasa sekolah patut diberikan cuti selama sebulan sempena bulan Ramadhan ni. Kalau boleh biar gantikan aje cuti sem dengan cuti bulan Ramadhan... Ala, kira cam style eropah dengan US la, ada summer break bagai. Ini antara lain mampu merencanakan remaja-remaja dan anak-anak kecil kita untuk beberapa perkara yang berfaedah, antara lain ialah menggalakkan mereka berpuasa penuh.

Seperti yang kita ketahui, hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau tak nak anak-anak kita membesar dengan suka ponteng puasa, tak ambik berat hal-ehwal ibadat, maka kita harus melath dan menyokong mereka belajar berpuasa pada peringkat usia yang muda.

Lazim diketahui bahawa senang untuk budak-budak sekolah ini untuk berpuasa penuh jika mereka tidak dibebankan dengan persekolahan. I mean, kita pastikan setiap Ramadhan adalah musim penghabisan sekolah or something like that. Universiti sudah memulakan langkah proaktif ini dengan antara lain membuka penggal pengajian mereka pada tahun ini selepas musim perayaan (September 2011). Maka aku fikir, pihak sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih proaktif bagi menjayakan perkara ini ke segenap sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

Antara lain cuti sekolah pada bulan puasa ini mampu membina motivasi untuk anak-anak muda ini belajar puasa. Tidak perlu ke sekolah bermaksud waktu tidur yang lebih panjang selepas subuh. Tidaklah nanti mereka rasa terseksa untuk bangun sahur, dan kita semua tahu betapa pentingnya sahur dalam membantu mencapai puasa penuh bagi seseorang individu itu.

Selain itu, tiada tekanan kerja sekolah, kelas malam ataupun aktiviti ko-kurikulum sepanjang bulan puasa bagi budak-budak sekolah. Ini disamping memberi kemenangan perang psikologi kepada budak-budak sekolah bahawa berpuasa lebih mudah tanpa kerja-kerja tersebut, ia membantu mereka untuk mempunyai waktu senggang bagi belajar al-Quran, pergi solat terawikh secara berjemaah, dan/atau bertadarus/berqiamullail pada setiap dingin hari...

Selain itu, dan sebagai sebab utama, kita dapat mengurangkan bilangan bas-bas sekolah di atas jalan raya, mengurangkan kenderaan di atas jalan raya kerana para guru tidak perlu ke sekolah lagi, dan dapat melancarkan perjalanan di jalan raya pada sepanjang bulan Ramadhan. Ini terbukti berkesan pada setiap musim cuti sekolah dan tiada masa yang lebih jem di KL selain pada petang hari bulan Ramadhan!!

Kalau tak, apa l*nc*u perjalanan 30 KM ambik masa 3 jam?!!





T/t: jem yang teruk menyebabkan aku hilang selera terhadap jem roti, dan amat mengantuk pada sebelah petangnya...

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL