Ini senang dilihat pada ekspresi wajah mereka ketika membincangkan tentang topik kegemaran mereka itu, biasanya disebabkan obsesi mereka. Mata mereka akan bersinar-sinar apabila membincangkan mengenai topik tersebut. Serius, aku pernah jumpa ramai orang sebegini, dan serius, aku juga perasan yang aku termasuk dalam kategori ini...
Hakikatnya, atas dasar semangat itu jugalah blog ini diinspirasikan. Dan atas dasar semangat itu jugalah blog ini akan diteruskan... Dari apa yang dirakamkan oleh otak aku, terus ke jari-jemari yang menaip atas keyboard
Kerana setiap individu itu pasti akan ada sesuatu yang ingin diperkatakan mereka. Sama ada penting atau tidak. Sama ada mereka benar-benar mempunyai point atau tidak. Dan sama ada mereka benar-benar memberitahu sesuatu perkara yang benar, atau hanya mereka yang mempercayai kebenarannya.
Ya, hakikatnya, cakap itu mudah...
...dan aku baru perasan betapa banyaknya entri daam blog ini yang aku janjikan sambungan belum aku tunaikan, hu hu hu....
T/t: For all these bleeding, it doesn't worth the sound, a million screaming out...
No comments:
Post a Comment
trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL