Wednesday, March 2, 2011

Budak-Budak

Aku rasa lagi best kalau jadi student balik... Bukan stok-stok student U, tapi darjah dua.

Darjah dua ni aku rasa memang sesuai dipanggil sebagai zaman kegemilangan dalam hidup seorang budak-budak. Sebab apa? Walaupun kalau jadi budak tadika atau baby lagi best, pasal tak payah fikir apa-apa sangat dan semua benda pun orang yang tolong buatkan, tapi budak-budak tadika ataupun baby ni tak reti membaca. Membaca tu jambatan ilmu, so, kalau takde ilmu tu senang kena tipu, jadinya tak best...

Tapi budak darjah dua ni lain...

Masa tu, kita masih comel. orang-orang dewasa tengok pun nampak macam angel je... Kalau buat silap atau buat jahat sikit, kadang-kadang masih boleh terlepas daripada dimarahi. Time tu pun abang-abang senior darjah empat ke atas pun tak berapa nak buli sangat. Ayat tipikal yang digunakan ialah, "malas aku nak buli/pukul/marah budak-budak ni..."

So, senang nak lepas kalau buat jahat...

Masa tu jugak, kita paling muda dalam sekolah, kecuali budak-budak darjah satu. Namun ianya satu nikmat kerana kita ada junior. Dengan kata lain, kalau mahu, kita boleh buli/ngorat junior, bergantung kepada orientasi kita masing-masing... Dalam pada itu juga, cikgu-cikgi pun suka belanja kita tanpa sebab. Kalau dah darjah tiga tu, kena la ada jasa sikit dulu baru cikgu tergerak hati nak belanja. Menang sukan ke, tolong angkat buku latihan bawa pergi bilik cikgu ke, dapat no. 1 ke... Tapi darjah dua ni, macam yang aku tulis di atas, masih comel, so, kalau cikgu-cikgi yang masih muda dan belum kahwin tu, mesti diorang senang nak belanja kita aiskrim petang-petang...

So, senang nak membuli dan makan free...

Darjah dua juga kita dah pandai membaca. Ilmu ada. Sekurang-kurangnya dah boleh hafal nama pemain-pemain pasukan bola sepak kegemaran sendiri di muka surat belakang akhbar-akhbar. Badan pun dah besar sikit. Dah sedap dah cikgu nak lepas pergi main bola time PJ. Kadang-kadang tu, kalau cikgu 'terlupa' simpan bola masa PJ tadi, boleh bantai main time rehat pulak. Masuk kelas lepas rehat, bau hapak pun apa ada hal, ye dok? Bukannya nak ngorat minah berhingus duduk sebelah kita dalam kelas pun, ye dok??

So, senang nak tambah ilmu dan bersukan...

Jadi, kesimpulannya, jadi budak-budak balik memang best, terutamanya budak darjah dua. Kalau ada homework lebih cikgu bagi pun tak ada masalah. Boleh suruh abang yang siapkan. Tu pun kalau korang ada abang la... kalau takde abang/kakak ataupun abang korang cuma tua setahun je, macam aku, padan muka la korang...

Tapi zaman sekarang apa ada hal? Google kan ada...


T/t: budak-budak dapat nombor satu exam dapat hadiah, dapat nombor last pun dapat hadiah, takyah gi meeting, takyah fikir pasal harga minyak naik, fikir pasal team bola kalah, takyah gi meeting lagi...

takyah main politik...

No comments:

Post a Comment

trashtalk here, beware, everything you said can and will be used against you~ LOL